"Awak! boleh kita berkawan lepas lepas ni?"
Tanya Khai, Sambil berpusing memandang tepat kemata Zie yang duduk disebelahnya...
"Awak, jangan pandang saya macam tu. Saya takut tergoda nanti".
Kata Zie sambil tersenyumm.
"Kenapa lah senyuman kau sama macam kekasih hati aku yang telah pergi. Bila kau hadir, terasa Siti dekat di hati ini. Aku mula rindu Siti, setiap kali melihat kau tersenyum".
Bisik Z di dalam hati. Sambil merenung tepat dibibir Zie.
"Heiiii kenapa tenung macam tu. Saya tak selesa tau".
Kata Zie lagi, sambil menolak pelahan dada Khai. Khai tersenyum dan terus memandang kehadapan.
"Boleh ke kita berkawan, lepas ni?".
Tanya Khai, buat kali kedua.
"Dah tentu kita boleh berkawan, apalah salahnya. Tak berdosa pun. Lagi pun saya suka berkawan dengan korang semua".
Balas Zie.
"Terima kasih awak, sudi berkawan dengan saya".
Kata Khai sambil tersenyum.
Zie memandang bibir Khai, Yang sangat manis bila dia tersenyum.
"Handsome jugak kau ni! Takkan lah tak ada awek yang nak di bawa jalan jalan? Kenapa pilih aku?".
Bisik Zie di dalam hati.
Zie terpandang parut kecil yang ada di tepi bibir belah kiri.
"Parut dibibir ni, mesti parut budak nakalkan?".
Tanya Zie, sambil memegang parit yang ada dibibir Khai. Berdebar hati Khai, bila Zie memegang bibirnya. Teringat semula kejadian yang menimpanya dahulu.
"Parut itu dari Siti, Siti yang buat parut itu ada disitu".
Bisik Khai didalam hati.
"Ehh, mana ada nakal. Saya budak baik tau".
Sambil Khai memegang tangan Zie dan meletakkan tangan Zie di tepi.
"Saya terhantuk dekat alamri, masa nak ambil baju".
Kata Khai berdalih.
"Ohhhh ingatkan budak nakal".
Kata Zie, sambil terseyum.
"Ehhh, dah pukul berapa ni. Jom lah kita balik. Nak ambil kereta Yana lagi, dekat club tu. Lagi pun dah dekat pukul 2pagi ni".
Kata Zie, kepada Khai.
"Ermmmm, Tak puasnya lepak dengab awak. Dah nak balik".
"Tak apalah, next time. Kita lepak sini lagi sama sama. Saya pun dah suka sangat tempat ni".
Kata Zie lagi.
"Oiii korang jomlah balik. Dah pukul berapa ni! Nak ambil kereta lagi?".
Zie mengajak semua balik ke club semula. Kami pulang semula ke club untuk mengambil kereta Yana. Sampai di club, Zie memberikan Khai helmet.
"Terima kasih Khai, sudi bawa saya jalan jalan. Seronok sangat dapat naik motor. Tapi next time, tak nak lah naik motor. Sakit sakit pinggang saya ni. Kebas kebas bontot saya". Zie ketawa.
Kawan kawan yang lain turut ketawa juga. Bila terdengar perbualan Zie dan Khai.
"Baiklah cik adik, lepas ni, kalau nak keluar jalan jalan. Cik abang semua ni, bawa kereta pula, kita bawak sorang satu kereta. Dah tak nak dengar ada yang sakit sakit pinggang, kebas kebas bontot lagi". kata Yun.
Ketawa kami semua. Mendengar lawak Yun. Zie menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Khai dan memberiakan ciuman di pipi kiri dan kanan Khai. Khai membuat muka terkejut, bila Zie buat begitu.
"Alahhh relex lah! Ciuman seorang kawan baru. Janganlah buat muka terkejut sangat, awak ni pun".
Kata Zie selamber, bila melihat wajah Khai yang tergamam.
Yana dan Lin juga buat begitu kepada Yun dan Lee. Menyeringai masing masing bila dicium pipinya.
"Budak bandar, macam ni agaknya cara jorang kan. Aku yang budak kampung ni, tak biasa main cium cium dengan kawan kawan. Kalau dengan awek tu biasalah". Bisik Khai di dalam hati.
"Terima kasih awak, Bawa kami jalan jalan". kata Lin kepada Yun.
"Best sangat lepak hari ni".
kata Lin lagi.
"Nanti bolehlah kita keluar dating berdua?".
Tanya Yun, kepada Lin.
"Of course i can! Saya sudi sangat, kalau awak ajak saya keluar".
Kata Lin lagi. Sambil tersenyum manja.
Yana masuk ke kereta dan menghidupkan enjen keretanya. Lee, mengikut Yana ke pintu kereta.
"Awak, lepas ni boleh kite berjumpa lagi?".
Tanya Lee kepada Yana.
"Sudah tentu boleh, Itu pun kalau awak nak belanja saya". Kata Yana dan tersenyum menandang Lee.
"Pasal belanja tak ada masalah. Apa guna jadi lelaki, kalau tak nak belanja girlfriend makan". Kata Lee sambil mengelipkan sebelah matanya kepada Yana, Yana terseyum malu.
Zie, Yana dan Lin masuk kedalam kereta. Khai, Yun dengan Lee masih lagi berdiri di tingkap, pasangan masing masing. Seperti tidak mahu melepaskan Yana, Lin dan Zie pulang.
"Zie, lepas ni boleh ke kita jumpa lagi?".
Tanya Khai.
"Mestilah boleh, kita kan dah jadi kawan".
"Kalau saya free, bolehlah saya ajak awak keluar".
Tanya khai lagi.
"Tengoklah kalau saya tak sebuk dan ada masa terluang. Kita pasti boleh keluar bersama sama".
Jawap Zie.
"Oklah korang, kita orang balik dulu ya! Jumpa next date, Bye".
Kata Yana. Sambil melambaikan tangannya dan memandu keluar kereta myvi purplenya, dari dalam perkarangan parking. Mereka bertiga membalas lambaian tangan Yana.
"Korang, Aku sukalah dekat Lee, tapi tu lah, aku tak bolehlah macam ni. Aku sayangkan Arol. Tapi Lee romantik sangat. Tak macam Arol". Kata Yana, sambil membuat muka yang bercelaru.
"Bila aku bersama Lee, Seperti ada sesuatu yang membuatkan aku senang sangat. Renungan mata dia, Pehhh buat aku cair". Kata Yana kepada kawan kawannya.
"Kau takpe lah Lin, kau dah solo. Boleh lah kau ikat si Yun tu".
Kata Yana lagi.
"Hurmmmm tak taulah, aku nak cakap apa. Kalaulah Z tau, aku keluar dengan jantan lain, mati lah aku". Balas Zie.
"Ok korang, kejadian hari ni, jangan sesekali cerita dekat sesiapa. Biar pecah di perut, jangan pecah dimulut. Biar kita kita je tau... Yang kita curang hari ni. Rahsia mesti di tutup, Kuncinya kena buang jauh jauh". Kata Zie lagi.
Mereka semua ketawa didalam kereta. Bila Zie kata begitu.
"Yana, malam ni aku tidur rumah kau ajalah. Aku dah cakap dekat ibu. Malam ni aku tidur rumah kau. Malaslah nak balik. Nanti bapa aku bising. Dah pagi baru balik". Kata Zie.
"Ahaaaa, sama Yana. Aku pun nak tidur rumah kau. Malas nak balik". Kata Lin pula.
"Apalah koran ni, rumah aku tu pun rumah korang jugak. Tak payah nak mintak izin lah".
Kata Yana sambil berkerut dahinya.
Yana ialah anak tunggal yang kematian ayah dan ibu. Sudah 3 tahun pemergian ayah dan ibunya. Masa itu dia berumur 18tahun. Ayah dan ibunya kemalangan jalan raya. Sekarang dia tinggal bersama dengan orang gajinya sahaja. Yana agak rapat dengan orang gajinya Yang di panggil Mak Minah. Mak Minah seorang Anak dara tua yang tak kawin kawin lagi, sampai lah Usianya sudah menjakau 50tahun. Lama sudah dia berkerja dengan keluarga Yana. Sejak Yana masih bayi lagi. Yana sangat sayangkan Mak Minah. Pemergian ibu bapanya, meninggalkannya banyak harta untuk Yana. Termasuk duit duit dan belbagai lagi insyuran, ibu dah ayahnya. Tapi Yana sorang yang agak simple. Tak menunjuk nunjuk kekayaannya. Disebabkan itu Arol setia dengan Yana. Walaupun Arol tak pernah pun menjaga hati Yana... Bila Yana merajuk! Tak pernah langsung dipujuknya. Tapi, bila mahu pinjam duit Yana. Pandai pula dia mengambil hati Yana.
"Masuk rumah nanti diam diam tau! Nanti Mak Minah bising, kita balik lambat sangat". Kata Yana sambil tersegeh.
"Hurmmmmm leganya dapat baring".
kata Zie, bila sampai di dalam bilik dan terus baring di atas katil king didalam bilik Yana. Setakat kita bertiga tidur, memang selesa. Tiba tiba handphone Lin berbunyi. Tertera di screen nama Yun.
"Korang korang tengok ni. Yun call aku".
Melompat Lin dari atas katil. Yana dan Zie hanya tersenyum, sambil mengeleng gelengkan kepala.
"Shuuuu diam diam".
kata Lin.
"Hello Yun".
"Hello Lin, Dah sampai rumah ke?".
Tanya Yun ditalian
"Kita orang tak balik rumah hari ni".
Kata Lin kepada Yun.
"Haaaaaa apa! Tak balik rumah. Korang tidur dekat mana?".
Yun kehairanan.
"Alahhh relexlah, Kita orang tidur rumah Yana. Malas nak balik rumah... Rumah Yana ni, rumah kedua kami. Bila dah balik lambat, ni lah rumah kami tumpang tidur". Terang Lin kepada Yun.
"Ohhh! lega saya. Saya ingat awak lari rumah hehehheeh". Yun membuat lawak.
"Not my taste lah, lari lari rumah ni. Kami tak pernah lari lari rumah. Kalau lambat balik,
kita akan balik dekat rumah Yana ni... Apa yang penting, kami pasti balik".
Terang Lin lagi.
"Ok lah cik adik, awak menang.Selamat pagi ya! Selamat tidur".
"Ok Bye, cik abang. Selamat tidur juga. Muahhh". Balas Lin dan memutuskan talian.
"Korang korang look look! Dia call aku. Sukanya aku!".
Lin merebahkan badan diatas katil, sambil terseyum seyum menyeringai... Tak sampai sepuluh minit, semua sudah tertidur keletihan.
"Ring ring ring"
Talifon bimbit Zie, berbunyi. Masing masing mengeliat bila mendengar bunyi bising talifon bimbit
"Hurmmmm! Sape punyalah tu yang berbunyi pagi pagi ni".
kata Lin, sambil mengeliat.
"Zie, angakatlah cepat phone kau tu! Bising lahh".
Lin mengeluh.
"Hurmmm ok ok lah".
Dengan longlai, Zie bangun dan terus berjalan dimeja mekup. Sambil mata memandang kepada jam yang ada didinding bilik.
"Huwaaaaaa!". Zie menguap.
"Baru pukul 10 pagi, Siapa yang call ni! Kacau orang nak tidur lah".
Zie memegang talifon bimbitnya dan melihat screen. Terbeliak mata Zie, bila melihat Khai yang menghubunginya.
"Ehhh apa dia nak pagi pagi buta ni". Bisik Zie, lantas Zie menjawap pangilan itu.
"Hello Zie, dah bangun ke?".
Tanya Khai, bila sahaja Zie menjawap pangilannya.
"Haii Khai! Huwaaa!".
Balas Zie, sambil menguap.
"Amboii, belum bangun lagi lah ni ye?".
Khai sambil ketawa.
"Huuuuuu sorry sorry! Terover menguap pula hehhe".
Zie sambil ketawa.
"Kenapa ye Khai, Awak call pagi pagi ni?". Tanya Zie.
"Sorry mengganggu awak pagi pagi ni, Ingat nak ajak lunch sama sama. Kalau awak free".
Tanya Khai.
"Maaf Khai, saya mengantuk sangat. Next time lah ye, Kalau free nanti saya call awak".
Balas Zie.
"Saya pun tak balik lagi rumah.Ini dekat rumah Yana lagi. Kami balik malam tadi, terus tidur sini... Masing masing malas nak balik rumah".
Sambung Zie.
"Awak nak saya ambil awak, hantar awak balik rumah ke?".
Tanya Khai.
"Ehhh tak pe, tak pe wak, Saya tak nak susahkan awak. Nanti Yana boleh hantar saya balik. Atau pun malam ni saya tidur sini lagi. Esok mereka nak pergi kerja, mereka boleh hantar saya balik rumah. Bukan jauh pun rumah saya dengan rumah Yana".
Terang Zie lagi.
"Hurmmm tak pe lah! Orang tak sudi.
Mana lah nak jumpa kita lagi. Siapa lah kita ni kan!"
Kata Khai mula, berpura pura merajuk.
"Ehhh, jangan cakap macam tu. Saya suka berkawan dengan awak. Tapi, saya memang malas nak keluar. Letih rasanya. Mata ni dah nampak bantal je".
kata Zie, sambil ketawa.
"Ohh ok, tak pe lah! Maybe next time, kita boleh jumpa. Pergilah sambung tidur, Sweet dream ya". Kata Khai.
Ok thanks Khai! bye".
Zie memutuskan talian.
Baru nak duduk atas katil! Tiba tiba talifon bimbit Zie berbunyi lagi.
"Woiii Zie! Blahlah turun bawah. Bising lahh, aku nak tidur". Marah Yana.
"Berboraklah sepuas puas yang kau nak, dekat bawah tu".
kata Yana lagi.
"Bongoklah korang ni. Kalau korang dapat call, korang bangun dari katil, aku terajang sekor sekor".
Marah Zie. Tersengeh sengeh Yana.
"Hurmmmm, siapa lagi lah yang call aku ni. Mengacau betullah. Zie bangun dari atas katil dan mencapai semula, talifon bimbitnta di meja barang. Tertera di screen nama MYLOVE Z.
Cepat cepat Zie berlari keluar dari bilik dan turun ke bawah.
"Selamat pagi cik Zie".
Kata Mak Minah.
"Selamat pagi mak Minah. Buatkan saya air milo ye mak Minah". kata Zie.
"Baik cik". Kata Mak Minah dan terus ke dapur.
Zie, Yana dan Lin dari tingkatan 1 memang sudah mula duduk melepak dekat rumah Yana. Dari ibu bapa Yana, masih ada lagi... Jadi tak heranlah kalau rumah Yana dah macam rumah mereka. Rumah Zie dah macam rumah jorang juga... Zie duduk di sofa dan memegang dada yang berdegup kencang bila turun tangga tadi. Lalu menekan talifon yang masih lagi setia berdering dari tadi ditangan.
"Hello sayang, Kenapa lambat sangat angkat talifon, Kau tengah buat apa tu?"
Tanya Z, bila sahaja Zie memjawap pangilannya...
"Sorry sayang, Aku dalam bilik air. Aku tidur rumah Yana malam tadi... Sekarang aku masih lagi dekat rumah Yana. Baru bangun tidur".
"Haaaa! Ni mesti malam tadi merayapkan?".
Tanya Z.
"Kau kemana sahajalah kau pergi malam tadi!
Tak bagi tau pun kau nak keluar?". Nada Z sedikit marah.
"Alahhhh sayang. Aku bukan ke mana pun, Lepak club dengan Yana dengan Lin aja. Bosan bosan, tak tau nak buat apa, Itu yang keluar malam tadi... Sayang, aku rindu dekat engkaulah. Kau tak rindu aku ke?".
Kata Zie dengan nada manja... Zie cuba menukar topik pebualannya yang tadi.
"Gila tak rindu. Aku pun dah rindu dengan engkau. Rindu nak peluk kau. Aku dah sampai melaka ni. Dalam tenghari aku sampai rumah.
Petang aku ambil kau dekat rumah Yana. Kita keluar makan".
Begitu tidak sabar Z mahu berjumpa kekasih hatinya.
"Ok sayang boleh boleh. Nanti, kau datang je terus rumah Yana ye? Aku ada je kat sini. Tak payah nak call call".
Balas Zie.
"Ok sayang bye. love u"
"love u too sayang. muahh". Balas Zie.
Terbaring Zie, diatas sofa. Bila Z memutuskan talian.
"Hurmmmmm rindunya dekat Z. Tak sabar nak tunggu petang ni".
Bisik Zie di dalam hati, sambil terseyum sendiri.
Share this novel