"Sudah cukup cukuplah tu Zie!"
Z tiba tiba menjerit dan terus duduk semula dikerusi sofa. Terperanjat aku, bila Z mula menjerit.
"Cukup Zie!"
Z mempelahankan nada suaranya.
"Kau jangan sebut sebut lagi tentang Daya. Aku dah muak mendengarnya. Kau jangan suruh aku jadi pak sangup. Dengan apa yang dia telah buat sebelum sebelum ni?".
Kata Z sambil menghempaskan punggungnya disofa. Aku menjadi hairan, bila kata begitu. Dari malam tadi, Z dan Daya bermadah madah dengan aku. Aku duduk di sofa bertentangan Z.
"Kenapa Z, Apa yang telah terjadi? Apa benda yang aku tak tahu pasal Kau dengan Daya. Cuba kau cerita dekat aku Z".
Z berdiam diri dan tunduk kebawah.
"Apa yang terjadi kepada kau dan Daya Z?".
Tanya aku lagi. Aku mula memikirkan sesuatu yang bodoh telah terjadi antara Z dan Daya.
"Zie! Kalau Daya cakap apa apa dengan kau, pasal aku dan dia. Kau jangan pernah percaya kata katanya. Dia cuba perangkap aku Zie. Aku tahu dia cuba perangkap aku dengan cerita bodoh dia. Kononya kami bahagia bila bersama. Dia sebenarnya mengandung Zie".
Aku tergamam seketika. Darah aku tiba tiba naik kekepala, bila mendengan kata kata Z.
"What! Kau bapak anak tu ke Z?... Z kauuuuu!"
Tak sempat aku habiskan ayat. Z memotong cakap aku.
"Heiiii Zie! Bukan aku Zie. Aku bersumpah Zie. Aku bukan lelaki seperti itu".
Aku menjadi semakin tak keruan, dan terus berdiri semula. Z juga bangun, bila melihatbaku berdiri dan datang memghampiri aku.
"Bukan aku Zie! Aku bersumpah".
Kata Z, sambil tangannya cuba memeluk aku. Aku menolak pelukan Z.
"Jadi siapa punya Z?... Kau jangan cakap dengan aku, yang kau pernah tidur dengan dia".
Tanya aku dan Z hanya berdiam diri. Terasa ringgan tangan aku untuk melepaskan tamparan ke muka Z. Bila aku terfikirkan dahinya yang luka, aku terus tidak jadi berbuat demikian.
"Zie, Aku bukanlah lelaki yang baik. Aku pernah ada niat nak buat macam tu, tapi aku tak boleh. Aku sayangkan kau. Walaupun kau bukan hak aku diwaktu itu. Setiap kali aku bersama dia, aku asyik terfikirkan kau. Aku sentiasa terbayangkan kau".
"Kau jangan nak berpitar belit cerita dekat aku Z".
Aku meninggikan suara.
"Aku mahukan cerita yang tepat. Aku tak nak berdolak dalik lagi. Terus terang dengan aku, kalau kau tak mahu aku pergi hari ni. Aku boleh pergi, bila bila masa sahaja aku nak Z. Tolong cerita yang sebenarnya denan aku. Aku tak nak kata kata berbunga bunga macam ni. Apa kau dah buat dengan dia. Sampai dia tak boleh nak melepaskan kau pergi dekat aku. Tolong jangan buat aku pecah kepala fikirkan kau Z. Aku dah cukup sakit hati". Kata aku lagi.
"Zie sayang, Kan aku dah cakap, aku tak buat apa apa pun dengan dia. Aku tak sempat buat apa apa pun dengan dia. Mungkin silap aku, ikut dia malam tu. Tapi hati aku pedih, bila lihat kau berdua duaan dengan Hafiz. Hati aku jadi sakit Z... Aku tidak sempat buat apa apa pun dengan Daya. Dia dengan orang lain Zie, bukan dengan aku". Z cuba menerangkan lagi, tapi aku masih tidak faham, apa yang Z mahu sampaikan.
"Aku tahu dia cuba perangkap aku! Dia nak aku terima dia dan anak itu".
"Cerita ni bertambah berat Z. Aku tak boleh percaya kau lagi. Sakit hati aku ni bertambah Z. Kenapa kau tak cerita dengan aku, selepas Daya muncul tiba tiba di Cameron hari tu. Kenapa hari ni? Kenapa kau tak jujur dengan aku Z".
Aku melangkah keluar kebalconi dan Z mengikut aku dari belakang.
"Aku nak cerita kepada engkau Zie! Tapi setiap kali kita berdua duaan, aku terlupa segala galanya. Belayan kau yang selama ini aku nantikan, sejak bertahun dulu, membuat aku leka. Baru sekarang aku dapat rasakan kasih sayang kau kepada aku".
"Maaf Z, maafkan aku".
Aku memandang Z disisi aku...
"Kalau kau mahu aku percayakan kau dan maafkan kau. Daya mesti ada di sini... Aku nak kepastian, bukan penipuan. Kita kena bertentangan 6 mata... Kalau kau nak aku terus berada di sini... Kalau Ikutkan hati aku, aku tidak mahu lagi dengar semua cerita ini. Aku nak terus pergi dari sini Z. Aku nak kau kembali kepada Daya. Aku nak kau lepaskan aku... Tapi kerana sayangkan kau, aku masih di sini... Aku dah penat Z, Aku dah penat dipermainkan dan kecewakan. Jiwa aku merana dengan semua ni. Aku lebih rela kesepian tanpa cinta. Dari terus dipermain mainkan dalam cinta".
"Jangan cakap macam itu lagi Zie. Jangan kau kata aku menipu dalam mencintai kau. Aku sungguh sungguh cintakan kau. Lebih dari nyawa aku sendiri. Dengarlah Zie, engkaulah tempat aku mencurahkan kasih aku. Perkataan sayang, tak pernah lepas dari bibir aku. Setiap kali aku memandang engkau, hati aku menjadi senang..."
Aku hanya berdiri mendiamkan diri. Tak tau aku nak cakap apa lagi. Berdiam lebih baik dari berkata kata.
"Z, Aku letih lah. Aku nak tidur. Bila kau sudah bersedia nak temukan aku dengan Daya kau suruh Lin kejut aku. Jangan takut Z! Kalau kau tak salah, aku akan terima kau semula".
Aku terseyum memandang Z dan melangkah masuk kedalam bilik... Bunga yang aku letak di sofa, aku biarkan di situ. Tiada ada lagi rasa, untuk aku cium bunga itu. Aku masuk kedalam bilik dan mengunci pintu dari dalam. Aku mahukan ketenangan semintara waktu. Z pula hanya berdiri di balconi, ketika aku melangkah masuk kedalam bilik. Lebih kurang 45minit aku didalam bilik dan mata baru sahaja terlelap. Tiba tiba pintu bilik diketuk. Tersentak aku dari lamunan sebelum terlelap.
"Zie, keluar sekejap. Daya nak jumpa kau".
Kata Lin, Aku bergegas bangun dari katil dan terus membuka pintu. Ni lah yang aku tunggu tunggu sedari tadi. Bila membuka pintu bilik, Terlihat ada Z, Daya, Lin dengan Nani. Dikerusi sofa ruang tamu. Yang lain aku tak pasti mereka di mana? Aku berjalan dan duduk juga disofa. Kami berlima bersemuka duduk disofa. Aku menanti dengan penuh debaran... Tiba tiba Daya mula menangis. Aku mula mengerutkan dahi.
"Perempuan ni betul betul suka bersandiwara".
Bisik aku sendiri, bila melihat Daya mula menangis.
"Zie, maafkan aku! Aku tau aku silap...Tapi aku nak korang tau, aku betul betul sayangkan Z".
Kata Daya sambil memandang Z.
"Ehh apa ni Daya. Aku tak suka kau!"
Z mula bersuara.
"Tolong diam Z! Sekarang masanya untuk Daya sahaja yang bercerita kepada kita semua..."
Kata aku kepada Z. Z terdiam semula.
"Zie, aku sayangkan Z. Tapi Z tak suka aku. Dia sayang kau lebih dari dia sayangkan aku. Setiap kali aku dan Z keluar bersama dan kau hubungi dia. Aku lihat wajahnya berseri seri".
Cerita Daya kepada aku. Kami semua diam membisu, dan mendegarkan sahaja cerita Daya.
"Bulan lepas, aku bawa dia ke rumah kawan aku. Kami lepak disana. Aku cuba mengoda dia. Kami hampir hampir bersama malam itu. Tapi, bila kau menghubungi Z. Z tersedar dari membelai aku dan dia terus meninggalkan aku... Aku mengandung Zie! Aku tak tau nak buat apa? Aku bersungguh sungguh mengoda Z, kerana aku mahu Z yang bertanggungjawap ke atas ketelanjuran aku. Aku juga nak Z jadi bapa anak yang bakal lahir ini nanti. Tapi semua plen aku tak menjadi, kerana pangilan dari kau".
Cerita Daya bersungguh sungguh.
"Ini bukan anak Z, Ini anak bekas teman lelaki aku. Dia tidak mahu bertangungjawap dengan apa yang telah terjadi... Tapi terus terang, aku nak bagi tahu kau Zie! Aku sayangkan Z. Kerana dia baik orangnya. Aku cuba buat dia putus dengan kau. Agar dia terima kembali aku dalam hidup dia. Tapi cinta dia kuat untuk kau. Sampai dia sanggup mati untuk kau".
Kata Daya lagi. Sambil memegang perutnya. Daya berpaling pula kepada Z yang tertunduk memandang kebawah.
"Maafkan aku Z, Tentang kejadian malam itu. Aku memang sengaja nak buat kau yang bertanggungjawap ke atas aku".
kata Daya lagi. Sambil menangis teresak esak dan dipeluk oleh Nani.
"HUrmmm"
Aku menarik nafas panjang. Aku memandang Z. Yang hanya tunduk menahan sebak dihatinya. Aku memandang Lin, Nani dan last sekali Daya. Aku berfikir sejenak. Suasan menjadi sepi.
"Segala galanya sudah terjawap! Apa yang aku harus buat?" Bisik aku didalam hati.
"Kalau aku membiarkan Z menanggung semua ni, aku adalah manusia yang sangat kejam. Kerana membiarkan orang yang mencintai aku terinaya dan diinaya... Kalau aku terima Z, pasti ke perkara macam ni tidak akan berulang lagi. Mana aku kena pilih?". Aku berbisik sendiri.
Aku bangun dari tempat duduk dan lalu mengambil bunga yang setia menunggu aku mengambinya. Lalu aku cium jambangan bunga itu sambil terseyum dan mengelipkan sebelah mata kepada Z.
"Z aku laparlah, jom keluar makan".
Kata aku, sambil menghulurkan tangan aku kepada Z. Z mencapai tangan aku lalu bangun dan memeluk aku dihadapan kawan kawan yang ada di situ. Aku memandang kepada Lin. Lin terseyum lega dengan keputusan aku...
Share this novel