Risau

Romance Completed 40494

"Lin, kenapa Lin?".
Tanya Khai yang menyerbu masuk kedalam pekarangan rumah Yana. Khai dalam suasana kelang kabut dan kebimbangan... Z memandang tepat kepada Khai. Yang begitu risaukan tentang Zie. Sambil berkerut dahi.

"Kenapa dia kelihata risau? Siapa dia dengan Zie ye?".

Bisik Z dan Z memandang pula kepada Lee dan Yun.

"Kahi ini Z".

Lin mengenalkan Khai kepada Z. Mereka bersalaman. Walau pun dalam hati Z banyak persoalan... Tapi dalam suasana macam ni, bukannya masa untuk bersoal jawap. Keselamatan Zie lebih penting.

"Siapa ni Lin?"
Tanya Khai.

Lin terdiam sebentar dan cuba mencari jawapa atas pertanyaan Khai itu.

"Ini boyfriend Zie, Khai. Nama dia Z. Kami berkawan sejak kecil... Tapi sejak 2 tahun lepas. Zie, menerima dia menjadi teman istimewa Zie. Sebab itu jugalah, Zie tak pernah mahu, ikut awak. Bila awak ajak dia keluar berdua. Kerana Zie sayangkan hubungan dia dengan Z".

Khai menarik nafas Panjang, bila mendengar kata kata Lin. Z juga menarik nafas panjang.

"Habis, kenapa Zie lari? Apa yang dah terjadi?".

Tanya Khai Lagi. Lin dan Yana memandang Z. Z terdiam sejenak, sambil memandang kepada rumput karpet yang berada dibawahnya.

"Aku bersalah Khai".
Jawap Z.

"Aku sayang dia, Tapi aku tak sangka dia akan datang kerumah aku malam tadi. Kebetulan bekas girlfriend aku ada didalam rumah aku. Jadi pergaduhan antara kami. Aku curang dengan dia Khai... Aku tak larat nak melawan godaan Daya".

"Perempauan sial tu, selalu buat masalah kan".
Sergah Yana, yang tiba tiba menyelit cerita Z.

"Apa dia nak sebenarnya dengan kau ye Z?".
Kata Yana Lagi dengan nada yang lebih tinggi.

"Kan Aku dah kata, Aku tak bawa dia tidur dirumah aku. Mie yang bawa balik dia. Tapi dia boleh pula masuk kedalam bilik aku dan mengoda aku. Tapi, kami tak sempat buat apa apa pun. Aku bersumpah korang. Korang kenalkan aku Lin Yana. Aku tak akan menipu".

"Entahlah Z, Aku tak tau lah. Dia boleh terima kau kembali atau tak? Ini bukan sekali kau curang Z".
kata Lin.

Berkerut muka Khai, bila dengar tentang kecurangan Z.

"Hurmmmm, girlfriend dah ada pun nak curang! Harap muka je handsome. Tapi tak pandai nak jaga awek".

Bisik Khai di dalam hati, sambil memerhatikan Z yang dalam kerisauan.

"Tolong aku korang, Aku tak nak dia tinggalkan aku. Aku sayang dia".
Sambil Z tunduk menahan air mata.

"Kita nak cari dia di mana Z?. Kita tunggu je lah, Sampai dia call sesiapa di antara kita. Sampai bila dia nak merajuk, Dia mesti akan on handphonenya".
Kata Lin, yang cuba menenagkan Z.

"Kemana agaknya pakcik grab tu bawa dia ye?".
Kata Z lagi

"Apa Z? Dia naik grab tengah tengah pagi buta. Kau ni biar betul Z".

Marah Yana, yang betul betul terperanjat, bila Z mengatakan Zie balik dengan menaiki Grab, pagi pagi buta.

"Ahaaa Yana! Aku minta maaf sangat dengan korang. Dia tak nak aku hantar... Pandang aku pun dia dah tak nak Yana. Dia tumbuk Daya sampai berdarah mulut, Terus dia turun call grab". Cerita Z lagi.

"Dia langsung tak bersuara, bila aku pujuk dia. Aku sedih sangat Yana, bila Zie buat begitu. Aku tau Zie jugak lebih sedih".

"Padan muka betina sial tu! Itu baru dapat penumbuk dari Zie! Kalau aku lah, aku dah sepak dia bertalu talu." Kata Yana yang begitu geram dan mengetap giginya.

Beralih muka Lee, memandang Yana.

"Amboiii ganasnya".
Bisik Lee di dalam hati.

"Tak pe lah Z, kita cuba call kejap lagi, kalau dapat". Kata Yana, yang mula reda, bila melihat wajah Z yang kusut.

"Atau cubalah cari mana mana tempat yang dia selalau pergi".

Kata Khai...

"Kecewa rasanya hati ni, bila tau Zie dah ada kau Z. Aku juga sayangkan dia. Sekuat mana kau sayang dia. Sekuat itu juga aku mula sayang dia. Kemana kau pergi Zie?".

Bisik Khai didalam hati.

"Aku balik dulu ya Z? Kalau ada apa apa berita pasal Zie, bagi tahu aku ye".

Kata Khai dan Z menganggukkan kepalanya sahaja. Khai, Yun dan Lee melangkah balik ke rumahnya. Tinggallah Z, Yana dan Lin di situ.

"Z jom lah masuk, berehat dekat dalam. Nanti aku suruh mak Minah masak untuk kita".
Kata Yana.

Z bangun dari tempat duduknya dan mrlangkah longlai masuk didalam rumah Yana dan Z terus baring di sofa.

"Aku nak tidur sekejaplah Yana. Apa apa korang kejutkan aku ya".
kata Z.

"Ok Z, kau tidur lah dulu! Mata kau pun dah bengkak sangat tu. Kau nak apa apa kau panggil je mak Minah". Z menganguk faham.

"Lama dah tak lepak rumah Yana. Rindu zaman remaja dulu... Dulu masa lepas balik sekolah, mesti duduk lepak rumah Yana. Makan sini dengan Zie, Mie, Sham. Sebab mak Minah masak sedap. Ibu dan ayah Yana pun sporting. Angap kami macam anak anaknya".

Bisik hati Z, sambil memerhati sekeliling sudut rumah Yana dan akhirnya terlelap.

.............................................................

"Aku tak sangka Zie dah ada boyfriend".

Kata Khai kepada Lee dan Yun.

"Sedihnya hati ni".

"Khai, Cuba kau tengok sendiri. Boyfriendnya tu curang. Bukan sekali, tapi dah berkali kali. Itu bermakna, kau masih ada peluang. Jangan putus asa. Kau belum dapat apa apa jawapan dari mulut Zie. Mungkin lepas ni dia pilih kau. Siapa yang tau".

Kata Yun, memberi Khai kata kata harapan.

"Tapi aku kesian juga tengok Z tu Yun... Nampaknya dia betul betul sayangkan Zie. Aku boleh nampak dalam matanya. Ada kekesalan dalam diri dia. Tapi entahlah! Manalah agaknya Zie pergi ye?".

Tanya Khai dengan wajah yang bercelaru.

"Aku hantar korang balik dulu ye? Lepas ni aku ingat nak pergi cuba cari dia, dekat tempat tempat kita pernah lepak dulu".
Kata Khai.

"Ok, tapi kita pergi makan dulu ya! Kau pun belum makan lagi. Sekarang dah pukul 1 lebih".

kata Lee. Khai hanya menganggukkan kepala, tanda setuju dengan Yun... SeLepas makan, Khai menghantar kawan kawannya balik ke rumah. Khai terus meninggalkan kawan kawannya dirumah dan memulakan misi mencari Zie. Khai mencari diatas bukit yang pernah Khai membawanya dahulu.

"Manalah tahu, dia ada disitu tenangkan fikiran".
Kata Khai di dalam hati.

Sampai di atas bukit, Ternyata Zie tak ada di situ. Khai berpusing pusing mencari dan berharap dapat berjumpa Zie, tapi menghampakan. Khai merasa tertekan sangat, tak tahu hendak kemana lagi, untuk cari Zie.

"Kemanakah kau pergi?. Walau pun aku tau kau dah berpunya, tapi aku tetap sayang dan risau tentang keselamatan kau. Aku setia, mengharapkan sesuatu yang indah dari kau, satu hari nanti".

Khai berasa sangat kecewa. Bila tak dapat berjumpa Zie diberapa tempat yang Dia cari... Akhirnya Khai mengambil keputusan untuk tenangkan fikiran di resortnya... Kerana tidak dapat berfikir dengan tenang, bila ramai kawan kawan dirumah. Khai pulang kerumah, untuk bersiap siap. Dan akan bertolak ke resort lepas magrib nanti. Kerana lebih tenang di waktu malam. Jalan tidak sesak.

"Kalau bertolak sekarang mesti jem"...
Bisik Khai di dalam hati.

..............................................................

"Z bangun Z. Jom makan dah petang ni".

Lin mengejutkan Z yang lena tidur disofa.

"Nanti perut masuk angin pula". Kata Lin lagi kepada Z. Dengan wajah yang mamai, Z banggu dan terus duduk.

"Dah pukul berapa Lin?".

"Dah pukul 5 lebih Z. Lama kau tidur".
Jawap Lin, sambil duduk disebelah Z.

"Ahaaaaa Lin, semalam aku tak dapat tidur, asyik memikirkan Zie... Zie, ada call ke?"

"Tak ada Z. Aku dah cuba call, langsung tak dapat. Dia tutup handphonenya".
Jawap Lin lagi.

"Risaunya aku! Apa yang dah jadi ni. Ini semua silap aku".
Kata Z, yang tak habis habis menyalahkan dirinya.

"Dah lah tu Z, bukan salah kau! Ini semua sebab perempuan jahat tu. Dia saja nak buat kau pisah dengan Zie. Kau kena berhati hati lepas ni".
Balas Yana.

"Sudahlah tu Z, jom kita makan dulu. Lepas tu baru kita fikirkan cara macam mana nak cari Zie. Kita makan sama sama dulu ya. Mak Minah ada masak banyak makan untuk kita". Kata Lin, sambil menarik tangan Z dan Z mengikut Lin.

.....................................

"Bosannya lah haiii... Tengok tv dah, tidur dah, Makan dah".

Ngomel Zie sendiri didalam bilik. Zie, membuat keputusan untuk keluar kebawah dan berjalan jalan petang di tepi pantai. Sampai sahaja di lobi, Zie meminjam talifon dikuantar. Zie terfikir untuk menalifon rumahnya. Takut ibu risau pula. Talifon bimbitnya pula, dibiarkan ditutup.

"Ring! ring! Ring".

"Hello!"

Kedengaran suara adiknya Kiki. Kiki yang menjawap pangilannya itu.

"Kiki, pangil ibu. Aku nak cakap dengan ibu".

"Ibuuuu! Zie call". Kiki memangil, seakan menjerit.

"Zie, kau kat mana? risau kami".
Tanya kiki.

"Aku ada je, tempat yang selamat".
Kata Zie, lalu ibunya merampas gang gang talifon dari kiki.

"Zie sayang, kamu dekat mana?".
Tanya Ibu, yang begitu risaukan anaknya.

"Ibu jangan risau! Saya cuma tenangkan fikiran. Saya ada ditempat yang selamat. Saya akan balik, bila saya sudah betuk betul bersedia".

"Kenapa Zie, Kamu bergaduh dengan Z ke?".
Tanya ibu.

"Ye bu! Saya bergaduh dengan Z. Jangan bagi tau dia yang saya talifon ye. Saya akan balik nanti... Ok bu, Saya kena letak ni".
kata Zie lagi.

"Jaga diri ya Zie".

"Ye ibu, sayang Ibu".

"Sayang kamu juga Zie... Kalau tak ada duit, bagi tau ibu. Nanti ibu transfer".
Kata ibu Zie, dengan nada yang sedih.

"Baik ibu, bye".

Zie memutuskan taliannya dan melangkah pergi ketepi pantai. Tiba tiba Zie terfikirkan Z.

"Apa agaknya Z buat sekarang Ya?".

Zie duduk disebuah kerusi diresort yang mengahadap ke laut.

"Sungguh tenang dan indah dekat sini. Walau pun suasana di sini tenang, tapi hati aku betul betul tak tenang. Kalaulah aku tak datang tepat pada masanya malam tadi, Apa agaknya yang terjadi antara Daya dan Z. Mesti aku lebih merana lagi. Bila dapat tau Z bersama Daya... Sayang, aku sungguh sedih, bila semua ni terjadi dalam hubungan kita. Kenapa semua ni, kita kena lalui. Silap aku ke, kerana rapat dengan bekas kekasih orang. Betul ke hanya aku sahaja yang berada dihati kau?".

Bisik Zie didalam hati.

Zie teringgatkan kembali saat saat indah bersama Z. Cara Z membelainya. Cara Z menjaga hatinya. Z cuba melakukan perkara bodoh, sehingga dia kemalangan di Ipoh dulu... Tapi, bila Zie ingat semula peristiwa malam tadi. Hati Zie menjadi sakit semula.Terbayang bayang Z hanya berseluar boxer dan Daya yang tiba tiba keluar dari bilik Z. Zie mengengam jarinya dan menghentakannya dipenghalang kerusi.

"Hurmmmm geramnya aku".

Lafas Zie, Yang tiba tiab bercakap seorang diri dan terus banggun dari kerusi. Berdegup degup dada Zie, menahan marah. Bila otaknya mula terfikirkan benda yang menyakitkan hatinya. Zie berjalan ditepi pantai. Ramai orang di situ.

"Ohhh hari minggulah, Patutlah ramai orang".

Zie memerhatikan sekeliling Pantai. Ada yang membawa keluarga masing masing berkelah. Ada pasangan couple yang bergurau senda. Ada anak anak muda dan mudi yang berkumpul, berborak borak sambil berjalan jalan di tepi pantai.

"Sungguh gembira mereka".

Bisik Zie di dalam hati. Bila melihat gelagat masing masing.

"Hmmmmm"

Zie menarik nafas panjang.

"Baik balik bilik dah nak magrib".

Zie berlalu dari situ, untuk naik ke atas. Melalui swimming pool. Ternampak Amir menghantar makan kepada pelangan yang tengah duduk ditepi swimming pool.

"Rajinnya budak ni, Siang malam asyik nampak dia je".

Zie terus naik ke bilik dan terus masuk kedalam dan terus ke bilik mandi. Terasa melekit badan bila terkena angin laut. Lepas mandi, Zie mencari baju Khai yang boleh di paki.

"Hurmmmm, baju apa aku nak pakai ni?"

Zie mencapai baju kemeja putih Kahi dan mencubanya.

"Ok lah ni, dah nampak macam baju tidur. Pakai baju je lah, bukan ada orang yang nak tengok pun. Takkan aku nak pakai seluar Khai yang besar ni pulak. Macam sarung guni nanti".
Zie ketawa sendiri.

Zie memakai baju khai, tanpa memakai baju dalam dan seluar. Baju yang jarang, boleh menampakkan seluar dalam Zie, yang berwarna merah. Baru dibelinya di pasaraya tadi.

"Seksi jugak aku ni".

Sambil tersenyum memandang ke cermin panjang didalam bilik.

"Dah macam perempuan simpanan pun ada gak".

Zie ketawa melihat dirinya di dalam cermin.

"Hurmmm, cantik seksi pun tak ada gunanya. Nasib cinta yang selalu malang. Harapkan kekasih hati... Hati aku balik yang sakit". Ngomel Zie sendiri.

"Apa agaknya yang Z tengah buat sekarang ya? Satu hari dia tak dapat hubungi aku. Mesti Z adalah orang yang paling risau, bila tak dapat hubungi aku. Padan muka kau Z. Baru kau tau... Kau pasti tak boleh hidup tanpa aku di sisi kau".

Zie, memasang rokok yang ada didepan television dan bersila disofa, sambil menonton television. Semua cerita membosankan. Zie bangun dari sofa dan membuka pintu dibalconi. Angin kuat, menolak nolak langsir.Berterbangan langsir masuk kedalam. Matahari pula mula hilang. Hanya tinggal cahaya merah sahaja dihujung laut. Zie menyedut rokok, sambil berdiri memandang ke permandangan yang hampir gelap... Tanpa disedarinya, ada permerhati dari bilik tingkat tiga. Bilik sebelah biliknya, tapi di tingkat atas. Dua orang lelaki muda. Memandang Zie tak berkelip kelip matanya. Sambil bersiul siul. Pada mulanya Zie, memang tak perasan mereka disitu. Baju kemaja putih yang Zie, pakai agak jarang. Boleh menampakkan susuk badan Zie. Angin pula bertiup kencang, baju yang Zie, paki itu, juga turut terselak selak berterbangan. Bila Zie terdengar siulan. Baru dia terperasan dua lelaki tersebut ditingkat atas. Lelaki tersebut memandangnya, sambil membuat isyarat lucah dan menjelir jelirkan lidahnya sambil menjilat sekeliling Bibirnya.

"Yekkkk".

Zie membuat muka geli dan berjalan masuk kedalam bilik dan menutup pintu balconi rapat rapat. Lalu menggunci pintu kaca itu. Terasa takut, bila ada lelaki yang buat seperti itu. Dada Zie berdebar debar.

"Entah entah perogol bersiri. Aduhh! dia dah tau bilik aku. Aku pula tinggal sorang sorang. Bahaya ni". kata Zie sendiri.

"Ehh, takkan lah dia berani buat apa apa dalam resort ni. Cctv kan banyak".

Kata Zie lagi yang cuba berfikiran yang baik baik sahaja. Lalu terus telangkup baring di atas katil.
Sambil kakinya digoyang goyangkan. Akibat kebosana keseorangan. Akhirnya Zie tertidur.

............................................................................

"Hello Lin"
"Ye Z, kau dah sampai ke?".
Tanya Lin, didalam talian talifonnya. Sebaik sahaja Z sampai dirumahnya.

"Dah Lin... Zie ada call ke?".
Tanya Z.

"Tak adalah Z, kami pun betul betul risau sekarang ni".

Balas Lin.

"Boleh kita buat report ke Lin?".

Tanya Z.

"Hisss, jangan! Dia bukan hilang pun. Dia cuma tenangkan fikiran je?".

Kata Lin lagi.

"Mana kau tau dia tak hilang Lin?".

"Tadi aku call ibu Zie. Ibu cakap, Zie ada call petang tadi. Dia cuma cakap, dia ada di tempat yang selamat. Jangan cari dia, dia nak tenangkan fikiran. Dia akan pulang nanti. Bila dia rasa lebih tenang".

Terang Lin.

"Tapi dia tak nak bagi tau, di mana dia".
Kata Lin lagi.

"Leganya aku Lin. Aku berharap tidak ada sesuatu yang buruk terjadi, kepada Zie. Tapi aku tak boleh tunggu Lin. Aku kena berusaha juga cari dia. Esok pagi aku nak ke tempat grab. Aku nak cuba cari pak cik yang bawa Zie, itu. Manalah tau, aku dapat jumpa pak cik tu".

"Terpulang kau Z, kau cuba lah berbincang dengan dia baik baik. Jangan buat lagi perkara yang bodoh tu. Aku sebagai kawan kau dan kawan Zie, sentiasa mendoakan kebahagian korang berdua".

"Thanks LIn, kaulah kawan baik aku dari dulu. Kalau apa apa, tolong call aku ye LIn".

"Ok Z".

Lin dan Z memutuskan talian masing masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience