Setia menanti

Romance Completed 40494

Bila menjelang petang, Ambulance untuk membawa Z pulang ke KL sudah diperkarangan Hospital. Z dibawa keluar dari wad. Dan menuju ke ambulance yang menati.

"Sayang, tunggu aku pulang esok ye? Nanti aku jaga kau di sana".

Zie mengucup kiri dan kanan pipi Z, turun semula dari ambulance.

"Zie, aunty grak dulu ye. Nanti kita jumpa di KL".
Sambil mama Z mengucup dahi Zie.

"Ok aunty".

Balas Zie sambil tersenyum. Bila semuanya sudah selamat pergi. Zie pulang semula ke resort. Melihat jam sudah pukul 4 petang.
Sampai di resort, Zie tidak terus naik kebilik, tetapi terus duduk dihadapan sebuah kerusi, menghadap kelaut. Sambil mengenang nasib dirinya, Khai dan Z. Tiba tiba ada orang dari belakang menegur Zie.

"Cik Zie, baru balik?".

Tegur Amir, sambil membawakan segelas air tembikai kegemaran Zie dan menghulirkan gelas itu kepada Zie.

"Ehhh Amir".

Zie terseyum memandang Amir. Sambil memandang gelas ditangan Amir.

"Mana kamu tahu saya suka air tembikai?"
Tanya Zie.

"Sudah 3, 4 kali, saya nampak cik Zie... Kalau makan mesti order air tembikai. Minat sungguh ye? Itu yang saya tau".

Terang Amir terseyum. Dalam diam diam rupanya Zie, ada permerhati setia. Zie tersenyum memandang Amir.

"Terima kasih Amir, Kamu sungguh baik orangnya".

Kata Zie kepada Amir. Membuatkan Amir terseyum malu.

"Sama sama cik Zie".

Amir terus berlalu dari situ. Zie kembali memandang kelaut. Zie mengambil talifon bimbitnya dan menekan watsap group.

*Korang, mari lah turun. Korang tak nak mandi laut ke?"

Tulis Zie.

*Aku ada depan pantai ni".

Tulis Zie lagi kepada LIn dan Yana.

*Eh, kau tak tengok Z ke Zie?".

Tanya Yana.

*Aku baru balik. Itu yang aku terus ke Pantai.
Dah 4 hari di sini, tapi tak buat apa apa aktiviti lagi".

Tulis Zie.

*Ok kejap kejap aku tukar baju mandi dulu".

Balas Lin...

*Kau ada bawa baju mandi lebih ke Lin, Yana? Aku nak pinjam".

*Alah! tak ada lah Zie.

*Ahaaa, aku pun tak ada.

*Ok tak apa... Cepat turun tau".

Tulis Zie sambil membuat emoji senyumm.

*OK balas Lin.

*Ok balas Yana.

Kemudian Zie menalifon Khai dan memberitahu Khai yang dia ada dibawah resort. Mereka turun kebawah berjumpa Zie ditepi pantai.

"Wahhh, relax ye?".

Tegur Lin sebaik sahaja sampai kepada Zie.

"Ahaa lah korang, Aku nak relax lah hari ni.
Aku dan penat".

Balas Zie.

"Ehhh mana Khai?".
Tanya ZIe lagi, bila kelibat Khai tidak kelihatan.

"Ada beli barang dekat bawah tu".

Terang LIn.

"Zie, Z macam mana?". Tanya Lin.

"Z dah di bawa ke KL, Mama kata nak jaga Z disana. Hati aku pun lega sanga, bila Mama buat keputusan macam tu. senang sikit aku nak jaga Z nanti".

Kata Zie kepada kawan kawannya. Lin dan Yana juga bersetuju dengan tindakan Mama Z... Ternampak kelibat Khai, bersama paper bag ditanggan. Dari jauh Khai tersenyum gembira.

"Wahhh! relax dekat sini ye?".
Tanya Kahi pula.

"Siap air tembikai lagi".

Terseyum Khai.

"Z macam mana?".
Khai pula bertanya.

"Ye lah, lupa nak bagi tau awak. Z dah di hantar ke KL. Mama Z nak kan tempat yang lebih selesa.
Itu yang Z dihantar ke Hospital swasta. Dapatlah saya dapat relax sikit hari ni... Kahi, esok pagi kita pulang ke Kl ya?".

"OK boleh Zie, Nanti lepas sarapan kita balik sama sama ye".

"Terima kasih Khai".

Ucap Zie, sambil tersenyummm.

"Woiii, dah dah lah tu. Kata nak berenang?
Kita nak berenang laut ke? nak berenang dekat kolam belakang tu?".

Tanya Yana. Korang berenanglah, aku tengok je".

kata Zie, sambil ketawa.

"Kau ni sengal lah Zie, Tadi beria ajak swimming. Sekarang macam hampehh".

Marah Lin.

"Aku manalah ada bawa baju swimming, Kau nak aku berenang pakai dress pendek ni ke? Kang tak pasal pasal semua nampak".

Zie ketawa.

"Ehh, lupa pula".

Khai tiba tiba meyampuk.

"Ni untuk awak, saya dah belikan dekat bawah tu".

Khai menghulurkan kepada Zie.

"Alahhh, awak ni, Thanks tau".

Kahi tersenyum melihat Zie.

"Jap saya pergi tukar dekat atas, Korang mandilah kolam dulu ye".
kata Zie, sambil Tersengeh.

Zie turun memakai baju mandi yang Khai belikan.
Baju mandi singlet sport dan seluar short pants.

"Korang, jom lah mandi laut".

Ajak Zie, Masing masing keluar dari kolam dan terus berlari keriangan kepantai.

"Gembiranya mereka".

Bisik hati Zie, sambil tersenyum.

"Moga mereka akan tetap bahagia dan gembira bersama pasangan masing masing".

Bisik Zie lagi di dalam hati. Bila melihat kawan kawannya terseyum sentiasa. Bila bersama pasangan masing masing. Zie juga merasa senang, bila di temani kawan kawannya. Dengan suasana petang yang indah. Membuatkan Zie lupa segala masalahnya. Berada didalam air laut, Zie hanya berpaut tangannya di leher Khai.

"Apa lah kau ni Zie. Pagi tadi sebok cakap orang monyet! Sekarang kau tengok Yana, siapa yang jadi monyet dekat sini".

Kata Lin kepada Zie, yang berpaut dileher Khai.
Sambil Kahi memeluk Zie.

"Korang pandai berenang tak apalah, bolehlah monyet monyetkan aku... Yang penting aku cuba jugak masuk dalam air ni tau".

Kata Zie, Sambil memandang Khai dan tersenyumm. Khai setia tersenyuman bila bersama Zie.

"Esok kita dah balik ke Kl, berakhirlah segala kenangan kita bersama di sini. Kau akan pergi kepada Z. Aku tak akan lepaskan, setiap saat pun bersama kau hari ini".

Bisik Khai. Sambil mata tak berkelip kelip memandang Zie yang berpaut di lehernya.

"Khai, jom duduk di pasir tu. Teringin gila nak main pasir tepi pantai... Dulu masa kecik kecik tak puas main pasir, Ibu cakap kotor".

Zie ketawa.

"Macam macamlah awak ni Zie."

Kahi terseyum, sambil menarik tangan Zie ketepi pantai dan duduk bersama sama di atas pasir... Zie membuat lubang diatas pasir dan duduk didalam lubang itu.

"Awak! awak! cepat tanam kaki saya".

Arah Zie sambil ketawa. Khai mengorek pasir dan diletakkam di kaki Zie. Datang kawan kawan yang lain. Turut bersama sama menanam Zie. Mereka bergambar sama sama. Khai mengambil gambar selfie, beramai ramai, sambil masing masing membuat muka paling hodoh.Mereka semua ketawa keriangan petang itu.

"Korang, baliklah lambat sikit malam ni. Kita lepak lepak makan makan dulu".

Kata Khai.

"Hurmmm tak boleh lah Khai, esok nak kerja pagi... Kau lainlah, dapat cuti seminggu. Kami ni dapat cuti 2 hari je".

Balas Lee.

"Alahh, lepas makan makan korang geraklah. Bukan jauh pun. Dari sini ke KL".

kata Khai lagi.

"Hurmmm, kalau kau nak belanja boleh lah".
Balas Yun sambil tersengih.

"Hurmmm, bila makan free semuanya bolehkan!"
Suara Khai sedikit keras, sambil tersenyum.

"Kita makan dekat sini je korang. Aku suruh staff sediakan tempat BBQ. Kita layan bakar bakar tepi laut".

Kata Khai lagi.

"Wahhh best best! aku nak".

Balas Lee, sambil memandang Yana.

"Bolehkan balik tengah malam sikit".

Tanya Lee kepada Yana.

"Ok, boleh je".
Balas Yana yang bersetuju dengan Lee.

"Ok cun Khai, awek aku kata boleh".

"Ok, pukul 8 malam kita berkompol di sini".

Semua bersetuju.

Bila penat mandi mandi, semua naik keatas.
Mandi dan berehat rehat, menunggu malam. Bila malam menjelang, Khai bersiap siap terlebih dahulu dan turun lebih awal. Untuk mengarahkan staffnya membuat persediaan untuk mereka.
Khai juga menyuruh staffnya menyediakan tiga kuntum bunga ros merah. Zie dan kawan kawannya pula masih sebuk bersiap siap dia atas... Khai mengajak Yun dan Lee turun dahulu.
Untuk mengambil bunga ros masing masing. Khai mahu jadikan malam ini, yang paling berharga untuk semua wanita yang mereka cintai. Zie mengenakan tube top dress berwarna merah hati. Lin pula memakai singlet dress berwana kelabu. Yana pula memakai dress pendek berwarna pink. Masing masing keluar dari bilik dan berpandangan antara satu sama lain dan mereka ketawa.

"Cantiklah korang".

Sambil masing masing memusing musingkan badan.

"Kalau jorang cari lain, tak tau lah aku nak cakap apa?"

Balas Lin. Yana tersenyum, Zie pula hanya menundukkan wajah. Yana dan Lin memeluk Zie.

"Jangan bersedih sayang! Aku pasti Khai akan paham bila kau memilih Z, bukanya dia... Malam ni kita jangan fikir apa apa. Kita serahkan kepada takdir hari esok".

Kata Lin, yang memberi semangat.

"Sudah tu Zie, jangan bersedih lagi sayang.
Kesian Khai Zie. Malam ini malam terakhir dia bersama kau. Tinggalkan kenangan yang indah buat dia, sebelum korang berpisah. Aku harap kau faham maksud aku".
kata Lin lagi.

Zie kembali tersenyum. Mereka bertiga berjalan menuju ke bawah. Sampai di lobi, Khai, Yun dan Lee duduk di sofa menungu puteri puteri masing masing turun. Bila Zie, Lin dan Yana sampai ke lobi. Khai, Yun dan Lee terbanggun dari tempat duduk masing masing. Terpegun dengan kecantikan mereka bertiga. Staff yang ada di lobi juga terpegun melihat Lin, Yana dan Zie... Yun dengan gelojoh mengambil bunga ros, yang diletakan di atas meja. Terus memberikan bunga itu kepada Lin. Lin mengambil bunga itu dan terus berpaut lengan Yun dengan seyuman. Lee juga bergegas memberi bunga kepada Yana.
Yana tersenyum malu dan mengucup pipi Lee. Khai pula hanya menunggu Zie sampai kepadanya.

"Awak cantik sanggat malam ni".

Sambil mata Khai beralih kepada rambut Zie.

"Tapi siput tu, selalu sangat duduk di situ".

Khai menarik getah di rambut Zie dan membiarkan rambut Zie beralun jatuh ke bawah bahunya.

"Macam ni lebih mengoda".

Khai tersenyum memandang Zie. Zie juga tersenyum malu.

"This is for u sayang".

Sambil memberi Zie sekuntum bunga ros merah.
Zie memgambil bunga itu sambil berpaut dilengan Khai.

"Ok jom ladies kita bersuka ria di tepi laut".

Ajak Yun, sambil menarik tangan Lin. Mereka makan makan dan duduk berborak borak ditepi laut. Sambil menikmati kesejukan malam. Sungguh nyaman bila kena angin malam. Khai, Yun dan Lee bangun dari tempat duduk dan memangang lagi makanan Lin dan Yana bangun dan pergi duduk kepada Zie.

"Zie, aku gembira sangat".

Kata Yana.

"Aku tak pernah rasa gembira bila dengan Arol dulu. Lee layan aku dengan baik sekali... Zie, Lin, Lee kata nak melamar aku. Aku gembira sangat". Kata Yana lagi. Terpancar wajah kegembiraan diwajah Yana.

"Wahhh, aku turut gembira Yana"

Balas Zie.

"Sama Yana, aku pun turut gembita".

Kata Lin pula

"Aku pula, Yun ada cakap pasal kawin. Aku cakap nanti dulu. Aku rasa takut pula nak masuk kealam perkahwinan. Aku takut tak cukup bagus untuk jadi seorang isteri". kata Lin.

"Aku kena fikir panjang". kata Lin lagi.

"Wahhh, tahniah tahniah korang. Aku betul betul gembira bila lihat korang gembira dan bahagia".
Balas Zie, sambil berpelukan sesama mereka.

"Heiii! kenapa peluk peluk ni".

Tanya Khai.

"Kami pun nak juga".

Sampuk Yun, sambil tersenyum memandang Lin. Lee menarik tangan Yana dan mengajak Yana jalan jalan di tepi laut. Khai juga mengajak Zie berjalan jalan ditepi laut. Khai memimpin tangan Zie. Sambil berjalan jalan ditepian pantai. Sambil kakinya dikenakan air laut. Zie menyepak air dan terkena Khai. Khai mengambil air ditangannya dan merenjiskan ke pada Zie. Masing masing ketawa dan berlari lari ditepi pantai.

"Dah dah penat lah Khai".

kata Zie sambil termengah mengah berlari dan
Khai memeluk Zie. Bila dapat menangkap Zie.

"Nampak sangat dah tua!"

Khai membuat lawak.

"Banyaklah awak punya tua".

Marah Zie, Sambil menyambut pelukan Khai.

"Khai sayang! Moga awak dapat cari pengganti saya nanti. Jangan pernah menunggu saya Khai. Saya pula akan setia menunggu Z. Walau pun bertahun dia koma, Saya akan tetap setia bersamanya".

Kata Zie, sambil merenung Khai.

"Tolong ye sayang! Cari pengganti saya". kata Zie lagi.

"Tolonglah Zie".

Sambil Khai meletakkan jari terlunjuknya di bibir Zie.

"Tolong jangan cakap macam itu, di saat saya sedang bergembira bersama awak".

"Ok sayang, malam ni kita jangan cakap pasal kesedihan".

Khai memeluk Zie dan berjalan jalan kembali.
Sambil bermain main digigi air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience