"Khai, awak tak nak ajak saya masuk rumah awak dulu ke?"
Tanya Siti sambil tersenyum manja. Aku berpusing pandang memandang ke rumah, yang hanya ada Azam sahaja didalamnya. Membara pula jiwa ni, bila siti cakap macam itu.
"Macam ada peluang aja aku malam ni".
Bisk aku, sambil tersenyum nakal di dalam hati.
"Next time lah ya! Rumah bujang ni, berselerak sikit. Tunggu saya kemas cantik cantik, nanti saya ajak awak masuk rumah saya".
Sambil aku tersengih sengih memberi alasan.
"Hahaha" Siti ketawa
"Tak apa lah Khai, saya bergurau aja. Mana boleh saya masuk rumah awak. Nanti apa pula kata jiran jiran awak".
Siti ketawa melihat aku yang tak tentu arah, bila dia kata bergitu.
"Hishhh awak ni, saja aja tau. Buat saya gemuruh".
Jawap aku sambil berkerut dahi. Siti sambung ketawa, bila aku berkata begitu.
"Sweetlah awak Khai, bila gelabah macam tu". Kata Siti.
"Ok lah, saya balik dulu ye".
Sambil dia merapatkan mukanya dan mencium pipi aku. Terkejut beruk aku, bila Siti buat begitu.
"Memang sempoi minah ni. Awek macam ni lah yang aku suka. Taklah bermuka muka. Pura pura baik, tapi perangai macam setan".
Bisik aku dan aku hanya tersenyum bila Siti buat begitu. Dapat ciuman dari awek, takkan lah aku nak buat muka monyet pula. Masti lah buat muka bangga. Bila kena cium. Kau ada?... Tak adakan! Duduk diam diam baca... Hubungan aku dengan Siti bertambah erat, Kami sering keluar bersama. Sudah hampir sebulan lebih hubungan kami bertahan. Siti seorang yang sangat periang, aku sangat sangat selesa bila bersamanya dia tidak pernah mengonkong hidup aku. Aku senang dengan cara dia melayan dan membelai aku...
Hari isnin aku ada kelas. Aku masuk lebih awal sikit, sebab ada ujian. Aku sampai kekolej awal dari biasa... Aku nampak Siti juga baru sampai kedalam pekarangan kolej. Dari jauh sudah nampak kereta vivi merahnya masuk kedalam. Hari ini aku tak tunggu Siti, Sebaliknya aku terus ke kantin mencari Lee dengan Mus. Pandai pandailah Siti kalau nak cari aku nati. Boleh call atau watsap aku nanti. Aku meluru masuk kedalam kantin.
"Dua ekor ni, tak ada tempat lain agaknya... Port kantin sahaja yang dia pilih. Mana ada tempat awek lepak, dekat situlah mereka ada". Aku berbisik sendiri.
Ternampak Lee tengah duduk sorang sorang sambil makan. Tapi tak pula nampak kelibat Mus, mana agaknya Mus pergi.
"Woiii Lee, mana Mus?".
Aku menjerit manja kepada Lee. Lee hanya menundingkan jarinya di tepi kantin. Ternampak Mus baik punya berborak sambil ketawa tawa dengan seorang awek bertudung di tepi kantin.
"Wahhh! Awek dia ke Lee?".
Aku bertanya Lee dan lantas duduk berhadapan dengan Lee. Lee hanya tersenyum.
"Kau ingat kau aja boleh ada awek... Dia baru kenal". kata Lee lagi.
"Ohhh ok lahh. Tak adalah dia sunyi, kalau kau keluar dengan Nani nanti".
Aku pula ketawa.
"Bro, dah nak peperiksaan ni. Macam mana ni? tak belajar lagi. Minggu depan dah mula cuti dua minggu. Mampus, kalau tak lulus".
Aku mula buat muka tak menentu, bila fikirkan pasal peperiksaan.
"Alahhh relexlah Khai. Kau duduklah baca buku minggu ni. Janganlah keluar, bukan susah pun".
Kata Lee yang kelihatan, sedikit pun tidak gusar.
"Gila lah kau Lee... Cepatlah makan! Dah nak masuk kelas ni".
Kata aku lagi. Yang betul betul tengah susah hati, bila fikir tentang pepereksaan. Perjalanan mahu ke kelas, tiba tiba dapat watasap dari Siti...
Siti-
"Haiii awak! sampai hati tak tunggu saya. Saya ada nampak awak tadi, tau tau hilang aja.
aku-
"Maaf Siti, saya nak cepat. Ada peperiksaan minggu ni! Tu yang dok kelang kabut. Otak ni pun dah serabut.
Siti-
"Ohh ok, kalau dah tak serabut, kita jumpa ye?" Tulis Siti sambil membuat emoji love.
aku-
"Ok boleh boleh. Aku membalas pula emoji senyumm dengan love.
Siti-
"Rindu awak lah, love u dear"
aku-
"Rindu awak juga! love u tooo"
emoji love besar.
Wahhh macam kena lotrilah. Dia cakap, rindu dekat aku. Berbunga bunga hati aku. Tersenyum aku sendiri, macam orang gila.
"Woiii apa hal! Tersenyum sorang sorang. gila apa?".
Tanya Lee.
"Hisss, tak ada apalah! Jom cepatlah masuk kelas".
Aku setia menyerungai.
"Woii mat jiwang, jom masuk kelas".
Aku menjerit pula kepada Mus. Tersengeh sengeh Mus dari jauh.
"Hurmmm tak habis habis dating".
Melangkah ke hari terakhir peperiksaan membuatkan hati aku sikit gembira... Risau dihati surah mula hilang. Habis sahaja paper terakhir, aku seperti nak melompat tinggi. Kami melangkah keluar dari kelas. Aku, Lee dan Mus berjalan terus menuju keparking motor. Ternampak pula mamat poyo, Ciko dengan tiga orang kawannya. Wajah Ciko sepertinya, tidak puas hati dengan aku. Mereka menghalang perjalanan kami ke motor.
"Bro sekejap! Aku nak tanya kau".
Kata mamat poyo itu kepada Aku. Aku terhenti seketika dan berhadapan dengan Ciko.
"Aku dengar kau selalu keluar dengan Siti ya? Aku tak suka kau keluar dengan Siti! Lelaki macam kau, tak layak buat dia. Dia hak aku".
Kata Ciko selamber.
"Ehhh Mat! kau siapa? Abang dia ke atau bapak dia? Kalau bukan! Kau jangan sebok, nak cakap dia hak kau".
Aku menolak bahu Ciko, untuk menyuruhnya memberi laluan sedikit untuk aku memeruskan perjalanan aku ke motor.
"Kau ni dah melampau tau".
Kata Ciko kepada aku. Lantas dia melepaskan penumbuknya ke muka aku. Terkena tepat di pipi dan aku hampir nak terjatuh.
"Cilaka kau!".
Aku juga melepaskan tumbukan tepat ke hidung Ciko, terus berdarah dan aku terus berkelahi disitu juga. Kawan kawan yang lain juga tidak lepaskan peluang. Mereka turut bergaduh disitu juga. Maka jadilah pergaduhan sesama kami di situ...
"Baru Ciko dan kawan kawannya tahu, siap aku dengan kawan kawan aku. Kami pantang di cabar. Kami ni anak jantan". Bisik aku, bila berterabur, Ciko lari dengan kawan kawannya.
Aku pula terduduk di atas lantai. Menahan sakit dimuka dan dijari, akibat menumbuk muka Ciko tadi.
"Bodoh betul lah, si mamat tu. Lagi sekali aku jumpa, mati dia".
Aku menahan marah yang teramat sangat.
"Dah lah tu Khai! Jom balik rumah kau. Aku nak lepak sana, Nak tenangkan fikiran".
Kata Lee, Masing masing menaiki motor, terus kerumah aku. Tiba tiba dapat call dari Siti. Aku mengangkat pangilan itu.
"Khai, betul ke awak bergaduh tadi dengan Ciko? Kenapa awak bergaduh dengan dia khai? Saya tak mahu awak cedera".
Kata Siti dengan nada yang agak kelang kabut dan risau. Aku pula hanya berdiam diri.
"Heii, saya bercakap dengan awak ni Khai... Sekarang dah pukul 4.30petang, dalam pukul 9 malam saya datang rumah awak".
Kata Siti lagi dan Siti terus memutuskan talian. Tanpa aku berkata apa apa kepadanya. Siti tau aku pasti marahkan dia, kerana Ciko. Sebab itulah, dia nak terus datang ke rumah aku dan berjumpa aku. Dia mesti rasa bersalah.
"Hurmmm lantak lah dia lah. Pasal dia aku bergaduh. Kata tak ada boyfrend konon! Tau tau boyfriend kau datang tumbuk Aku. Nasib tak cedera teruk muka aku".
Bisik aku, bila Siti memutuskan talian. Seperti yang di jangkakan. Siti datang ke rumah. Dirumah ada semua kawan kawan aku. Termasuk Lee dan Mus yang sebuk bersantai di ruang tamu.
"Assalamualaikum".
Teriak Siti.
"Wasalam".
Balas Azam.
"Kau nak cari Khai ye Siti? Dia ada dalam bilik paling depan sekali".
kata Azam lagi.
Sambil Siti meluru masuk kerumah dan terus kedalam bilik aku.
"Khai awak tak apa apa ke?".
Sambil dia memegang jari aku yang sakit.
Aku menepis tangan Siti.
"Ehhh sudahlahhh... Dari hari tu saya tanya awak. Awak ada boyfrend atau tak? Kalau saya tau, awak dah ada boyfrend. Saya takkan kacau awal. Saya ni tak suka gaduh pasal perempuan".
Kata aku lagi, sambil berpusing ketempat yang lain. Dari berdiri, Siti melabuhkan punggungnya duduk di atas katil aku dengan wajah yang serba salah.
"Sayang, Saya tak ada apa apa dengan dia. Tolonglah percaya saya. Dia suka saya, tapi saya tak suka dia. Saya bersumpah, saya tak suka dia.Dia sahaja yang terhegeh hegeh".
Terang Siti yang beriya iya. Aku masih lagi berdiam diri.
"Saya sayang dan sukakan awak, dari mula saya masuk ke kolej. Hinggalah awak terima saya dalam hidup awak".
Siti memeluk aku dan mula menangis didada aku. Berdegup laju jantung, bila Siti buat begitu. Pandai betul dia memujuk aku. Hati yang tadinya marah, mula reda, bila dipujuk dan dirayu Siti. Aku memeluk Siti kembali. Terus terasa sehat badan ni, bila di peluk si kekasih hati.
"Kalau tadi! Dah macam nak mati. Tiba tiba terasa segar hahahahah".
Aku ketawa di dalam hati.
"Tengok, bertapa hebatnya kuasa seorang wanita. Dapat menundukkan seorang lelaki yang tengah marah. Hebat hebat macam ada kuasa super power"... Aku setia mengelamun sendiri
"Khai! awak marah saya lagi ke?"
Tanya Siti.
"Saya minta maaf".
Kata Siti sambil merenaung kedalam mata. Meremang bulu roma, Bila direnung macam tu. Di tambah pula, jarinya yang lembut, memegang ke dua dua pipi aku.
"Saya dah tak marah awak. Kalau betul awak tak ada apa apa dengan dia. Saya gembira sangat".
Kata aku, kepada Siti dengan nada yang lembut.
"Terima kasih sayang".
Kata Siti dan megucup pipi aku dengan lembut. Bahagianya rasa. Dah rasa macam duduk dalam syurga... Tapi, dengan apa yang aku buat ni, pasti menuju ke neraka.
"Awak, esok kita dah mula cutikan? Cuti semester. Jom, lusa kita ke Bukit Fraser, hanya kita berdua aja?". Ajak Siti.
"Saya ada tempah rumah khas untuk kita di sana nanti". Kata Siti lagi.
"Kenapa kita berdua aja? Kenapa tak ajak kawan kawan kita sekali. Barulah seronok holiday".
"Hurmmm! Suka hati awak lah. Nanti saya ajak Nina. Nina sekarang dah couple dengan Mus. Adalah saya kawan berborak dekat sana nanti, bila awak melepak dengan kawan kawan awak".
Kata Siti sambil terseyum manja.
"Ok boleh juga. Boleh kita berkasih asmara disana".
Kata aku lagi sambil tersengih sengih nakal. Siti tersenyum, melihat aku.
"Gatal tau awak ni!"
Kata Siti, sambil mencubut pipi aku.
"Kalau gatal, kenallah garukann".
Aku melawak sambil ketawa.
"Sweetlah awak ni Khai. Saya suka sangat, bila awak ketawa. Jiwa saya jadi tenang".
Kata Siti.
Bila Siti pulang, aku mahu berbincang dengan kawan kawan aku, tentang holiday ke bukit fraser lusa. Aku keluar dari bilik dan terus duduk di ruang tamu.
"Korang, Lusa aku dengan Siti nak ke bukit fraser. Jom ikut sekali".
Ajak aku kepada kawan kawan.
"Kenapa macam tergesa gesa nak pergi ke sana Khai! Ke dah tak sabar nak bayar bil?".
Kata Lee sambil tersenyum nakal.
"Otak kau lah Lee".
Balas aku dan juga terseyum jahat.
Setelah berbincang, Masing masing bersetuju dengan holiday kami yang agak tergesa gesa ini. Kecuali Azam yang tidak dapat turut serta. Kerana mahu balik ke kampung ada urusan keluarga yang harus di selesaikan. Perjalanan kami nanti berpasangan. Yun juga mahu bawa awek yang baru dia kenal. Lee sudah tentu membawa Nani. Jadi, kami akan ke sana mengunakan dua biji kereta sahaja. Aku, Siti, Nina dengan Mus satu kereta. Yang lain akan satu kereta... Bermulalah percuitan kami di Bukit Fraser, selama 4 hari 3 malam. Perjalanan kami kesana, sangat mengembirakan. Aku yang kena memandu hingga ke Gombak. Sebelum berhanti makan di RnR. Mereka semua mahu berhenti sarapan dahulu. Sebelum meneruskan perjalan kami, selepas makan... Siti menyuruh Mus membawa kereta. Dia kesian melihat aku letih memandu. Mus tak ada masalah, untuk memandu. Kerana dia juga ada lesen memandu. Lepas sarapan pagi kami meneruskan perjalanan. Mus membawa kereta dan Nina duduk disebelah. Aku duduk di belakang bersama Siti. Aku bersandar di seat kereta. Mahu sahaja mata ini tertutup. Aku mula melelapkan mata. Tiba tiba terasa seseorang baring di peha aku.
"Hurmmm nak bermanja manjalah tu".
Bisik aku di dalam hati dan aku meletakkan tangan aku di perutnya. Aku sambung memejamkan mata. Akhirnya aku tertidur sambil memeluk Siti. Bila aku tersedar, aku membuka mata dan melihat sekeliling jalan raya.
"Mus dah sampai ke?".
Aku bertanya.
"Belum lagi beb. Rehat sekejap, dekat bawah ni. Sebelum naik ke atas. Perjalanan untuk ke atas mengambil masa 45minit. Jadi bersedialah kita semua. Sebelum melalui jalan berpusing pusing". Kata Mus lagi.
Kami berhentikan kenderaan untuk berehat sebentar di kaki bukit, sebelum meneruskan perjalan naik ke atas.
Share this novel