Z menghampiri aku dan memeluk aku dari belakang, bila aku tidak memperdulikannya. Aku berhati hati menepis pelukan Z, takut terkena luka balutan ditangannya. Aku melepaskan pelukannya dan beranjak ketepi beberap langkah.
"Benci sungguh kau dengan aku ya Zie. Hanya kerana sekali membuat silap. Sepatutnya aku berdoa, aku mati dalam kemalangan tadi".
Kata Z dengan nada yang sebak. Aku mula menitiskan air mata, bila Z kata begitu.
"Aku tak mahu hidup, kalau kau tidak ada di sisi aku. Kerana aku sayang kau Zie... Terlalu sayang! Maafkan aku, Aku tak mahu lagi buat kesilapan seperti tadi. Aku telah sakitkan hati orang yang aku sayang selama ini. Tapi Allah tetap panjangkan umur aku. Untuk aku dapat melihat kau lagi". kata Z lagi.
"Aku tak nak kau mati sayang. Aku masih sayangkan kau. Tapi aku terpaksa pendamkan dan tidak mampu untuk aku meluahkan perasaan itu. Aku nak simpan sayang dan kasih itu didalam hati ini sahaja. Agar aku boleh melihat kau bahagia dengan kekasih kau".
Bisik aku di dalam hati. Aku menunduk kebawah, menahan sebak didada...Tak termampu untuk di luahkan. Aku masih berdiri tegak seperti patung. Z memusingkan bahu aku, agar aku memandangnya.
"Zie, tolong pandang aku Zie! Aku minta maaf. Satu kesilapan aku. Kerana tewas dengan pujukan dia. Dia cuba memisahkan kita Zie. Tapi aku tak sanggup berpisah dengan kau. Andai kita di takdirkan berpisah. Aku tak sangup untuk meneruskan hidup ini... Kalau kau tiada ada di sisi aku, apalah gunanya buat aku. Hanya engkau yang aku sayang, hanya engkau yang aku cinta selama ni. Bertapa kuatnya perasaan sayang aku kepada kau Zie. Aku lagi sanggup meninggalkan dunia ini, Kalau kau tidak ada disamping aku. Kau lah cahaya yang dapat menerangi hidup aku yang gelap ini Zie. Kalau kau tiada, bertambah gelaplah hidup aku. Tolong jangan pergi Zie. Maafkan aku". Rayu Z lagi.
Aku pula hanya diam membisu dan hanya mampu mendengar apa yang Z luahkan. Kata kata rayuan maaf Z membuatkan hati aku tak keruan.
"Esok lepas subuh, aku akan call mak cik aku Z. Aku akan pergi dari sini. Antara kau dan aku, semuanya berakhir disini. Aku pasrah, yang aku tak layak buat kau. Lagi cepat aku pergi lebih bagus! Agar tidak ada lagi hati yang akan terluka". Aku menoleh kepada Daya yang duduk disebelah Sham sambil tunduk kebawah.
"Orang yang datang dan pergi, dalam hidup aku, telah membuatkan aku buta. Cinta yang aku kejar selama ini, rupanya dekat dan ada di depan mata. Tapi bila aku dapat cinta itu, aku di khianati. Cinta lama yang aku tolak, aku tak pernah menyesal. Tapi kali ini. Aku berharap aku juga tak akan menyesal". Kata aku kepada Z.
Pertama kali dalam hidup aku melihat Z betul betul rasa bersalah. Sedari tadi dia hanya merayu, agar aku memaafkannya. Daya yang tadinya duduk, banggun dan merapati Z.
"Sudahlah Z, kalau orang tak suka. Kenapa mahu di kejar lagi". Kata Daya, Sambil tangannya memegang bahu Z.
"Kau tolong pergi dari hidup aku Daya! Kerana kau aku hilang kekasih hati aku. Kekasih yang sekian lama aku cuba menawan hatinya. Bila kau datang, kau rosakan segalanya. Tolong pergi dari hidup aku. Aku benci dengan kau sejak aku nampak kau dengan orang lain didalam kereta bercumbuan. Kau bukan orang yang baik! Kenapa kau nak aku kembali dengan kau? Kau nak aku jadi pak sangup ke?... Atas dosa yang telah kau lakukan dengan Jantan tu. Pergi matilah Daya".
Marah Z kepada Daya, sambil memegang lilitan dikepalanya. Daya hanya diam membisu dan berundur kembali duduk disebelah Sham. Terperanjat aku mendengar luahan hati Z kepada Daya.
"Hurmmmmm lantak lah". Bisik aku.
"Sudalah tu Z, Baik kau naik ke atas. Takut nurse cari kau. Kau tu tak sehat, baik kau berehat dulu".
Kata Sham kepada Z.
"Aku ok Sham! Aku tak cedera teruk sangat. Kejap lagi, dalam pukul 8 atau 9 pagi, aku dah boleh keluar dari sini. Kau tolong ambil aku ya Sham. Aku nak tengok kereta aku dekat Balai Polis. Aku rasa tak teruk sangat kereta aku tu. Boleh jalan lagi".
Kata Z kepada Sham. Sham membuat isyarat ok.
"Zie, tolong jangan pergi sehingga aku balik ke apartment ya. Boleh kita berbincang nanti. Hanya kau dan aku. Bolehkan Zie? Tolong ye Zie... Permintaan terakhir aku untuk kau. Aku kena naik ke atas sekarang... Kau tak mahu temankan aku naik ke atas ke Zie".
Tanya Z kepada Aku. Aku masih lagi, setia diam membisu di situ.
"Tak apa Z. Jom aku temankan kau naik ke atas. Zie dengan Daya tunggu aku dekat dalam kereta. Dah pukul 2 pagi ni. Tak bagus kita duduk dekat sini lama lama". kata Sham.
Sham memberikan kunci kereta kepada aku. Aku dan Daya melangkah kaki terus kekereta Sham. Kami duduk didalam kereta. Masing masing hanya diam membisu. Menunggu Sham datang ke kereta. Tiba tiba Daya mula bersuara.
"Zie, maafkan aku ya! Aku tak sangka cinta Z kepada engkau sungguh kuat. Aku minta maaf sekali lagi ya Zie. Aku cuma nak Z balik kepada aku. Aku takut Zie! Aku betul betul takut dengan masalah aku ni".
Kata Daya lagi. Aku hanya terus membisu.
"Ehh, Apalah agaknya yang perempuan ni takutkan ya? Ahhhh lantak lah... Kau nak takut ke apa ke! Bukan masalah aku. Yang aku tau, lepas Z balik ke Apartment, aku akan pergi dari sini. Aku tak nak hadap lagi semua sandiwara kau dengan Z".
Bisik aku sendiri sambil diam dan menunggu kehadiran Sham. Dalam masa yang sama, aku juga nak tahu apa masalah Z dan Daya. Nak juga jadi kepoci... Sham membawa kami balik ke Apartment. Sepanjang perjalana pulang, kami hanya diam membisu. Sampai sahaja di Apartment, aku masuk ke bilik. Yana dan Lin sudah lena dibuai mimpi. Aku menukar baju yang aku pakai tadi dan terus merebahkan diri diatas katil. Susah untuk melelapkan mata, bila hati dalam kesedihan. Memori bersama Z mula bermain main didalam fikiran ini. Akhirnya aku terlelap. Bila tersedar dari tidur, Lin mengejutkan aku. Kerana sudah pukul 8 pagi. Aku terus bangun dan duduk diatas katil. Kepala terasa pening, bila dapat tidur beberapa jam sahaja.
"Macam mana?". Tanya Lin.
"Kau ok ke?". Tanya Lin lagi.
"Ahaaaa aku ok Lin". Balas aku.
"Moga hari ni lebih baik dari semalam. Kenangan semalam cukup meletihan". Bisik aku didalam hati.
"Zie, maafkan aku ya! Kerana aku yang menyuruh kau terima Z. Aku tidak tahu, apa yang Z fikirkan bila bersama Daya. Maafkan aku ya Zie. Tapi dari hati aku, aku masih tetap berkatakan, Z adalah orang yang baik. Terpulanglah untuk kau sendiri menilainya". Kata Lin lagi.
"Lin, bunga ni cantikkan!"
Kata aku, Sambil mengcapai bunga yang terletak didalam jug yang berisi air. Agar bunganya tak mudah layu.
"Cantik". Kata Lin.
"Tapi Lin, Kalau di biarkan tanpa air, dia akan layu dengan pantasnya. Bermakna bunga ni akan terus layu juga. Macam tu lah hati aku Lin. Terus layu dari hari ke sehari". Kata aku kepada Lin.
"Aku nak pulangkan balik bunga ni dekat Z. Lepas dia balik ke sini nanti... Esok genaplah 10 hari, perjalanan mencari cinta aku. Aku dah mula penat dengan perjalanan ini". Kata aku, sambil merenung bunga Ros didalam pasu.
"Dari mula perjalan kesini, aku dihujani rasa sedih. Dari Hafiz yang tiba tiba curang. Perjumpaan aku dan Kid dalam masa yang cukup singkat. Cinta yang mula berputik terhadap sahabat aku sendiri. Di akhiri dengan pengkhinatan... Meletihkan sunggun Lin. Moga segalanya cepat berakhir! Aku nak pulang kerumah. Pulang bersama memori suka dan duka di sini". Kata aku kepada Lin.
"Zie, jangan cakap macam tu! Lepas ni, aku nak kau buat keputusan yang tepat".
Aku bangun mencapai tuala mandi dan terus ke bilik air. Untuk membersihkan diri. Moga lebih segar, bila sudah lepas mandi nanti. Perjalanan ke bilik air, ternampak Sham yang mula bersiap siap hendak mengambil Z di hospital.
"Kau nak ambil Z ya Sham?"
Aku bertanya.
"Ahaaa Zie, Z dah call aku. Dia dah boleh keluar hospital. Dia dah tunggu aku dekat bawah hospital. Kau nak ikut aku ambil Z ke?" Tanya Sham lagi.
"Tak apa lah Sham. Kau pergi aja lah ambil Z. Aku malas nak ikut".
Kata Aku dan aku terus melangkah kebilik air.
"Zie".
Langkah aku terhenti, bila Sham memangil aku.
"Tolong maafkan dia! Dia sayang kan kau Zie. Tolong bagi dia satu lagi peluang. Aku pasti dia akan mengunakan peluang itu dengan sebaik baiknya". Kata Sham
Aku hanya tersenyum dan berlalu pergi masuk kebilik air. Lepas mandi aku dapati Sham sudah tak ada didalam rumah. Mungkin dia sudah pergi mengambil Z. Aku masuk kebilik dan memakai baju. Untuk turun dulu kebawah bersarapan pagi. Lepas bersiap aku memberi tahu Lin, aku mahu turun ke bawah. Untuk bersarapan terlebih dulu. Lin menyuruh aku menunggu yang lain. Kerana semua tengah bersiap, untuk bersarapan sekali di bawah.Â
"Tak apalah Lin, aku pergi dulu ya. Bukan jauh pun dekat bawah sahaja".
Lin membenarkan aku pergi terlebih dulu. Manakala yang lain sebuk bersiap siap. Aku melangkah kaki turun ke bawah dan terus masuk ke tempat sarapan dibahagian bawah. Aku duduk dimeja couple dan mengambil nasi lemak ayam goreng, nugget, susu dan corn flakes, berserta roti bakar... Banyak sungguh makanan yang aku ambil. Perut aku betul betul terasa sangat lapar. Saka aku ada duduk sebelah agaknya... Aku terseyum sendiri bila melihat makanan yang banyak diatas meja. Terpandang air fresh orange di atas meja buffet. Tiba tiba aku teringat tentang semalam. Bertapa bencinya aku melihat air itu... Kesian air tu menjadi mangsa kerana cinta aku.Â
"Kesian kau air oren".
Tersenyum aku sendiri, macam orang gila. Lebih lima belas minit aku di sini. Nak keluar terasa rugilah pula. Mesti kena rasa semua makanan yang ada di meja meja buffet didepan. Kalau tidak rugilah duit aku. Mana boleh makan sikit sikit. Kita kena rasa semua menu yang ada.
"Boy tolong bagi bersih meja ni. Saya nak ambil yang lain".
Kata aku, kepada budak yang berkerja dihotel itu. Dia mengikut arahan dan membersihkan meja serta mengankat pinggan dan cawan yang telah aku gunakan tadi.
"Hahah baru lah nampak aku tak kebulur sangat, bila meja sudah di bersihkan".
Bisik aku sambil bangu semula dan mengambil dua keping roti dan air susu lagi. Kali ini aku sapu banyak banyak mentega ada aku campurkan pula dengan jem nenas. Kemudian aku bakar. Ternampak Hafiz, Ita dan mimi masuk kedalam restoran. Mereka hanya tersenyum memandang aku dan aku membalas senyuman mereka. Mereka duduk di meja empat orang. Mata Hafis memandang aku yang duduk sendirian. Hafiz bagun dari tempat duduknya dan terus duduk dihadapan aku.
"Zie, Aku tahu kau bersedih Zie. Hati aku juga rasa sedih, bila lihat kau begini. Aku minta maaf diatas apa yang terjadi antara kau dan aku dulu. Aku tau aku bukan lah lelaki yang baik buat kau Zie"
Aku hanya diam dan memandang kebucu meja.
"Zie, Maafkan aku ya? Kerana pernah menyakitkan hati kau. Aku minta maaf sangat. Aku tahu, aku tak berhak menasihatkan kau. Kerana aku bukanlah lelaki yang baik. Tapi dari apa yang aku lihat! Z sangat sayangkan kau. Aku dapat rasakan Zie". Kata Hafiz lagi.
"Fikir dulu ya Zie. Jangan ikut perasaan yang marah".
Kata Hafiz sambil memegang tangan aku. Aku hanya membiarkan Hafiz berbuat begitu. Aku hanya tersenyum dan diam membisu. Hafiz membalas senyuman aku dan melepaskan genggaman tangannya. Hafiz bangun dan berlaku pergi semula ke mejanya.
"Alhhhhaiii mamat ni. Poyo gila lah. Dia lupa apa yang dia buat dekat aku. Kau sendiri menipu aku. Lepas tu nak bagi aku nasihat pula. Aku tak pijak muka kau masa di RnR hari tu dah kira bersukurlah".
Bisik aku di dalam hati.
Tiba tiba ternampak kelibat Z dan Sham disitu. Berdebar debar hati bukan kepalang, bila melihat Z. Macam orang saat saat mula bercinta pula. Bertambah dekat bertambah kencang rasa degupan jantung. Macam ni, kalau di biarkan mau tercabut jantung aku ni.
"Sebab sebab kematian??? Jantung tercabut. Akibat serangan panah cinta hahahhaah bongoklah aku ni". Ketawa aku di dalam hati.
"Sudah sudah tu Zie, buat muka sedih pula. Kejap lagi nak mulakan drama lagi". Kata aku sendiri.
Share this novel