Z setia tidur

Romance Completed 40494

"Kahi, saya faham perasaan awak. Maafkan saya, Maaf kalau saya tak sengaja mencintai awak sedangkan saya sudah pun ada Z... Tapi! saya senang disisi awak. Saya rasa selamat bila bersama awak. Saya sungguh selasa bila dalam dakapan oleh awak... Tapi Khai, Z amat memerlukan saya buat masa ni. Saya tak sangup kehilangan Z. Dalam masa yang sama, saya juga tak mahu kehilangan awak. sayang awak Khai. Saya tak boleh tipu diri saya. Walaupun saya cuba untuk tidak terima awak, Tapi hati saya sentiasa berdebar, Setiap kali awak ada didepan mata saya, saya cuba lawan perasan ini. Tapi tak boleh Khai. Saya mula takut. Saya takut ada hati yang terluka. Saya harap awak faham saya.
Buat masa ini, Z lebih memerlukan saya".

Zie menarik tangan Khai dan memeluk Khai.

"Maafkan saya Khai... Maafkan saya".

Lalu Zie megucup pipi Khai dan memegang bibir Khai.

"Parut budak nak".

Kata Zie, bila ternampak parut yang ada di bawah bibir Khai, sambil tersenyum memandang Khai.

"Zie, Awak nak tau satu rahsia? Yang dah lama saya simpan".

Tanya Khai sambil mengalihkan pandangan memandang ke laut.

"Nak".

Zie begitu teruja bila Khai ingin memberi tahunya satu rahsia. Khai memegang parut dibibirnya. Sebelum menceritakan kepada Zie.

"Parut ini bukan kerana saya jatuh masa kecil".

Zie mengerutkan dahinya, Bila Khai mula bercerita.

"Ini parut dari Siti, Dia yang buat parut ini ada disini... Sebelum kejadian dia ditangkap polis, Saya dan dia bertengkar didalam bilik malam itu. Lepas saya memujuknya, dia datang rapat kepada saya dan mula merapatkan bibirnya kebibir saya. Saya tak tahu apa yang dia fikirkan, disaat itu. Dia lantas menggigit bibir saya, sampai berdarah... Inilah parut yang ditinggalkan oleh Siti kepada saya".

Cerita Khai dan menoleh semula kepada Zie. Zie memegang kembali parut dibibir Khai, Lalu Zie merapakan bibirnya kepada Khai dan mengucup bibir Khai dengan lembut.

"Kalau dia bertindak ganas terhadap awak, hinggakan ada parut di sini. Saya akan tinggalkan memori yang indah buat awak. Sebelum saya pergi".

Kata Zie sambil memeluk Khai dan kembali merapatkan bibirnya ke bibir Khai beberapa kali. Terseyum Khai, bila Zie buat begitu kepadanya. Terasa dingin badan Khai, Kerana tidak berbaju duduk di balconi.

"Woiiii! pagi pagi dah romen romen ya? Agak agaklah nak berpeluk pun. Masuklah kat dalam bilik".

Terdengar suara Lin menjerit, Selang dua bilik dari bilik Khai. Khai dan Zie berpandangan dan terus memandang Lin yang berada di balconi biliknya. Ketawa Khai dan Zie, bila di tegur begitu. Sambil melepaskan pelukan masing masing.

"Oiii, monyet, Tak tengok watsap lagi ke? Aku ada watsap dekat group tadi?".

Jerit Zie.

"Wowww senget, Suka suka aja panggil orang monyet. Kau tulah yang monyet".

Balas Lin sambil ketawa. Khai juga ketawa bila Lin memanggil Zie senget. Zie mencubit perut Khai yang tak berbaju.

"Aduhh sakitnya, tangan awak ni macam ketam lah".

Marah Khai sambil ketawa.

"Padan muka awak, Siapa suruh ketawakan saya".
Kata Zie sambil membuat muka.

Tiba tiba, Yana dan Lee keluar dari bilik. Bila mendengar suara kawan kawanya dibalconi bilik.

"Woww! pagi pagi buta terjerit jerit ni dah kenapa korang ni".

Sambil mata Yana melihat kiri dan kanan balconi bilik kawan kawannya.

"Itu lah, si sengal tu. Pagi pagi buta dah berpeluk peluk dekat balconi. Buatnya jabatan agama ternampak. Mau kita semua kawin free".

kata Lin sambil ketawa.

Meraka berempat Juga, turut ketawa mendengar lawak Lin.

"Lin, Yun mana?".
Tanya Zie, Bila tidak melihat Yun keluar dari bilik.

"Ada kata dalam, membuta lagi. Entah apa yang dia penat sangat aku pun tak tau".

Kata Lin lagi.

"Ye lah, malam tadi dapat benda baik. Kerja lebihlah malam tadi. Itu yang keletihan".

Kata Lee sambil ketawa besar. Yang lain juga ketawa dengan lawak Lee.

"Bongoklah korang".

Marah Lin. Sambil membuat muka masam.

"Alooo janganlah marah Lin, Melawak pun tak boleh ke?"

Kata Lee, sambil mengelipkan sebelah matanya kepada Lin.

"Yana, Lee nak ngorat aku.. Dia main mata dengan aku tadi".

Kata Lin sambil ketawa besar. Tergelak Yana, sambil mencubit Pipi Lee. Terasa lega hati Zie, Bila kawan kawan menghiburkan hatinya yang luka. Hilang seketika ingatannya kepada Z dihospital, buat semintara waktu.

"Dahlah korang, mandi cepat! Boleh turun sarapan. Aku nak ke hospital pagi ni".
kata Zie lagi.

Masing masing masuk kedalam bilik. Bersiap siap untuk bersarapan pagi dan akan terus ke hospital nanti.

"Kahi, hari ni lepas magrib aku Yun, Yana dan Lin nak balik ke KL. Sudah 2 hari kami cuti. Esok semua dah kena masuk kerja".

Kata Lee, Khai hanya mengangukkan kepalanya.
Sambil makan sarapan paginya.

"Khai, sekejap lagi boleh saya pakai kereta awak. Saya rasa awak tak payahlah ikut saya ke hospital. Kesian awak, balik lewat malam tadi. Awak berehat je dekat sini. Lagi pun awak bolehlah lepak lepak dengan jorang. Taklah bosan sangat".

Khai tersenyum memandang Zie.

"Awak memandu hati hati ya? Lepas makan ni, saya nak terus berehat dibilik. Mengantuk sangat, rasanya. Malam tadi saya balik lambat. Saya betul betul terasa letih".

Balas Khai. Zie hanya mengangukkan kepalanya sahaja... Lepas makan Zie mengambil kunci kereta Khai dan terus memandu ke Hospital.
Tak sabar rasanya, nak lihat keadaan Z hari ini. Sampai di pekarangan hospital Zie meletakkan kereta dan membuka penghalang cuaca silau diatas kepalanya. Untuk melihat cermin kecil yang terlekat di situ. Kelihatan banyak cd cd lagu yang diletakkan diatas. Bila Zie, membuka penghalang itu. Berterabur 4 keping gambar, jatuh dipahanya. Zie, mengambil semua gambar itu dan melihatnya. Kelihatan ada dua gambar. Gambar Siti bersama Khai. Sungguh romantik mereka disaat itu. Wajah Siti, yang tersenyum manis disisi Kahi. Lagi dua gambar adalah gambarnya bersama Khai... Khai memeluknya masa menari dan gambar Khai berlutut memegang pehanya. Kelihatan seperti orang melamar kekasihnya. Zie menjadi sebak melihat gambar itu.

"Begitu kuat kau sayang aku Khai, tapi aku minta maaf. Aku tak pasti! Hati aku untuk siapa sekarang. Z memerlukan aku. Aku juga memerlukan Z".

Bisik Zie. Zie meletak semula gambar itu ditempatnya semula dan terus keluar dari kereta menuju kedalam hospital. Bila pintu dibilik wad terbuka, kelihatan mama Z dan ayah Z sudah sampai terlebih dahulu disana...

"Maaf cik tak boleh masuk lebih dari 2 orang".

Kata jururawat disitu. Mama dan Ayah Z keluar dari bilik dan duduk di luar bersama sama Zie.

"Zie, aunti ingat nak bawa balik Z. Aunti nak masukkan dia dihospital swasta di KL. Supaya senang kita datang melawat dan kita boleh tidur bersama sama Z. Akan lebih selasa disana nanti".

Terang mama Z. Zie menganguk tanda bersetuju.

"Aunty nak bawa dia balik ke hospital KL petang ni. Aunty dah suruh Uncle isi borang kebenaran tukar ke hospital berdekatan rumah". Terang mama Z lagi.

"Baik auntie, Esok pagi pagi saya akan bertolak ke KL. Malam ni saya stay sini. Nanti esok saya balik bersama Lin dan Yana esok".

Mama Z pula mengangukkan kepala tanda faham.

"Nanti memandu balik ya Zie. Hati hati".

"Baik Auntie".

Sambil Zie terseyum memandang Mama Z. Terasa bersalah Zie, Bila memandang wajah Mama Z. Kalau bukan kerana perkara yang berlaku antara dia dan Z. Mamanya tak akan bersusah payah begini.

"Zie tolong jagakan Z ya sayang, Aunty dengan Ancle nak pergi sarapan dulu".

"Ok aunty"

Balas Zie dan terus bangun dari kerusi luar dan
masuk kedalam bilik Z... Melihat Z yang masih terbaring tanpa bergerak. Membuatkan hati Zie menjadi sayu. Zie berdiri merenung Z.

"Sayang, aku datang jaga kau sayang. Tolonglah buka mata kau, untuk aku. Tolong renung aku dengan renungan manja kau".

Sambil air mata Zie mengalir dipipi. Zie duduk dikerusi ditepi katil Z dan memegang pipi Z.

Tiba tiba Zie terpandang air mata Z, juga mengalir. Walaupun matanya tertutup rapat. Tapi air mata yang mengalir sedikit, dapat dilihat oleh Zie.

"Sayang, kau dengar aku ke sayang? Aku ada disisi kau sayang".

Zie mengelap air mata Z dengan jarinya... Bila Doktor datang memerikasa Z, Zie memberi tahu doktor tentang air mata Z yang mengalir sebentar tadi. Doktor memeriksa mata Z. Anak mata Z seperti bergerak sedikit. Semasa doktor membuat pemeriksaan.

"Cik, dia betul betul kuat untuk sembuh. Dia ada memberikan tanda tanda yang dia akan sedar dari koma. Cuma kita kena banyak sport dia. Untuk dia melawan sakit, akibat exsiden itu".

Terang doktor itu kepada Zie.

"Jadi, bila dia akan sedar dari koma doktor?".
Tanya Zie.

"Itu kami tak boleh tentukan... Bila dia akan sedar, itu bergantung kepada kekuatannya... Ikut dari pengalaman saya sesebelum ini. Ada yang satu hari sudah sedar. Ada yang dua, tiga hari sudah sedar. Ada yang seminggu, ada juga sebulan, setahun, ada juga yang bertahun tahun baru sedar".

Terang doktor kepada Zie, membuatkan Zie terduduk semula. Hancur berderai hatinya. Bila mendengarkan kata kata doktor itu.

"Bertahun tahun, baru sedar. Hurmmmm, boleh ke aku tunggu dia selama itu".

Bisik Zie didalam hati.

"Apa akan jadi dengan aku. Kalau bertahun tahun Z baru sedar. Sabar ke aku menunggu dia".

Fikiran Zie mula bercelaru memikirkan Z. Harapan yang diletaknya tinggi mula runtuh sedikit demi sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience