"CILAKA kau Z. Semalam kau cakap lain. Hari ini, jadi lain pula".
Bisik aku di dalam hati sambil aku memandang Z dengan renungan yang sangat tajam.
"Sampai hati kau tipu aku".
Aku setia berbisik di dalam hati. Sambil mata memerhati. Daya meluru kepada Z dan lantas memeluk Z. Semalam aku betul betul rasa macam nak meletus, bila lihat Hafiz dengan perempuan lain. Kali ni, aku betul betul rasa terbakar, bila melihat Daya memeluk Z pula. Terasa panas sampai ke telinga. kalau check suhu demam tak tau lah, berapa puluh dia akan naik. Silap silap check suhu, boleh terbakar.
"Aku letih lah, mana bilik aku". Tanya Nani.
Yana hanya menunjukkan jari ke bilik perempuan. Nani melangkah masuk kedalam bilik untuk meletak bag dan berehat...
"Sayang i berehat dulu ya? Nanti kita berborak balik".
Kata Daya kepada Z, lalu mengikut Nani masuk kedalam bilik. Daya orangnya agak seksi. Hitam manis macam aku. Tapi aku lagi cantik. Sebab, badan aku lebih berisi sikit. Kelihatan aku lebih menarik menarik. Tak lah macam dia, badan macam papan. Kurus kering, jalan pula tergedik gedik, menyampah aku... Aku mula membeza bezakan dia dengan diri aku. Aku umpama masuk bakul angkat sendiri. Bila aku membezakan Daya... Aku melangkah pergi kepada Z, yang sedang duduk. Mukanya masih lagi, agak terperanjat. Dengan kedatangan Daya disitu. Aku mencapai selimut yang aku letak di sebelah Z. Aku ambil dan terus masuk ke bilik. Nasib aku yang buka pintu. Kalau orang lain yang buka, pasti akan jadi pergaduh yang besar. Ye lahhh, aku duduk dengan boyfriend orang. Pasti menjadi pergaduh disitu juga. Lainlah kalau perempuan itu tak ada hati dan perasaan. Dia tidak kesah, bila tengok boyfriendnya dok peluk girlfriend lain... Dalam bilik aku betul betul tak tentu arah. Sana sini serba tak kena. Aku buat keputusan untuk keluar dari rumah. Untuk menenangkan hati yang terluka buat ke dua kali. Aku tidak tahu, kenapa aku cemburu sangat dengan Z. Sedangkan aku dengan Z hanyalah sahabat dari kecil.
"Kenapa aku macam ni ya?. Kenapa aku harus cemburukan kau. Adakah aku dah mula jatuh cinta dengan kau Z". Aku bercakap sendiri.
 Aku bangun dari atas katil dan melangkah keluar dari bilik, berseluar pendek jeans dan berbaju body tshirt berlengan panjang. Aku pandang Z dengan pandangan yang sangat panas membara. Kala lah dia boleh nampak kemarahan aku, pasti di akan nampak kepala aku keluar asap, macam cerita orang putih yang naik motor keluar api tu. Entah apalah tajuknya, aku pun dah lupa.
"Kau nak ke mana Zie?". Tanya Lin
"Aku nak pergi kedai, beli rokok. Nak lepak lepak jap, dekat kedai depan tu".Kata aku sambil memandang kepada Lin
"Aku ikut Zie?" sampuk Z.
"Eh, tak payah Z. Kau tak payah ikut aku... Tak kan lah awek datang sini, kau nak keluar dengan aku pula. Tak manis pulakkan".
Kata aku sambil memandang Z dengan senyuman sinis.
"Kau duduk aja dengan awek kau tu beb. Kau layan lah movie tu dengan dia". Sindir aku lagi.
Aku sempan menoleh kepada Hafis. Hafiz sempat membuat muka tersenyum gembira memandang Z. Bila aku menolak pelawan Z, untuk menemani aku.
"Hiss si Hafiz ni. Aku bagi penampar siam baru dia tau. Sebuk gelakkan orang. Diri sendiri tu pun dah macam jantan Jalang". Bisik aku sendiri.
Aku melangkah keluar dari rumah. Terus ke kedai di bawah apartment. Aku membeli sekotak rokok dan duduk di kerusi batu perbandaran Cameron Highland, sambil duduk termenung memandang kotak rokok di tangan. Terdengan aluna suara gitar, yang sungguh indah. Melodi yang dimainkan sungguh mendayu dayu dan sedap didengar bila masuk kecorong telinga. Aku cuba mencari alunan suara gitar itu. Lalu menoleh ke balconi jiran sebelah apartment kami.Â
"Rumah itu rupanya".Â
Bisik aku sendiri. Aku berpusing pula ke balconi rumah kami, aku nampak Z berdiri di balconi rumah sambil memandang kepada aku yang duduk dibawah. Aku tahu, Z tengah mencari cari aku. Bila dia nampak sahaja aku sedang duduk dibawah. Dia melambai lambaikan tangannya. Aku tidak melayan Z. Lantas aku berpaling ke tempat lain. Aku mahu dia tau, aku betul betul marah, terhadapnya. Aku kembali tunduk sambil memandang rokok yang aku pegang ditangan.
"Kenapa aku malang sangat tentang cinta ya! Sejak datang sini ada sahaja perkara yang menyakitkan hati aku. Macam macam yang aku lalui". Fikiran mula bercelaru.
Aku bangun dari tempat duduk melangkah kaki ke bangunan pub didepan apartment. Pub ni agak klasik, macam club zaman 60an. Designnya yang cantik dan unik umpama aku berada dizaman Tan Sri P. Ramlee. Suasana sangat bising, dipenuhi orang. Dengan muzik yang agak kuat. Lagu rege berkumandang di telinga. Yang datang berkunjung pula, hanya Mat saleh dengan Minah saleh aja. Jenis pub yang terbuka. Sesuai untuk orang santai santai minum minum mabuk mabuk. Aku mengambil tempat, dikerusi tinggi. Aku duduk bertengek didepan bartender dan memesan mimuman.
"Beer 1 can bro".
Kata kau kepada budak bar itu. Budak itu membukakan aku 1 can beer dan menuangkannya di dalam cawan.
"Satu can je ke sis".
Tanya budak itu.
"Yup, satu je dulu! Thanks ye".
Aku membayar terlebih dulu dan aku memasang sebatang rokok. Sambil meneguk air yang berada dihadapan aku.
"wekkkk".
Dah lama tak minum air ini. Lain macam pula rasanya. Siapa tergeleng geleng kepala aku, menahan pahit. Pelahan lahan aku sambung semula minum. Sambil menghisap rokok.
"Aduhhh betul ke apa yang aku buat ni?".
Aku mula bercelaru... Tiba tiba muncul seseorang dari belakang aku.
"Zie, awak buat apa ni! Bukan awak dah janji tak nak minum lagi?
Tanya Hafiz.
"Hurmmm, belah lah beb. Aku tak nak peningkan lagi kepala otak aku dengan kau. Baik kau berambussss... pergi".
Aku menyuruh Hafiz pergi dari pandangan mata aku.
"Bla lahhh sebelum aku menjerit". Kata aku lagi kepada Hafiz.
Aku sudah fikir dalam kepala ni. Kalau dia tak nak pergi dari sini, aku nak menjerit perogol perogol... Baru padan muka dia. For sure, kena pukul dekat sini. Baru puas hati aku. Hafiz melangkah pergi sambil meninggalkan kata kata yang menambahkan lagi sakit di hati aku ni.
"Saya masih sayangkan Awak Zie! Sayang sangat". kata Hafiz, sambil memegan peha aku. Aku menepis tanga Hafiz.
"Dont tuch me! Its over Paham. Aku tak nak semak semakkan kepala aku ni, dengan lawak bodoh kau tu... Pergi berambus dari hidup aku! Kau dan Z same je". Kata aku yang agak kasar kepada Hafiz.
Hafiz berlalu meninggalkan aku.
"Boy, bagi sis lagi satu can"
"Baik sis".Â
Lantas budak membukakan lagi satu can minuman kepada aku. Aku menikmati can yang kedua dengan muka yang berkerut menahan kepahitan air itu.
Tidak sampai 5minit permegian Hafiz. Seorang lagi lelaki, datang menepuk bahu aku dari belakang.
"Zie, kenapa ni? Kenapa kau buat macam ni?. Kau dan janji dengan aku, tak nak minum lagikan". Tanya Z pula.
"Lahhh kau pula. Kenapa korang ni haaaaa. Buat aku tambah semak otak ni".
Aku meneguk air di dalam cawan dan aku berjalan keluar dari pub itu. Mula berat kepala aku, bila mahu melangkah pergi. Badan mula terasa lemah. Pada hal aku minum baru dua can. Overnya lain macam.Rasa macam nak muntah pun ada. Mungkin sebab aku sudah lama tak sentuh air itu dan aku minum terlalu pantas. Itu yang membuatkan kepala aku sakit. Aku melangkah pergi menuju ke apartment.
"Zie, jap jap tunggu aku".
Kata Z sambil berlari mengikut aku dari belakang.
"Heiii kau tak paham ke? Kau balik ajalah dekat apartment tu. Girlfrend kau tengah tunggu tu. Jangan fikirkan pasal aku. Aku sentiasa ok, bila ditipu". Kata aku kepada Z.
"Zie, aku nak explain ni".
Kata Z, yang tak putus asa langsung dari mengejar aku.
"Heiiii! bla lah". Aku mula menjerit...
"Aku tak nak dengar semua penipuan kau dengan Hafiz. Korang sama aja tak guna". Kata aku sambil berjalan laju.
Sampai dianak tangga dibawah apartment, aku tersadung tangga lalu terjatuh. Z lekas lekas menggangkat aku dan cuba memapah aku masuk ke dalam rumah. Aku menolak Z dari memeluk aku.
"Jangan degil lah Zie! Kau dah mabuk".
Z mula meninggikan suaranya. Aku merenung Z dan membiarkan sahaja Z memeluk aku. Masuk didalam rumah suasan gelap, kerana mereka masih lagi melayan move, cerita perang. Z membuka pintu bilik aku lalu membaringakan aku di atas katil. Z membuka lampu tidur dan terus membuka kasut dan stokin yang aku pakai.
"Z, kenapa kau tipu aku? Semalam aku ada tanya, pasal girlfrend kau. Engkau kata dah putus. Kenapa kau bohong aku? kenapa dia tiba tiba muncul depan mata aku?"
Tanya aku sambil memandang tepat kepada Z yang masih setia duduk disebelah aku.
Share this novel