Khai sampai diresort tepat pukul 9 malam. Dia terus meletakan kenderaanya didalam perkarangan resort dan terus menuju ketempat daftar masuk, untuk meminta kunci biliknya.
"Haii, cik Khai... Lambat sampai?".
Tanya Amir, yang duduk bersama kawannya ditempat pendaftaran masuk dan keluar. Khai hanya tersenyum, memandang Amir.
"Bagi saya kunci bilik".
Amir berkerut dahi, Bila Khai memintanya kunci bilik.
"Ehh, tapi Cik khai... Cik Zie kan ada dekat atas. Cik tak tau ke?".
Tanya Amir yang dalam kebingungan.
"Whatttt, Zie ada sini?".
Khai betul betul terperanjat, bila Amir memberitahunya yang Zie ada disitu.
"Ye Cik Khai, Cik tak tahu ke? Dia sampai sini sebelum subuh tadi. Dalam pukul 4 lebih pagi".
Cerita Amir. Membuatkan Khai tersenyumm.
"Oh ye ke, Ok tak apa... Boleh bagi saya kunci pendua".
Tanya Khai kepada Amir. Amir mengambil kunci pendua, dan memberikan kepada Khai.
"Amir! Boleh dapatkan saya sekuntum bunga mawar".
Tanya Khai.
"Boleh Cik khai! Sebentar ya".
Lalu Amir pergi ke tempat menyimpan bunga bunga segar. Untuk kastmer kastmer yang mahukan deco bilik. Amir datang semula dan membawa sejambak bunga ros merah ditangannya dan di berikan kepada Khai.
"Thanks Amir"
Amir membalas senyuman Khai. Khai naik keatas dan terus berjalan kebilik dengan debaran di hati.
"Di sini rupanya kau Zie. Berani sungguh kau datang kesini pagi pagi buta. Kelang kabut aku mencari kau satu hari ni. Tak sangka betul, akhirnya aku dapat jumpa kau di sini".
Bisik Khai, sambil tersenyum bahagia. Bertambah dekat dipintu bilik, bertambah berdebar hati Khai. Khai melayangkan kad kuncinya dipintu biliknya. Automatik pintu bilik terbuka. Suasana sangat sunyi. Hanya lampu meja sahaja terbuka. Menjadikan bilik itu bersuasana romantik... Khai masuk kedalam dan melihat Zie tidur dalam keadaan yang terlangkup dan pakaiannya hampir terbuka semuanya.Tanpa berselimut. Tertelan air liur Khai, bila melihat Zie dalam keadaan macam tu. Susuk tubuh Zie sungguh mengiurkan, naik turu nafsu jantan Khai. Melihat Zie yang berkeadaan begitu.
"Tolong kawal, tolong kawal Khai. Anak gadis orang tu".
Bisik Khai didalam hati, sambil terseyum... Khai meletakkan jambak bunga itu di atas katil, bersebelahan Zie. Lalu Khai duduk di atas katil sambil memerhatikan Zie yang lena tidur dibuai mimpi. Jiwa khai, menjadi tak menentu, bila memerhatikan tubuh Zie.
"Dari sesuatu berlaku, baiklah aku selimutkan dia"...
Baru sahaja Khai hendak bangun dari katil,
Zie tiab tiba tersedar. Kerana ombakan dari katil, bila ada seseorang yang mahu bangun. Terperajat Zie, bila membuka mata, ada susuk tubuh seseorang di tepinya.
"Heiiiii".
Jerit Zie dan terus melompat bangun dari katil.. Zie betul betul terperanjat... Tapi, bila ternampak sahaja wajah Khai didepan mata. Zie kembali melompat ke atas katil dan memeluk Khai sekuat kuat hatinya.Terbaring Kahi, bila di tolak oleh Zie, sambil memeluknya erat.
"Khai, awak datang sini, Saya suka sangat bila lihat awak di depan mata saya".
Kata Zie dan setia memeluk Khai.
"Saya rindu awak. Sebab tu lah saya datang sini. Tapi kenapa pakai macam ni?".
Tanya Khai dengan nada yang agak berbisik.
"Saya tak ada baju nak pakai. Itu yang saya pinjam baju awak untuk tidur malam. Saya datang sini, tak bawa apa apa pun. Nasib Amir bawa saya shopping pakaian dalam dan baju untuk saya pakai".
Terang Zie tersenyum, Sambil menutup badannya dengan bantal.
"Awak ni pun satu lah! Kenapa tak ketuk pintu dulu. Nasib saya paki baju. Tadi saya ingat tak nak pakai apa apa pun"
Zie ketawa besar.
"Kalau aku masuk tadi, kau tak pakai apa apa, jadi lauk aku lah malam ni".
Khai ketawa nakal didalam hati.
"Khai tolong ambilkan saya tshirt awak yang besar besar sikit. Saya nak tukarlah".
Kata Zie.
"Ehhh, ok apa pakai macam ni".
kata Khai sambil tersenyum nakal. Zie mencubit pipi Khai dan bangun dari katil... Zie menukar baju dan Zie berjalan duduk di kerusi sofa. Khai mengambil bunga yang ada di atas katil.
"This is for you sayang".
Sambil Khai memberikan jambangan bunga itu kepada Zie.
"Wahh, cantiknya. Thanks my prince. I really like this sayang".
Sambil mencium bau bunga ros itu.
Teringat jambangan bunga yang Z pernah bagi dulu. Tiba tiba terasa sebak dihati Zie.
"Khai! Awak tak nak tau ke, kenapa saya lari ke sini? Dari tadi awak macam tak nak tanya saya apa apa pun?".
"Saya dah tau Zie! Saya dah tau pasal Z dan saya dah tau segala galanya. Tentang awak dan Z. Dia kelihatan bersalah sangat dengan awak".
Jawap Khai.
"Tolong Khai! Tolong jangan buat saya bersedih di sini. Saya lari dari masalah, hanya kerana saya nak lupakan segala galanya. Tolong jangan buat saya ingat kepada dia yang curang dengan saya. Kerana terlalu sayangkan dia, saya lari... Apa yang dia buat dengan betina sial tu dekat ipoh, membuat saya tak boleh terima dia dalam hidup saya. Tapi dengan pujuk rayu dia. Saya terima dengan perjajian. Saya tak nak perkara yang sama berulang. Tapi Khaiii"...
Zie mula menerkup mukanya dengan telapak tangannya sambil mula menangis. Khai menghampiri Zie dan memeluk Zie.
"Dia buat lagi, perkara yang sama. Saya sangup ketepikan cinta cinta yang datang dalam hidup saya, Kerana saya sayangkan dia. Sehinggalah saya jumpa awak... Saya masih mengawal hati saya, untuk tidak jatuh cinta dengan awak. Tapi! Saya sekarang dalam dilema. Kerana hati saya mula ada awak. Saya keliru tentang Z dengan Daya. Dalam masa yang sama! Saya juga keliru dengan cinta yang mula ada terhadap awak. Kenapa cinta itu kejam kepada saya Khai. Saya tak boleh melupakan dia... Tapi bila saya terbayang, apa yang saya lihat antara dia dan Daya. Saya tiba tiba teringat awak. Itu yang saya terus ke mari. Mencari damai dalam hati saya ini"...
"Sayang Zie"
Sambil tangan Khai mengelap air mata Zie.
"Sejak kali pertama memandang awak, hati saya mula berdebar debar. Wajah awak selalu terbayang bayang di mata saya. Tapi saya takut untuk berterus terang. Takut juga untuk melafaskan kata kata cinta kepada awak. Saya takut saya kecewa. Berdebar hati ini bila bersama awak Zie. Debaran bertambah terasa bila dapat memeluk awak... Saya cinta awak, tapi takut untuk meluahkan".
Khai mula meluahkan perasaan yang terbuku didalam hatinya selama ini.
Share this novel