Di kantin ternampak kawan aku Lee dengan Mus tengah sebuk makan. Lee merupakan kawan rapat aku, dia cina kacukan melayu. Mak cina, ayah dia melayu. Itu yang kami semua panggil dia Lee. Mus pula, melayu tulin.
"Hoiii, makan aja kerjanya".
Sergah aku, sambil menepuk belakang mereka berdua yang tengah sebuk menghirup kuah bihun sup yang agak pedas. Boleh kelihatan cili kicap yang hitam didalam mangkuk bihoon sup setiap dari mereka....
Kawan aku Lee dan Mus ni, mereka akan selalu berdua. Kalau buka game berlumba motor haram pun, mereka tetap berdua sahaja. Mereka juga yang akan menganjurkan perlumbaan, buat anak anak muda macam kami... Nakal gila budak dua ekor ni, tapi mereka berdua ini lah, penghibur hati aku.
"Jom makan Khai. Mak Nani ni masak sedap hari ni. Bertambah sedap ada Nani di kantin".
Kata Lee sambil tersengeh sengeh.
Di kantin ada seorang makcik. Kami tak tau nama dia! Tapi kami tau nama anak dia Nani. So jadilah nama Mak cik tu Mak Nani. Anak dia cun, tapi gediknya bukan main lagi. Bagi kami, gedik tu hal lain, janji lawa. gedik tu simpan belakang.
"Mak Nani nak meggi goreng satu, tak nak sayur. Jangan letak apa apa pun sayur ya! Bukan apa, saya takut bertukar jadi hijau".
Aku melawak... Yang sebenarnya aku tak suka sayur. Tak tau kenapa? Ini semua pasal mak aku. Dia yang tak ajar aku makan sayur sayuran.
"Tapi bila hantar nanti, biar Nani yang bawa ya mak Nani".
Menjeling mak Nani, bila aku mengusi... Ketawa Lee dengan Mus melihat perangai aku.
"Kau ni Khai, Satu hari tak usik orang, tak boleh ya?"
kata Lee, sambil mengeleng gelengkan kepalanya.
"Nanti, Mak Nani keluar bawa penyapu, baru kau tau".
kata Lee sambil ketawa.
"Khai, malam ni ada game, jom join?".
ajak Lee.
"Apalah korang ni. Jummat malam sabtu, mana best buka game. Buatlah malam minggu. Barulah boleh layan".
Kata aku kepada mereka berdua.
"Hurmmm! Tak nak join tak apa, Tapi kau datang je lah tengok. Bagi sport kawan kawan yang riders".
Kata Mus yang cuba menghasut aku, agar datang ke port mereka.
"Hurmm! tengoklah malam nanti. Kalau tak buat apa apa aku sampai. Lagi pun aku ada kelas kuliah dengan ustaz Samsul. Aku ingat nak habiskan baca al quran aku tu".
Mengekek aku ketawa sendiri, selepas menghabiskan ayat. Aku ketawa macam nak pecah perut. Terasa nak berguling guling dilantai.
"Macam bodohlah kau ni Khai".
Kata Mus, Sambil masing masing berkerut dahi memandang aku. Yang ketawa sendiri.
"Korang juga buat muka pelik macam tu... Kenapa? korang ingat aku tak layak ke buat benda baik".
Kata aku sambil setia ketawa.
"Melawak macam orang bangan je". Kata Lee pula.
"Cakaplah benda menipu macam tu. Kau kena panah petir, baru kau tahu".
Kata Lee lagi. Akhirnya kami bertiga ketawa besar.
"Abang, Ini megginya".
Datang seorang awek gebu kulitnya, membawakan makan kepada aku.
"Wahhh Nani hantar lahhh, terima kasih Nani".
Nani hanya tersenyum dan berjalan masuk dengan lengok yang mengoda. Tersenyum senyum lebar Lee dan Mus bila nampak Nani yang datang menghantar makanan aku.
"Khai, Kau rasa kalau aku ajak Nani keluar dia nak tak?".
TanyaLee.
"Mana lah aku tau bro! Hari tu, aku ada nampak dikeluar dengan jantan gampang kolej ni, Si Ciko tu. Baik punya gedik... Tapi, biasa lah, Ciko tu ada kereta. Mestilah di ikut ke sana ke mari. Setakat kau bawak motor je, Tak taulah kalau dia pandang ke tak".
Kata aku lagi. Sambil menjamah meggi goreng diatas meja. Lee hanya diam bila aku kata begitu... Selepas makan kami bertiga berpecah. Lee dan Mus, tak tau pergi ke mana? aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah berehat. Sampai di rumah. Azam sudah pun berada didalam rumah. Belum sempat aku nak melangkah kaki masuk kedalam rumah.
"Cilaka kau Khai, Kau boleh tinggalkan aku pagi tadi. Aku masuk kelas lambat kau tau. Teruk lah kau ni".
Kata Azam yang marah, sampai berkerut dahinya.
"Alahhhh relex lah Zam, gurau gurau pun tak boleh ke? Tak boleh gurau duduk surau. Jangan duduk rumah ni".
Kata aku dengan senyuman.
"Ok lah Zam, Aku minta maaf. Aku janji tak buat lagi macam tu".
Kata aku lagi kepada Azam. Tersenyum Azam, sambil mengeleng gelengkan kepalanya... Lega hati aku, bila tengok Azam senyum. Kesian pun ada juga.
"Zam malam ni ada game tau! Jom ikut aku lepak dengan Lee dengan Mus. Bosanlah duduk rumah". Ajak aku.
Kawan aku Azam ni, dia tak berapa layan sangat lumba lumba ni. Dia ni seorang yang agak beriman diantara kawan kawan aku. Tapi sesekali dia layan tengok juga.
"Boleh! Boleh, Aku pun bosan juga. Jom lah ajak Yun sekali?".
Kata Azam
"Ehh Yun ada rumah ke?".
Tanya aku kepada Azam.
"Ahaaa ada, baru balik. Entah tidur rumah betina mana, Aku pun tak tau".
Balas Azam.
Kalau korang nak tau, Yun ni kaki bertina sikit. Jarang ada rumah. Maklumlah muka jambu. Ramailah awek melekat. Tambah pula dia ada kereta. Walaupun hanya kereta Myvi... Cemburu juga aku, dengan dia kadang kadang. Lagi pun aku dah lama solo. Tak ada yang melekat. Antara aku memilih atau aku tak di pilih oleh wanita.
"Kau pergi tanya lah Zam! dia nak ikut tak? Kalau dia nak ikut, naik kereta dia aje lah. Tak payah lah bawa motor".
Kata aku kepada Azam.
"Sekejap aku tanya Yun".
Azam bangun dan terus mengetuk pintu bilik Yun.
" Tokkk tokkkk... Yun ohh Yun". Azam memekik dari luar bilik Yun.
Yun membuka pintu biliknya, dengan muka yang kelat.
"Yun Jom lepak malam ni? Kita pergi tengok orang lumba motor. Lee ada buka game".
Ajak Azam.
"Best juga tu. Dah lama aku tak pergi tengok orang lumba motor. Dah pukul berapa ni Zam?".
Tanya Yun.
"Dah pukul 6.30petang. Kita keluar pukul 9 malamlah ye? boleh lepak mamak dulu".
Kata Azam lagi. Yun menganggukkan kepala, tanda setuju.
"Naik kereta kau ya Yun. Malas nak naik motor. Lepas tu, boleh pusing pusing K.L, Esokkan cuti".
Jerit aku selamber.
"Ok ok boleh! No hal. Malam ni kita enjoii".
Jerit Yun, dari dalam bilik.
"Apa lagi Khai, kau pergilah siap. Aku pun dah nak siap ni".
kata Azam.
"Hiss kau ni Zam, awal lagi lah. Bagi lah aku rehat dulu".
Sambil aku bangun dari sofa dan melangkah masuk kedalam bilik untuk berehat seketika.
"Ok lah Ok lah".
Balas Azam yang juga melangkah kaki masuk kedalam biliknya... Tepat pukul 8.45malam kami semua sudah pun siap sedia untuk keluar. Kami makan dan lepak dulu di kedai mamak, sebelum ke tempat yang selalu aku dengan kawan kawan yang lain melepak. Lepas habis makan. Kami terus pergi kepada Mus dan Lee. Bila sampai sahaja di port pelumbaan, dari jauh aku nampak Lee dan Mus yang sedang sebuk setting motor pelumba pelumbanya.
"Woii Lee! Nak suruh gua tolong settingkan ke? Gua boleh tolong settingkan".
Aku menjerit kepada Lee. Lee menoleh memandang aku, Azam dan Yun. Sambil terseyum bahagia, bila melihat kami ada disitu.
Share this novel