Terserempak lagi

Romance Completed 40494

Khai, baring diatas katil dan ternampak nama kad yang ada diatas meja lampu tidurnya, Dia mencapai kad yang tertera nama Zie dan nombor talofon bimbit Zie. Khai bangun dari katil dan mencapat talifon bimbitnya yang ada diatas meja, lantas menekan nombor talifon bimbit Zie.

"ring ring ring"...

Zie, menjeling kepada talifon bimbitnya yang ada di atas meja makan.

"Siapa pula yang call aku ni Z. Tak ada pula nama tertera?".

Tanya Zie, kepada Z.

"Alahhhhh angkat je lah".

Kata Z sambil menjamu makanannya. Zie menjawap pangilan itu.

"Assalamualaikummm, Zie ke tu?".

Khai bertanya.

"Wasalam. Ye, saya Zie. Ni siapa ya?".

Tanya Zie.

"Lekasnya lupa dekat saya".
Balas Khai.

"Maaf, Siapa ye?".

Tanya Zie lagi.

"Sayalah khai. Yang kita terserempak tadi, masa makan dekat restoran. Dah lupa ya".

Tanya Khai lagi.

"Ohhhh ye ye, saya ingat. Haiii awak, Kenapa call saya ni?".
Tanya Zie sambil tergelak.

"Saya saja nak call awak. Tengah duduk duduk ternampak name kad awak atas meja saya. Itu yang saya call. Awak sebok ke sekarang ni?".
Tanya Khai lagi.

"Ehhh taklah sebok sangat, saya tengah makan ni".

Sambil mata Zie, memandang ke Z yang dari tadi melayan makanannya.

"Ohhh maaf menganggu... Awak free ke nanti? Boleh kita jumpa, bila bila?"
Tanya Khai.

"Hurmmmm! nanti saya call awak balik. Ini nombor awakkan. Nanti saya save. Bila free, saya call awak balik ya".

"Ok, selamat malam Zie. Selamat menjamu selara". Balas Khai.

"Terima kasih awak. Selamat malam juga. bye".
Sambut Zie dan memutuskan panggilan.

"Siapa tu yunk?".

Tanya Z.

"Kawan".

Zie pantas menjawap.

"Kawan lelaki ye?".

Tanya Z lagi.

"Ahaaa, kawan lelaki... Just kawan. Tak ada feling feling pun".

Kata Zie dan memegang jari Z.

"Jangan risau sayang! Aku kan dah ada kau. Tak mungkin aku cari yang lain. Kau akan selalu ada di dalam ni".

Zie, menarik tangan Z dan di letakkan di dadanya.

"Forever and ever di sini".

Kata Zie lagi sambil Zie tersenyum memandang Z. Z membalas senyuman Zie.

"Dah, cepat makan. Tadi kata nak makan sangat western ni".

Zie tersenyum memandang Z yang mula mimum air fresh orangenya. Terpandang sahaja air fresh orange yang Z minum. Tiba tiba teringatkan semula kepada Daya, yang suka sangat minum air fresh orange.

"Menyampahnya aku tengok mamat ni. Dah tau aku tak boleh tengok air oren, di boleh pula minum air tu". Bisik Zie sendiri.

"Ni mesti si Daya tu, hari hari minta air fresh orange, masa berdating dengan Z dulu. Itu yang Z pun tersampuk air tu".

Bisik Zie lagi, Sambil merenung air oren itu.

"Aku simbah muka kau dengan air oren tu baru kau tau hehehhe". Hati Zie setia berbisik.

.................................................

"Yun, Aku rasa awek ni susah sikit lah nak ayat. Bukan macam yang lepas lepas. Aku call dia tadi. Tapi dia macam tak teruja aja, bila aku call. Aku rasa dia dah ada boyfriend lah".

Kata Khai kepada Yun.

"Alah Khai, Jangalah putus asa. Kalau hati dah suka, kau cuba je. Terubat juga luka lama kau. Taklah kau bosan sangat dok rumah ni. Termenung sana, termenung sini".
Kata Yun lagi.

"Nak bosan apa Yun, Korangkan ada. Korangkan boleh teman aku. Lepak club, lepak mamak. Free free boleh rempit".
Kata Khai sambil tersenyum.

..........................................................

"Zie, esok aku dah nak pergi tau. Engkau jangan nak nakal nakal pulak?".
kata Z kepada Zie..

"Hurmmmm kau ni! Paling tak pun, aku lepak club dengan Yana dan Lin. Kau tak payahlah nak ingat akan aku selalu. Kau tu yang kena jaga diri. Takut tersangkut dengan minah dekat sana pula. Kau tu dahlah sweet".

Kata Zie, Sambil Zie memegang pipi Z.

"Awek mesti tergoda punya".

Zie ketawa manja sambil memandang Z.

"Kau ni Zie, Ada ada je tau. Nanti aku dah sampai sana aku call kau. Kalau ahad aku dah sampai sini awal. Kita keluar pergi dating ya?".
Kata Z lagi.

"Ok bos sayang".
Zie mencebikkan bibirnya.

......................................................

Menjelang malam minggu, Zie begitu bosan duduk di rumah. Zie mengajak Yana dan Lin keluar ke club. Mereka berdua bersetuju. Zie menunggu Yana datang mengambilnya dan akan terus mengambil Lin pula.

"Woiii, Zie cepatlah Zie! Lin dah sebok call aku ni. Dia dah lama siap".

Jerit Yana yang menunggu Zie didalam kereta.

"Hummmm kecoh aja Lin tu.Tunggu sekejap pun tak boleh".

Bebel Zie.

"Dah dah, Cepatlah jomm". Balas Zie, sambil melangkah masuk kedalam kereta. Sampai didepan rumah Lin, Lin sudah menunggu didepan gate rumahnya. Dengan muka masam.

"Woww kenapa lambat?".
Tanya Lin.

"Alahhhh relexlahh Lin. Takkan lari club tu. Kata nak enjoi. Janganlah buat muka taik kau tu".

Kata Yana. Masing masing ketawa didalam kereta. Sampai di club mereka duduk disalah satu kerusi sofa yang tersedia didalam club.

"Malam ni ada live band. Bolehlah layan lagu. Sambil lepak lepak". Kata Yana

Kami memesan 3 air coke dan lepak sambil berborak borak.

"Beb, kau tengok sana tu. Macam kenallah mamat tu!".

Tanya Lin, Sambil menundingkan jarinya kepada group yang tengah duduk dimeja bertentangan.

"Hurmmmm ye lahhh Zie! Tu bukan mamat yang langar kau hari tu ke?" Kata Lin lagi.

"Zie, pergilah tegur. Boleh lepak sama sama".
kata Lin lagi, sambil tersenyum gatal.

"Hiss tak nak lah! Kau nak, kau pergilah tegur".
Balas Zie.

"Alahhhh dia tak kenal aku, Dia kenal kau. Tolong Zie! Pergilah tegur mereka. Aku nak berkenalanlah dengan mereka. Kalau kau tak nak, aku nak".

Kata Lin yang bersunguh sunguh.

"Hisss kau ni. kejap kejap lagi lah aku tegur, bagi aku minum dulu". Kata Zie.

"Ok, best lah kau ni Zie".

Kata Lin sambil tersenyumm menyeringai. Untuk Lin dan Yana, Zie bangun dari tempat duduknya dan terus ke meja Khai...

"Hai Khai".

Tegur Zie sambil terseyum.

"Ehh awak! Awak pun lepak sini. Tak sangka saya dapat jumpa awak lagi".

Terbangun Khai dari tempat duduknya bila melihat Zie yang juga ada di situ. Zie memberikan senyuman kepada semua kawan kawan Khai.

"Hello semua, saya Zie".

Kata Zie kepada Lee dan Yun.

Semua tersenyum memandang kepada Zie. Khai megenalkan Zie kepada kawan kawannya.

"Yang ni Yun yang lagi sorang ni Lee".
Kata Khai. Zie bersalaman tanda pengenalan.

"Ehh, awak dengan siapa? Sorang ke?".
Tanya Khai lagi.

"Ehhh taklah, saya dengan kawan kawan saya. Itu dekat hujung tu".

Zie menunjukkan jarinya kepada Yana dan Lin. Semua kawan kawan Khai, Memandang ke meja Lin dengan Yana. Sambil melambai tangan. Lin tersenyum lebar, bila mereka berpusing kepadanya. Teruja sangat Lin, mahu berkenalan dengan mereka.

"Jomm Join kami di sana".

Ajak Zie sambil Zie memandang Lin dengan mata terbeliak.

"Ni semua Lin punya pasal. Tak pasal pasal aku kena panggil mamat mamat ni semua. Hurmmmm Lin Lin".

Bisik Zie didalam hati... Mereka semua bersetuju untuk lepak sama. Mereka bangun dan menuju ke meja Zie dan kawan kawanya. Zie sempat buat muka berkerut kepada Lin. Lin hanya tersenyum, bila Zie buat begitu. Zie mengambil tempat duduk. Khai pula mengambil tempat duduk disebelah Zie. Mana kala Yun duduk di sebelah Lin. Bukan main tersenyum lebar si gatal ni. Lee pulak duduk di sebelah Yana.
Sesuai sungguh Lee dengan Yana. Lee ni, berbadan tegap dan tinggi. Yana pula orangnya tinggi juga. Tapi Yana sudah ada boyfrend.
Jangan bertukar arah sudahlah, Ketawa Zie didalam hati.

"Korang duduk lepak sini je ke? Tak nak pusing pusing KL".

Tanya Lee,

"Good idea".
Jawap Lin.

"Bosan sebenarnya lepak sini". Kata Lin lagi.

Zie mengeluarkan rokok dan memasangnya. Berkerut muka Khai, bila melihat Zie merokok.

"Jangan berkerut sangatlah muka awak tu. Kami semua merokok. Tak salahkan, kami merokok?".

Zie bertanya kepada Khai, Bila melihat muka Khai yang berkerut memandangnya. Khai mula tersenyum

"Ehhh tak apa, Saya tak kesah".
Balas Khai.

"Pertama kali aku lepak dengan awek yang merokok ni. Memang sempoilah jorang ni".
Bisik Khai di dalam hati.

"Kita nak pergi kemana lepas ni?".
tanya Lin

"Apa kata kita pusing pusing satu KL, Naik motor kita orang, nak tak?". Tanya Yun

"What! Naik motor? No no no".

Kata Zie sambil mengeleng gelengkan kepalanya, bila Yun sebut pasal naik motor.

"Maaf korang, Bukan tak boleh! Tapi kita orang tak pernah naik motor. Lagi pun saya takut"... Kata Zie lagi.

"Hurmm minah keretalah ni".

Bisik Khai di dalam hati.

"Dia tak tau, bertapa nikmatnya naik motor berbanding dari nak kereta". Bisik Khai lagi.

"Alahhh Zie, jom lah. Aku teringginlah nak naik motor, pusing pusing K.L. Aku tak pernah naik motor. Plesss Zie, jom".

Ajak Lin yang sedikit memaksa.

"Hisss kau ni Lin, Bahayalah naik motor! Kalau jatuh nanti macam mana?" Kata Zie sambil membesarkan matanya.

Kalau diikutkan, Zie memang tak mahu ikut. Tapi di sebabkan Lin yang beria ria. Zie terpaksa ikut juga. Bahaya kalau biarkan Lin ikut meraka sorang diri. Dah lah baru kenal".
Bisik hati kecil Zie..

"Ehhh, takkan jatul lah". kata Yun.

"Bukan nak berlumba pun. Bawa relex je. Pusing pusing Kuala Lumpur ni aja. Kalau takut, kenalah peluk kuat kuat".

Kata Yun lagi, sambil tersenyum menyeringai.

"Yana, kau macam mana? Ok ke pusing pusing KL naik motor?".

Tanya Zie.

"Takut, tapi bolehlah, nak juga rasa adventure. Aku ikut je. Lagi pun teringgin juga nak naik motor".

Kata Yana sambil terseyum memandang kepada Lee.

"Hurmmm kalau semua dah on. Ok lah, I pun on jugalah. Tapi mana helmet kita orang?".
Tanya Zie.

"Pasal helmet jangan risau. Club ni, kawan kawan saya ramai. Pinjam je dekat jorang".

Kata Yun sambil tersenyum... Mereka semua keluar dari club dan menuju dimotor Khai, Yun dan Lee.

"Jangan naik motor cupchai dah lahh! Malu aku nak naik".

Bisik Zie di dalam hati.

Khai dan yang lain melangkah keluar dari club dan pergi kepada tiga biji motor RXZ yang terparking di luar club.

"Hurmmm Ok lah, tak lah teruk sangat. Bolehlah di layan".
Bisik Zie lagi, di dalam hati.

Khai menyerahkan helmet kepada Zie, Zie menyambutnya dengan senyuman. Yun pula dengan Lin. Manakala Lee dengan Yana.

"Awek, tiga orang ni boleh ke naik motor? Jangan macam beruk duduk atas motor dah lah. Jadilah korang minah rempit hari ni".

Sambil tersenyum, Khai berkata didalam hati.

"U jangan bawa laju laju ye?"

Amaran Zie kepada Khai.

"I gayatlah".

Sambil Zie tersenyum memandang Khai. Khai hanya membalas seyuman Zie... Zie pula membuat muka macam nak naik rollercoster dekat fun fair.

"Naik motor aja kot. Dia punya takut lain macam. Ape lah minah ni".

Bisik Khai bila ternampak wajah Zie yang sangat tak selesa. Yana dan Lin sudah bersiap sedia, naik motor dan memeluk kuat kuat Lee dan Yun.

"Kalau ye pun awak takut, Janganlah peluk kuat sangat sayang oii!". Kata Yun, sambil menoleh memandang Lin yang duduk di belakang.

"Nanti saya mati tak bernafas, Baru tau. hahahahahhah". Yun ketawa. Yang lain juga terdengar, kata kata Yun, turut ketawa.

"Sorry, kalau kita orang ni batak sikit. Fist time naik motor".

Kata Zie dan terus naik diatas motor, tanpa memakai helmet.

"Cik adik sayang, Helmet awak mane?"
Tanya Khai.

"Ehhhh, kena pakai ye?".

Zie membuat lawak. Sambil memakai helmet yang dipegang ditangan. Zie tersenyum memandang Khai.

"Cantiknya senyuman awak!".
Khai memuji muji Zie. Zie hanya tersenyum terus.

"OK awek kereta, jomm pusing KL dengan motor".
kata Lee, sambil menjerit.

Masing masing memeluk pasangan masing masing dengan erat. Takut sangat terjatuh... Zie pula menarik nafas panjang panjang sebelum motor di gerakan. Terasa di badan Khai, Bila Zie buat begitu.

"Hmmmm awek ni! Dia betul betul takut ni". Bisik Khai di dalam hati.

Di sebabkan mereka takut. Khai, Yun, dan Lee tidak pun membawa motor dengan laju. Tersenyum masing masing di atas motor. Melihat gelagat awek awek yang mereka bawa hari ini.

"Oii, jom lepak bukit" Jerit Lee.

"Boleh tengok KL dari atas". Jerit Lee lagi.

Mereka semua bersetuju. Lalu terus pergi ke atas bukit. Untuk melihat pemandangan yang indah diwaktu malam. Berdebar hati Zie, bila melihat sekeliling bukit hanya pokok pokok yang sedikit berhutan.

"Ehhhh manalah jorang nak bawa kami ni? Kiri kanan pokok pokok aja... Bukit mana pula jorang nak pergi? Jangan kena rogol dah lah, Lain macam je tempatnya".

Hati Zie terus berdebar debar, bila melihat sekeliling. Sampai di atas. Terdapat ramai pula pasangan pasangan duduk lepak diatas. Terasa lega hati Zie.

"Rupanya ada port dekat atas ni. Boleh tengok seluruh lampu lampu di KL. Sungguh indah dan tenang di sini".
Bisik Zie, di dalam hati, bila melihat pemamdangan dari atas.

"Ok dah sampai".
Kata Lee.

Masing masing turun dari motor.
Zie, Lin dengan Yana membetulkan pinggang masin masing.

"Sakitnya pinggan aku".

Kata Lin kepada Zie dan Yana.

"Ahaaa lahhh! same". kata Yana pula.

"Macam ni rupanya naik motor ye? Sakit sakit pinggang".

Kata Yana lagi, sambil mata memandang ke Lee.

"Awek macam uolls je rasa sakit pinggan. Awek yang dah biasa naik motor, Tak ada yang sakit".

kata Lee dan tersenyum memandang Yana. Yana mencebikkan bibirnya... Zie pergi dipenghujung tebing dan melihat keindahan lampu lampu yang menerangi Kuala Lumpur ditengah malam.

"Cantiknya tempat ni ye Khai. Awak selalu ke lepak sini?"
Tanya Zie.

"Tak selalu, tapi adalah juga".

"Malam malam bila free, kita orang suka bawa motor dari bawa kereta. Bawa kereta ni jem. Bawa motor boleh lah cilok cilok. Cepat je sampai ke destinasi". kata Khai lagi.

Zie hanya tersenyumm dan berpusing mencari kawan kawanya. Terpandang mereka duduk dirumput bersama pasangan masing masing sambil gelak ketawa dan berborak borak.

"Jom duduk dekat diorang".
Ajak Khai.

"Alahhh tak naklah duduk dekat situ! Saya pakai seluar pendek, Nanti gatal gatal peha saya. Saya ni ada alahan dengan benda benda macam ni. Kita duduk di kerusi tu je lah".
Zie menunding jari ke kerusi yang ada kosong dibelakang.

"Ada ada aja awek ni... Orang lain elok je duduk dekat rumput". Bisik Khai.

"Ok jom"

Kata Khai dan melangkah kekerusi dibelakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience