Ibu Khai

Romance Completed 40594

Menjelang pagi, pintu bilik Khai diketuk. Khai membuka pintu. Terlihat Lin, Yana, Lee dan Yun, Sudah ada didepan pintu bilik.

"Khai jom sarapan".
Ajak Lin.

"Nanti lepas makan, bolehlah terus ke hospital"

Kata Lin lagi. Semua bersetuju. Mereka bersama sama turun bersarapan di bawah resort.

"Zie, Mama Z ada call ke?".

Tanya Lin. Semasa mereka sedang bersarapan pagi. Zie hanya menggelengkan kepalanya.

"Moga hari ini ada perkembangan terbaru". Kata Lin.

Lepas makan, mereka berenam bertolak pergi ke hospital. Sampai disana, keluarga Z sudah ada didepan zon kecemasan. Zie, Lin dan Yana. Berjalan laju menuju ke mama Z, mereka berpelukan.

"Auntie, macam mana dengan perkembangan Z?".

"Masih sama lagi Zie! Sekejap lagi Z akan ditolak ke wad. Kita boleh masuk melawat".

Terang ibu Zie.

"Zie, kamu boleh tengokkan Z. Aunty nak balik ke KL. Nak ambil baju baju Z. Nanti petang auntie sampai sini. Boleh ke Zie?".

"Boleh boleh Auntie. Saya boleh tunggu Z. Auntie baliklah dulu. Apa apa nanti Zie call Auntie"

"Terima kasih Zie".

"Sama sama Aunty".

Mama, ayah dan Adik Z berlalu pulang kerumahnya. Lebih kurang 20minit kemudian, Z ditolak keluar dari Zon kecemasan. Berlingan air mata Zie bila melihat Z berkeadaan begitu. Hatinya menjadi sebak, memandang Z ditolak keluar dengan pelbagai wayer dibandan. Semua kawan kawan dibenarkan masuk kedalam untuk melawat. Tapi hanya dibenarkan dua orang sahaja, dalam satu masa. Tak boleh ramai ramai kata nurse disitu. Lin dan Yana masuk terlebih dahulu. Mereka tak lama didalam. Kerana tak sangup untuk melihat keadaan Z. Lepas keluar dari bilik Z. Lin mengajak Lee dan Yun balik dahulu. Kerana tidak mahu menunggu lama disitu. Lagi pun tak boleh tunggu ramai ramai. Bila mereka balik, Zie masih duduk diluar bilik Z.

"Zie, baik awak masuk jaga Z didalam. Biar saya tunggu di luar".
Kata Khai.

Zie hanya menganguk dan bangun dari tempat duduknya dan terus masuk ke dalam bilik Z. Air mata Zie mula berderai, bila matanya memandangkan keadaan Z. Zie duduk di tepi katil Z sambil menggengam jari Z.

"Sayang! Aku datang sayang. Aku datang jaga kau. Tolong bangun sayang. Aku rindu nak dengar suara kau. Aku rindu nak tengok kau tersenyum. Aku rindu belayan kau".

Zie meletak tangan Z dipipinya.

"Z, Kau tengok ni. Aku pakai cincin yang kau bagi. Aku tak akan pernah tanggalkan lagi cincin ini, mula dari saat ni. Aku akan menunggu kau, sampai bila bila".

Sambil Zie mengelap air matanya.

"Z tolonglah sayang. Tolong tunjukkan sebarang tanda tanda kau akan pulih. Aku tak sabar lagi menunggu".

Zie banggun dan mengusap usap rambut Z.

"Aku akan sayang kau. Tapi kau kena bangun. Kau kena kuat, Untuk cinta kita".

Zie duduk semula sambil tunduk menangis. Bila hati Zie mula bertenang. Zie keluar dari bilik Z dan duduk bersebelahan Khai.

"Khai! saya tak bolehlah macam ni. Saya tak sangup nak tengok Z begitu. Hati saya sedih sangat".

Zie perpusing memandang Khai yang duduk disebelahnya.

"Saya faham perasaan awak Zie! Saya pernah melalui saat begini. Masa bersama Siti dulu..
Saya minta maaf Zie. Kerana saya semua ini terjadi".

Kata Khai, yang tak habis habis menyalahkan dirinya.

"Bukan salah awak Khai, dari malam tadi saya dah bagi tau awak. Ini semua takdir. Z mengikutkan perasaannya. Bukan salah sesiapa. Saya tak nak, awak salahkan diri awak lagi".

Zie mengengam tangan Khai.

"Terima kasih Khai! Awak ada disaat saat saya kesusahan dan sudi peluk saya. Saya rasa lega, bila dipeluk oleh awak"...

"Saya akan selalu peluk awak, selagi awak memerlukan saya disisi awak".

Kata Khai. Zie tersenyum melihat Khai.

Tiba tiba Handphone Khai berbunyi. Khai memandang screen talifon bimbitnya, tertera nama Ibunya.

"Ehh kenapa ibu call aku ni?".

bisik Kahi.

"Zie, saya jawap call sekejap ye?"

Zie megangguk. Khai pula terus pergi ke kawasan diluar wad dan menjawap pangilan itu.

"Hello bu, Assalamualaikum".

sahut Khai, bila sahaja panggilan itu dijawap.

"Wasalam Khai"
Balas ibunya

"Ibu call saya kenapa bu?. Ada hal apa apa ke?.
ibu sakit ke?".

Tanya Khai lembut.

"His kamu ni, Ibu call macam macam pulak dia tanyanya".

Kahi terseyum sendiri.

"Ibu nak suruh kamu balik! Malam ni kawan ibu dari johor nak datang, Dia nak jumpa kamu. Dah lama dia teringgin nak jumpa kamu. Dulu masa kamu kecik kecik dia yang jaga kamu, masa ibu dan abah berkerja. Kamu boleh balikkan?".

Tanya ibu Khai.

"Ibu berharap sangat Khai, kamu balik. Boleh ke?
Bukan jauh sangat KL ke Melaka".

Kata ibu Khai lagi.

"Hurmmm tengoklah ibu. Saya tak boleh nak janji,
Kalau saya sempat, saya balik ye".
Jawap Khai.

"Ibu berharap sanggat tau Khai, balik ya nanti. Assalamualaikum". Kata ibu.

"Wasalam ibu".

Ibu Khai memutuskan talian. Khai benar benar delima mahu meninggalkan Zie dalam keadaan begini. Khai juga merasa serba salah, terhadap ibunya, jika dia tidak balik. Ibunya betul betul, mengharakan dia pulang kekampung untuk bertemu kawan ibunya... Khai datang semula kepada Zie.

"Zie, malam ni saya kena balik ke Melaka. Ibu saya ada hal nak jumpa saya. Kebetulan saya disini, sudah dekat untuk ke Melaka. Boleh saya balik ke kampung saya sekejap?".

Tanya Khai.

"Khai, maafkan saya, saya menyusahkan awak. Awak baliklah dulu Khai. Saya nak jaga Z malam ni... Kalau saya nak balik ke resort, Saya boleh call Yun dengan Lin ambil saya. Awak jangan risaukan saya. Keluarga awak lebih penting. Awak baliklah dulu Khai".

"Terima kasih Zie! Saya pergi dulu ye. Awak jaga diri awak tu. Nanti pergi makan dekat kantin hospital ini. Kesihatan awak pun penting juga tau".

Khai menasihatkan Zie, sebelum pergi bertolak ke Melaka.

"Ye lah cik abang. Nanti saya makan. Risau sangatlah awak ni Khai"

Zie tersenyum.

"Bye Zie, saya pergi dulu"

"Bye Khai, hati hati memandu. Tolong jangan bawa kereta laju laju ye. Saya tak mahu awak pula yang cedera".

Kata Zie. Khai tersenyum dan berlalu pergi.

"Terima kasih sayang, sudi risaukan aku. Aku akan sentiasa ada di sisi kau, selagi kau memerlukan aku dalam hidup kau".

Bisik Khai.

Zie masuk semula kedalam bilik Z dan duduk semula ditepi Z. Zie meletakan kepalanya di katil Z. Lalu Zie terus terlelap, Kerana keletihan. Bila menjelang petang, mama Z menghantar pesanan watsap kepada Zie. Bertanyakan tentang keadaan Z. Zie tersedar bila bunyi bib watsap masuk.

***Zie macam mana keadaan Z?".
Tanya Mama Z.

***Z masih tak sedar aunty.
Zie membalas.

***Aunty mungkin lambat sikit ya Zie. Aunty kena hantar adik Z ke rumah Makcik Z. Esok dia nak ke sekolah. Jadi aunty settlekan Adik Z dulu ye Zie.

***Ok tak apa aunty. Saya boleh jaga Z. Z pun sudah di masukkan wad. Jadi senang nak melawat lepas ni.

***Oh ye ke Zie. Ok nanti aunty sampai.. Zie pula boleh balik berehat ye Sayang. Bye Zie.

***Baik aunty, Bye.

...............................................................

"Assalam ibu!".

Khai sampai dirumahnya diMelaka.

"Wasalam, Ehhh awal kau sampai Khai?".
Tanya ibunya.

"Kau tak kerja ke?".

Khai membuka kasut sambil menjawap soalan ibunya.

"Ahaaa, saya cuti hari ni".

"Ibu apahal ni, kenapa ibu suruh saya balik?".

Tanya Khai dan terus masuk ke dalam rumah dan terus duduk diruang tamu... Ibunya mengikut Khai masuk kedalam dan duduk di sebelah Khai.

"Khai, kejap lagi kawan ibu nak datang. Ibu rasa mesti kau dah lupa! Masa kau baby, sampai kau umur 4tahun. Dia yang jaga kau. Dia teringgin nak jumpa kau".

Terang ibu Khai lagi.

"Dia ada bawak anak perempuan dia sekali. Ibu nak kenalkan kau dengan dia. Manalah tau kalau kau berkenan".

Kata ibu Khai sambil tersenyum memandang Khai. Khai merenung ibunya dan berkerut dahi.

"Hisss ibu ni. Kenapa ibu buat saya macam ni! Saya tak sukalah cara ibu. Saya dah besar ibu.
Saya boleh cari jodoh saya sendiri. Disebabkan benda yang merepek ni, ibu panggil saya balik?
hurmmmm".

Khai menarik nafas panjang.

"Sudahlah ibu, saya nak masuk bilik. Malam ni saya nak bertolak balik. Saya ada banyak kerja ni".

Z berlalu masuk ke bilik dan meninggalkan ibunya diruang tamu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience