Hari paling istimewa buat Khai.

Romance Completed 40494

Menjelang magrib, Khai mengajak Zie keluar kebalconi. Untuk melihat matahari terbenam. Sempat Khai menekan butang on ditalifon bimbitnya dan mengambil gambar selfie bersama Zie dibalconi. Terseyum Zie melihat gelagat Khai.

"Tengok sana Khai, cantiknya matahari tu. Saya suka di sini. Saya suka tempat ni. Betul betul indah. Pertama kali saya melihat matahari terbenam".

"Zie, sekiranya saya tak ada di KL. Saya akan berada di sini. Awak boleh datang kesini, bila bila sahaja yang awak nak. Awak boleh datang dan ambil aja kunci bilik ini dibawah".

Zie hanya terseyum dan mereka berdua menikmati keindahan matahari yang sudah hampir menutupi bumi dengan cahayanya, Sebelum bulan pula mengambil tempat untuk memberikan cahaya di dunia ini.

"Zie, saya mandi dulu ye, sebelum balik ni. Dah rasa tak selasa pakai baju kerja ni".

Zie hanya menganguk dan tersenyum.

"Sebelum balik kita makan dekat bawa dulu. Saya ada suruh mereka menyediakan kita makan malam ditepi pantai".

"Wahhhh, bestnya Khai! Dapat makan tepi pantai. Thanks Khai".

"Awak tak nak tidur dekat sini ke Zie?".

Tanya Khai, sambil membuat senyuman nakal.

"Hiss awak ni, Tak naklah".

Sambil mencubit perut Khai.

"Hiss, awak ni! Ganasnya. Kalau perut saya ni ada kesan kesan lebam, awak yang punya kerja".

Kata Khai sambil mencubit pipi Zie. Khai berjalan, membuka almari baju yang berisi banyak baju didalamnya.

"Memang betullah dia kerap ke sini". Bisik Zie didalam hati.

"Awak tak nak tukar baju ke Zie? Mandi kedulu?".
Tanya Khai.

"Ehhh tak apalah Khai. Saya tak ada baju nak tukar".

Khai mengambil sehelai baju, dari dalam almarinya. Dress pendek, berwarn hitam.

"Nahh paki ni!"

Kata Khai, Sambil memberikan dress itu kepada Zie.

"Ehhh baju siapa ni? tak nak lah".

"Ni baju Siti, saya minta kakaknya sehelai bajunya. Untuk saya simpan, buat kenangan". Balas Khai.

"Ehhh tak pe lah, saya tak nak".
Zie cuba menolak.

"Tak pe, pakai je. Nanti dah cuci, awak bagi saya balik. Saya simpan semula di sini".
kata Khai tersenyum.

Zie menyambut baju tersebut dan mandi membersihkan diri, selepas Khai selesai mandi.

"Terasa leganya dapat mandi. Kena pula angin angin pantai. Buat badan aku melekit lekit".

Bisik Zie dan Zie keluar dari balik air dengan baju yang sudah siap dipakinya. Kelihatan Khai tengah baring di atas katil.

"Heiiii, See... Ok tak? Tak rasa singkat sangat ke?".

Tanya Zie kepada Khai.

Terbangun Khai dari atas katil dan mula memandang tepat kepada Zie. Khai mula membayangkan Siti disebalik pakaian itu. Kerana baju ini yang dipakai oleh Siti, semasa kali pertama berjumpa dulu.

"Helooo Khai. Ok ke?".
Tanya Zie lagi.

"Ehhh ok ok".

Jawap Khai, yang terkejut dari lamunan.

"Cantik sangat awak Zie".
puji Khai.

"Hisss, awak ni. Berapa kali saya dah cakap. Saya ni memang cantik. Tak payah lah puji puji heheheheh".
Sambil Zie ketawa.

"Ye ke cantik, bukan senget".

Kata Khai, sambil membuat lawak yang Lin buat minggu lepas.

"Dahlah, tak nak lah kawan awak".
Zie berpusingkan badan dan pura pura merajuk. Khai lekas lekas bangun dari katil dan memeluk Zie.

"Lahh, janganlah merajuk. Saya bergurau je".

Perasaan Zie mula tidak menentu, terasa bersalah kepada Z, mula timbul didalam diri Zie.

"Dah dah, Jom turun bawah. Saya dah lapar ni".

Zie menolak Khai pelahan. Kahi terseyum dan memasukkan bajunya dan Zie ke dalam laundry bag. Sambil tangan yang lagi sebelah, memimpin tangan Zie... Sampai dibawah, Khai berjumpa salah seorang staff di situ.

"Tolong cuci kan?".

Khai memberi Staff itu, baju untuk di cuci.

"Lepas tu, simpan dalam bilik saya ye".
Kata Khai lagi.

"Baik cik Khai".

Jawap budak tu sambil tersenyum melihat Zie.

"Cantikkkk".

Kata staff itu kepada Khai. Khai hanya tersenyum. Khai memimpin tangan Zie dan terus ke tepi pantai. Terperanjat Zie bila melihat meja makan yang disediakan oleh staff di situ. Di situ tersedia meja makan yang cantik dihias. Berserta lilin lilin bertutup cahayannya agar tidak ditiup angin. Di tabur pula kelopak kelopak bunga mawar di atas meja dan di bawah kerusi. Tersentuh hati Zie, bercampur teruja. Bila melihat semua itu.

"Cantiknya Khai!".

Sambil berlari ketempat duduk itu.

"Tersentuh hati saya ni Khai".

Sambil Zie, memegang dadanya.

"Untuk awak Zie! Kerana sudi berkawan dengan saya". Kata Khai, sambil terseyum bahagaia. Bila melihat Zie juga bahagaia.

"Kalau boleh aku nak angap kau lebih dari seorang kawan Zie. Aku terpaksa lawan perasaan aku. Aku tak nak tergopoh gopoh dalam hal macam ni. Aku tak nak, terjadi perkara perkara seperti dulu. Aku kena bersabar, untuk meluahkan perasaan aku kepada engkau Zie. Aku mula sayangkan kau. Sayang yang mula timbul dari dalam jiwa ini".

Bisik Khai didalam hati, sambil setia merenung Zie.

"Thanks thanks sangat Khai. Saya suka sangat. Terlalu suka Khai".

Kata Zie, sambil memeluk Khai. Tersenyum staff yang menghantar makanan. Bila melihat Zie memeluk Khai dengan erat.

"Zie, saya tak sempat buat ini semua dekat Siti. Kerana dulu saya seorang pelajar. Saya tak ada duit. Tapi sekarang, saya boleh buat lebih bagus dari ini untuk awak".
Kata Khai lagi.

Zie tersenyum melihat Khai dan duduk menghadap, antara satu sama lain.

"Awak betul betul romantik Khai. Bertuah orang yang akan menjadi milik awak nanti".

Khai hanya tersenyumm, memandang Zie. Sambil mula makan, datang seorang violin dan photographer. Dia memainkan melodi muzik yang sangat romantik. Mana kala photographer itu, mengambil gambar mereka diri setiap sudut. Zie tersentuh hati. Bila Khai buat ini semua untuk dirinya.

"Aku mula sukakan kau. Kenapa dengan hati aku ni. Aku betul betul terasa, detik detik hati aku mula dicuri oleh kau. Aku terasa hati aku mula berdebar debar, bila bersama kau.. Kenapa jadi macam ni. Kenapa aku rasa mula suka kau?".

Bisik hati kecil Zie. Sambil memandang Khai yang sedang menjamu selera.

"Sungguh indah bila memandang kau Khai, Hurmmm".

Bisik Zie sambil menarik nafas panjang.

"Zie, Jom menari".

Ajak Khai, sambil menarik tangan Zie yang tengah duduk.

Lagu romantik yang dimainkan, sungguh indah. Khai menarik tangan Zie dan diletakkan dilehernya. Manakala tangan Khai, memeluk pinggang Zie. Zie, tersenyum memandang Khai, sambil menari. Tenungan mata masing masing menimbulkan debaran di dada... Zie meletakkan kedua dua tangannya, di dada Khai. Sambil menari mengikut rentak Violin.

"Zie, saya tak akan melupakan hari ni. Hari yang sangat istimewa dalam hidup saya".
Kata Khai lagi. Sambil mencium pipi Zie.

"Begitu juga dengan saya Khai! Saya tidak akan melupakan hari ini. Hari yang sangat indah bagi saya, sepanjang hidup ini".

Kata Zie dan terus leka menari... Tiba tiba Zie terpandang cincin yang ada di jarinya. Tersentak Zie seketika, dari belayan Khai. Zie melepaskan pelukannya dan berpusing duduk di kerusi. Khai kehairana melihat Zie. Khai berlutut memegang peha Zie.

"Kenapa Zie? Saya ada buat salah ke?".

"Ehhh, tak Khai. Awak tak buat salah pun. Saya gembira sangat hari ini. Boleh awak hantar saya balik sekarang. Saya letihlah Khai".

Kata Zie, sambil memegang kedua dua pipi Khai dengan tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience