Haiii baru lapar ke Zie?" Tanya Yana...
"Ahaaa beb! Meh lah makan sama sama aku".
Aku mengajak Yana makan bersama.
"Tak mahulah aku dah kenyang, nak peluk laki aku ni pulak heheehhe".
Kata Yana sambil ketawa dan tangannya memelok pasangan disebalah.
"Ok paham paham! Bilik aku tengah kosong, pergilah masuk projek hahaha".
Aku ketawa sampai tersedak sedak di atas meja.
"Bodoh lah kau Zie".
Balas Yana, sambil membuat muka marah. Kawan kawan yang duduk didepan television semua bantai ketawa. Bila mendengar lawak bodoh aku. Lepas makan aku cuci pinggan dan terus duduk diatas kerusi sebelahan Z. Ternampak Lin tengah merokok. Sambil berborak borak dengan Yana.
"Bak sini sebatang Lin, rokok aku dah nak habis. Malam nanti aku ingat nak pergi beli".
Lin mengulurkan aku sebatang rokok. Aku membakar rokok dan tersandar di sofa.
"Tak ada ke aktiviti hari ni guys. Dok rumah aja ke? Memang aktiviti hari ini pelok pasangan masing masing ye".
Tanya aku kepada kawan kawan yang duduk sebuk berborak sesama mereka. Terseyum Yana dan Lin, memandang aku yang duduk mengomel.
"Hurmmm! Yang tak de pasangan macam Aku, Z, Mie, Shah dengan Wan. Layan diri masing masinglah ya?". Sambung aku lagi.
"Esok lah Zie, kita makan strowberi coklat. Harini kita duduk rumah je".
kata Mie kepada aku.
"Yehhhh Mie nak belanja... Tapi esok kau belanja aku tau. Aku nak strowberi coklat banyak banyak. Boleh tak, Mie sayang?"
Tanya aku kepada Mie.
"Boleh je. Tapi esok lah ye Zie".
Kata Mie, sambil tersenyum.
"Ok Mie sayang. Esok aku pasti tuntut".
Aku membalas senyuman Mie. Habis sebatang rokok, aku membawa diri kedalam bilik.
"Aku nak baring jap lah korang. Sejuk sejuk ni, layan perasaan lagi best dari layan korang yang sebuk buat maksiat".
Semua kawan kawan menyeringai memandang aku, yang berlalu masuk kedalam bilik. Tiba tiba, handphone aku berbunyi, Aku melihat screen, tertera nombor rumah aku.
"Hurmmm, ni mesti adik atau ibu call". Bisik aku.
"Hello". Aku bersuara.
"Zie macam mana dekat sana, ok ke?". Kedengaran suara ibu dicorong talifon bimbit aku.
"Ok sangat bu. Seronok sangat dekat sini,sejuk... Tak payah paki kipas pun dah sejuk". Cerita aku kepada ibu.
"Ibu saje call kamu. Ok lah, apa apa nanti call ibu ya".
"Ok ibu bye". Aku membalas.
"Bye". Balas ibu.
Sedapnya kalau dapat tidur, lepas makan ni. Aku berpusing pusing diatas katil, akhirnya aku terus terlelap. Aku tersedar dari tidur bila Lin mengetuk pintu bilik, ajak aku makan. Lin ada buat cekodok ikan bilis dengan air teh.
"Hurmmm gemuklah aku, asyik makan tidur, makan tidur aja. Boleh jadi anak gajah nanti".
"Zie bangun cepat, aku ada buat makanan ni. Cepat tau, dah pukul 7 malam". Jerit Lin dari luar pintu.
"Ok! ok Lin, kejap kejap". Balas aku sambil mengeliat diatas katil.
Aku keluar dari bilik dan terus keluar ke balconi, untuk melihat keindahan yang hampir gelap.
"Wahh indahnya... Lama juga aku tidur tadi... Habislah, malam ni aku pasti susah nak tidor". Bisik aku sendiri.
Sambil aku setia melihat ke Indahan waktu magrib diluar balconi. Terdengar lagi jeritan Lin dari dapur.
"Eh cepat cepat makan Zie. Meh semua". Jerit Lin.
Aku masuk kedalam, lantas aku menarik tangan Z. Z begitu tekun menonton television sambil baring di kerusi sofanya. Z menurut kehendak aku, lantas bangun dan terus ke meja makan.
"Sedap ke Lin"? Tanya Z.
"Hiss kau ni Z. Mesti lah sedap hehheh". Lin ketawa.
"Malam ni ada cerita best tau".
kata Z.
"Tadi tengok iklan kat tv". Sambung Z lagi.
"Cerita apa Z?". Aku bertanya.
"Cerita perang". Balas Z.
"Bolehlah bawak selimut, lepak depan tv". Â Aku memberi cadangan dan Z terseyum memandang aku.
Bila malam menjelang, masing masing membawa selimut ke depan television, untuk melayan cerita perang. Aku juga mengambil selimut dan bawa ke sofa, di mana tempat Z duduk. Baik punya mengangkang sambil menonton television. Sampai iklan pun dihadapnya dengan tekun. Z bersandar di pembahagi kiri sofa. Aku terus duduk, betul betul ditengah tengah kelangkang Z dan menyandarkan badan aku didada Z. Satu badan aku selubung dengan selimut. Sempat juga aku memakai sarung kaki. Terasa kehagatan badan Z, bila aku bersandar.
"Elok lah tu! Paki seluar pendik lepas tu pakai stokin hehehe. Macam macam lah kau ni Zie".
Z ketawa, sambil memeluk aku dari belakang.
"OK tak? Kau sempit ke Z?"
"Ok dear, selesa sangat". Balas Z.
Mesti Hafiz berbulu tengok aku dengan Z... Tiba tiba datang pula Ita, membawa keluar selimut dan duduk disebelah Hafiz lantas memelok Hafiz. Hafiz menyambut pelukan Ita, dengan penuh mesra. Kali ni, aku pula yang betul betul cemburu melihat Hafiz. Aku nak sakitkan hati dia, hati aku pula yang terasa sakit.
"Dah lah tu Zie, tak payah nak pandang pandang dia. Nanti kau pula yang sakit hati".
Z berbisik di telinga aku. Z seolah olah tahu aku memandang Hafiz.
"HURMMMMMM".
Itu sahaja yang keluar dari mulut aku.
"Ok, movie time". jerita Sham.
"Aku tutup lampulah ye. Biar dapat aura wayang sikit".
Kata aku sambil bangun dari tempat duduk dan melangkah ke suis lampu. Bila lampu di tutup tiba tiba.
"TOK! TOK! TOK!".
Pintu rumah diketuk. Masing masing berpandangan antara satu sama lain. Mampus kalau Jais datang. Duduk lelaki perempuan dalam rumah. Berdebar pula jantung ni. Pasti kawin free malam ni. Habislah kalau bapa aku dapat tau. Mesti mengamuk dia.
"Ehhh sapa pulak datang malam malam ni". Kata Lin sambil mengerutkan dahinya.
Kebetulan aku masih berdiri berhampiran suiz lampu, aku membuka semula suis lampu dan melangkah kaki membuka pintu. Bila pintu dibuka, kelihatan kelibat seseorang perempuan dimuka depan pintu sambil menjerit.
"Surpriseee".
Sambil ketawa besar.
"Ohhh, Nani dan kawannya. Aku ingat kan pak cik Jais". Bisik aku.
Nani memeluk aku yang berada dihadapan pintu. Aku menyambut pelukan Nani.
"Ehhh bukan kau kata sampai esok ke?" Tanya aku.
"Aku saja nak buat surprised dekat semua". Balas Nani.
"Hummmm surprised sangat... Ada ada ajalah kau ni. Meh masuk". Pelawa aku.
"Aku ada bawa kawan aku ni". kata Nani sambil memandang kepada kawannya.
"Meh meh masuk, siapa nama kawan kau ni Nani?" Aku bertanya.
"Nama dia Daya lah Zie. Tak kan kau tak kenal. Dia pernah sekolah dengan kita dulu. Tapi tak lama dia sekolah tempat kita setahun, lepas tu dia berpindah ke Subang Jaya".
Terang Nani.
"Entah lahh beb, aku lupalah. Meh meh masuk".
Aku mempelawa Daya masuk.
"Zie! Kalau kau nak tau. Ni lah girlfrend Z". Kata Nani sambil melangkah masuk dengan senyuman.
Tersentak aku sejenak, bila Daya berkata begitu. Aku betul betul terperanjat beruk. Kesian beruk, nama dia aku dah sebut dua, tiga kali. Wajah aku yang sedari tadinya ceria, bertukar dengan wajah yang terpinga pinga dan sedikit serabut.
"Hai Z, tengok siapa yang aku bawa ni".Kata Nani.
Z juga terperanjat bila melihat Daya ada disini. Dari baring Z terus terbangun dari sofanya.
"Hai dear, surpriseee".
Kata Daya yang agak tergedik gedik bila ternampak Z. Ya aku juga betul betul terperanjat. Bila Nani memperkenalkan Daya sebagai girlfriend Z. Aku tak pernah tau, yang Z sudah ada kekasih hati. Yang aku tau, dia pernah ada kekasih tahun lepas. Itu pun aku baru tahu dari mulut Z sendiri, semasa di ladang Teh semalam.
"Tapi Z kata dia dah putus dengan perempuan tu".
Aku mengerutkan dahi dan setia menjadi pemerhati, walaupun hati mula sakit kembali.
Share this novel