Hati pedih

Romance Completed 40494

Lin masih lagi menunggu dimeja makan, sambil melihat lihat screen handphonenya. Terpandang Z di sofa. Dia sudah bangun dari tidur. Sebelah lengan tangannya diletakkan didahi sambil baring. Seperti seseorang yang tengah memikirkan sesuatu masalah yang berat. Aku terus melangkah kepada Lin.

"Dah jom makan, dah 7.30malam ni". Ajak Lin.

Yang sebenarnya aku betul betul tak ada mood untuk makan.Tapi untuk tak mengecewakan Lin yang tunggu aku lama di meja. Aku makan juga. Tapi dengan kuantiti yang agak sikit.

"Ehh sikitnya kau makan Zie". Tanya Lin.

"Tak apa Lin! Nak lagi nanti aku tambah". Kata aku dan Lin menganggukkan kepalanya.

"Kejap lagi aku nak keluar ya Lin". Kata aku kepada Lin.

"Ehhh kau nak ke mana Zie?" Tanya Lin.

"Aku nak beli rokok dekat bawa". Sambung aku.

"Ohhhh ok! Tapi jangan buat yang bukan bukan ya Zie?". Kata Lin lagi.. Aku hanya berdiam diri.

Z bangun dari sofa menuju ke bilik. Untuk mengambil tualanya. Z berjalan kedapur tanpa menegur aku yang berada disitu. Bertambah pedih hati ini. Aku minum air dan terus bangun dari tempat duduk. Aku meletakkan mangkuk yang sudah habis dimakan kedalam singki.

"Nanti aku cuci ye Lin?. Aku nak keluar sekejap". Kata aku kepada Lin.

"Ehhhh tak apa, nanti aku cucikan". Jawap Lin.

"Terima kasih Lin".

Kata aku dan aku melangkah kaki keluar dari rumah dengan harapan, budak depan tak keluar rumah hari ini. Aku lekas lekas berjalan turun kebawah dan menuju kekedai. Untuk membeli sekotak rokok. Dalam perjalan balik, aku memasang sebatang rokok... Aku memandang kepada kerusi yang aku selalu duduk sejak sampai kesini. Terbayang bayang wajah Kid menyanyikan aku lagu dengan lirikan mata yang mengoda. Tiba tiba Kid keluar dan berdiri dibalconi rumahnya. Dia memandang kepada aku. Aku betul betul rasa bersalah, bila melihat Kid. Dia memberikan aku senyuman. Aku membalas senyuman itu dan tunduk sambil melangkah kaki. Bukan terus masuk ke kolong block. Tapi terus menuju ke tempat yang lain. Aku melangkah kaki pergi ke pekan di Tanah Rata. Apa yang aku fikir, aku sendiri pun tak tau. Hati sakit, jiwa pula kosong.

"Mana aku nak pergi ni ya?".

Aku mendongak kedepan. Terpandang pub yang sudah dibuka dari petang tadi. Hati mula berbelah bahagi. Antara mahu pergi atau tidak. Mana satu aku pilih... Tapi pilihan aku untuk pergi ke situ. Aku melangkah kaki masuk kedalam pub. Aku duduk bertengek dikerusi tinggi yang khas untuk couple. Mejanya pun begitu kecik. Hanya 
boleh letak bekas abuk rokok dan air sahaja. Datang bartender kepada aku.

"Hai sis, nak minum apa?" Tanya budak itu.

"Bagi saya satu can beer". Jawap aku.

"Satu aja ke sis?. Tak nak orderkan untuk teman ke nanti". Tanya budak itu lagi.

"Tak, saya sorang sahaja". Balas aku, sambil mengerutkan dahi.

"Ohhh baik sis, sebentar ya". kata budak itu.

Kemudian budak tu datang semula membawakan aku satu tin air yang sudah dibukakan dan gelas berserta ais didalamnya. Budak itu mahu menuangkan air ke dalam gelas aku.

"Ehhh tak apa! Saya boleh tuang sendiri. Thanks ya. Boleh bawa bil saya. Saya nak bayar dulu".

Kata aku kepada budak itu.

"Baik sis".

Aku menuang separuh air kedalam gelas dan memasang sebatang rokok. Aku merokok sambil makan kacang yang tersedia di atas meja. Sedap betul kacang kacang dekat pub ni. Kalau ada banyak dah lama aku bawa balik... Budak itu datang semula dengan membawa bil ditangan. Aku membuat bayaran terlebih dulu.

"Thanks you sis". Kata budak itu.

"welcome". Aku membalas.
Aku menuguk air didepan mata.

"wekkk".

Berkerut muka aku, bila air masuk ketekak. 

"Asal lah teruk sangat rasanya ni". Bisik aku.

Rasa teruk, tapi ramai duduk meneguk air yang sama. Pelik betul... Aku menghisap rokok di jari sambil memandang cermin dihadapan meja.

"Dah macam Bohsia pun ada, jugak aku ni, Duduk bertengek dekat sini". Bisik aku lagi.

Bila melihat diri aku didalam cermin. Terasa sejuk sangat di situ. Aku melepaskan getah rambut yang aku ikat tinggi sejak aku keluar dari rumah tadi. Aku letak getah rambut diatas meja dan membetul betulkan rambut aku agar nampak lebih kemas. Tertelan air liur budak barteder tu, sambil berkerut dahi. Bila aku menoleh kepada budak tu, dia terus memandang ketempat yang lain. Barulah tak sejuk sangat tengkuk aku ni. Sebab baju yang aku pakai ni, lehernya agak besar. Menampakkan tulang bahu. Aku betul betul lupa nak capai jaket, masa keluar tadi. Tanpa aku sedar, ada yang memerhatikan aku dari jauh dan melangkah masuk kedalam untuk berjumpa aku.

"Hai awak" Tegur Kid.

Terbeliak mata aku memandang Kid datang disitu.

"Heiii, buat apa dekat sini wak".
Tanya aku.

"Dari tadi saya berdiri dekat luar. Lepas nampak awak dekat bawah, terus saya turun dan ikut awak dari belakang".

Kata Kid sambil tersenyum menampakkan lesung pipit dengan pipi yang bengkak. Lantas Kid duduk di hadapan aku. Aku bertambah malu. Kerana aku duduk di tempat yang salah, disaat ini... Datang bartender ke tempat aku.

"Boyfrendnya nak minum apa?"
Tanya budak itu.

"No thanks i duduk saja".
Jawap Kid.

Budak tu berlalu pergi. Aku memasang sebatang lagi rokok. Sambil menggankat muka memandang Kid.

"Saya betul betul nak minta maaf, dengan apa yang terjadi tadi. Sepatut nyeeeeeee".

Aku terhenti dari berbicara, bila Kid memotong ayat aku.

"Ssshhhh stop. Jangan ingat lagi. Angap perkara itu tak pernah terjadi".
Kata Kid

"Tapi" 

"Tak apa! Kan saya dah cakap tak apa". Kid ulang lagi ayatnya.

"Thank Kid" kata aku sambil memegang pipi Kid yang lebam ditumbuk Z sambil terseyum. Kid mencapai tangan aku dan mengenggamnya. Aku meneguk baki air di atas meja. Tapi kali ni aku kena kontrol muka aku. Takut terkeluar muka biawaklah pula. Aku menahan peowww air itu. Kid pila, setia menjadi pemerhati, ketika aku minum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience