Aku masuk kedalam bilik, leganya dapat melihat katil. Aku meletakkan jambangan bunga yang Z bagi dan Hafiz bagi diatas meja mekup didalam bilik dan terus merebahkan diri diatas katil. Tak sampai lima minit aku tertidur keletihan. Bila tersedar dari tidur, terasa pintu bilik seperti ada seseorang membukanya dan masuk kedalam bilik aku.
"Hurmmmm Z lah tu".
Kata aku di dalam hati.
Z masuk ke dalam bilik dan menutup semula pintu bilik. Aku membuka mata memandang kepada Z.
"Letih berjalan ye?"
Tanya Z sambil duduk diatas katil bersama aku. Aku mengeliat bila Z menegur.
"Bestnya dapat tidur Z. Kau nak mandi ke"?
Tanya aku.
"Belum! kejap lagi. Nak borak borak dengan kau dulu". Balas Z.
Z terpandang bunga yang aku letak di atas meja mekup.
"Kenapa kau ambil satu bunga Hafiz?"
Tanya Z, yang kelihatan seperti cemburkan Hafiz. Wajah Z sedikit berkerut. Aku hanya tersenyum.
"Kenapa? kau cemburu ek... Alahhh relexlah Z. Bunga ni, tanda berakhirnya cinta aku dengan Hafiz. Sekarang dia dengan aku hanya kawan. Sama macam semua orang dalam rumah ni. Aku rasa, malas nak bercinta lagi. Aku takut hati aku sakit lagi dan lagi dan lagi".Kata aku.
Z hanya senyum mendengar kata kata aku.
"Kau ni kan Zie, baik sangatlah. Susah nak dapat kawan macan kau. Kau mudah maafkan orang".
"Aku bukan apa Z. Aku malas nak fikir pasal benda benda bodoh macam ni. Kau kan tau, aku tak suka semak semakkan kepala otak aku ni".
"Dah lah Z, aku malas nak cerita pasal hal ni".
Aku mula membuat memek muka. Z memandang aku dengan renungan yang paling romatik. Hati aku cukup berdebar bila Z merenung aku begitu. Z merapakan bibirnya didahi aku dan mengucup dahi aku. Aku membalas kucupan Z. Bibir aku pergi kepipinya. Kali ni Z merapatkan badannya didada aku dan memelok aku. Aku juga membalas pelukkan Z. Renungan Z cukup cukup romantik, sehinga aku tergoda dengan renungannya.
"Aku Sayang kau Zie. Aku betul betul terperanjat dengan apa yang kau buat malam tadi. Aku tak suka tengok kau sedih Zie. Tolong jangan minum benda yang mengarut tu lagi". Kata Z.
Renunan Z tidak berganjak dari merenung kedalam mata aku. Sesekali mata Z beralih arah kebibir aku.
"Sayang aku bukan sekadar sayang sebagai seorang sahabat Zie. Aku sayang kau lebih dari seorang sahabat. Setiap kali aku bersama kau. Aku rasa cukup gembira... Kenapa ya Zie?".
Z bertanya dan menundukkan wajahnya, memandang ketempat yang lain dan membuat muka bercelaru. Aku memegang Pipi Z dan memandang kepada Z.
"Aku pun sayang kau! Lebih dari Seorang sahabat. Sejak aku di tipu oleh Hafiz. Aku mula nampak kau Z. Aku mula nampak cinta pada diri kau Z".
Aku menatap mata dan dan aku memelok Z.
"Tapi Z, aku minta maaf, aku tak boleh dengan kau. Kau sudah ada Daya. Kau settelkan lah dulu hal korang. Tolong jangan buat aku rasa bersalah, dalam hal kau dan Daya".
Z sepertinya, tidak menghiraukan kata kata aku tentang Daya. Z memegang peha aku. Terangkat angkat skirt aku. Bila tangan Z mula mengosok gosokkan tangannya dipeha aku. Naik bulu roma aku, bila Z buat begitu. Macam cerita seram pula.
Bila hantu sampai, mencanak naik bulu bulu yang ada. Kalau dibiarkan lama lama, tentu aku dengan Z buat benda yang tak sepatutnya.
"Z, jangan buat macam ni!".
Aku mengalihkan tangan Z dari terus mengosok peha aku. Kerana tangan Z semakin sampai kecelah peha aku...
"Aku takutlah Z. Aku takut tak dapat kawal nafsu aku. Cuba kau rasa ni. Laju gila jantung aku".
Aku mengambil tangan Z yang berada diatas peha aku dan aku letak di dada aku. Z hanya tersenyum, bila aku buat begitu.
"Apa salahnya". kata Z, sambil menyeringai.
"Tak boleh Z. Walau pun aku ni gila gila, tapi ni bukan cara aku". Kata aku sambil membalas seyuman Z.
"Mari dengar jantung aku".
Aku menarik pula kepala Z dan letakkan didada aku. Mesti Z dapat dengar degupan jantung aku.
"Lajunya jantung kau?"
Aku dan Z ketawa pelahan lahan
takut kawan kawan diluar terdengar. Tiba tibaaa.
"Sayang! Oh sayanggg.. Z"...
Jerit Daya dari luar bilik aku... Kedengar suara Daya berteriak memangil nama Z. Tersentak aku bila mendengar suara Daya memangil Z. Aku dan Z berpandangan, antara satu sama lain.
"Hurmmmm menyusahkan lah".
Aku mengeluh.
"Dah! pergi lah Z. Tinggalkan aku..Kalau dia tanya, kenapa masuk bilik aku. Kau cakap aja ambil barang... Dah pergi lah Z, Aku tak nak bising bising. menyusahkanlah semua ni".
Aku mula marah Z.
"Ahhhh biarkan lah dia". Balas Z.
"Tolong pergi Z. Aku tak nak bising bising! Tolonglah". Kata aku lagi.
Z bangun dari katil dan terus mengambil tuala dan bajunya, lalu keluar dari bilik aku.
"Ehhh sayang, kenapa masuk bilikZie?". Tanya Daya.
"Awak buat apa ni?".
Tanya Daya lagi.
"Apa hal bising bising ni? Aku nak ambil bajulah. Nak mandi! Kau ni dah kenapa?". Marah Z.
"Kau ni sudah sudahlah tu Daya, tak payah nak sebuk sebuk hal aku. Kau lupa ke, apa yang aku dah cakap hari tu. Aku dah tak nak kau lagi. Apa yang kau tak paham paham lagi ni".
Kata Z lagi, sambil meningikan nada suaranya.
"Alahh sayang, maaflah sayang. Yang dah lepas tu, biarkan lepas. Cerita lamakan, janganlah nak diungkit lagi". Balas Daya.
Aku hanya memasang telinga dari dalam bilik.
"Cerita lama apa agaknya ya?".
Aku mula berfikir.
"Hurmmm lantaklah. Biarkan mereka settel masalah meraka". Bisik aku sendiri.
Bila menjelang malam aku keluar dari bilik. Aku lihat, masing masing sudah duduk dihadepan television. Melayan dvd cerita romantik lama Titanic.
"Wahhh, cerita lama ni. Nak tengok lahhh". Bisik aku, sambil melangkah keruang tamu. Terpandang Hafiz yang sebok melayan kekasih barunya. Setiap kali bila menonton television diwaktu malam. Mereka akan menutup lampu. Hanya boleh nampak muka masing masing melalu cahaya dari television sahaja. Jalan ke depan sikit, aku ternampak Z dan Daya duduk bersama disofa. Daya memelok lengan Z. Z membiarkan sahaja Daya memelok lengannya. Cemburu mula terasa, bila melihat Daya berpaut lengan dengan Z.
"Geramnya aku. Tengok si kering ni".
Bisik aku sendiri. Bila Z ternampak aku menuju keruang tamu, dia terus membetulkan duduknya. Z menolak sikit Daya. Daya pula semakin kuat memelok lengan Z... Bila melihat situasi diruang tamu. Aku berpatah balik ke dalam bilik. Di bilik, aku menukar pakaian. Aku mengenakan kemeja putih yang bersaiz besar dan memakai seluar pendek. Lalu aku keluar dari bilik dan menuju kepintu utama.
"Oiii oiii nak ke mana tu Zie?".
Tanya Yana.
"Jangan buat hal ya? Hehehheh".
Yana ketawa.
"Ehhh tak adalah. Aku nak lepak bawah je. Nak beli rokok. Wallet pun aku tak bawa. Ngam ngam duit rokok aja. Jangan risau beb".
Kata aku sambil terseyum.
"Ok! Ok! Balik cepat ya". Kata Yana lagi.
"Baik boss".
Aku membalas dan melangkah kaki keluar dari rumah. Terpandang pintu masuk orang dihadapan terbuka. Fist time aku nampak, ada orang disebelah. Tiba tiba, keluar empat orang jejaka dari rumah itu. Lalu memandang kepada aku, yang berdiri terpacak didepan pintu.
"Haiii cik! Sorang je ke?".
Tanya salah seorang dari lelaki tersebut.
"Hai awak! Ahaaa sorang aja".
Aku membalas.
"Nak ke mana tu?".
Tanya lagi seorang lelaki.Â
"Saya nak ke kedai, beli rokok. Rokok dah habis pula".
jawap aku.
"Ni uolls nak ke mana?".
Tanya aku lagi.
"Ohhh kita orang nak kekedai makan depan tu. Laparlah pula malam malam ni".
Kata salah seorang dari mereka.
"Ohh ok. Selamat menjamu selera".
Aku melangkah kaki terus ke kedai dibawah apartamen, manakala empat orang lelaki tu, berjalan kaki kekedai makan dihadapan jalan.
"Hurmmm bosannyalah. Nak tengok movie, takut aku pula yang sakit hati. Nak duduk bilik, bosan pula".
Bisik aku sendiri, sepanjang perjalan kekedai. Aku melangkah sambil membebel bebel seorang diri. Sampai sahaja dikedai aku membeli sekotak rokok dan melangkah untuk pulang ke rumah. semula. Sampai dibawah apartment. Aku duduk seorang diri di kerusi panjang yang tersedia disetiap bawah apartment itu. Aku memasang sebatang rokok. Sambil duduk termenung. Mengenangkan semula, kenangan bersama Hafiz yang tiba tiba curang dengan aku dan Z pula sebok di kejar kekasih lama.
"Ini ke yang aku kena hadap, sepanjang 10hari ni". Bisik aku sendiri, sambil bersandar dikerusi...
Share this novel