Kali terakhir, aku tatap wajah mu sayang

Romance Completed 40594

Aku bangun dari tempat duduk dan meluru ke bilik no12 dan Yun hanya mengikut aku dari belakang. Tak sabarnya rasa hati ini untuk berjumpa Siti. Setelah sekain lama dia ditangkap, Belum pernah sekali pun, aku datang melawat. Kerana aku tak tau caranya untuk datang melawat... Bila hampir dibilik bernombor 12. Hati aku semakin berdebar. Aku ingatkan bilik yang dikatakan pegawai itu adalah bilik khas. Bolehlah kami bertentang dan menyentuh antara satu sama lain. Tapi hanyalah tempat yang di sekat sekat dengan tembok, sebelah menyebelah. Dari jauh aku sudah nampak Siti. Siti duduk sambil termenung diatas kerusi dengan wajah yang mengadap ke cermin kaca. Dia duduk dalam dan aku pula duduk diluar. Cermin itulah pemisah antara aku dan dia. Bila dia terpandang sahaja aku, dia lantas terbangun dari kerusi dan tangannya memegang cermin yang ada dihadapnya. Air matanya mula mengalir dipipinya, bila melihat aku di hadapan matanya. Dari jauh, aku juga sudah mula menahan air mata. Melihat Siti didalam penjara kaca. Siti mengankat talifon yang ada didepanya. Aku juga mengankat talifon yang ada di depan aku.

"Sayang, awak datang juga akhirnya".

Kata Siti.

"Saya teramat rindu, Rindukan awak. Terima kasih sayang, sudi melawat saya di sini".

Terkedu aku, bila mendengar suara Siti.

"Kenapa nampak bertambah kurus ni?"

Tanya Siti lagi. Aku tak boleh berkata apa apa, hanya tunduk menahan sebak di dada. Aku takut untuk menatap wajah Siti. Aku takut tidak dapat menahan air mata.

"Awak datang berdua sahaja dengan yun?".

Tanya Siti, sambil memandang kepada Yun yang berdiri di belakang aku. Yun melambai kepada Siti dengan senyuman. Siti membalas lambaian Yun dan terseyum juga.

"Ahaaa, saya berdua sahaja sayang. Awak sehat ke?".

Tanya aku.

"Alhamdulillah! Saya sehat di sini. Mula mula memang tak biasa. Saya hanya menangis mengenang nasib saya. Tapi sekarang, saya sudah boleh terima semuanya".

Siti tersenyum memandang aku.

"Sayang, saya rindu awak".
Kata aku, sambil menatap wajah Siti.

"Saya pun rindu awak sayang".
Balas Siti.

"Gembiranya rasa hati saya ni. Saat saat akhir ni, awak datang melawat saya. Saya sungguh gembira. Gembira yang teramat sangat. Terasa bersyukur, kerana Allah tunaikan permintaan akhir saya".
Kata Siti lagi.

"Sayang ada satu rahsia saya nak ceritakan kepada awak. Saya rasa, awak perlu tahu, semua rahsia yang saya simpan selama ini".
Kata Siti lagi.

"Awak nak cerita apa sayang? Awak boleh cerita apa sahaja, saya sedia mendengarnya".

"Ini tentang kejadian yang sebenarnya yang terjadi, Antara saya dan Ciko... Kenapa saya tergamak melakukan itu, terhadap Ciko. Saya nak berterus terang kepada awak. Sebelum saya menutupkan mata". Kata Siti lagi.

Aku hanya memandang Siti dengan dahi yang agak berkerut.

"Apa dia sayang? Awak boleh luahkan semuanya kepada saya sayang".

Aku mula bertanya Siti. Tak sabar juga rasa hati untuk tau perkara yang sebenarnya terjadi. Sudah lama persoalan ini bermain main difikiran aku. Baru hari ini semuanya akan terjawap.

"Sayang! Lepas Ciko bergaduh dengan awak, petang itu dikolej. Dimenalifon saya, dia mahu berjumpa saya. Katanya ada hal penting sangat. Masa itu, saya tak tau awak bergaduh dengan dia. Saya datang terus ke kolej. Dia mengajak saya ke belakang kolej, katanya mahu menunjukan saya sesuatu. Saya tak fikir apa apa pun masa itu. Sebab saya dan Ciko agak rapat. Tiba tiba di menarik saya masuk ke stor kolej dan merogol saya sayang".

Siti mula menangis, bila berceritakan hal yang sebenarnya kepada aku. Aku betul betul terperanjat. Mendengar pengakuan Siti itu. Hati aku mula membara dan terasa sakit hati, bila mendengarnya.

"Lepas saya di rogol, disempat bagi tau saya, dia puas. Sebab dapat sakitkan hati awak dan dapat tumbuk awak. Paling dia puas! Dia dapat meragut dara saya. Sebelum sempat kita bersama. Ditinggalkan saya di dalam stor, bila dia sudah puas hati, dapat membalas dendamnya terhadap awak. Saya balik kerumah dan terus menalifon awak. Untuk mendapatkan kepastian dari awak dan saya mahu pastikan yang awak tidak apa apa. Saya ada memberi tahu awak, saya akan datang kerumah awak pada malam hari, Kerana saya tahu, awak pasti akan marah saya di atas apa yang terjadi terhadap awak dan Ciko petang itu.

"Bila saya selesai call awak. Saya telah merancang sesuatu sendiri, di luar kawalan fikiran saya yang normal. Saya betul betul marah terhadap Ciko kerana merogol saya dan mencederakan awak. Bermain main di fikiran saya, cara dia merogol saya dengan rakus. Saya betul betul tidak dapat mengawal emosi, Bila di rogol saya sebegitu. Saya menghubungi Ciko semula dan saya mengajaknya untuk berjumpa semula di belakang kolej. Pada mulanya, dia tidak mahu datang. Puas saya merayu dan mengodanya dengan ayat ayat manja saya. Untuk saya pastikan dia datang semula ke kolej malam itu. Akhirnya dia bersetuju berjumpa saya. Dalam pukul 7.30malam. Dia sampai di kolej, seperti yang diharapkan. Saya mengoda dia dengan membuka separuh butang baju saya dan dia mula mengikut saya kedalam stor. Bila dibetul betul kelihatan gersang melihat saya. Saya memberinya minum air yang saya bawa dari rumah. Air yang berisi racun tikus, yang paling kuat sekali. Saya mahu dia mampus di hadapan mata saya. Tak sangka racun itu memang kuat! Tak sampai 5 minit, dia mengelupur dan terus mulutnya berdarah dan berbuih buih. Sebelum dia mati, Saya sempat memberi tahu dia. Ini balasan untuk aku yang kau rogol petang tadi dan untuk kekasih aku yang kau pukul, kata kata terakhir dari saya kepadanya, sebelum dia mati ditempat kejadian... Saya menariknya dan menolak dia didalam longkang belakang kolej kita". Cerita Siti lagi.

Aku betul betul tersentak dan hancurnya hati ini, Bila Siti membuat pengakuaan yang dia di rogol oleh Ciko. Aku tatap wajahnya yang sangat lembut. Kelihatan sayu, bila di bercerita tentang di di rogol. Sungguh kejam manusia itu. Sanggup dia buat Siti begitu! Hanya kerana dia marahkan aku. Aku mula faham, situasi Siti disaat itu.

"Masa saya bersama awak, saya bukan gadis yang suci lagi Khai. Saya telah di rogol, sebelum bersama awak. Maafkan saya khai".

Siti mula menangis. Aku tak boleh berkata apa apa. Sebab semua perkara ini sudah pun berlaku. Ciko pun sudah tak ada di dunia ini. Biarlah Allah membalas perbuatan dia. Aku hanya terdiam memandang Siti. Aku cuba menukar topik yang lain. Tak sanggup aku mendengar, tentang perkara perkara yang menyakitkan hati itu. Kalaulah Ciko masih hidup. Aku pasti, aku sendiri yang akan datang bunuh dia.

"Sayang, saya tahun akhir di kolej. Nanti saya kena mendaftarkan diri di tempat kerja pertama saya. Saya akan berkerja. Saya nak cari duit banyak banyak".

Kata aku kepada Siti dan aku tersenyum. Siti juga turut tersenyum manis. Sudah lama aku tidak melihat senyuman manis itu. Gembiranya rasa hati, bila lihat dia tersenyum manja.

"Sayang, saya sayang awak, saya rindu awak".
Kata Siti lagi.

"Saya nak sangat peluk awak! Saya nak sangat cium awak. Seperti dulu. Tapi apakan daya saya... Tapi saya tetap bersyukur. Saya masih boleh dapat berjumpa awak dan melihat awak. Walau pun saya tak dapat sentuh awak. Awak hadir di sini sudah cukup membuatkan saya sangat gembira. Andanya nanti saya pergi. Saya akan pergi dengan kegembiraan. Kerana saya dapat melihat awak didepan mata saya. Sebelum saya menutup mata ini".

Siti mula kembali menangis. Perjumpaan aku dan dia hari ini, hanya tangisan sahaja di wajahnya. Aku tak suka melihat dia bersedih disaat saat aku ada dihadapan matanya. Hati aku menjadi sayu sangat.

"Jangan menangis sayang, saya ada di sini. Kerana saya juga rindukan awak. Tak tertahan rasanya. Walau pun saya bebas diluar. Tapi hati saya terkurung. Saya hanya teringgatkan awak setiap saat! setiap masa! Setiap waktu. Hati saya terpenjara. Terpenjara. Mengenangkan awak yang tiada di sisi saya... Saya sayang awak Siti. Sayang saya terhadap awak terlalu kuat. Tak ada siapa boleh mengantikan awak dalam hidup saya. Awak bukanlah orang yang pertama dalam hati ini. Tapi saya berharap berharap, Awak adalah orang yang terakhir dalam hidup saya. Tak mungkin ada peganti, yang dapat mengantikan tempat awak di hati ini".

Aku mula tunduk menangis.

"Jangan macam tu Khai. Awak kena kuat. Awak kena kuat macam saya. Awak kena cari penganti saya. Saya tak mahu lihat jiwa awak terseksa. Saya nak awak sentiasa bahagia, Bila saya sudah tidak ada nanti. Jangan sia siakan hidup awak sayang. Masa depan awak lebih penting".

Kata Siti, sambil menatap wajah aku.

"Saya puas awak. Saya puas dapat tatap wajah awak. Saya puas sanggat sanggat".
kata Siti lagi.

Tiba tiba talian talifon terputus. Menadakan masa sudah tamat. Siti kena masuk kedalam baliknya dan aku kena keluar dari Situ. Siti berdiri di tepi kerusi. Sambil membuat bahasa isyarat, Saya sayang awak. Aku juga membuat bahasa isyarat yang sama. Siti tersenyum buat kali terakhir, sambil menangis. Aku juga memberikan senyuman terakhir dengan linangan air mata. Siti meletakkan jarinya ke bibirnya dan meletakkan di cermin yang ada di depan kami. Aku juga buat begitu, sebelum warden membawanya masuk. Sedih yang teramat sangat. Ini lah saat yang paling memilukan buat aku.Bila melihat Siti berlalu pergi. Matanya tidak putus putus memandang aku. Hinggalah pandangan matanya di pisahkan oleh tembok yang tinggi dan aku sudah tidak nampak bayang Siti lagi. Aku memandang Yun sambil air mata setia mengalir di pipi. Yun memeluk aku, agar aku lebih tenang.

"Sudahlah tu Khai! Kau kena kuat beb. Siti lebih merana dari kau. Kau masih ada sinar hidup dimasa hadapan. Tapi Siti sudah tak ada lagi sinar hidupnya. Jadi, kau kena kuat macam Siti". Kata Yun kepada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience