Hati aku sakit

Romance Completed 40494

"Boleh percaya ke! Kau tak bernafsu tengok makwe lama kau tu. Aku tengok setiap kali dia nampak kau, bukan main tergedik gedik lagi dia. Kau pun selalu tersenyum senyum bila pandang dia. Jangan ingat aku tak nampak bro. Dah dua, tiga kali aku perasan. Jangan kau, main gila belakang aku dah lah".

Bisik aku didalam hati, sambil memandang Kepada Z. Z berpaling ke tempat yang lain, bila Daya datang ke kolam dimana ada aku dan yang lain. Lepas mandi, perut masing masing sudah mula kelaparan. Jam sudah pun menunjukkan  dekat pukul10 pagi. Kalau lambat, nanti sarapan pagi dah tutup.

"Jom sarapan". Ajak Lin.

"Nanti tutup pula... Rasanya pukul 11 dah tutup. Baiklah lekas lekas naik sarapan".

Kata Lin lagi.

Kami cuma bertuala saja, masuk ke cofee house dan mengambil tempat di bahagian luar. Bahagian dalam, tidak dibenarkan kerana basah basah tidak dibenarkan masuk keruangan dalam. Nasib ada tempat khas yang disediakan untuk yang lepas berswimming. Aku dengan Z mengambil makan dan duduk disatu meja diluar.

"Makan banyak banyak".

Kata Sham, sambil terseyum.

"Duduk sini, sampai tutup. Rugi kalau tak rasa semua makanan di sini. Bayar dahlah mahal". Kata Sham lagi.

"Baik lah cik abang". Balas aku terseyum.

Masing masing mengambil makanan dan duduk di meja masing masing. Aku pilih meja panjang. 
Khas untu 6 orang. Yang lain pandai pandailah cari tempat lain. Dalam banyak banyak tempat Daya dan Nani mengambil tempat duduk bersama dimeja aku dan Z. Daya mengambil tempat, duduk disebelah Z, manakala Nani pula di sebelah aku. Aku duduk berhadapan Z.

"Hurmmm kenapa perempuan ni boleh duduk sebelah Z pula. Dengan baju mandi bikininya tu. Hissss, menyampahnya aku".

Bisik aku di dalam hati, sambil mengerutkan dahi. Aku mula cemburu dengan Daya yang sebenarnya... Walau pun aku lagi cantik dari Daya, tapi aku tetap cemburu. Lin dengan Ali duduk bersama kami. Kami makan bersama sama.

"Z tolong ambil kan i air".

Kata Daya dengan nada manjanya.

"Babinya perempuan ni! Kau tak boleh ambil sendiri ke? menyampahnya aku!".

Bisik aku sendiri, sambil menahan geram didalam hati... Bertambah geram, bila Daya melentuk riukkan bandannya semasa bercakap dengan Z. Z bangun dan mengambilkan air buat Daya.

"Babi betul Z ni. Boleh pula dia bangun ambilkan, betina ni. Hurmmmm BODOH BETULLAH".

Aku setia berbisik sendiri di dalam hati. Hati mula rasa terbakar dengan apa yang Z lakukan... Z datang semula, dengan membawakan air juicy orange kepada Daya.

"Terima kasih Z. Awak ingat lagi ya, air kegemaran saya".

Kata Daya. Z hanya tersenyum... Aku bangun dan pergi ambil air lain. Benci pulak aku nak minum air orange yang aku ambil tadi. Aku membawa air tembikai. Lalu duduk semula.

"Lahhh nak air juga ke? kenapa tak cakap".

Tanya Z, terseyum.

"It's okay, i can take it myself".
Sambil menjeling Z.

Habis makan aku terpandang tempat smoking area. Aku bangun dan terus ke sana. Aku minta Lin rokok yang aku simpan di dalam bagnya. Aku duduk dikerusi mengadap ke kolam. Aku duduk sambil memandang orang orang yang begitu leka mandi dengan gelak tawa. Lalu aku memasang sebatang rokok. Lin datang dan duduk disebelah aku.

"Hummm bak sini satu".

Kata Lin dan aku memberikan Lin sebatang rokok. Lin memasang rokok dan duduk disebelah aku.

"Zie, aku tau kau bengang dengan Z. Kau jangan tunjuk sangat, kau bencikan Daya. Kita tengok aja permainan dia. Jangan tunjuk yang kau benci sangat". Kata Lin lagi.

"Lagi pun, malam ni kan kita nak enjoi. Aku tak nak masam masam muka tau. Aku sayang kau Zie, itu yang aku bagi kau nasihat. Kau pahamkan Zie". Kata Lin.

"Hurmmm ok Lin. Aku paham. Terima kasih Lin, sentiasa ada".

Balas aku. Habis sebatang rokok aku tengok Z sudah tidak ada dimeja makan. Aku mula mengerutkan dahi aku.

"Z pergi mana Daya?". Tanya aku.

"Aku suruh dia tolong ambilkan aku buah. Kau tak kesahkan Zie". Tanya Daya, sambil terseyum.

"Oh, ok".

Aku hanya megangukkan kepala sahaja. Aku bangun untuk mengambil air susu dengan cornflex. Ternampak Z yang tengah berjalan untuk memberikan buah untuk Daya.

"Wahh baiknya hati kau Z. GOOD LUCK".

Kata aku dan tersenyum. Z berkerut dahi, bila aku cakap Good luck kepadanya. Dia menghantar makanan kepada Daya dan terus datang kepada aku.

"Kau nak makan apa apa lagi ke Zie?". Tanya Z 

"Hurmmm, tak mau. Aku boleh ambil sendiri. Kau duduk aja lah Z. Kau ambil makan kau dengan betina tu aja ".

Kata aku sambil tersenyum, kelat. Z pergi meninggalkan aku dan duduk di tempat kami. Sakitnya hati aku ni. Tak apa, aku nak tengok permainan kau Daya. Lepas makan, kami sambung semula ke kolam renang. Nak berendam sampai pukul 12 katanya Sham. Jadi satu jam dari sekarang. Aku hanya duduk dikerusi dan menjadi pemerhati. Terasa malas untuk mandi lagi. Lin dengan Yana datang dan duduk bersama aku. Mereka juga malas untuk mandi. 

"Kau tengok minah tu korang, berbulu pula aku tengok. Aku pun tak tau lah korang. Aku yang rampas Z dari dia, atau dia yang cuba rampas Z dari aku".

Kata aku kepada Lin dan Yana. Bila melihat Z dan Daya bergurau senda didalam kolam.

"Z kata dia dah tak ada apa apa hubungan dengan dia, tapi korang tengok. Gelak gelak macam sial. Geram pula aku".

Aku mengetap gigi, menahan marah.

"Alahhhh relexlah Zie. Senang kau bermadu aja dengan dia hahahaha". Lin membuat lawak.

Lin membuat lawak paling bodoh, yang pernah aku dengar. Kalau aku dah terajang si Lin ni. Sia sia jadi orang.

"His Linn! Aku kalau nak bermadu pun, bukan dengan si kering tu. Paling tidak pun. biarlah macam muka Era Fazirah ke?".

"Ehhh tiba tiba nama Era Fazirah naik. hahahah". Kata aku sambil ketawa.

"Ye lah Zie, aku yang duduk sini pun nak meluat. Jom lah pergi tempat lain. Pergi gym ke? Alang alang dah kering ni. Kita pergi bina badan lagi bagus. Perut aku dah nak boncit ni". Ajak Yana.

"Hurmmm malas lah beb, dengan rambut basah basah ni. Habis tempat orang nanti". Balas aku

"Tak pun kita naik atas, tengok tv ke? Lagi bagus. Tak lalu aku nak duduk sini lama lama". Ajak Lin pula.

Aku memandang kepada Z yang tergelak ketawa. bersama Daya. Sambil Daya mencubit dada Z beberapa kali.

"Hissss dah lah! jom". Ajak aku.

Meluat aku tengok mereka. Aku membiarkan Z dan Daya. Bergurau senda didalam kolam... Aku tidak memberi tau Z, yang aku mahu naik keatas. Cuma Lin sahaja, yang memberi tau Ali... Aku naik ke apartment bersama Lin dan Yana. Sampai atas, aku terus masuk kedalam bilik air, untuk mandi dan membersihkan diri.

"Entah kencing kencing orang ke dalam kolam tu. Bukan boleh percaya manusia ni. Habis najis badan aku. Kena sabun banyak banyak ni". Bisik aku.

lepas mandi terasa segar badan. Aku memakai seluar pendik dan body tshirt. Lalu lepak didepan televison, layan astro. Aku baring di sofa bed. Sambil melayan astro, sampai terlelap aku. Entah bila yang lain naik, aku pun tidak sedar. Badan aku betul betul dalam keletihan. Bila aku sedar dari tidur, Z sudah ada disebelah. Z tidur sambil memelok aku. Pelahan lahan aku mengalihkan tangan Z dan bangun kedapur. Sunyi rumah, bila semua tidur tengahari. Aku memandang jam didapur. Sudah menunjukkan sudah pukul 2 petang. Patutlah perut aku terasa lapar. Aku duduk didapur sorang diri dan memikirkan apa yang mahu dimakan. Nak turun kebawah, aku betul betul terasa malas. Nak masak, tak ada pula bahan. Tempat ni bukan macam Cameron ada dapur. Di sini hanya ada microwave dengan tempat masak air aja.

"Hurmmmm malasnya nak turun bawah. Dapat beli meggie dekat Little shop pun best ni. Tapi nak turun bawah itu yang lemah". Bisik aku.

"Ahhhh turun aja lah. Lapar sangat ni".

Bisik aku lagi. Malam nanti baru makan benda berat... Aku turun ke kedai dibawah, dalam resort ini juga. Agak comel kedainya. Resort ni kawasan dalamnya ada 2 block sahaja. Satu block untuk penghuni hotel. Lagi satu block untuk penghuni apartment. So tak lah takut sangat. Kalau turun bawah. Banyak pakgurd jaga, untuk keselamatan penghuni. Aku membeli meggi kari cawan satu dozen dan terus naik ke atas.

"Kalau ada sesiapa bangun lapar, pandailah jorang masak". Bisik aku.

Sampai di atas, aku membuka pintu rumah dan terus masuk ke dapur. Ternampak Ita sedang duduk dikerusi bersama Mimi.

 "Haiii awal bangun". Tanya aku. Mereka hanya tersenyum sahaja.

"Nak Meggie, jom masak". Ajak aku.

"Boleh juga sis. Dah lapar sangat ni. Lepas berendam tadi, terus naik atas tidur". Kata Mimi.

"Aku share dengan kau ya Mimi. Aku nak sikit aja. Aku meggie ni aku kurang sikit. Alas perut ok lah".

"OK". Balas Ita.

Kami masak 2 cawan sahaja. Masukkan air panas dan tunggu 2 minit. Cepat di masak, sedap dimakan... Kami makan bersama sama. Lega sikit perut ni. Harap harap sampailah ke malam kenyangnya. Lepas aku selesai makan, Lin dengan Yana pula keluar dari bilik.

"Woii korang makan apa tu. Bau meggi lah". Kata Yana.

"Hurmmm nak ke? pergi masak sendiri". Kata aku sambil ketawa.

"Lahhhh Zie, masakkan lah".

kata Yana dengan nada manja.

"Hiss kau ni! Panaskan air ajalah. lepas tu tuang dalam meggi cawan ni, senang bukan". Kata aku sambil terseyum memandang Yana.

"Tak apa tak apa, aku masakkan".

Selit Lin.

"Bukan susah pun".

Kata lin lagi.

"Terima kasih Lin".

kata Yana, Lin tersenyummm.

Sorang sorang datang kedapur kerana kelaparan. Sham dan Hafiz juga bangun dan terus ke dapur.

"Wahhh meggi lah masakkan boleh Lin?" Tanya Sham.

"Hurmmm ok". Balas Lin.

"Lagi ada sesiapa nak. Aku buatkan sekali?". Teriak Lin.

"Aku pun nak". kata Hafiz.

"Ok, korang duduk depan nanti aku hantar". Kata Lin.

Belum sempat siap maggie Hafiz dengan Sham. Mie pula menjerit.

"Lin! Aku pun nak tau. Shah dengan Wan pun nak". Jerit Mie

"Hisss korang ni, pantang nampak aku dekat dapur ni. Ada saja nak di ordernya". Nada Lin meninggi, sambil terseyum.

Aku menolong Lin menyiapkan Meggie untuk Mie, Shah dan Wan. Bila siap aku terus menghantar keruang tamu.

"Lin, kau makan kau punya ni dulu. Nanti kembang".

Aku menyuruh Lin makan terlebih dahulu. Lin duduk sambil sambung makan semula. Aku menghantarkan pula Sham dengan Hafiz Maggie. Baru nak melangkah nak ke dapur.

"Hurmmm sedapnya, nak."

kata Z. Aku tersenyumm.

"Jap aku buatkan ya".

Bukan main lapar lagi bebudak ni semua. Sepatutnya tenghari kena keluar makan. Disebabkan semua keletih mandi manda tadi. Mereka tertidur sampai pukul 3 petang.

"Lin nanti buatkan roti bakar ye? Siapa tak dapat, boleh makan roti je dulu. Meggie ni tinggal lagi 2 cawan aja tu. Nanti laki kau bangun nak makan, kau buatkan aja meggi tu. Biar Daya dengan Nani makan roti bakar. Kesian pula Nani dengan Daya nanti. Bangun tidup pasti jorang lapar. Buat lebih lebih. Aku pun nak juga". Kata aku.

Walau pun aku tak suka sangat Nani dan Daya. Tapi aku tak sampai hati, bila bab makanan.

"Ok". Balas Lin.

Menjelang malam kami bersiap siap untuk keluar. Masing masing mandi sorang demi seorang. Lepas mandi aku masuk ke bilik untuk bersiap. Hari ni aku betul betul nak kelihatan cantik. Bukan aku sahaja yang mahu kelihatan cantik. Malah kawan kawan yang lain juga mahu kelihatan cantik malam ini. Kerana malam ni malam tahun baru. Aku memakai tube dress berwarna hitam. Menjadikan aku kelihatan seksi dan mengoda.

"Malam ni, aku nak Z nampak aku yang paling cantik dimatanya". Bisik aku. Yana dan Lin masuk kedalam bilik.

"Wahh cantiknya baju kau Zie". Kata Yana.

"Thanks korang. Korang pun cantik sangat".

Kata aku bila melihat, Yana memakai dress bunga bunga bertali halus. Lin pula memakai skirt pendek dan bersinglet.

"Terima kasih". Kata Lin dan terseyum.

Aku sambung bersiap semula. Aku memakai lens warna kelabu, warna tu ajalah yang aku ada bawa. Tapi tak terlalu bersolek. Kerana aku betul betul tidak berminat untuk bermekup. Rambut tetap ikat tinggi tinggi.

"OK done, tak payah nak over sangat. Baju over tak apa. Muka jangan over. Nanti macam badut". Bisik aku dan ketawa di dalam hati.

Kelihatannyw, kawan kawan perempuan aku, semua tengah sebuk bersiap di bilik masing masing. Semua tidak mahu kalah. Semua mahu kelihatan cantik malam ni. Maklumlah, malam tahun baru. Nak simpan kenangan yang indah dimalam penutup tahun baru yang bakal menjelang. Beberapa jam sahaja lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience