Perjalanan ke tempat lain

Romance Completed 40494

Seperti biasa, sorang sorang masuk ke bilik air untuk mandi. Aku duduk di kerusi, sambil melayan television.

"Eh lamanya Z dalam bilik tu".

Bisik aku, bila aku lihat Z tidak keluar dari bilik. Aku bangun dan pergi kebilik. Untuk melihat Z.
OMG! sambung tidur dekat atas katil pula. Aku terseyum aku bila melihat Z.

"Heiii bangun Z!".aku memukul bontot Z, membuatkan Z terkejut.

"Alahh jap lah, aku mengantuk ni". Kata Z dengan muka kelatnya.

"Z cepatlah banggun. Yang lain semua tengah siap. Aku nak pergi Ipoh cepat".

Kata aku dengan nada manja. Z terseyum lantas bangun dan mencapai tuala. Sambil lalu sempat dia mencubit perut aku sambil terseyum... Bila semua sudah bersiap, kami berkumpul didalam kereta. Kami menunggu Sham memulangkan kunci apartment kepada owner apartment itu.
Tak sabar rasanya nak ke Ipoh. Bila Sham sampai, kami semua bergerak turun dari Cameron highland...

"Z, agak agak Sham sewa apartment ke hotel untuk kita semua".

"Entahlah Zie, kalau nak jimat. Dia kena ambil apartment. Tapi rasanya apartment kot". Balas Z.

"Sebab, Sham ada cakap dengan aku. Baki duit kumpul tinggal rm700 lebih je... Malam tadi dia cerita dekat aku. Katanya, kali ni dia ambil tempat yang best. Ada swimming pool. Bolehlah menyelam. Bila sampai nanti".
Cerita Z lagi.

"Wahhh bestnya! Tak sabarnya nak sampai". Kata aku sambil terseyum menampakkan gigi.

Dalam pukul 2 kami sudah pun sampai di Ipoh. Kami mencari kedai makan terlebih dahulu, untuk makan tenghari. Masing masing sudah kelaparan. Lepas makan kami terus ke Apartment diIpoh untuk check in. Kali ni tempatnya sangat best. Pandai Sham pilih. Persekitaran tempat yang sangat cantik.

"Wahhh cantikknya". kata Nani, sambil keluar dari kereta.

"Cantik sungguh. Macam ni lah baru di katakan bercuti. Barulah seronok nak swimming. Korang nanti kita berenang ya". kata Nani lagi.

"Sabar sabar". kata Sham sambil terseyum.

"Nanti esok pagi baru kita swimming".
kata sham lagi.

Kami semua tersenyum dengan gelagat Nani. Kami naik keatas untuk berehat. Agak besar apartmentnya. Suasan yang indah, ditambah dengan bilik bilik yang sangat besar. Kalau setakat kami. Boleh main lari lari dekat dalam apartment ni... Kali ini aku tak bolehlah tidur seorang, sebab bilik ada tiga besar besar.

Aku, Lin dengan Yana satu bilik.
Nani, Daya, Ita dengan Mimi satu bilik. Lelaki satu bilik. Atau tidur diruang tamu, macam biasa. Ruang tamunya juga besar. Kalau semua tidur ruang tamu pun boleh. Z macam biasa atas sofa, menjadi pilihannya.

"Sofa ni aku punya". kata Z.
Sambil tersenyum.

"Ya lah". Balas Sham.

Kami masing masing berehat didalam bilik masing masing. Bilik aku ada katil queen dengan katil single. Bilik Nani pula ada dua katil Queen. So semua dapat tidur atas katil. Tak payahlah macam sardin lagi. Bilik lelaki pula ada 2 katil queen sahaja. Yang lain kena tidur dekat sofa atau didepan television. Aku memilih tidur di katil single, manakala Lin dengan yana berkongsi katil.

"Bestnya lah dapat baring". kata Lin.

"2 jam dalam kereta tadi, sakit bontot aku". kata Lin lagi. Kami bertiga ketawa.

Golek golek akhirnya kami semua tertidur. Bila aku sedar Lin sudah pun bangun, Yana masih lagi tidur. Lin membuat roti bakar didapur. Rajin sungguh Lin ni. Tak macam yang lain, asyik tidur aja. Beruntung boyfriendnya Ali. Aku duduk dikerusi meja makan di dapur. Lin membuatkan aku air teh yang dia belinya masa di Cameron.

"Sempat betul dia ni membeli stock barang." Bisik aku.

"Nah minum ni". kata Lin.

Aku mencapai roti dan jem strawberry diatas meja, lalu menyapukan ke roti. Tiba tiba Z datang dari belakang.

"Haaa makan!".

Sergah Z. Terperanjat aku, nasib aku tak sepuk muka kau dengan roti ni. Tak pasal pasal berjem muka.

"Hisss kau ni Z terperanjat aku".

Z memelok aku dari belakang.

"Alahhh relex lah. Itu pun terperanjat. Nak sikit boleh".

Tanya Z. Aku menyuapkan Z roti yang di sudah sapu jem.

"HUrmmmm dapnya". kata Z.

"Lin buat". Balas aku.

"Ohh patut tak sedap". Kata Z sambil tersenyum.

"Dah jangan makan". Balas Lin, sambil membuat memek muka.

"Alahhhh Lin, bergurau pun tak boleh. Nak merajuk aja".kata Z.
Kami bertiga ketawa di dapur.

"Dah lah! Aku nak mandi dulu".

kata Z dan memasukkan semua baki roti ditangan didalam mulutnya.

"Zie, Dalam bilik air tu ada tap mandi tau! Bolehlah berendam same same...Jom mandi". Ajak Z bergurau.

"Haaaa jangan nak buat hal. Nanti aku ketuk kepala sekor sekor".
kata Lin. Sambil ketawa.

"Alahhhh mak cik ni, bergurau pun dah tak boleh lah sekarang ni".

Kata Z lagi. Tergelak gelak aku yang duduk di kerusi bila mendengar Z dan Lin bergurau senda. 

"Dah lah, baik aku mandi. Bergurau gurau macam ni, esok agaknya baru aku dapat mandi".
Kata Z

"Ehhh engkau yang dok bergurau. Kita pulak yang di salahkannya". Marah Lin.

"Zie kau tengok laki kau ni! Mulut melampau lampau".
Marah Lin lagi.

"Adoiii korang ni! Bergurau gurau lama lama bergaduh. Dari kecik sampai dah tua sama aja. Aku hantuk kepala korang baru tau".

Jawap aku kepada Lin dan Z. Kami bertiga masih lagi ketawa ketawa didapur.

"Ehhh dah lah! Mandi dulu".

kata Z, sambil berjakan masuk kedalam bilik air. Sempat Z mengusik lagi Lin.

"Bye Lin".

"Pergi lah berambus".

Lin sambil ketawa, sambil memandang Z yang berada didalam bilik air dan Z menutup pintu bilik air sambil ketawa mengejek.

"Lin kau tengok dia sesuai ke untuk aku?".

Aku bertanya Lin.

"Zie, aku rasa di lah yang paling baik untuk kau. Dari mula kita jejak kan kaki di Cameron hari tu. Aku tengok dia sentiasa menjaga kau. Apa yang kau buat, apa yang kau pakai. Dia sentiasa memerhatikan kau. Aku dapat rasa, dari pandangan dia kepada kau. Sebenarnya sejak kita rapat dengan Z masa darjah 6, aku dah perasan. Cara dia melayan kau... Cukup berbeza cara dia layan aku dan Yana. Dia akan melindungi engkau bila engkau ada masalah. Kau tak boleh nampak ke Zie. Bukak mata hati. Jangan buka mata lutut".

Lin ketawa.

"Hurmmm ok lah kalau kau dah cakap macam tu. So apa aktiviti kita malam ni. Takkan nak duduk rumah aja".

Tanya aku kepada Lin.

"Entahlah Zie, nanti kita tanya Sham. Tunggu semua banggun dulu. Nanti sebelum magrib aku kejutkan semua bangun". Kata Lin lagi.

Bila menjelang magrib Lin mengejut semua kawan kawan. Semua pintu bilik di ketuknya, suruh mereka banggun.

"Wowwww wowwww bangun bangun dah nak magrib, tak baik tidur".

Jerit Lin sambil mengetuk satu satu pintu bilik. Satu satu pintu dibuka dan keluar dari bilik, terus duduk di ruang tamu.

"Siapa nak makan, pergi makan. Roti bakar dah siap dengn air teh. Panas panas lagi".

Kata Lin sambil duduk diruang tamu. Aku juga duduk diruang tamu sambil membuka television dan duduk menghadap television.

"Zie, baik kau mandi dulu. Nanti berebut rebut pula. Z tu dah siap"... kata Lin.

"Baik lah mak! Saya mandi sekarang".

Kata aku sambil ketawa. Tersenyum Lin.

Lepas mandi aku mengenakan baju tidur. Tak pasti, antara keluar atau tak. Nanti aku dah pakai cantik cantik, tak keluar pula. Baik pakai baju tidur aja dulu. Aku keluar dari bilik lepas bersiap dan aku sambung duduk disebelah Z dan menonton television bersama. Aku tengok Z pun tidak berpakaian cantik. Hanya baju tshirt dengan seluar pendek aja.

"Hummmm tak pergi mana mana lah tu". Bisik aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience