"Oiii setan, bukan kau cakap ada kelas mengaji ke?". Jerit Lee sambil ketawa.
"Bodoh, mamat ni. Jatuh air muka aku. Boleh pula dia jerit macam tu. Jatuhlah maruah aku, sebagai seorang lelaki".
Aku berbisik di dalam hati, sambil membuat memek muka bengang... Tapi dalam masa yang sama, sebenarnya aku nak tergelak juga bila mendengar ayat Lee tu.
"Ohhhh! Ustaz aku sakit perut. Petang tadi makan mee sup mak Nani banyak sangat".
Aku gelak memandang Lee dan Mus. Mereka boleh buat muka serius pula. Dah kenapa Lee dengan Mus ni. Lawak aku tak ok ke?.
"Wowww, buat muka serius lah?".
Tanya aku, bila tengok Lee dan Mus berkerut. Tiba tiba muncul Nani di belakang awek awek disitu. Terkedu aku, bila melihat Nani.
"Aduhhh! Macam mana Nani ada kat sini pula. Harap dia tak dengar".
Biru sekejap muka aku. Bercampur malu, bila melihat Nani yang tiba tiba ada disitu. Cilakalah si Lee dengan Mus ni. Tak bagitau aku pun, Nani ada. Tak pasal pasal Mee sup mak dia, aku jadikan bahan lawak.
"Haiii abg Khai".
Nani menengur aku dengan nada manjanya.
"Hai Nani".
Aku membalas, sambil tersipu sipu malu. Dah macam orang perempuan aku punya tersipu malu tu. Aku pandang terus ke muka Mus dan Lee. Bodoh betullah si Mus dan Lee ni, boleh pula gelakkan aku.
"Haahaaa padan muka kau Khai, mulut macam betina".
Kata Lee. Yun dengan Azam juga tergelak gelak sambil berdiri didepan kereta.
"Sejak bila pula Nani ikut si rempit dua ekor ni?".
Bisik aku di dalam hati dan terus aku duduk mecankung bersama sama Lee dan Mus. Yang tengah sebok setting motor motor pelumbanya.
"Wowww korang".
Aku berbisik kepada Lee dan Mus.
"Macam mana Nani boleh ikut! Siapa yang bawak? Jadi lauk game atau simpan pakai sendiri?". Aku ketawa nakal.
"Bodoh lah kau Khai, Aku ambil depan rumah dia tu. Lain lah aku ambil tepi jalan. Mana boleh jadi umpan. Lagi pun aku dah ayat power dah, Sampai dia jadi nak ikut aku".
kata Lee lagi.
"Jadi aku kenalah jaga dia. Kalau dapat, tu rezeki aku".
Kata Lee, sambil tersengehhh.
"Hummm boleh lahhh, dia ayat power kan Mus?". Aku memandang Mus. Mus hanya tersenyum.
"Oiii Lee, bila nak on. Lambat nya?". Jerit yun.
"Jap jap Yun, lagi sikit nak siap. Bagi power sikit. Menang aku belaja mamak".
Balas Lee.
Perlumbaan dimulakan. Kali ni Mus yang bawa. Meletup letup ekzos bila di pulas pulas minyaknya. Memang hebat dua orang member aku ni.
"Ring ringggggg"
Tiba tiba ada pangilan dari nombor yang aku tak kenali tertera discreen talifon bimbit aku.
"Heloooo sape ye? Sorry sini bising, sekejap ye".
Aku masuk kedalam kereta yun. Barulah tak bising sangat.
"Ok, clear... Hello, ni siapa ya?".
Tanya aku lagi.
"Hello khai, dah lupa saya ke?".
Kedengar suara seorang perempuan.
"Haiiii sorry! Siapa ye?".
Aku bertanya soalan yang sama dan menantikan jawapannya.
"Pagi tadi awak langar saya masa dikolej, tak kan lah tak ingat"... Kata suara itu.
"Ohhh ingat ingat".
"OMG dia call aku lahhh. Gembiranya hati ni. Siapa kata aku tak laku. Awek cun pun tergoda tau". Bisik aku sendiri.
Aku sambung berbicara.
"Kenapa awak, call saya malam malam ni? Nak ajak saya dating ke? Saya ok je, sentiasa free 24/7".
Aku bertanya dan aku juga yang menjawap soalan aku. Tergelak kecil aku.
"Hissss awak ni. Saya sahaja call awak. Nak suruh awak save no handphone saya ni, itu pun kalau awak sudi lah nak save".
Kata awek itu, dengan nada mengoda.
"Maaf saya bertanya? saya lupa lah nama awak. Siapa ye?".
Aku betul betul lupa nama perempuan yang aku langar pagi tadi. Banyak sangat makan semut, sampai terlupa.
"Amboii, cepatnya lupa kita. Mesti banyak awek ni kan?. Sampai nama saya pun awak lupa".
Sindir awek itu lagi. Dengan banganya aku menjawap.
"Tak ada lah, sampai macam tu. Setakat kawan tu ramai lah. Yang specialnya belum lagi. Masih mencari cari".
Aku mula memasuk jarum.
"Awak save nama saya Wana".
"Ohh ok Wana, nanti sya save".
Balas aku.
"Ok lah Khai, Saya nak tidur dulu. Kalau sudi, call call lah saya. Watsap pun boleh". Kata Wana lagi.
"Wahhh cun lahh. Ada lah peluang aku, nak mengorat dia". Bisik aku.
"Ok bye Wana. Sweet dream".
"Bye Khai".
Masing masing memutuskan talian... Berpeluh peluh aku duduk didalam kereta. Punya lah panas. Dah lah enjen tidak on. Nak kedap bunyi bising, punya pasal. Aku sangup duduk dalam kereta yang tertutup. Lama sikit, aku boleh mandi peluh. Silap silap kojol dalam kereta.
"Oiii khai sape call?"
Tanya Azam
"Mak aku".
Aku jawap spontan..
"Ehhh mak aku? Ape hal name mak aku naik ni". Aku terseyum sendiri.
"Dah mula ye?" Aku bertanya.
"Ahaaa dah mula, tunggu jorang patah balik sini. Kalau Mus menang, dapat makn free dekat mamak." kata Azam lagi.
"Kau ni Azam, kalau pasal mkan no1... Yun mana?".
Tanya aku, bila tidak nampak kelibat Yun.
"Dekat situ".
Tunjuk Azam dengan moncongnya. Aku memandang arah moncong Azam. Kelihatan Yun sedang bergurau senda dengan seorang gadis disitu.
"Hurmmm ayat perempuan je kerjanya. Yang penting, bila dia ayat mesti dapat. Bila dah dapat, mesti tak balik rumah. Entah mana dia projek, aku pun tak tau".
Aku mengomel sendiri... Tapi, yang sebenarnya, aku cemburu juga dengan Yun. Awek yang dia dapat, semua cun cun. Yang betina ni pun satu, mudah sangat terjebak, dengat muka yang handsome handsome... Muka handsome, tapi baik macam aku, tak ada pula orang nak. Aku ketawa di dalam hati.
"Habislah, kena makan malam ni". Bisik aku
Seperti yang aku jangkakan, Mus mesti menang punya. Penangan air tangan Lee setting motor, memang power lah. Cun, makan free. Aku pun dah lapar ni... Mus sampai dengan bangganya. Kembang hidung bila dah menang. Koyak lah seluar, bila semua orang memuji tentang kepantasannya membawa motor.
"HAaaaaa apa lagi, mamak dah tunggu kita sampai. Tak reti reti lagi ke?". Tanya aku.
"Hurmmmm ok ok lah. Jomm lepak mamak". Ajak Lee
Lee membawa Nani membonceng motornya. Kemain lagi, Nani memeluk Lee. Couple lah agaknya tu. Mus pula berseorang membawa motor. Aku Azam dengan Yun satu kereta... Tapi! Seperti yang aku sangka. Minah yang baru diayatnya tadi juga ikut sekali. Cunn orangnya, seksi pulak tu. Habislah awek ni. Kena makan dengan Yun malam ni.
"Khai, kau bawak ye? Aku dengan awek aku ni duduk belakang".
Kata Yun kepada aku sambil keningnya diangkat sebelah.
"Hurmmm ok. No hal bro".
Sambil aku juga mengelipkan sebelah mata. Aku memandu dan Azam duduk di depan. Sampai kedai mamak, kami lepak sampai kepagi. Kesian mamak tu, kena pangil banyak kali. Ahhh lantak lah dah kerja dia kan.
"Korang aku nak hantar Nani balik dulu... Mak Nani dah call suruh balik". kata Lee.
"Aku gerak dulu ye, jumpa esok malam. Khai ingat malam esok turn kau masuk game".
Kata Lee lagi, sambil mengingatkan aku pasal game malam esok.
"Urmmm ok bro. Take care anak Mak Nani tu heheeheh". Aku ketawa.
"Bongoklah kau Khai".
Kata Lee dan berlalu pergi meninggalkan kami.
"Khai, malam ni aku tidur rumah korang ye? Malas lah nak balik. Takut mak aku memekak. Korang tak apa lah, duduk bujang keluarga jauh. Aku ni rumah dekat, kenalah balik rumah hari hari". kata Mus.
"Hurmmm ok lahhh, Bukan kau tak biasa tidur rumah kami. Nanti kau terus balik je rumah. Kunci bawah pasu. Macam biasa".
Balas aku.
"Korang jom gerak, Aku hantar korang dulu. Lepas tu aku nak hantar awek aku balik pula.Tak payah tunggu aku tau. Mungkin aku lambat balik".
kata Yun pula.
"Hurmmm ok".
Balas Azam
Untungnya jadi Yun ni. Ayat apa dia pakai agaknya. Semua perempuan termakan dengan kata kata dia...
Keesokan harinya, hari sabtu. Seperti biasa tidak ada kelas. Boleh lah lepak mall tengok wayang. Nak ajak mamat dua ekor ni, apalah hasilnya. Dok membongkang lagi. Aku memerhatikan Azam dan Mus yang tergolek tidur di depan Television.Tiba tiba terfikirkan Wana. Aku mencapai talifon bimbit dan menekan nama Wana discreen.
Share this novel