Surat dari Siti

Romance Completed 40494

Tengah aku melayan perasaan yang kosong! Tiba tiba, Masuk satu lagu yang menambahkan lagi sayu dihati ini. Aku menghayati lagu itu. Mengunakan earphone. Sambil air mata mula mengalir laju dipipi. liriknya yang sungguh indah dan asyik.

.............................................................

*** Baru pertama kali aku merasakan, serba salah bila di depan diri mu. Entah mengapa aku bergini. Wajahmu selalu terbayang bayang. Sehari sahaja kita tak bertemu, gelisah hati ku inggin jumpa kamu. Kerinduan ku semakin mendalam. Cinta ku kepada mu semakin membara.

Bila malam ku peluk bayang diri mu. Dalam tidur pun kau selalu ku mimpikan. Aku takut dan berteriak memanggil mu. Di tengah malam sunyi ku sendiri, Ingin memeluk diri mu. Kerinduanku semakin mendalam, cintaku kepadamu semakin membara***

..............................................................

Sungguh sedih, bila mendalami lirik lagu itu. Walau pun air mata mula terhenti. Tapi, air mata didalam hati tak pernah putus dari mengalir.

"Saya rindu awak sayang. Tak tertangung rasanya diri ini... Kalau dibiarkan aku boleh jadi gila, memikirkan diri kau. Tak akan ada seorang pun yang dapat mengantikan kau, dalam dunia ini. Kerana kau sangat sangat setia dengan aku. Kerana kau bukan seperti gadis gadis yang aku pernah kenal dulu. Kau membuatkan aku, berfikir tentang kesetiaan".

Aku memegang bibir, yang luka di gigit Siti.

"Luka dan kesan ini, akan aku ingat sampai bila bila. Ini lah Kenangan hidup aku bersama Siti. Tak akan aku ceritakan kepada sesiapa, tentang kesan yang akan menjadi parut di tepi bibir ku ini. Biarlah, yang tahu sahaja tahu"...

Sejak kejadiaan hari itu, Yun mula berubah. Perubahanya begitu ketara sekali. Kalau dulu, dia sering tak balik rumah. Tapi sekarang dikerap ada di rumah. Lee dan Mus, sudah jarang buka game... Dengar cerita dari Azam, Lee sudah tinggalkan Nani. Nak cari yang lebih faham dia katanya. Nani bukanlah wanita yang sesuai untuknya. Kerana Nani selalu mengikut kawan kawan Ciko dan sering tak jujur dengan Lee. Memang dari dulu lagi Nani agak liar, Suka keluar dengan ramai lelaki. Tapi Lee layankan sahaja kehendak Nani. Azam pula, masih lagi tak tau apa yang berlaku kepada kami. Walaupun dia ada bertanyakan tentang Siti, kemana hilangnya Siti? Kenapa Siti tak datang berjumpa aku, Selepas balik dari holiday? Aku hanya dapat terseyum sahaja. Tak tahu apa untuk diceritakan kepada Azam. Aku masih aku yang dulu. Tetap merindui dirinya. Walaupun perkara ini telah tiga bulan berlalu. Aku kena kuat hadapi kenyataan hidup dan meneruskan hidup. Kerana kawan kawan yang baik sentiasa memberikan kata semangat. Ada di sisi. Aku kena bangkit semula untuk meneruskan hidup ini. Untuk masa depan aku. Aku tak mahu menghancurkan hati keluarga, yang mengharapkan aku berjaya disini.

Satu pagi, aku mendapat sepucuk surat yang tak pernah aku sangka sangka akan datang kepada aku... Surat itu dari seseorang yang aku pernah aku sayang dan akan tetap aku sayang dan rindu. Surat dari penjara wanita Kajang. Air mata mula bersedia untuk mengalir. Bila melihat surat itu. Hati menjadi sebak. Aku tahu, siapa yang mengutuskannya... Aku membuka surat itu dengan debaran dihati. Mata pula mula setia berkaca dan menanti untuk mengalir ke pipi. Aku membuka surat itu dengan penuh debaran di hati. Pelbagai perangsangka masuk didalam kepala. Aku tetap tabah membuka surat itu dan membaca isi kandungan surat itu.

.............................................................

Sayang ku Khai,
Assalam sayang.

Mungkin awak akan terperanjat dengan surat saya ini. Atau awak sudah pun, mula lupakan saya dalam hidup awak.

Sayang,
Saya harap awak sehat selalu dan masih duduk di rumah sewa awak. Saya takut surat ni, tidak sampai kepada awak.

Sayang ku khai!
Saya di sini merindui awak. Tak tertanggung rasanya, Menahan rindu ini. Saya akan menjalani hukuman mati, Bila bila masa sahaja. Saya terima takdir saya. Mungkin ini adalah surat pertama dan terakhir dari saya. Saya harapkan awak sudah ada peganti saya. Saya tidak mahu awak menderita kerana saya. Saya juga berharap awak akan bahagia. Saya nak awak tau. Sekiranya saya pergi, saya akan pergi bersama sama kenangan dan cinta saya terhadap awak. Saya tak pernah melupakan awak, walau sesaat pun. Sungguh berat takdir saya. Saya terima dengan redoh... Saya sedar, saya banduan akhir di sini. Dan akan pergi bila bila masa sahaja. Tapi, Saya teringin sangat menetap wajah awak, buat kali terakhir. Pasti saya akan terasa bahagia, bila awak ada didepan mata saya.

Sayangku Khai,

Maafkan saya buat kali terakhir. Pergi saya kali ini, pergi yang tak akan kembali. Jangan pernah awak lupakan saya di hati awak. Simpanlah kenangan bersama saya di satu sudut di dalam hati awak. Ingatlah saya, yang pernah sayang dan rindukan awak. Maafkan saya kerana menghantar surat ini dan membuka kembali memori kita bersama. Hanya tuhan sahaja yang berkuasa. Saya berharap awak masih mengingati diri ini. Kerana saya tak sanggup melupakan diri awak. Terima kasih sayang, Membenarkan saya mencintai awak. Walaupun hanya seketika.

Terima kasih sayang,
Sudi ada memberikan saya secebis kasih dan sayang. HALALKAN SEGALANYA. Semoga kisah cinta kita kekal abadi.

"Yang akan pergi buat selama lamanya"
SITI

..............................................................

Mengalir air mata, membasahi pipi. Bila membaca surat dari dia. Kenangan bersama dia, mula bermain main di fikiran semula.

"Aku mesti buat sesuatu, untuk menghilangkan rindu ini. Aku kena melawat di dipenjara. Mungkin ini lah lawatan aku yang pertama dan terakhir! Sebelum dia pergi mengadap ilahi. Walaupun hanya sekali dan terakhir aku dapat menatap wajahnya. Aku akan berpuas hati".

Aku berbicara sendiri, sambil meletakkan surat Siti didada aku... Aku bangun dan terus keluar dari bilik dan menuju ke bilik Yun. Yun tengah duduk sambil merokok di dalam biliknya. Aku memberikan Yun surat yang aku dapat sebentar tadi. Yun mencapai surat itu lalu membacanya. Berkaca juga mata Yun, bila membaca surat dari Siti itu hingga habis.

"Yun, Jom temankan aku esok. Aku nak melawat Siti. Ini Siti ada bagi nombor badannya. Aku rasa, dengan nombor ni, kita boleh masuk melawat. Boleh kau temankan aku ke Yun? Aku rindu sangat dekat dia lah Yun".

Kata aku kepada Yun.

"Dapat jumpa sekali pun tak apa.Terubat juga rindu aku kepada dia Yun. Lepas ni, aku dah tak dapat jumpa dia lagi. Aku nak sangat berjumpa dia buat kali terakhir. Boleh ke yun?"

"Boleh Khai, Esok pagi pagi kita pergi ya".

Kata Yun kepada aku dengan senyuman.

"Khai, kau tau! Sejak segala yang berlaku antara kau dan Siti. Aku sudah mula berubah Khai... Aku dah tak mahu lagi mempermainkan hati wanita. Kesah cinta kau dan Siti, sudah cukup buat aku insaf. Tak pernah lagi aku jumpa cinta macam ini. Sangup berkorban, sanggup membunuh. Hanya kerana cinta dan sayang. Sungguh mulia cinta dia dengan kau Khai. Aku betul betul tersentuh hati ini. Tapi, Itu lah. Hanya satu silap dia... Dia mengikutkan hawa nafsu, mengikutkan amarah. Hingga tidak dapat mengawal akal dan fikiran".
kata Yun lagi.

"Terima kasih Yun. Aku berdoa, aku dapat jumpa dia esok. Moga aku belum terlambat lagi. Sebab surat ni di tulis dua minggu yang lepas". Kata aku kepada Yun.

Bila malam menjelma, begitu sukar untuk aku melelapkan mata. Aku hanya terfikirkan Siti. Tak sabar rasanya mahu menungu hingga esok. Aku nak tatap wajahnya, walau pun hanya didalam cermin. Aku nak sangat mendengar suaranya. Walaupun hanya di dalam talifon. Semoga allah bagi aku kesempatan, untuk menatapnya, buat kali terakhir. Aku mencapai helmet dan kunci motor, lalu aku keluar membawa diri ke tempat tempat indah yang pernah aku lewati bersama Siti. Aku duduk disebuah bangku yang pernah aku duduk bersama Siti. Aku termenung sejenak, memikirkan bertapa indahnya jika Siti masih ada di sisi aku. Hari esok adalah hari yang bermakna buat aku. Aku berharap aku dapat bertemu dengan Siti, buat kali terakhir dalam hidup aku... Keesokan harinya, pagi pagi lagi aku sudah bersiap siap untuk berjumpa Siti di penjara wanita kajang. Yun juga sudah mula bersiap siap.

"Woiii korang nak pergi mana ni! Pagi pagi buta?".
Tanya Azam.

Aku dan Yun berpandangan.

"Kita orang ada hal sikitlah Zam".
Kata Yun.

"Lahhh ye ke. Paginya korang ada hal. Aku nak ikut boleh? Bosanlah duduk rumah, bukan ada kelas pun hari ni".
Tanya Azam

"Mana boleh ikut Zam. Aku nak bawak awek ni. Nanti sempit pula kereta". Kata Yun sambil tersenyum.

"Hurmmmm ada ada je lah korang ni. Pagi pagi buta nak jumpa awek, dah kenapa? Ini mesti nak sorokkan apa apa dari aku kan".
Kata Azam lagi.

"Ehhh tak ada lah Zam, Kita orang ada hal sikit. Awek Yun, keretanya rosak. Yun mana tau pasal kereta. Aku ni pandailah sikit sikit. Tu yang aku nak pergi tengok tengokkan. Kalau masih tak boleh, kita orang hantar awek Yun dengan kawan dia balik".

Aku memutar belitkan cerita. Takut Azam ni nak ikut pula.

"Hurmmmm ok lahhhhh".

Kata Azam sambil membuat moncong panjang. Aku dan Yun berlalu pergi... Masuk sahaja kedalam pekarangan parking di penjara, Hati aku mula berdebar debar. Mata aku memerhati sekeliling kawasan yang penuh dengan tembok dan dawai dawai besi. Aku dan Yun keluar dari kereta dan terus ketempat mendaftar masuk kedalam dan memberikan nombor badan yang Siti berikan di dalam surat. Berdebar rasanya, bila mahu berhadapa dengan pegawai pegawai disitu, sebelum dapat masuk berjumpa dengan Siti. Tiba tiba, datang seorang pegawai perempuan dan bertanya siapa aku dengan banduan. Aku memberitahu yang kami kawan si banduan. Pegawai itu memeriksa nombor disurat yang aku berikan oleh Siti itu.

"Ohh! Kamu mahu berjumpa banduan akhir ya?"

Tanya pegawai itu. Selepas memeriksa nombor badan yang aku berikan. Aku dan Khai terpinga pinga. Memandang pegawai wanita itu.

"Ini banduan akhir ni! Kenapa ya nak berjumpa dia?".
Pegawai itu bertanya aku.

"Maaf puan, saya ada dapat surat ini dari dia. Jadi saya nak berjumpa dia. Boleh ke puan?".

"Boleh, Tapi tak boleh ramai ramai. Kamu berapa orang?". Tanya pegawai itu.

"Kami berdua sahaja". Balas aku.

"Ok, kamu boleh masuk". kata pegawai itu.

Aku dan Yun mengikut laluan untuk ke penjara wanita. Aku dan Yun harus menbuat pemeriksaan badan terlebih dahulu, sebelum masuk ke pintu kedua. Untuk memastikan yang kami tidak ada membawa barangan terlarang dan benda tajam kedalam penjara nanti. Kami juga harus menunggu nombor. Nombor yang akan dipanggil, mengunakan nombor badan banduan. Setiap kali pegawai tu memangil nombor badan banduan yang lain, aku akan memeriksa dengan teliti. Aku tak mahu terlepas. Setiap nombor yang di panggil, akan aku tengok di kertas. Tiba tiba nombor badan Siti dipanggil. Aku dan Yun bangun dari tempat duduk.

"Bilik nombor12 ye".

Kata pegawai penjara itu. Berdebar rasa hati, bila nombor badan Siti di panggil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience