104

Romance Completed 40494

Zie, bangun dari sofa yang dan terus masuk kedalam bilik, untuk menukar bajunya. Tak sabar rasanya nak cerita dekat Dee. Zie memgambil keputusan untuk pergi ke club, berjumpa Dee. Sampai di club, kelihatan Dee dengan Su sebuk berborak borak sambil berdiri. Club tak ramai sangat sebab malam Jumaat. So mereka santai santai sahaja, sambil berkerja.

"Heiii Sis apa u buat dekat sini?".

Jerit Dee, bila ternampak Zie masuk ke dalam club.

"Haiii dear, i bosan duk rumah, itu yang i datang sekejap dekat sini".

Kata Zie sambil memeluk Dee dan Su.

"Haiii! Dengar esok nak ke Singapore! Tak ajak pun". kata Su.

"Ehhh sayang, u nak ikut ke? Jom jom, i lagi suka ramai ramai". kata Zie.

"Jommm, i pun nak ikut".

Terdengar suara seorang lelaki datang dari belakang Zie, Zie berpusing memandang lelaki tersebut.

"Ehhh u, apa u buat dekat sini".

Kata Zie, bila terpandang kepada Fitri.

"Dia dari tadi dah ada sini Zie".
Kata Fitri.

"Sejak nampak u dekat sini dulu. Dia kerap datang sini Z. Dia ni selalu cuba nasib, mana lah tau, terserempak dengan u lagi dekat sini".

Kata Dee sambil ketawa. Fitri tersenyum memandang Zie. Zie membalas senyuman Fitri.

"Uolls nak ke mana ni? sebuk sangat tu".
Tanya Fitri.

"Kami nak ke Singapore esok". jawap Zie.

"Wahh! macam best. Boleh i follow". Kata Fitri

"Ehhh u tak kerja ke esok?".
Tanya Zie.

"I cuti".

Balas Fitri menyeringai.

"Hurmmm macam mana ni Dee. Ada yang nak ikut ni".
Tanya Zie.

"I ok je, kalau dia nak pandu, pergi dan balik".

Kata Dee sambil ketawa.

"I rela jadi pemandu korang".

Jawap Fitri. Ketawa mereka berempat.

"Tapi kenapa nak ke Singapore?".

Tanya Fitri. Masing masing memandang Zie.

"Ye lah sis, kenapa Singapore?".

Tanya Dee pula. Zie mencapai sebatang rokok Dee diatas meja dan memasangnya.

"Hurmmm ini mesti ada masalah?". Kata Dee.

"I tau cara u".
kata Dee lagi.

"Korang, Z ke Singapore hari ini. Hati i tak sedap, bila dia cakap nak ke Singapore. I syak dia pasti akan berjumap kekasih lama dia".

Terang Zie.

"Sebab sebelum ni, anak kekasih dia, sebuk call.
Dia cakap rindu sangat dekat Z. I kenal Z, dia cepat kasihankan orang. Anak perempuan tu, nak jumpa dia. I tau, Z akan pergi jumpa.
Hati i berkata 80% dia akan pergi. I nak sangat bersemuka dengan betina tu".

Kata Zie lagi. Masing masing menarik nafas panjang, bila mendengar cerita Zie.

"Ok lah kalau macam tu, esok i temankan u. I harap tekaan u silap sis". kata Dee.

"Z baik orangnya". Kata Dee lagi.

"I nak teman u Zie". Kata Fitri.

"Thanks Fit, sudi teman i. Kalau ramai ramai tak lah bosan perjalanan kita nanti".

"U nak ikut ke Su?". Tanya Zie.

"Ehhh tak pe sis, u pergi je lah. I kena jaga tempat ni, bila Dee tak ada". Kata Su.

"Aku harap, aku ada peluang mengenali kau Zie.
Aku bukannya doakan yang buruk tentang kau dan suami kau. Tapi andainya sesuatu yang buruk berlaku, aku nak menjadi orang pertama yang menadah bahu". Bisik Fitri didalam hati.

Kesokan harinya, Fitri pergi memgambil Dee diapatmentnya dan terus pergi kecondo Zie pula, untuk mengambil Zie. Mereka meneruskan perjalan selama 6 jam ke Singapore. Menjelang tengahari baru mereka sampai di chek point Singapore. Mereka chek in dihotel berhampiran hotel Z. Mereka memgambil dua bilik bersebelahan, yang ada pintu pengantaraan. Jadi tak payah keluar, bila ke bilik Fitri.

"Hello Daya, Aku ni Z. Adam mana? Aku dekat Singapore ni. Hari tu dia kata nak jumpa aku. Kau bawa dia jumpa aku, dekat tempat hari tu. Aku hanya nak jumpa Adam sahaja ye. Kau jangan ingat aku nak berbaik semula dengan kau".

Kata Z kepada Daya.bTerseyum Daya bila Z menghubunginya.

"Ok Z aku datang malam ni, pukul 8".
Kata Daya dan memutuskan talian.

"Aku akan pastikan kau akan balik semula kepada aku". Bisik Daya.

"Adam akan jadi pengguat lagi cinta kita, yang dulu Zie rampas. Aku akan buat, sampai kau balik dekat aku semula".
Kata Daya lagi didalam hati.

"Jom kita lepak coffee house depan hotel Z".

Ajak Zie kepada Dee dan Fitri. Bila menjelang petang pukul 6.30petang. Mereka bersetuju kerana masing masing sudah betul betul lapar.bSemasa makan, Zie tak putus putus melihat tempat keluar masuk pintu utama hotel Z.

"Sudahlah tu Sis, u makanlah dulu".

Kata Dee, bila melihat aksi Zie.

"Dah lama makan u sampai".

Kata Dee lagi. Zie tersenyum dan makan bersama sama mereka.

"Hisss susah juga ya, orang yang dah kawin ni. Naluri hati wanita ni, kuat sungguh. Sampai dia boleh rasa, sesuatu yang buruk akan berlaku".
Bisik Fitri di dalam hati.

"Tak ada pun Sis". Kata Dee.

"Dah Dekat pukul 8malam ni. I tak rasa Z nak buat jahat, belakang u dear".

Kata Dee lagi.

"Tapi hati i kuat, Dee".

"Sudahlah tu Sis, jom lah kita lepak tempat lain".

Ajak Dee, Zie bangun dari tempat makan dan berjalan keluar dari coffee house tersebut.

"Ehh itu bukan Z ke Sis?".

Tunjuk Dee. Zie memandang kepada Z. Yang sedang berjalan kaki, keluar dari hotel.

"Dia nak pergi makan agaknya". kata Dee.

"Macam mana Sis, u nak follow dia ke?".

Tanya Dee.Zie memandang Dee dan Fitri.

"Kita follow dia sekejap boleh ke? Kalau dia seorang je, kita lepak tempat lain. Itu bermakna i dah salah angap dekat Z".

Kata Zie kepada Dee dan Fitri.

"Ok boleh".

Kata Dee, dan mula mengikut Z.

"Dah rasa macam Jean's bond".
Bisik Fitri.

"Macam mana lah aku boleh terjebak ni".

Kata Fitri lagi sambil terseyum seorang diri... Z duduk disebuah meja makan didalam mall, yang berdekatan dengan hotelnya. Sambil memesan makan.

"Hisss u ni dah salah anggap ni Sis".
Kata Dee.

"Tengok tu, Z seorang sahaja".
kata Dee lagi.

"Ye lah Dee, i rasa bersalah sangat. I tak percaya dekat dia".
Kata Zie dengan wajahbyang serba salah. Kerana terlalu ikutkan hatinya.

"Jomlah kita pergi jalan jalan". ajak Zie.

Baru Zie nak melangkah pergi, tiba tiba dia terdengar jeritan kanak kanak kecil.

"Daddy! Daddy".

Berpusing Zie mandang kemeja Z. Bila melihat seorang budak berlari lalu memeluk Z. Z bangun dan memeluk budak itu. Terpancar wajah kegembiraan diwajah Z, yang penuh dengan seyuman, bila terpandang budak itu. Tersetak hati Zie. Terpejam mata Zie, sejenak. Bila melihat semua itu. Dan kelihatan Daya juga ada di situ. Terseyum memandang anaknya yang dipeluk erat oleh Z. Zie memandang Dee dan Fitri dengan pandangan yang sangat sedih. Boleh lihat diwajah Zie. Hati Zie sangat sangat terluka. Melihat semua ini didepan mata.

"Zie, tolong jangan buat kecoh dekat sini ye?".

Kata Fitri tiba tiba... Zie mengelap air matanya.
dan terseyum memandang Fitri.

"I tau Fit. I akan cuba kawal perasaan i".

Kata Zie dan terus melangkah kaki kepada Z.
Dee dan Fitri mengikiut Zie dari belakang.

Zie, berdiri ditepi bucu meja Z dan Daya. Kelihatan Z sebuk menyuap anak Daya makan.

"Cik nak apa apa lagi". Tanya Zie.

Z lantas terbangun bila mendengar suara dan memandang Zie ditepi meja.

"Ehhh sayang, macam mana kau ada dekat sini".

Tanya Z. Dee dan Fitri memunculkan diri dibelakang Zie.

"Zie, jangan fikir yang bukan bukan Zie. Aku hanya nak jumpa Adam je".
Kata Z.

"Ehhh, kenapa kau nak gelabah pula ni Z. Kau takut tembelang kau pecah ye?".

Zie mengetap giginya.

"Jangan cakap macam tu Zie". Kata Z.

Zie memandang Daya, yang hanya tunduk sedari tadi.

"Kau dah puas hatikan Daya. Kau dah dapat Z balik. Kau menang Daya. Kau berjaya rampas Z dari tangan aku".

Kata Zie kepada Daya. Daya bangun dari tempat duduknya.

"Apa? aku rampas Z dari kau! Heiii kau lupa ke? Kau yang rampas Z dari aku Zie. Kau rampas dia masa dekat Cameron. Kau lupa ye? nak aku terangkan macam mana kau boleh rampas Z dari aku."

Kata Daya dengan muka yang belagak.

"Hisss kau ni, nasiblah dalam mall, kalau dekat luar, dah pecah muka kau".

Zie menengam penumbuknya.

"Hurmmm ok lah, aku pun malas nak gaduh. Aku cuma nak tau, Kenapa kau umpan anak kau, gangu Z?".
Tanya Zie, mengetap gigi. Menahan amarah sayang sangat sangat.

"Siapa budak ni dengan Z?".

Tanya Zie lagi.

"Aku hanya nak anak aku menumpang kasih Z sahaja. Tak boleh ke? Kau bukan ada anak pun dengan Z".

Kata Daya selamber.

"Aku tau kau dengan Z tak ada anak. Salah ke aku bagi Z bahagia sikit". Kata Daya lagi.

"Whattt, kau siapa nak bagi Z bahagia?"...
Tanya Zie kepada Daya.

"Kau bahagia dengan budak ni ke Z?. Tolong jawap Z".

Zie menoleh memandang Z yang membatu sedari tadi.

"Heii, Tolong jawap".

Zie menolak bahu Z. Z tidak tau, untuk berkata apa kepada Zie. Dia betul betul kesiankan Adam.

"Ok, aku dah tau Z. Kau tak payah cakap apa apa lagi. Aku dah tau jawapan kau".

Zie, cuba menahan air matanya.

"Jangan macam tu sayang. Aku sayang kau.
Jangan buat aku rasa bersalah Zie".

"Heiii, kenapa kau nak bersalah pula. Kau bukan sesiapa pun dengan budak ni. Lain lah kalau kau bapak budak ni".

Kata Zie, sambil merenung Z. Z masih diam.

"Kenapa Z, dia anak kau dengan perempaun sial ni ke Z". Kata Zie lagi. Yang cuba memaksa Z, agar membuka mulut.

"Tolong jaga mulut kau Zie, jangan cakap macam tu".

"Kenapa aku tak boleh cakap macam tu. Kenapa?
Jadi betullah, dia anak haram kau dengan betina sial ni".

"Panggg".

Sekali lagi, Z menaikkan tangan kepipi Zie. Z betul betul tak dapat mengawal marahnya..
Terdiam Zie seketika, bila Z buat begitu kali kedua, terhadapnya. Lagi menyakitkan hati Zie. Z memukulnya dihadapan Daya... Zie memandang Daya. Daya terseyum memandang Zie dengan seyuman yang sangat menyakitkan hati Zie.

"Ehhh, apa ni bro pukul perempuan".

Tiba tiba Fitri bersuara.

Fitri memeluk bahu Zie, yang mula mengalirkan air mata, menahan ke sakititan.

"I tak sangka Z". kata Dee.

"Dah Zie, jom balik". Ajak Dee .

"Terima kasih Z, sudi jaga aku sepanjang aku menjadi isteri kau. Halalkan makan minum yang kau telah bagi dekat aku.bPengakhirnya seperti ini, kisah cinta kita. Aku tak boleh bagi kau bahagia Z. Aku tak memamg tak dapat bagi kau bahagia. Mungkin perempuan sial ni, boleh bagi kau bahagia".

Z terduduk dikerusi dan tunduk menahan air matanya. Penyesalan kerana melepaskan tamparan kepada Zie, sangat sangat memilukan hati Z.

"Maafkan aku sayang. Kerana mungkir janji aku.
Kau lah nyawa aku Zie. Tolong jangan pergi tinggalkan".

Bisik Z didalam hati.

"Lepas ni, kau boleh bersama dia semula wahai betina. Sekarang aku lepaskan dia kerana kau. Kerana kau juge pernah lepaskan dia, kerana aku dulu. Walau pun hati aku sakit, sakit yang teramat sangat. Tapi aku tetap akan tinggalkan dia kerana kau dan anak kau... Heii! Dengan sini betina! Z tak ada apa apa lagi dengan aku. Mungkin dengan kau dia akan dapat segalanya".

Kata Zie sambil merenung Daya. Zie melangkah pergi meningalkan Z. Z memandang pemergian Zie dengan wajah yang sedih. Hancurnya hati Z, bila melihat Zie melangkah pergi dengan kesedihan.

"Apa yang aku dah buat ni".

Kata Z, lantas bangun dan mengejar Zie.

"Z jangan tinggalkan kami". Jerit Daya.

Z menoleh kepada Daya dan terus meluru kepada Zie. Daya terus mengengam kuat jarinya, menahan kemarahan, bila Z meninggalkannya begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience