"Kid, maafkan saya".
Sambil Zie memegang pula pipi Kid.
"Lepas kejadian itu, Z suruh saya tukar nombor handphone baru. Semua nombor hilang. Termasuk nombor handphone awak".
Terang Zie lagi.
"Tak apa Zie. Saya gembira, lihat awak bahagia. Awak masih macam dulu jugak... Cantik, seksi dan yang paling penting. Bila ada masalah mesti minum".
Kata Kid, sambil terseyum menyeringai.
"Tak berubah rubah yang part minum ni".
Kata Kid lagi, sambil menarik hidung Zie. Terseyum Zie, bila Kid buat begitu.
"Awak macam mana Kid, awak bahagia ke?".
Tanya Zie.
"Alhamdulillah, Saya sudah mula bahagia. Bertemu dengan seorang gadis di Brunai. Sama cantik, sama manja macam awak".
Kata Kid lagi. Zie tersenyum mendengar yang Kid juga bahagia.
"Lagu saya nanyikan tadi, untuk awak Zie. Bunga yang jatuh, saya yang simpan. Awak pasti tercari carikan?". Tanya Kid.
"Betul sayang. Lepas kejadian itu, saya tercari cari bunga yang terselit ditelinga saya. Tapi tidak ada". Jawap Zie.
"Zie, sayang... Kalau ada jodoh, kita pasti akan jumpa lagi. Saya kena pergi. Saya kena pergi keclub yang lain. Untuk live band".
Kata Kid kepada Zie.
"Jumpa lagi sayang".
Sambil Zie mengucup kiri dan kanan pipi Kid. Kid membalas ciuman itu, di pipi Zie juga.
"Bye sayang".
Kata terakhir Kid, buat Zie.
"Bye sayang".
Balas Zie sambil air mata mula berlinang, menahan sebak... Anak mata Zie memerhatikan pemergian Kid. Kid melambaikan tanganya bila sampai dipintu keluar club. Zie membalas lambaian terakhir Kid. Zie kembali berpusing kepada budak bartender.
"Bagi i segelas lagi ya". Kata Zie sambil Zie mamasang rokok yang ada di tangan. Zie duduk sambil menenangkan fikiran sebelum dia pergi semula kepada Khai.
"Lin, itu siapa?".
Tanya khai dengan muka yang agak kusut.
"Ohh itu Kid... Mereka pernah bercinta dulu. Perjumpaan yang tak disangka. Percintaan yang hanya bertahan tiga hari sahaja". Jawap Lin.
"Apa! Tiga hari je?".
Tanya Yun, kehairanan.
"Sebab tulah Zie sedih. Bila Kid muncul tiba tiba didepan matanya".
Kata Yana pula.
"Tapi Yana, kenapa dia minum air tu?".
Tanya Khai lagi.
"Tak bagus tau, macam tu".
Kata Khai lagi.
"Dia akan minum bila dia rasa stresss! Tak pe, biarkan dia. Nanti dia dah ok, dia akan datang sini semula".
Kata Yana lagi, yang sudah faham dengan perangai Zie... Selang beberapa minit, Zie datang semula kepada mereka.
"Kau ok ke Zie".
Tanya Lin.
"Hurmmm aku dah ok Lin. Dia pun sudah ada penganti aku. Now aku happy sangat. Tak lah aku rasa bersalah, dengan dia".
Kata Zie lagi, sambil melabuhkan punggungnya disebelah Khai. Khai mula rasa tak selasa, bila bau beer yang keluar dari mulut Zie, bila Zie bercakap. Khai seperti menjauhkan dirinya
"Kenapa awak tak selesa bau ni ya? Sekejap ye?".
Zie melangkah pergi ke tandas dan terus berkumur kumur fresh mouth yang Zie sentiasa bawa didalam bag.
"Ok, sekarang dah tak ada bau lagi".
kata Zie sambil ketawa sendiri... Zie datang semula ketempat duduknya.
"Ok tak? Ada bau beer lagi tak, dalam mulut saya?".
Tanya Zie lagi, sambil tersenyum. Khai membalas senyuman Zie.
"Khai, maafkan saya pasal tadi".
"Tak ape Zie, Saya faham".
kata Khai.
"Thanks Khai faham saya".
Sambil Zie mencubit pipi Khai. Tersentak Khai, bila Zie buat begitu. Khai hanya terus tersenyum.
"Siapa aku untuk menasihatkan dia... Perbuatan yang Dia buat sekarang memang tak sesuai, Sebagai seorang perempuan. Tapi apakan daya aku... Aku tak ada hak untuk memasihatkan dia". Bisik Khai didalam hati, sambil memandang Zie.
"Zie, boleh tak lepas ni kita jumpa berdua?".
Tanya khai.
"Saya bukan tak nakkkk"...
Belum sempat Zie menghabiskan ayatnya, Khai menyampuk.
"Tunggu awak betul betul free, baru awak call saya". Sambung Khai.
Tersenyum Zie, bila Khai menyambung ayatnya.
Khai juga tersenyum.
"Kenapa, Awak tak suka saya ya?".
Tanya Khai.
Zie memandang Yana dan Lin. Yang sebok berborak dengan pasangan masing masing dengan lentok manjanya.
"Hurmmmm."
Zie menarik nafas panjang.
"Awak, saya suka awak. Tapi, saya lebih suka berkawan dahulu".
kata Zie lagi.
"Kenapa, kalau kawan tak boleh keluar sama sama berdua ke?".
Tanya Khai lagi.
"Boleh Khai, pasti boleh. Tak salah kalau kita keluar bersama. Tapi tengoklah, nanti saya call awak, bila saya rasa nak keluar". Balas Zie.
"Aduh! kenapalah susah sangat aku, nak dapatkan awek ni. Ada sahaja helahnya. Awek awek aku yang lain ok je. Sekali ayat dah jatuh ditanggan. Tapi kali ni cukup berbeza sungguh. Aku kena cari jalan untuk dia terima aku dalam hidup dia. Walau macam mana pun, Aku kena tawan hati dia".
Bisik Khai di dalam hati. Lalu memandang Zie yang merokok sambil mengoyang goyangkan nadanya mengikut rentak muzik.
"Dia ni cantik dan manis, tapi sayang. Kena banyak di adjust... Dia nampak macam burung, tapi bila dekat di terbang"... Bisik Khai di dalam hati dan setia melihat Zie yang leka melayan lagu.
................................................................
"Ring ring ring".
Talifon bimbit Z berbunyi. Mengeliat Z diatas katil dan terus menjeling jam didinding.
"Huwaaaa! Baru pukul 9pagi. Siapalah kacau hujung hujung minggu ni".
Z mencapai handphonenya ditepi katil dan melihat screen.
"Ehhh, kenapa dia call aku ni?".
Bisik hati Z. Bila tertera nama Daya.
"Alamak, menyesalnya aku bagi nombor baru aku dekat Daya".
Kata Z didalam hati. Lalu mengangkat talifon bimbitnya yang berbunyi ditangan.
"Hurmmm nak apa pagi pagi ni?".
Tanya Z, dengan nada keras.
"U, U tidur lagi ke? I dah ada dekat KL. Jom keluar makan". Ajak Daya.
"Heiii tolonglah, janganlah call call aku. Aku dah ada Zie... Maaflah Daya. Aku tak berminat dengan engkau!". Kata Z lagi.
"Alahhhhh Z, takkan lah berkawan pun tak boleh?. I tau u dah ada Zie, Tapi kita berkawan je. Takkan lah Zie nak marah. Bukan Zie tak kenal i pun". Pujuk Daya. Z hanya berdiam.
"Hello Z, Helloooo". Jerit Daya.
"Hurmmm! Aku ada ni... Nextlah Daya, aku sebok ni. Aku nak exam. Aku tak nak keluar pergi mana mana pun". Balas Z.
"Hurmmm ok lah, kalau macam tu. U sambunglah belajar. Ok Z bye".
"Ok bye"
Terus Z memutuskan talian.
"Hurmmmm! Mengacau betul".
Kata Z dan terus sambung tidur semula...
Share this novel