108

Romance Completed 40494

"Khai malam ni aku nak lepak dekat club Dee, kau nak ikut ke?"

Tanya Zie.

"Tak payahlah Zie, saya ingat nak berehat dihotel aja malam ni".

Balas Khai.

"Saya rasa, baik awak terus balik rumah awak Zie. Pasti Z menunggu awak di rumah. Kesian dia Zie".

Kata Khai lagi. Zie menarik nafas panjang.

"Khai, saya nak Z bahagia. Tapi saya kena jauh dengan dia. Saya tak boleh buat dia sempurna berumahtangga dengan saya Khai... Saya tak boleh bagi apa yang dia nak. Saya nak dia kembali kepada Daya. Mungkin betul Kata Daya,
saya yang rampas Z dari dia. Saya tak layak buat Z dan saya tak layak buat sesiapa pun lelaki didunia ini".

Kata Zie kepada Z. Berkaca mata Zie.

"Jangan bersedih Zie. Saya tak boleh tengok awak macam ni. Hati saya dapat merasa kesedihan awak. Fikir masak masak Zie. Jangan buat keputusan melulu".

Kata Khai kepada Zie, sambil megengam jari Zie.

"Saya akan balik Khai, tapi saya kena betul betul bersedia. Saya nak keluar malam ni, saya nak jumpa Dee. Lagi pun Fitri ada di club. Dia juge nak jumpa saya di sana".

Kata Zie... Berkerut dahi Khai, bila dengar Fitri mahu jumpa Zie.

"Kenapa dia nak jumpa awak?".
Tanya Khai.

"Dia nak lepak dengan saya. Itu sahaja Khai."

Terang Zie.

"OK lah, saya ikut awak".

Tersenyum Zie, bila melihat wajah cemburu Khai.

"Sekarang dah pukul8 malam. Kita jumpa pukul 10.30 ye, dekat sana. Kalau saya lambat, awak lepak je dulu dekat dalam, nanti saya datang".

Kata Zie kepada Khai dan Khai menganguk faham.

................................................

"Mie, aku susah hatilah... Jiwa aku tak tenteram. Aku teringat ringat kata kata Zie. Dia nak berpisah dengan aku".

Kata Z lagi kepada Mie.

"Bawak bawak bersabar Z. Cuba kau sembahyang, biar jiwa kau tu tenang sikit".

Kata Mie.

"Dengan sembahyang, jiwa kau akan tenang Z".

Kata Mie lagi.

"Jom dah masuk waktu isyak, jom solat sama sama aku".

Ajak Mie.

"Walau pun kita sejahat mana pun. Kita jangan pernah lupa Allah Z".

Z bangun dari tempat duduknya dan mengambil wuduk dan menunaikan solat bersama sama Mie.

"Mie, kau tau! Aku dah lama tak solat. Sejak kita masing masing tamat kolej. Aku betul betul leka Mie. Aku juga tak pernah jadi seorang suami yang baik untuk Zie. Aku tak kesah cara dia berpakai, aku tak pernah halang dia dari berpesta. Sekarang ni, baru aku terasa, aku bukanlah suami yang baik Mie".

Kata Z sambil mengalirkan air mata. Sambil duduk dia atas sejadah, selepas selesai solat.

"Kau boleh didik dia Z, tapi jangan sampai memaksa dia. Perubahan bukan secara mendadak. Tapi secara pelahan pelahan Z.
Menegur jangan sampai memghina dia Z".

Terang Mie.

"Itu adalah cara dia Z. Sejak kau kenal dia dari zaman remaja lagi. Perubahan bukan dalam masa sehari dua, atau seminggu dua..Mungkin makan bulan atau tahun. Tapi kau kena bersabar.
Kalau dia pakai pakaian yang sopan, kau puji puji dia. Lama lama dia akan sedar Z".

Kata Mie lagi. Membuatkan Z termenung sejenak.

"Dah dah jom makan".

Ajak Mie. Z bangun dan terus duduk bersama Mie dia kerusi meja makan.

"Mie, jom teman aku lepak club Dee. Aku macam terasa rasa Zie ada di sana".

Kata Z.

"Boleh boleh aku pun dah lama tak ke sana. Bolehlah layan live band. Rindu pula nak enjoi sekali sekala".

Kata Mie, sambil terseyum.

Tepat pukul 10.30 Zie sampai di club. Agak ramai orang didalam. Zie terpandang Fitri duduk dikerusi diatas pentas liveband. Sambail matanya seperti memcari sesuatu dan gelisah. Bila matanya memandang kepada Zie, Fitri mula terseyum dan sempat melambai tangan kepada Zie. Tanpa Zie perasan Khai sudah ada didalam.
Khai hanya jadi pemerhati Zie dan Fitri dari jauh.

"Dear u datang juge ye".

Kata Fitri dengan mengunakan mic nya. Sambil mata asyik memandang Zie. Terseyum Zie, bila Fitri buat begitu.

"Lagu seteruanya ini nanti untuk U dear".

Kata Fitri lagi. Membuatkan senyuman Zie, bertambah lebar... Dee yang tengah melayan tetamu, terus berpusing memandang kepintu masuk club. Kelihatan Zie setia berdiri disitu dengan senyuman terhadap Fitri.

"Amboiii! Ni datang kenapa? Nak jumpa i ke u nak jumpa dia".

Tunding Dee sambil terseyum.

"Hai Dee. Of course I want to see you".

Kata Zie sambil terseyum. Dee manarik Zie duduk dimeja beer. Lantas mereka berdua, duduk bertenggek diatas kerusi tinggi dimeja bar.

"Sis i nak tanya u lah... Macam mana u dengan Z?". Tanya Dee.

"Hurmmm, entah lah Dee. I pun tak tau".

"boy, bagi i segelas beer".

Kata Zie kepada budak bartender itu. Lantas tersengeh memandang Dee.

"Tension lah dear".

Kata Zie lagi sambil terseyum senyum.

"OK lah, 1 gelas je ye? Kalau lebih, i yang merajuk nanti".

Kata Dee sambil terseyum.

"Ok dear". Balas Zie...

Bila alunan muzik dimainkan. Zie dan Dee berpusing memandang Fitri.

"Hurmmm, bertuah u sis. Baru sampai dah ada orang nyanyikan lagu. I yang dah bertahun tahun kerja sini, tak seorang pun menyanyikan i lagu".

Kata Dee. Sambil tersenyum kelat. Zie hanya membalas senyuman Dee dan leka memandang Fitri. Khai pula bertambah tak senang duduk.
bila melihat Fitri cuba menarik perhatian Zie dengan nyayiannya.

.................

*Sayang,
Sejak kau hadir didepan mataku,
Aku menjadi permerhati setia mu.
Sayang,
dengarkanlah melodi ini hanya untuk mu.
Semoga kau memahami hati ini.
Dengarlah wahai kekasih rahsiaku.
melodi cinta aku,
ku tuju hanya untukmu.
Hati ini akan tetap sabar menanti cinta mu,
satu hari pasti engkau akan memandang cinta ini.
........................

"Lirik yang sangat indah bila didengar".
Bisik Khai.

"Siapa dia yang sebenarnya? Adakah dia seperti aku?. Ada peraaan yang sama terhadap Zie".

Bisik Khai lagi dan setia memerhati dari tempat duduknya. Fitri lantas bangun dah terus menuju kepada Zie, bila nyanyiannya selesai.

"Thanks datang Zie".
Kata Fitri.

"Lagi tu Khas buat u Zie".
kata Fitri lagi.

"Tapi kenapa i Fit? U tau i dah ada husband. Jangan gores luka didada sendiri Dear. Nanti sakitnya, u juge yang terasa".

Kata Zie, yang mula bermadah. Fitri setia menatap wajah Zie. Sambil terseyum. Ayat Zie itu, tidak sedikit pun melekat dihatinya.

"Satu hari nanti, pasti akan ada ruang untuk i".
Balas Fitri.

"Jangan meletakkan harap yang tinggi Fit. Cukup lah kita berkawan Fit".
Kata Zie, sambil memegang tangan Fitri.

"Haii Zie".

Khai yang tak dapat duduk dengan tenang, terus datang kepada Zie.

"Haiii Khai. Bila awak sampai".
Tanya Zie, sambil melepaskan tangan Fitri.

"Setengah jam yang lepas".

Khai menyeringai.

"Ehh kenapa saya tak nampak awak"

"Awak sebok sangat, mana nak nampak saya".

Perli Khai.

"Maaf Khai, saya betul betul tak perasa awak".

Kata Zie sambil terseyum.

"Ok tak pe"

Balas Khai.

"Dah lah, jangan minum lagi".

Kata Khai, bila melihat Zie meneguk air nya.

"Saya tak suka lah". Kata Khai lagi.

Zie terseyum memandang Khai.

"Dari dulu, awak tetap sama".

Zie cuba dekatkan bibirnya dipipi Khai. Khai lantas mengelak ke belakang.

"Hahhaha".
Zie ketawa melihat Khai. Berkerut wajah Khai.

"Kalau uolls nak tau. Khai ni dari i kenal dia, dia tak suka bila i minum".

Kata Zie kepada Fitri dan Dee. Terseyum mereka berdua.

"Zie jom teman i makan". Ajak Fitri.

"Ehhh tak boleh".

Jawap Khai dengan nada yang sedikit tinggi.

"But why? Who he is with you".

Tanya Fitri.

"Siapa dia dengan aku, kau tak payah sebok".

Balas Khai. Mereka mula bertegan lidah, bila Fitri mengajak Zie keluar makan.

"Jom Zie".

Fitri mula menarik tangan Zie. Khai lantas menolak bahu Fitri.

"Jangan main paksa paksa ye."

Kata Khai... Mula jadi pegaduhan kecil antara mereka.

"Sudahlah tu, cukup lah". jerit Zie.

"Aku pening lahh".

Kata Zie lagi. Terdiam mereka berdua, dari berbalah.

"Macam budak budak".
Sampuk Dee, sambil berkerut dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience