Tanda tanya ?

Romance Completed 40494

Sejak aku dan Z masuk ke dalam kedai didalam kedai serbanika. Aku dapat rasakan ada mata yang memerhatikan aku. Aku menoleh kepada mata yang setia memerhatikan aku itu. Kelihatannya ada seorang perkerja disitu, asyik mencuri curi pandang kepada aku. Sehinga aku betul betul menjadi tak selesa.

"Seksi sangat ke aku ni? Aku rasa, biasa sahaja".

Bisik aku sendiri, sambil mandang diri aku di cermin yang berada didalam kedai. Aku mempercepatkan langkah, lalu mencapai coklat dirak dan terus pergi kepada Z yang berdiri di counter. Perasaan takut mula timbul.

"Entah entah budak ni perogol ke?"

Aku mula serkap jarang terhadap perkerja tersebut.

"Sayang! i nak air juga".

Sambil aku merangkul pinggang Z. Kebetulan air ada di hadapan kuanter. Z memandang aku sambil tersenyum. Dia tau, aku sengaja buat begitu. Supaya budak petrol itu tidak lagi memandang aku. Kerana Z juga perasankan gerak geri budak yang memerhatikan aku itu.
Sepanjang perjalan ke kereta, aku memeluk pinggang Z. Biar orang angap, aku dengan Z, pasangan kekasih.

"Haahahaa padan muka kau budak petrol.
mesti dia kempunan, tak dapat nak ngorat aku... Macam macam hal lah kan".

Kata aku kepada Z.

"Kau kan cantik, tambah pula seksi.
Mana lah orang tak pandang".

Z mencuit hidung aku.

"Ehhhh! Aku cantik ya? Thanks Z sayang, muah sikit".

Aku berpura pura mahu mengucup pipi Z sambil ketawa. Merah padam muka Z, bila aku bergurau begitu... Sepanjang perjalan, aku tidur dengan berselimut kesejukan.

"Mesti Z bengang bila tengok aku membuta aja".

Bisik aku sendiri.

"Nombor berapa kau pasang aircon ni?"

Tanya aku, sambil mata pergi kepada Aircon yang terpasang didalam kereta.

"Ehhh no1 lah. Ko nak aku tutup ke? Atau nak buka tingkap?"

Tanya Z, bila melihat aku tersedar dan kesejukan.

"Z tolong bagi aku rokok, Kau buka sikit aja tingkap. Aku terasa nak merokok lah".

Kata aku lagi... Z mencapai kotak rokok yang aku letak ditempat simpan air dan menghulukan kepada aku. Habis sebatang rokok, Aku tutup semula tingkap dan memasang semula aircond.

"Sejuknya Z".
Z mencapai tangan aku yang aku letak dia atas peha.

"Ye lah Zie! hehehheh sejuk tangan kau. Kau ni Zie, ada ada aja lah".

kata Z, Dengan senyuman.

"Kita dah sampai mana Z?"

Aku bertanya lagi.

"Lagi 10mint sampai Tapah sayang.
Angaran pukul 10.45pagi".

kata Z, sambil terseyum memandang aku.

"Tak sabarnya aku nak tunjuk muka aku dekat semua. Mesti mereka terperanjat tengok aku kan Z...Terutama Hafiz! Macam manalah muka dia nantikan. Mesti terkejut beruk, tengok aku datang dengan kau... Kau agak dia bawak siapa ye?"

Tanya aku lagi, kepada Z. Z hanya senyum sahaja. Seperti malas mahu melayan aku, bila aku bercerita pasal Hafiz.

"Jorang semua sudah sampai ke Tapah ke Z?".

Aku bertanya lagi.

"Ahaaa! mereka semua dah sampai. Tadi Mie dah massage aku. Tunggu kita sampai aja. Mereka semua tengah makan. Semua mesti berkumpul dekat RnR Tapah, baru kita sama sama naik Cameron".

Terang Z dengan panjang lebar. Kereta Z mula masuk ke dalam pekarangan parking di RnR tapah. Berdebar debar pula rasa hati ni, tak tau lah kenapa? Degup dada, begitu kencang. Aku cuma berdiam diri, Bila kereta Z, masuk kepekarangan RnR di Tapah Perak. Rasa tidak sabar nak keluar kereta... Rasa nak duduk dalam kereta pun ada juga... Macam macam perasaan mula timbul.

"Ok darling, dah sampai! jom".

Ajak Z, bila keretanya berhenti.

"Jap jap, aku pakai kasut jap. Tak kan nak pakai selipoo ni".

Aku mencapai kasut convers hitam di belakang tempat duduk Z dan memakai kasut. Z pula masih setia menunggu aku.

"Tak seksi sangat ke pakai macam ni Z?".

Aku mula bertanya Z.

"Ok dah! Dah cantik, comel sangat".

Balas Z.

"Cepatlah Zie, aku dah lapar ni".

"Ok jap jap!, Aku ikat rambut tinggi tinggi ok tak?".

Rambut yang aku ikat sebelum pergi tadi dah berserabai. Akibat aku tidur didalam kereta. Aku mengikati setinggi tinggi yg boleh. Biar nampak ranggie sikit.

"Ok tak?"

Aku bertanya lagi.

"Ok dah Zie".

Balas Z, seperti malas mahu melayan aku.

"Ok dah jommm".

Kata aku, sambil aku berpaut lengan dengan Z.

"Z jap! aku rasa nak pakai kemeja putih yang aku gantung tu lah. Tak lah nampak seksi sangatkan".

Kata aku kepada Z. Z sudah mula menggaru garu kepalanya yang tak gatal.
"Hisss kau ni Zie, cepat cepat ambil".

Aku membuka pintu kereta dan mencapai kemaja yang tergantung di tempat duduk belakang lalu menyarungkannya.

"Ok tak Z? Nak butang ke? atau tak payah?"

Aku bertanya Z lagi. Mesti pening kepala Z, melayan kerenah aku.

"Tak payah butang Zie, macam ni dah cantik!
Dah cepatlah"...

Z mula mengerutkan dahinya. Aku tidak memperdulikan Z. Lalu aku memaut lengan Z semula dan melangkah kaki bersama Z, masuk keruang makan... Menaiki sahaja tangga keatas, orang pertama yang aku nampak, Yana dan Lin.
Terjerit jerit mereka memanggil aku, bila melihat aku berada disitu juga. Terpancar wajah kegembira mereka.

"Mereka ni, macam tak pernah jumpa aku pulak. Terjerit jerit macam orang gila. Nanti orang ingat ada artis yang datang".

Aku ketawa sendiri didalam hati.

"Bodoh kau ni Zie, Kata tak nak pergi. Balik lamping lah konon".

Tanya Lin.
"hahahha, aku saje nak buat kejutan".

Balas aku kepada Lin dan Yana.

"Amboii bawak boyfrend ye korang, kenalkanlah dekat aku".

Kata aku sambil mata memerhatikan dua lelaki yang duduk bersebelahan Yana dan Lin.

"Ini Ali". kata Lin.

"Ni pula Arol". Kata Yana pula.

"Kami satu kereta je, datang sini".

kata Lin sambil terseyum gatal.

"Wahhh pasti enjoi bila sampai sana nanti".

Kata aku lagi, sambil mengankat kedua dua belah kening.

"Kau buat kejutan ni! kau tau tak, kau akan dapat kejutan kejap lagi".

Kata Yana.

"Ehhh, kejutan apa ni korang? Aku tak pahammm".

Aku bertanya Yana sambil membuat muka pelik.

"Ehh tak ada apa lah? Kau makan dulu".

Yana hanya terseyum kelat.

"Nanti kau nampaklah kejutan tu".

Kata Yana lagi sambil bertukar kepada ketawa kecil.

"Gila lah korang ni. Suka sangat buat aku tertanya tanya".

Kata aku sambil membuat muka yang confused.

"Ehhhh mana pulak Z pergi".

Bisik aku, sambil mata melilau mencari Z.

"Ok dah nampak, dia dengan geng dia, Mie, Wan dan Shah. Jorang ni satu kereta agaknya".

Bisik aku di dalam hati, bila terpandang mereka. Aku berjalan pergi meninggalkan Lin dan Yana. Aku duduk di sebelah Z. Sambil anak mata, liar memcari Hafiz...

"Ko cari siapa Zie"?

Tanya Z kepada aku, bila melihat aku tercari cari.

"Aku cari Hafiz, tak nampak pun".

Anak mata masih lagi tercari cari.

"Ahhhh sudahlah tu! Kau nak makan apa Zie? aku belikan".

Tanya Z.
"Kita share aja lah Z. Tak larat pulak nak makan. Kau beli lah apa apa sahaja! Apa kau makan, aku makan, kita share".

Jawap aku.

"Jap aku pergi beli".

Kata Z dan berlalu pergi. Z datang semula dengan membawa nasi lemak bersama air milo.

"Dah jom makan, aku suapkan kau".

"Emmmm elok lah tu! Aku pun memang malas nak pegang sudu".

Aku terseyum memandang Z.

"Korang ni macam couple lah Z".

Aku tersenyum sahaja, bila Mie berkata begitu kepada kami. Sambil makan, mata aku setia mencari cari Hafiz.

"Kau ni, cari siapa Zie"?
Tanya Shah pula.

"Ohhhh! Aku cari Hafiz. Korang ada nampak dia tak?"

Aku bertanya kepada Shah pula.

"Ada tadi, baru lepas makan. Pergi tandas katanya".

Balas Shah, membuatkan aku terseyum.

"Hafiz satu kereta dengan siapa Shah?"

Aku bertanya kepada Shah tentang Hafis... Shah diam membisu. Lalu Mie pula menyampuk.

"Datang dengan Sham. Mereka satu kereta".

Sampuk Mie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience