PART93

Romance Completed 40494

"Haiiii, cik Z".

Tegur seorang perempuan bersama kawannya dari belakang mereka, membuatkan mereka semua berpusingkan bahu masing masing.

"Haaa betul lah, cik Z... Tak sangka kita dapat jumpa lagi di sini?".

Kata Kaira dengan senyuman meleret.

"Heii Kaira, Jesy".

Z terkejut bila melihat staff dari Singapor, turut berada disitu. Z terbangun dari duduknya.

"Wahhh uollss sampai ke sini ye? Ingatkan lepak singapore je".

Kata Z lagi dengan seyuman.

"Cari angin Cik Z, asik lepak Singapore je, boring.
Sesekali turun Kl pula"

Tetang Jesy.

"U dengan wife u ke?". Tanya Kaira.

"Yup, i dengan Wife i".

Balas Z.

"Mana wife u tak nampak Pun?".

Kaira seakan akan mencari seseorang. Zie, menjadi pelik. Bila Kaira seperti mencari cari.

"Kata datang dengan wife u, mana dia?".

Tanya Kaira lagi.

"Heii ni wife i lah".

Sambil Z menunding jari kepada Zie yang tengah duduk disofa. Kaira dan Jesy berkerut dahi.

"Ehhh, yang di singapore tu bukannnnn".

Kaira terhenti dari berbicara dan terus bersalaman dengan Zie. Sambil tersenyum dengan raut wajah seperti seseorang yang tengah bercelaru... Zie, mula tak sedap hati. Bila mereka berdua, macam terperanjat sahaja, bila Z memperkenalkan dia kepada kawan kawan Singaporenya itu. Sepertinya, mereka kenal siapa isteri Z. Tapi bukan dia...

"Apa yang terjadi di Sinagpore ye?".

Bisik hati Zie.

"Kenapa perempuan tu, tak habiskan ayatnya?".

Zie setia berbisik.

"Ok lah cik Z, kami pergi dululah ye. Member ajak lepak tempat lain".

Kata Jasy.

"Kirim salam dekat si comel Adam ye?".

Kata Jesy lagi, sambil bersalaman dan terus keluar dari club.

"Matilah aku. Kenapa lah aku jumpa jorang ni".

Bisik Z. Z kembali memeluk Zie.

"Mereka Staff aku masa di Singapore".

Tetang Z, sambil terseyum memandang Zie. Zie, seperti tidak puas hati dengan Z. Banyak persoalan yang bermain di fikiran Zie. Lebih sejam, Zie hanya duduk diam didalam club dan hanya tersenyum, bila meraka bercerita. Z dapat menghidu kesangsian Zie itu.

"Kau kenapa sayang?".

Tanya Z berpura pura.

"Banyak benda aku nak tanya kau? Tapi ni bukanlah tempat yang sesuai. Tak pe, kau enjoi dulu dengan kawan kawan kau".

Kata Zie, yang tiba tiba menjadi serious. Z jadi tak tentu arah, bila Zie berkata begitu.

"Mati lah aku, kali ni".

Bisik Z di dalam hati.

"Mesti dia nak tanya pasal Singapore".

Bisik Z lagi.

"Jomm kita balik sayang".

Ajak Z kepada Zie. Zie hanya berdiam diri.

"Korang aku gerak dulu lah ye?".

Kata Z, kepada Mie dan Sham...

"Lahhh, baru pukul 12.30 bro".

Kata Sham, bila Z mengatakan mahu pulang awal.

"Aku letih lah beb, aku gerak dulu lah ye".

Sambil Z memimpin tangan Zie.

"Hati hati bro".

Sampuk Mie, sambil Z bersalaman dengan kawan kawannya.

"Next kita lepak lagi".

Kata Z, sambil tersenyum dan berlalu pergi keluar dari club. Perjalan balik, Zie masih lagi berdiam diri. Tidak ada sepatah perkataan pun, yang keluar dari mulut Zie. Z menjadi lebih risau. Manakala dalam kepala Zie, bermacam macam yang difikirkan.

"Kenapa perempuan itu macam kenal wife Z,
Bila Z, tunjuk aku dia jadi macam pelik. Dan siapa Si comel adam?. Bermakna, Adam bukanlah seorang yang dewasa, tapi kanak kanak atau baby. Siapa, mereka dengan Z"...

Bisik hati Zie... Sampai di rumah, Zie dan Z masuk kedalam. Z, terus duduk di ruang tamu. Seperti bersedia, menunggu apa yang Zie mahu katakan. Terasa berdebar hati Z.

"Sayang, kau nak minum ke?".

Tanya Zie.

"Tak apa sayang, mari duduk sini".

Pangil Z. Zie duduk di sebelah Z.

"Kenapa ni sayang?".

Sambil Z memeluk Zie dan mengucup pipi Zie.

"Z, apa yang kau buat di singapore. Kau tak cerita apa pun dekat aku. Kenapa bila kau cakap aku wife kau, kenapa mereka macam pelik?. Siapa kau bawa masa di Singapore hari tu... Tolong jangan menipu aku Z. Kau tau aku tak suka".

Kata Zie kepada Z dengan nada keras.

"Heii, sayang".

Sambil memusingkan badan Zie.

"Aku mana ada bawa sesiapa?. Aku pergi seorang je di Singapore hari tu. Tolong jangan fikir yang bukan bukan. Aku sayang kau seorang sahaja. Aku tak nak tipu kau".

Kata Z, sambil berkerut dahinya.

"Jadi siapa Adam?. Dia bukan orang dewasakan?
Tapi dia budak kecik".

Tanya Zie lagi.

"Hurmmmm, ok lah Zie. Aku tak nak menipu dalam hubungan kita... Hari tu masa di Singapore, aku ada terjumpa Daya".

Zie, lantas bangun dari tempat duduknya. Z lantas menarik tangan Zie.

"Dengar dulu Zie. Jangan buat macam ni!. Sebab tu lah aku malas nak cakap apa apa dengan kau. Kau tak nak dengar, apa kau nak cakap dulu".

Kata Z kepada Zie. Zie kembali duduk.

"Sayang, aku terserempak dengan dia sayang".

Z mula menipu Zie. Z tak mahu lebih tegang lagi hubungan dia dengan Zie.

"Dia ajak aku makan. Masa tu dia dengan anak dia Adam. Aku jadi serba salah nak tolak pelawaan dia. Jadi kau keluar makan bersama dia. Kebetulan staff aku yang tadi tu ada di situ, juga tengah makan. Mereka ingat aku ke singapore membawa keluarga aku. Itu yang dia ingat Daya isteri aku dan Adam adalah anak aku.
Aku tak tau nak cakap apa dekat staff aku masa tu. Maafkan aku Zie... Sumpah, setakat itu sahaja Zie... Aku bersumpah dengan kau. kami hanya makan makan sahaja Zie. maafkan aku, kalau kau tak suka".

Zie hanya diam membisu. Sepanjang Z bercerita.

"Z, aku ingat nak keluar sekejap lah Z. Aku tak boleh berfikir. Dari aku cakap yang bukan bukan dengan kau, baiklah aku keluar".

"Ehhh, kau nak kemana Zie? Dah pukul 1 pagi ni".

Tanya Z.

"Kau tak payahlah tanya aku kemana aku nak pergi! Kau jangan cari aku atau ikut aku Z. Aku nak bersendiri. Kalau aku nampak kau ikut aku, aku tak akan balik lagi rumah ni".

Ugut Zie, yang betul betul marah dengan Z. Z hanya diam membisu. Tak berani berkata apa apa, takut akan lebih memburukkan lagi kedaaan. Zie bangun dan mencapai kunci keretanya dan beg duitnya, lalu terus keluar dari rumah. Z, menjadi tak menentu duduk di dalam rumah. Z, baring di atas sofa dan memegang talifon bimbitnya. Hatinya nak sangat hubungi Zie. Dalam masa yang sama Z takut sangat. Keadaan menjadi lebih buruk. Zie kalau marah, dia boleh keluarkan apa sahaja perkataan yang menyakitkan hati dan boleh lakukan apa sahaja yang dia mahu. Jadi Z mengambil keputusan, menunggu dan terus menunggu.

.....................................................

"Hurmmmmmm, sakitnya hati aku ni".

Zie mengetap bibirnya.

"Sampai hati pulak di pergi jumpa betin tu. Apa agaknya ilmu yang betina sial tu pakai. Asyik dia terjumpa je laki aku. kemana laki aku pergi, mesti terjumpa dia.Tak puas agaknya makan penumbuk aku".

Kata Zie sendiri, didalam kereta dan menghentak hentak tangannya di stereng.

"Ahhhh, rungsing lah macam ni".

Zie terus menuju ke Club Dee. Sampai dikelab orang bertambah ramai, bila masuk tengah malam.

"Hurmmm semak pula aku tengok orang ramai ramai ni"

Bisik Zie dan terus masuk kedalam dan duduk dikerusi tinggi didepan budak Bartender yang menjaga minuman. Zie menarik nafsa panjang, sebelum memesan minuman.

"Boy, bagi sis beer satu?".

Kata Zie, Sambil memandang budak tersebut, yang juga kenal akan Zie.

"Cik Zie, nak Ais ke?".

"BOleh"

Kata Zie dengan nada keras. Budak itu berkerut dahi melihat Zie dan membawakan Zie minuman yang Zie mahukan. Dalam diam diam budak tersebut memangil Dee yang berada di dalm ofis kelab. Dee bergegas keluar dan duduk disebalah Zie yang tengah minum sambil berkerut dahinya.

"Whats wrong with you sis?".
Tanya Dee.

"Apa yang Z dah buat U?".

Tanya Dee lagi... Dee menarik lembut tangan Zie dan memeluk Zie.

"I know you have a problem. Kenapa ni Sis?".

Zie melepaskan pelukan Dee dan meneguk lagi air beer yang berada di atas meja. Kali ni sampai habis, Zie teguk.

"Boy lagi satu ye".

Kata Zie lagi. Budak itu memandang Dee, sebelum memberi Zie, air beer lagi. Dee mengganguk kepala. Budak itu menuang lagi air kedalam cawan Zie.

"Ini yang terakhir ye sis. Jangan minum lagi".

Kata Dee kepada Zie, kerana Zie telah meneguk dua gelas besar beer dengan laju...

"Dee, i sedih sangat. I sedih dengan kelakuan Z. Sampai hati dia tipu i Dee. Dia jumpa Daya dekat singapore hari tu. Hati aku sakit Dee".

Cerita Zie sambil menangis. Dee memeluk Zie lebih erat.

"Sudah lah tu sis, jangan menangis... I tau, perempuan gedik tu sahaja nak runtuhkan rumahtangga u. u kena kuat lawan dia. Kalau u macam ni, ketawalah dia... Dia dapat sakitkan hati u. Z milik u kan, bukan milik dia... I ni bukan nak suruh u lawan bertumbuk dengan dia. Tapi i nak u lawan perasaan u itu. Si gedik tu tak akan puas. U kena jaga Z betul betul sis. Kalau Z masih boleh ceritakan tentang di jumpa Daya, itu bermakna, Z jujur dengan U"...

Pujuk Dee dan memberikan kata kata semangat buat Zie, agar Zie berbaik semula dengan Z dan tidak minum lagi. Sungguh mulia hati Dee. Dia tak mahu kawannya bersedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience