Surat dari Kid

Romance Completed 40494

Menjelang keesokan harinya. Aku bangun dari tidur dengan aura yang positive. Hari keenam kami disini. Aku bangun dan melihat jam didinding bilik. Jam menunjukkan, sudah pukul 9pagi... Z masih tidur. Aku keluar dari bilik melihat Yana sudah ada didapur, membuat sarapan, dibantu oleh Lin.

"Ehh sudah bangun puteri kita". Kata Yana.

Yana dan Lin ketawa mengejek.

"Jahatlah korang ni. Kenapa tak kejutkan aku. Boleh aku tolong".

"Ehhh tak apa". Jawap Yana.

"Zie nak tanya ni? apa yang terjadi semalam. Sampai tangan Z boleh luka sampai macam tu sekali".

Tanya Yana yang cuba menyebuk hal aku.

Di sebabkan aku, Lin dan Yana tak pernah ada rahsia, aku menceritakan apa yang berlaku dari A-Z kepada Yana dan Lin. Teruja mereka mendengar cerita aku.

"Ohhh, beraninya kau Zie. Boleh lepak pub sorang sorang. Nasib dekat sini tempat yang agak selamat. Kalau kata tempat kita, entah entah kau kena colek dengan kaki minum".

Marah Lin, kerana sikap aku yang telapau berani.

"Ehhh korang dekat sinikan tempatnya open. Kau sendiri tengokkan pubnya macam mana. Pasti selamat punya lah. Itu yang aku berani pergi... Lagi pun otak aku pusinglah semalam dengan hal Z dengan Kid". Terang aku lagi.

"Dah lah Zie, jangan di kenang benda yang dah lepas. Biarkan lah ia berlalu pergi... Hari ni kita last merayap dekat sini. Esok jorang nak ke Ipoh, Sambut tahun baru di sana pula". Kata Yana.

"Wahhh bestnya! Hari ni aku nak jalan dekat sini puas puas. Lagi 3 hari tahun baru. Seronoknya! Dapat tengok bunga api". 

"Amboii bukan main seronok lagi ya!"
Kata Yana kepada aku.

"Mestilah seronok".

Aku tenseyum memandang Yana dan Lin. Mereka berdua turut terseyum melihat aku begitu gembira hari ini.

"Ehh dah lah, aku nak mandi jap".

Aku bangun untuk megambil tuala mandi. Aku lihat Z masih belum bangun lagi. Lena betul dia tidur. Kesian dia, sakit agaknya. Aku masuk kebilik air dan terus mandi... Hari ni aku nak pakai kemeja putih dengan seluar Jeans koyak koyak yang aku beli lama dahulu. Aku nak menarik dan cantik dimata Z.... Fashion adalah salah satu dari minat aku. Aku keluar dari bilik, bila selesai bersiap dan pergi kepada Lin dan Yana yang tengah bersarapan pagi. Kami bersarapan bersama sambil berborak borak. Lepas habis sarapan Aku, Yana dan Lin berdiri dibalconi untuk mengisap rokok. Kalau depan television kacau pula orang yang tengah tidur. Mata aku melihat sekeliling.

"Sungguh indah pemandangan dekat sini. Penuh dengan kehijauan".

Bisik aku, sambil melihat sekeliling. Lalu aku terpandang dibawah balconi. Ternampak budak budak sebelah tengah bersiap siap, meletakkan barang masing masing kedalam kereta.

"Mereka dah nak balik KL agaknya? Tapi kenapa awal pagi?"

Aku tertanya tanya didalam hati. Kid memandang aku yang berdiri dibalconi bersama Lin dan Yana. Kid melambaikan tangan kepada aku dengan wajah yang sayu dan sedih. Terasa terluka hati ini, bila memandang Kid. Kid mengeluarkan sesuatu didalam bag galas belakangnya dan mengambil sesuatu. Dia mengeluarkan sepucuk surat.

"Alamak! Dah macam orang dulu dulu pula. Pakai surat surat". Bisik aku.

Aku betul betul teruja, bila Kid menunjukkan surat kepada aku.

"Boleh turun sekejap".

Tanya Kid. Aku buat isyarat ok dan aku lantas turun untuk bertemu Kid. Pertemuan buat kali terakhir. Bila aku sampai dibawah, Kid melemparkan senyum sambil memandang sayu. Aku tidak akan pernah melupakan senyuman Kid itu. Kid menghulurkan surat kepada aku. Aku mengambil surat tersebut.

"Awak tahu Zie, kenapa saya bagi awak surat. Kenapa saya tak message awak aja... Pertama saya nak awak simpan surat ini. Kedua saya nak awak terima sesuatu pemberian dari saya, walau pun hanya sepucuk surat". Kata Kid dengan nada yang sedih.

"Zei, andai satu hari awak disakiti oleh si dia, ingatlah saya selalu. Moga awak jangan pernah lupakan saya".

Kata Kid lagi. Aku menundukkan wajah dan aku mula menangis, bila mendengar kata kata Kid yang sungguh berbunga bunga itu. Pemuzik memang indah ayat ayat cintanya.

"Heii, jangan menangis Zie... Si dia juga seorang yang baik".

Kid menggankat wajah aku, agar memandang ke wajahnya. Aku memandang Kid.

"Saya dapat rasakan, yang dia sangat sayang dan cintakan awak. Moga si dia tidak akan sakiti hati awak."

Sambung Kid lagi sambil mengelap air mata yang mengalir dipipi aku dengan jari jemarinya yang sungguh lembut.

"Selamat tinggal kekasih hati. Moga ada jodoh kita jumpa lagi".

Kata Kid.

"Maafkan saya Kid. Saya tak tau nak kata apa".

Kata aku sambil aku memeluk Kid, tanda perpisahan kami. Kid mengucup lembut dahi aku. Pertemuan singkat yang hanya tiga hari. Mula membuahkan putih putik kasih kepada Kid. Dia pandai mengambil hati. Pandai bermain dengan kata kata. Sehingga aku mula ada perasaan kasih kepadanya. Tapi apakan daya, aku juga mula cintakan Z.

"Bye Zie". Kata Kid sambil setia memeluk aku.

"Bye Kid".

Balas aku sambil melepaskan pelukannya, agar Kid dapat melangkah pergi bersama kawan kawannya. Kid melangkah masuk kedalam kereta diseat belakang, bersama Nua.

"Selamat tinggal Zie". kata Nua dan di sambut juga kata kata selamat tinggal dari Zul dan Azhar kepada aku.

"Bye semua, moga kita akan berjumpa lagi. Hati hati memandu ya".

Kata aku dan mereka berempat melemparkan senyuman terakhir buat aku... Hati ini menjadi lebih sayu. Bila Kid, melambaikan tangannya... Aku mebalas lambaian itu, sehingga kereta Kid hilang dari pandangan mata... Surat yang Kid bagi aku tenung dan aku duduk dikerusi batu dibawah apartment.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience