Z hanya diam, bila Zue kata begitu kepadanya. Tidak sepatuh pun keluar dari mulut Z...
"Heiii! kau dengar sini Z".
Zie menolak bahu Z, bila Z hanya berdiam diri.
"Kalau betul kau dah putus dengam sigedik tu! Kau boleh sound aja dia depan aku, masa disampai sini. Kau boleh tolak aja dia masa dia nak cium kau. Paling tidak mengelak Z. Ni tidak, kau pun sama ajalah Z, macam orang lain".
Nada aku mula pelahan, takut didengan oleh kawan kawan aku yang lain.
"Zie kau tak paham Zie. Kau tak akan paham cara aku Zie".
Kata Z dan Z berlalu pergi ke ruang tamu semula. Aku mengerutkan dahi aku, sambil melihat Z berlalu pergi... Aku juga berlalu masuk kedalam bilik... Sampai didalam bilik, aku mula menangis. Menagis kegeraman dan keliru.
"Kenapa aku Z? Kau tak kesian ke dekat aku Z".
Aku berbicarq sendiri. Aku rasa mula ada perasaan bersalah terhadap Z. Tapi aku juga rasa lega, dapat meluahkan apa yang aku rasa selama beberapa hari ni... Aku jadi malu. Kerana Sham dengan Mie dengar pentengkaran antara aku dengan Z. Sham selaku ketua sepanjang 10hari ni, masuk ke dalam bilik aku dan duduk di kerusi mekup.
"Kenapa ni Zie".
Tanya Sham, sebaik sahaja melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
"Aku tahu semua cerita kau dari awal. Tentang kau putus dengan Hafiz. Aku nak bagi tau kau. Hafiz sudah lama kenal Ita. Sudah tiga bulan lepas... Tapi aku nak bagi tau kau. Bukan aku yang kenalkan Ita dengan Hafiz. Kau jangan ingat aku bawa Hafiz ke sini, aku yang kenalkan Ita kepada Hafiz. Mimi yang aku kenal tu pun dari Hafiz, dia kawan Ita". Terang Sham.
Aku betul betul rasa tertipu. Dengan apa yang Sham cerita kepada aku.
"Cilaka kau hafiz".
Jerit aku didalam hati.Â
"Lagi satu Zie! Tak baik buat Z macam tu. Dari kau keluar tadi, dia betul betul risau dekat kau. Dia asyik masuk keluar, masuk keluar aja ke balconi... Dia tengok kau sudah balik ke belum. Bukan macam Hafiz. Dok beromen aja dekat sofa dia dengan si Ita tu. Berselubung dua dua ekor dekat depan television".
Cerita Sham lagi.
"Aku nak kau fikirlah masak masak. Fist time aku tengok Z merokok banyak. Empat lima batang dia ambil rokok Mie. Sebelum kau balik. Fikirlah Zie".
Aku hanya berdiam diri. Tidak tahu apa yang harus aku cakap kepada Sham. Bila melihat aku diam, Sham bangun dari tempat duduknya dan datang dekat kepada aku. Sham memegang bahu aku.
"Fikir baik baik Zie. Kami sayang kau".
Sham keluar dari bilik aku. Satu malam aku tak dapat melelapkan mata. Aku asyik terfikirkan kata kata Sham sahaja. Aku betul betul tak boleh melelapkan mata. Aku banggun dan menggambil bunga yang Z bagi dan Hafiz bagi... Bunga yang Hafiz bagi, aku simpan didalam dairi yang aku bawa. Supaya terus menjadi kenangan di situ. Manakala bunga yang Z bagi, aku cium bertalu talu.
"Cinta dan persahabatan! Dua warna bunga yang Z berikan. Antara cinta dan persahabatan. Yang mana satu, betul betul kau nak berikan kepada aku? Cinta atau sahabat?".
Bisik aku sendiri. Tiba tiba terfikir untuk mengira bunga yang ada diberikan berikan oleh Z.
"Satu, dua, tiga, empat, lima, enam berwarna putih, bermaksud enam berwarna merah. Aku mengira pula bunga berwarna merah. Satu, dua, tiga,empat, lima, enam dan tujuh ehhh lebih satu".
Aku mengerutkan dahi, bila bunga merah lebih banyan dari putih. Terfikir ucapan yang selalu Z ucapkan kepada Aku.
"Aku sentiasa sayang engkau Zie".
Setiap kali jumpa, itu lah ayat Z selalu ungkapkan.
"Patutlah setiap kali masuk kedalam bilik ini, dia akan pandang bunga yang diberikan kepada aku. Rupanya dia nak aku paham betul betul maksud bunga yang dia berikan... Tapi! Aku betul betul buta... Lagi pun dia ada Daya. Aku tak sangup menjadi penyebab, pepisahan cinta mereka... Walaupun hubungan mereka tengah bergelora. Aku tak patut jadi seseorang yang lebih membuatkan hubungan mereka lebih bergelora. Pada zahirnya, memang Daya nampak gedik. Tapi dia juga ada perasaan. Dia juga mahu di sayang, seperti aku. Kalau tak suka, kenapa tak berterus terang? Itu silap Z. Kenapa Z biarkan Daya terus mengharap. Aku betul betul tak paham dengan Z".
Bermacam macam bermain difikiran aku malam ni. Kerana berfikir bercelaru, akhirnya aku terlelap. Aku rasa aku dapat tidur antara tiga ke empat jam sahaja. Sebelum Lin mengetuk pintu.
"Zie oii Zie! Dah bangun ke?" Tanya Lin.
"Ye Ye dah dah". jawap aku.
Aku menyuruh Lin masuk kedalam bilik. Lin membuka pintu bilik dan masuk kedalam.
"Zie! jom teman aku ke pasar? Aku nak beli barang untuk masak". Ajak Lin.
"Apa aktiviti hari ni Lin?"
Tanya aku.
"Hari ke lima ni, tak ada aktiviti. So free aktiviti. Siapa nak dating, boleh pergi dating. Siapa nak shopping, boleh pergi shopping... Itu yang aku ingat nak ke pasar. Nak masak, hari ni. Boleh kita makan ramai ramai. Aku ingat nak buat bihoon sup. Kau sukakan?"
Kata Lin sambil terseyum. Aku hanya menganggukan kepala dan terseyum.
"Dah pergi bangun mandi". Kata Lin.
"Alahhhhh Lin, tak payahlah mandi. Orang bukan tau pun. Aku tukar pakai seluar panjang ajalah ya".
Kata aku manja.
"Hurmmmm ok lah ok lah! Cepat aku tunggu kat luar".
Kata Lin sambil bangun dan keluar dari bilik aku. Aku bangun dan terus melihat jam di handphone. Baru pukul 8.30pagi. Aku sempat mencuri pandang dicermin meja solek. Bengkak mata aku, akibat menangis dan kerana tak cukup tidur malam tadi.
Share this novel