Dalam perjalan hendak naik keatas, Z perasan yang aku hanya diam membisu didalam kereta...Aku hanya memandang kesisi cermin tingkap dan memandang keluar. Aku begitu sedih dengan apa yang telah terjadi kepada aku. Hati aku hancur bagi ditikam tikam, pisau yang tajam
Air mata yang sedari tadinya aku tahan, akhirnya mengalir juga. Sudah tidak dapat di bendung lagi.
Macam empangan air yang menanti pecah. Betul betul terluka hati aku! Bagai di hiris hiris oleh pisau yang tajam.
"Sampai hati dia mempelakukan aku begini. Apa salah aku kepada dia?"
Itu sahaja yang bermain dalam kotak fikiran aku. Aku cuba menyorokkan perasaan sedih aku kepada Z. Aku berpusing ke sisi, kerana tidak mahu Z perasan yang aku sedang menangis. Aku betul betul terasa ingin meraung, mengeluarkan suara, untuk menjerit. Tapi aku betul betul malu terhadap Z... Apa agaknya yang tak kena dengan aku? Aku ni tak cantik ke? Dia dah gila agaknya, kalau dia fikir aku tak cantik. Memang mata dia nak kena diadjust. Mengelupur lelaki lelaki bila tengok aku... Bermacam macam yang datang dalam fikiran aku. Memikirkan kenapa Hafiz buang aku... Pelahan lahan aku menarik lengan baju kemeja putih yang aku pakai dan aku mengelap air mata yg membasahi pipi. Habis baju putih aku dibasahai dengan air mata. Rupanya gerak geri aku diperhatikan oleh Z yang sedang memandu.
"Zie pandang ke sini sekejap!"
Tiba tiba Z bersuara. Aku mengelak gelakkan muka, tidak mahu memandang tepat ke mata Z.
"Kenapa Z?"
Aku bersuara dengan nada sedih yang aku tahan.
"Kau ni kan! Buat apa kau nak menangis. Dia tu lelaki yang tak berguna... Sudahlah jangan nangis, meh sini".
Z menarik tangan aku dan meletakkan kepala aku di dadanya, lalu memelok badan aku sambil memandu.
"Sudah lah tu Zie, aku tak suka kau menangis. Hati aku jadi tak tenteram".
"Terima kasih Z. Aku terasa lega sikit bila kau peluk aku".
Kata aku kepada Z, dengan nada teresak esak.
Fist time Z peluk aku sebegitu. Pelukkan seorang sahabat yang sangat memahami aku. Kena pula dia yang berbadan macam ahli ahli gym. Memang sedaplah kalau kena pelik.
"Kau nak aku peluk kau hari hari pun boleh Zie".
Z membuat lawak. Aku kembali terseyum.
"Z! Nanti singgah ladang teh boh ye? Aku nak minum teh dengan makan kek dekat situ. Boleh ke Z"?.
"Ye Boleh boleh, memang mereka pun ada cakap nak singgah dahulu di situ, sebelum terus ke apartment. Nanti kita singgah ye".
kata Z memujuk. Sampai di ladang teh, Z dengan yang lain mencari tempat meletakkan kereta.
Aku suruh Z parking paling hujung sekali. Aku mahu jalan kaki. Berjalan sambil tengok keindahan ladang teh dulu... Pemandangan yang sungguh menenangkan, penuh dengan kehijawan semula jadi. Sampai di parking, aku memandang cermin disisi.
"Z, mata aku bengkak tak? Aku tak nak, orang tahu yang aku menangis".
"Tak nampak sangat, nampak sikit je... Macam org baru bangun tidur".
"Oh ye ke hehehhe... Aku tak nak pakai kemaja ni lah Z. Nak pakai singlet je. Bukan sejuk pun, dah tengah tengah hari ni".
Kata aku kepada Z. Z hanya terseyum. Lagi pun aku memang sahaja nak seksi seksi, biar si Hafiz bodoh tu, buka mata sikit. Sebenarnya,
Kemeja putih yang aku pakai tadi, sudah basah dengan air mata aku. Bercampur pulak dengan air hingus aku, yang sama sama maju keluar dengan air mata tadi. Nanti jorang nampak pulak kuning kuning dekat baju kemeja putih aku tu...
"Suka hati kau lah Zie. Janji kau gembira, aku pun gembira".
Aku membuka baju kemaja putih, yang sebelum ni aku pakai. Lalu merenyukkannya dan mengcampakkan kebelakang tempat duduk dan membuka bag silang untuk mengambil cermin mata alah alah Che Ta yang aku bawa... Baru lah nampak voge, tak adalah orang nampak mata aku yang bengkak...
"Dah, jom".
Aku menarik lengan Z. Z menurut sahaja, kehendak aku. Aku tau, Z tak mahu aku bersedih. Dia hanya mahu aku sentiasa tersenyum.
"Z, lepas ni kalau boleh aku tak nak sedih sedih dah. Aku nak gembira aja. Aku nak kau sentiasa buat aku gembira tau Z ".
Kata aku sambil terseyum memandang Z. Z hanya membalas senyuman aku, dan mengosok gosakkan tanganya di belakang badan aku. Sampai di parking kereta yang berhampiran ladang teh, semua kawan kawan aku keluar dari kereta. Terpandang Hafiz keluar dari kereta, bersama Ita. Ita dan Hafiz, duduk di belakang.
Sham yang memandu, Mimi duduk di sebelah Sham. Berdebar rasa hati, Setiap kali memandang Hafiz dengan Ita. Terluka betul hati aku. Tapi aku dah berjanji dengan Z, aku tidak mahu sedih sedih lagi. Aku mengeluarkan kotak rokok didalam bag silang aku dan mengambil sebatang rokok. Lalu memasangnya... Hafiz pula sempat menjeling jeling, memandang aku. Kelihatannya dia juga tidak selesa, bila aku wujud didepan matanya.
"Pasti dia tengah makan hati tu. Tak dapat nak pegang pegang aku macam dulu". Bisik aku.
Z memelok pinggan aku, bila dia nampak Hafiz memandang kepada kami... Z ni pulak memang sengaja nak Hafis cemburu tengok dia dengan aku. Nak bagi Hafiz tambah cemburu bukan susah pun. Aku membalas pelukan Z. Sambil berjalan menuju ke coffee house.
"Indahnya pemandangan di sinikan Z. Aku suka sangat".
Aku duduk mengadap pemandangan pokok pokok teh sambil makan kek yang Z belikan. Z duduk di kerusi, bersebelah aku dan merapatkan kerusinya. Kami sama sama menghadap ke ladang teh yang menghijau sambil makan kek dan minum teh bersama.
"Indah sangatkan". kata Z.
Sambil mengeluarkan iphone 8+ di dalam poketnya.
"Mehh kite selfie". Ajak Z.
Aku ni pantang nampak kemera handphone. Mau sahaja bergambar. Aku merapatkan pipi aku ke pipi Z...
"Snap".
Bunyi talifon bimbit Z.
"Comelkann".
Z memuji kemera talifon bimbitnya, yang menbuatkan gambar kami menjadi cantik. Berlatar belakangkan kehijawan daun daun teh.
Kawan kawan yang lain, juga sebok menangkap gambar disetiap sudut tepi taman taman yang ada di bawah ladang teh. Hati mula rasa cemburu. Masing masing berpasangan. Mana kala group lelaki, sebuk jalan jalan di ladang. Seperti tidak ada hala tuju. Berjalan jalan sambil ketawa ketawa dan berborak borak. Seronok sungguh anak anak bujang itu.
"Z, kalau kau nak ikut Mie, Shah dengan Wan, pergi lah. Kesian pula kau, kena temankan aku dekat sini. Aku memang malas nak jalan jalan".
Kata aku kepada Z.
"Ehhh tak apalah Zie. Aku pun malas nak jalan. Aku nak temankan kau. Boleh kan, aku temankan kau?"
Tanya Z, dengan senyuman.
"Mestilah boleh sayang. Kau kan sahabat aku yang paling paling paling aku sayang".
Kata aku sambil membuat muka manja. Membuatkan senyuman Z semakin lebar.
"Z, boleh aku tanya kau sesuatu?"
"Ye, apa dia".
Balas Z, sambil mata Z setia memandang ke permandangan ladang teh, tanpa menoleh kepada aku bila berbicara.
Share this novel