"Thanks Khai, sudi belanja kita orang malam ni". kata Lee, sambil terseyum menampakkan giginya.
"Bro, Kita orang kena gerak balik dulu. Dah pukul 10 lebih. Nanti kita jumpa di KL ye?". Kata Lee lagi
Khai dan Zie menghatar kawan kawannya hingga ketempat meletakan kenderaan.
"Yun! baik baik memandu. Jangan bawa laju laju ya".
Zie meningatkan Yun yang memandu, agar tidak tergesa gesa pulang.
"Baik Zie! Bye korang".
Balas Yun. Sambil melambai lambai pemergian mereka untuk pulang ke Kuala Lumpur. Khai dan Zie naik keatas untuk berehat. Masing masing sudah pun letih. Satu hari melayan kawan kawannya. Baring sahaja diatas katil, terus terlelap sampai keesokkan harinya. Lepas sarapan pagi, mereka bertolak pulang ke Kuala Lumpur... Khai menghantar Zie terus ke rumahnya.
"Zie, boleh kita berjumpa lagi lepas ni?".
Tanya Khai, sebelum Zie keluar dari keretanya. Zie memusingkan badannya dan memandang kepada Khai. Sambil menggengam jari Khai.
"Sudah tentu kita boleh berjumpa. Saya tak nak kenangan kita diabaikan begitu sahaja. Kita masih boleh berkawankan. Walaupun saya bukanlah kawan yang baik, Tapi saya gembira bersama awak. Saya tak akan melupakan, saat kita bersama. Awak seorang kawan yang sangat saya sayang".
Kata Zie, sambil mencium tangan Khai.
"Thanks Zie, Buat saya betul betul dihargai. Saya sayang awak. Walaupun tak boleh sayang awak sebagai seorang kekasih. Tapi saya bahagia... Thanks Zie"
Sambil Khai mengucup jari Zie pula.
"Ok Khai, kita jumpa lagi nanti. lepas ni, saya pula yang belanja awak makan".
kata Zie, sambil tersenyum dan melangkah keluar dari kereta Khai.
"Wahhh, belanja nanti, mesti tempat yang best best tau. Saya tak nak mamak hehhheh".
Khai ketawa memandang Zie. Zie juga turut ketawa.
"Ok lah Khai, hati hati memandu. Terima kasih untuk segala galanya".
Kata Zie dan setia berdiri dihadapan pintu kereta.
"Sama sama Zie". Balas Khai.
"Bye Zie".
"Bye Khai".
Khai berlalu pergi meninggalkan ZIe.
"Leganya dapat tengok rumah!".
Bisik Zie, sambil melihat sekeliling hadapan rumahnya.
"Kalau dapat tilam masa masa ni, lenanya".
Kata Zie sambil tersenyum sendiri.
"Ibu, Zie dah balik".
Sambil Zie melangkah masuk ke dalam rumah.
"Yehhhh, kak Zie dah balik".
Jerit Kiki yang keriangan.
"Kau ni kemana sahajalah kak?".
Tanya Kiki.
"Hisss sebok".
Balas Zie kepada adiknya dengan seyuman.
"Zie, macam mana dengan Z?".
Tanya ibu Zie.
"Masih belum sedarkan diri ibu! Petang ni nak pergi tengok dia. Mama Z ada bagi alamat hospital swasta yang dia masuk tu. Senanglah sikit nak tengok nanti".
Jawap Zie lagi.
"Saya ingat malam ni nak jaga Z. Boleh ye ibu?".
"Hurmmmm, kamu baru balik, tak letih ke Zie?".
Tanya ibu.
"Tak ibu, saya ok lagi ni".
"Ok lah Zie, Nanti kirim salam ibu dekat Mama Z ya".
"Baik ibu, Saya berehat dulu ya! Nanti petang Ibu kejutkan saya ya".
Pesan Zie kepada Ibunya. Bila petang menjelang, Zie bersiap siap untuk kehospital.
"Ibu, Zie pergi dulu ye?".
Teriak Zie.
"Ok Zie, hati hati memandu tu. Jangan nak laju laju sangat".
Jerit ibu Zie yang berada didapur.
"Ok bu"
Dan Zie berlalu pergi kehospital. Sampai sahaja dihospital, Zie masuk kepekarangan parking.
"Wahh, kemain lagi Mama Z ni. Letak tempat mahal macam ni".
Sambil Zie memandang disekeliling hospital swasta itu dan melangkah masuk kedalam hospital, lalu terus kebilik yang telah diberikan oleh mama Z melalui watsapnya. Sampai dipintu bilik, Tertera nama Z, yang tertulis dihadapan pintu bilik.
"Haaa, betullah ni".
Lalu Zie membuka pintu bilik... Kelihatan Mama Zie ada di situ. Tengah membaca majalah sambil baring diatas kerusi sofa.
"Eh Zie, dah sampai".
Mama Z terus duduk.
"Bila Zie sampai di KL?".
Tanya mama Z.
"Dah sampai pagi tadi lagi Aunty".
Sambil bersalaman dengan Mama Z. Mama Z memberikan ciuman dipipi Zie.
"Aunty, malam Ni Zie nak jaga Z, boleh ke?".
Tanya Zie.
"Eh boleh boleh Zie! Dapatlah aunty balik kerumah... Zie sudi jaga Z, auntie berterima kasih sangat. Kesian Adik, Pergi sekolah tak ada siap yang tengok".
Kata Mama Z.
"Kalau macam tu biar aunty balik dulu lah ye Zie".
"Baik aunty".
Zie sambil memeluk mama Z. Mama Z berlalu pergi. Zie melihat disekeliling bilik itu, sungguh cantik dan bersih.
"Macamnya macam tinggal di hotel".
Bisik Zie.
"Selesa sangat, tidaklah sakit pingang duduk je".
Sambil Zie pergi kepada Z yang terbaring di atas katil.
"Sayang aku datang Sayang, Aku datang nak jaga kau malam ni. Aku tau kau dengar suara aku.
Tolong buka mata Z, Aku rindu kau".
Sambil memeluk Z yang ada di atas katil.
"Sayang, Kau ingat tak masa kita di cameron.
Kau ada bagi aku 13 kuntum bunga. Aku masih simpan lagi, Tapi dah layu. Nanti kalau kau dah sehat aku nak kau bawa aku ke cameron lagi.
Kali ni kita pergi berdua sahaja ye.
Zie cuba bercerita dengan Z. Untuk memeberikan Z semangat untuk sedar. Zie betul betul tak berputus asa.
"Sayang, kau tau. Yana dia dah nak bertunang dengan Lee. Lin juga nak bertunang dengan Yun.
Aku gembira sangat, mereka nak menamatkan Zaman bujang mereka... Aku pula akan tetap setia menunggu kau di sini. Aku nak kau cepat sedar. Aku juga nak kauu".
Zie terhenti ayatnya dan Zie mula memangis sambil menggengam jari Z.
"Aku nak kau cepat sedar Z. Aku nak bersama kau . Aku juga nak menamatkan zaman bujang aku dengan kau sayang".
Air mata Zie, mengelir deras dan Zie memeluk erat Z yang seperti patung diatas katil. Terlihat air mata Z juga mengalir ditepi matanya. Zie mengelap air mata Z dengan jarinya.
"Sayang, Tolong bangun untuk aku. Kau kena ingat, saat saat indah bermulanya percintaan kita sayang. Aku nak kau terus kuat melawan sakit kau... Tolong kuat dan bangun untuk menjadi sebahgian dari hidup aku".
Kali ni, Zie banyak berbicara dengan Z. Kerana hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu. Tidak ada sebarang ganguan pun untuk dia cuba, membuat Z sedar. Zie cuba bermain dengan kata kata dan perasan... Untuk Z kuat melawan kesakitan akibat kemalangan. Moga kata kata semangat dan kata kata cinta. Dapat membuat Z lebih kuat. Zie kembali duduk di sofa... Sorang nurse datang untuk memerikasa Z. Nurse itu tersenyum memandang Zie yang duduk disofa.
Zie membalas senyuman Nurse muda itu dan berpura pura membaca majalah majalan yang ada disitu. Lewat malam, Zie merasa sunguh letih dan baring di atas sofa. Agak selasa tidur di situ.
Ada juga selimut Extara untuk di gunakan. Jadi memang selasa untuk orang yang menjaga persakit.
"Kalau macam ni lah suasananya, kalau setakat jaga 2, 3 hari pun tak jadi masalah. Selesa sangat".
Bisik Zie di dalam hati. Zie membaca majalah sambil baring dan akhirnya tertidur diatas sofa.
"Sayang! Sayang!".
Zie tersedar dari tidurnya bila terasa seperti seseorang memanggilnya dengan nada suara yang sayu dan agak pelahan.
"Ehh, siap pula yang panggil panggil sayang malam malam buta macam ni?".
Mata Zie berat untuk membuka. Hanya telinganya sahaja mendengar dan minda berbicara.
"Zie sayang".
Zie tersentak bila ada orang memanggil namanya. Lantas kelang kabut bangun dari sofa tempat tidurnya. Kerana kelang kabut, Zie terlanggar meja didepan sofa dan terus terjatuh kelantai.
"Aduhhh, sakitnya tulang kaki aku".
Zie mendengus, lantas bangun dan terus pergi kekatil Z.
Kerana suara sayu yang memanggil namanya datang dari katil Z.
"Sayang".
Suara sayu setia memangilnya. Sampai sahaja dikatil. Zie melihatan Z sudah pun membuka kecil matanya.
"Sayang, Kau dah sedar".
Zie terus melompat kepada Z dan memeluk Z. Pelukannya terbatas, kerana takut terkena balutan luka Z.
"Z, tolonglah jangan buat aku macam ni lagi! Aku betul betul takut".
Zie mula merintih dengan nada yang sayu.
"Sayang jangan menangis Zie, Aku tak suka lihat kau bersedih".
kata Z dengan nada pelahan.
Zie segera menekan loceng banyak kali untuk memanggil doktor atau pun jururawat. Bergagas jururawat dan doktor datang disebabkan loceng ditekan banyak kali oleh Zie.
"Doktor, dia dah sedar".
Kata Zie, bila melihat doktor masuk kedalam bilik dan Doktor memeriksa Z. Zie pula menarik nafas panjang.
"Thanks God, Kerana kembalikan cinta hati saya".
Sambil Zie berlinangan Air mata. Setelah memeriksa Z, Doktor menyuruh Z banyak berehat. Untuk memulihkan tenaganya. Kerana dia baru sahaja sedar. Doktor dan nurse berlalu pergi meninggalkan bilik Z. Zie kembali kesisi Z dan memeluk Z.
"Sayang takutnya aku Z. Aku takut, kau tak akan sembuh! Aku takut kehilangan kau sayang.Tolong jangan buat lagi perkara bodoh macam ni. Aku tak sanggup lagi kehilangan kau".
"Zie, tolong jangan menangis. Maafkan aku kerana membuat kau bersedih. Terima kasih kerana ada di depan mata aku, bila aku sedar".
Mata Z setia layu.
"Zie, sekarang malam kesiang?".
Tanya Z yang agar blur blur.
"Dah tengah malam sayang, pukul 1.20pagi".
kata Zie sambil melihat jam didinding yang tergantung.
"Sayang, aku call mama kau ye? Aku bagi tau mereka kau dah sedar?".
Kata Zie lagi.
"Tak payah sayang, Tunggu esok aja. Aku nak berehat sekejap. Kepala aku terasa pening".
kata Z lagi, sambil setia merenung Zie dengan wajah yang layu.
"Mungkin kerana kau baru sedar, itu yang kepala kau sakit. Tak apalah kau berehat ye sayang. Aku akan jaga kau malam ni".
Sambil memegang tangan Z.
"Zie, kau tau. Benda pertama yang aku nak tengok dalam dunia ni, bila aku buka mata aku, Ialah kau Zie. Aku takut sangat Zie. Aku takut bila aku sedar, kau tak ada di sisi aku. Kalaulah engkau tak ada. Aku tak tahu apa akan jadi dekat aku. Aku tak sanggup hidup, Tanpa kau disisi aku".
kata Z, sambil mengalirkan air mata.
"Janganlah cakap macam tu sayang. Aku akan tetap setia menunggu kau. Kalaulah kawan aku, kekasih aku dan jiwa aku".
Kata Zie sambil mengelap air mata Z, dengan jarinya.
"Kau berehat ye Z, Jangan banyak cakap. Nanti kau akan lebih pening. Aku ada di sofa tu. Kau berehat dulu ya sayang".
Sambil Zie mengusap usap kepala Z dan memberikan ciuman dibibir Z. Terseyum Z melihat gelagat Zie. Zie berjalan menuju ke sofa dan duduk sambil memandang kepada Z. Z pula hanya memerhatikan Zie dari katilnya.
"Sayang, kenapa kaki kau berdarah tu?".
Tanya Z.
Zie memandang kakinya. Betul betul dibahagian tulang kaki dibawah lututnya, mengalir darah keluar dan meleleh ditelapak kaki. Terperanjat Zie, bila lihat kakinya bengkak dan berdarah... Kerana gembira yang teramat sangat, bila Z mula sedar tadi, Sampai terlupa dengan kakinya yang sakit.
"Masak kau sedar tadi. Aku kelang kabut sangat.
Aku terlangar bucu meja ni. Itu yang luka".
Lalu Zie berjalan pergi ke tandas untuk mengelap darah dikakinya.
"Tolong lah hati hati Zie! Kenapa kelang kabut sangat ni. Tengokkan dah luka. Nak panggil doktor ke?".
Tanya Z, sambil berkerut dahinya. Zie hanya tersenyum memandang Z.
"Eh tak apa sayang, Sikit aja ini. Cici nanti ok lah".
Kesesokan harinya, bila semua tahu Z sudah mula sedar, semua kawan kawan dan sedara mara Z datang melawatnya dihospital. Disebabkan ramai yang datang melawat.
Zie membuat keputusan untuk balik berehat dirumah. Biarkan Z berjumpa sedara dan kawan kawannya... SeLepas tiga hari dihospital, Z dibenarkan pulang kerumah. Lega hati Zie bila Z sudah mula sehat. Z dibawa balik dan harus banyak berehat dirumah.
..............................................................
Khai, baring didalam bilik. Sambil melayan lagu.
Tiba tiba Khai teringat akan Zie. Lama sudah Zie tak hubunginya. Sejak balik dari resort. Khai ada perasaan untuk memghubungi Zie. Tapi Khai merasa tidak sampai hati untuk buat Zie teringgatkan kembali kenangan bersamanya.
"Hurmmmm biarlah dia bahagia dengan Z. Kalau dia betul betul rindukan aku! Biar dia sahaja yang hubungi aku". Kata Khai sendiri.
"Bib bib"
Watsap ditalifon bimbit Khai berbunyi. Khai membuka watsap tersebut.
"Hurmmm Tina"
Bisik Khai.
*Assalam abang. Tengah buat apa?...
Tanya Tina.
"Hiss perempuan ni, tak putus asa... Tak apalah, cubalah layanlah. Manalah tau, dia ok orangnya!
Terubat juga rindu aku dekat Zie. Sekurang kurangnya, tak lah bosan duduk rumah".
fikir Khai.
*Wasalam Tina. Abang tak buat apa apa. Baring baring je. Kenapa Tina?".
Tulis Khai.
"Tina saja je wastap abang. Boleh ke saya watsap abang?".
Tanya Tina.
*Boleh, Abang pun tak ada buat apa apa ni. Tina di johor ke?".
Tanya Khai.
*Ye Tina ada dekat Johor. Esok saya nak ke KL. Sebab Isnin saya ada kerja dekat sana. Nanti boleh ke jumpa abang?".
*Oh, ye ke? Nanti tengoklah macam mana.
Kalau abang tak sebok. Nanti apa apa Tina wastap abang semula ya".
Tulis Khai.
*Ok abang, Maaf menggangu. Selamat malam abang.
bye!
*Bye, balas Khai
"Hurmmmm! macam mana ni. Nak ke keluar dengan Tina?... Aku kena cuba lupakan Zie.
Walaupun hati ini betul betul rindu. Tapi dia sudah berpunya. Tak guna merindu pada yang tak sudi".
Bisik hati Khai.
"Aku kena cuba berkawan dengan Tina. Manalah tau, terbuka hati ini untuk dia. Lagi pun Tina pilihan mak aku. Mak aku berharap sangat aku terima Tina dalam hidup aku! Hurmmmm peninglah".
Khai mengaru garu kepalanya bila terfikirkan tentang masa hadapan hidupnya.
"Mengharapkan Zie yang sudah perpunya. Memang sesuatu yang mustahil untuk merampas cinta dia... Datang pula seseorang yang cuba mengusik hati aku. Aku harus mencuba untuk terima kehadiran Tina".
Kahi mengelamun sendiri.
Share this novel