"Z! kenapa kau tipu aku".
Ayat itu sahaja yang keluar dari mulut aku, berulang ulang kali. Z, hanya diam membisu. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Z, memakaikan aku selimut dan ingin beredar dari bilik aku. Aku bangun dan menarik tangan Z.
"Z! kenapa kau tipu aku".
Aku bertanya lagi dan aku mengalirkan air mata. Sungguh sebak hati ini. Aku tak tau kenapa? hati aku tiba tiba menjadi sebak. Hanya kerana Z tak jujur dengan aku.
"Kenapa aku harus marah Z?. Z pun berhak ada kekasih. Z juga tidak pernah marah marah aku bila aku ada boyfriend, sebelum sebelum ni. Kenapa aku tak adil terhadap Z. Kenapa lah aku macam ni. Pentingkan diri sendiri. Z pun berhak bahagia".
Aku berbisik sendiri sambil memandang Z yang setia membisu
"Z aku harap, ni hanya mimpi buruk aku. Aku tak tau kenapa aku harus cemburukan kau? Aku tak tau, kenapa aku perlu cemburu bila kau ada girlfriend?... Aku sepatutnya gembira untuk kau. Tapi aku jadikan sebaliknya. Mungkin ke aku juga sudah mula sukakan kau?"
Kata aku kepada Z. Z mengusap air mata di pipi aku dan mencium pipi aku, kiri dan kanan.
"Aku dah lama cintakan kau Zie! Cuma aku sorok perasaan aku ini. Aku juga terluka bila kau bersama lelaki lain".
Kata Z sambil mengusap usap rambut aku dan menunggu hingga aku tertidur... Keesokan harinya, aku bangun dari tidur, kepala aku terasa sakit, aku duduk diatas katil dan ternampak Z masuk di bilik aku. Mengambil baju dan tualanya untuk mandi. Z memandang aku dengan senyuman.
"Selamat pagi Zie". Tegur Z.
Aku hanya senyum. Membalas teguran Z. Z berlalu, keluar dari bilik dan terus kebilik air. Aku bangun melangkah keluar dari bilik. Kawan kawan aku, sedang duduk di hadapan television. Bila aku keluar sahaja. Semua mata memandang kepada aku.
"Sorry korang pasal semalam. Aku terover pula".
Kata aku sambil tersenyum menyeringai.
"Tak apa sayang, kami paham".
sahut Yana.
"Terima kasih korang, sebab paham aku. Sesiapa yang tak tau, apa yang berlaku semalam, Tolong rahsiakan ye".Kata aku lagi.
"Baiklah sayang". Yana juga tersenyum.
"Dah, gi mandi! Hari ni kita happy happy aja ya".
Sampuk Lin.
Aku tersenyum dan berpusing melangkah masuk kedalam bilik, untuk mengambil tuala mandi. Aku melihat Z sudah berada didalam bilik, untuk menyimpan baju yang sudah dipakainya.
"Z, aku rasa baik kau ambil barang barang kau. Kalau girlfrend kau nampak tak bagus pulak rasanya. Nanti kecik hati dia". Kata aku kepada Z.
"Apa ni Zie! Lantak lah dia. Kenapa kau kena fikir kan pasal dia pulak... Aku tak kesah lah dia nak cakap apa pun pasal aku".
Balas Z, dengan nada yanh agak tinggi, sambil mengerutkan dahinya.
"Ok lah kalau kau dah cakap macam tu. Aku cuma risau aja Z".
Kata aku sambil aku mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Bila selesai mandi, aku melangkah masuk kedalam bilik. Z sudah tak ada didalam. Aku mencapai dress pendek berwarna putih. Lalu memakainya.Â
"Seksilah pula".
Aku terseyum sendiri dihadapan cermin. Lalu aku mengambil shortpants dan menyarungkannya.
"Haaa barulah ok... Kalau di tiup angin tak adalah terselak nampak segalanya heheheh".
Aku masih lagi terseyum sendiri di hadapan cermin... Tiba tiba teringatkan Z. Aku cepat cepat mengikat rambut tinggi dan keluar dari bilik. Aku mencari Z didalam rumah dan dibalconi depan. Tapi tak ada.Â
"Beb kau ada nampak Z ke?"
Tanya aku kepada Yana yang sebuk mekup diruang tamu.
"Ada dekat bawah. Kenapa sebuk sangat cari Z?" Tanya Yana.
"Aku nak cari Z, sebab nak say thanks! Kerana bawa aku balik semalam. Kalaulah Z tak ada semalam. Aku merayau entah ke mana mana agaknya"...
Aku menerangkan kepada Yana. Yana hanya mengangguk tanda faham.
"Korang nak gerak pukul berapa?"
Tanya aku lagi.
"Tunggu Daya dengan Nani siap. Yang lain semua dah siap. Yang lelaki semua dah turun bawah, panaskan enjen kereta".
Terang Yana lagi.
"Cantik kau pakai dress Zie. Tak sejuk ke?"
Tanya Lin yang tiba tiba keluar dari bilik utama.
"Aku ada bawa jacket dalam kereta Z. Sejuk nanti, aku pakailah".
Balas aku sambil tersengeh menandang Lin dan Yana. Tiba tiba minah dua orang itu juga keluar dari bilik utama.
"Wowwww! Korang nak ke mana ni?". Tanya Yana.
Aku jugak, agak terperanjat dengan cara penampilan mereka berdua. Macam nak ke kelab malam. Nani memakai baju berwarna kuning, berseluar separuh paras betis berwarna biru. Mana kala Daya, memakai singlet biru. Menampak tulang kering di bahu dan memakai seluar separuh betis, seperti Nani berwarna hitam. Yang membuatkan aku terseyum didalam hati, buka cara pakaian mereka, tapi cara mereka berdua bersolek. Agak over dengan warna waran yang terang di mukanya...
"Cantik tak aku paki macam ni?"
Tanya Daya.
"Haaaaaa ok ok"
Jawap Lin, sambil berkerut dahi dan tersenyum. Aku paling tak suka mekup tebal tebal. Kalau setakat pakai lipstik atau lipgloss. Ok bagi aku. Jauh sekali nak pakai mekup over macam tu. Yana dengn Lin juga mekup. Tapi tak mengunakan warna warna yang terang. Tapi ok lah, tak lah teruk sangat. Cita rasa masing masing.
"Dah jom lah turun".
Ajak aku, bila melihat semua sudah bersiap. Kami semua turun sama sama. Aku hanya, mengenakan selipa yang aku beli di vincci masa buat sale hari tu. Berebut orang membelinya, termasuklah aku. Mana kala Lin, Yana, Daya dan Nani, sebuk mengikat tali kasut... Sampai dibawah, kelihatan semua teman lelaki sudah ada didalam kereta menunggu. Aku memerhatikan Daya. Dengan gediknya dia pergi kepada Z.
"Z, boleh aku ikut kau?"
Lalu terus masuk kedalam kereta dan duduk seat depan. Z pula tak cakap apa apa pun. Hanya diam membisu. Muka Z nampak betul betul tidak selesa, bila Daya masuk kedalam keretanya. Z lantas memandang aku yang berdiri di tepi keretanya. Bila melihat Z, berpaling memandang aku. Aku lantas berpaling ketempat yang lain.
"Nani, aku follow kau ye? Aku malas nak kacau couple nak berdating hehehhe".
Aku ketawa memandang Nani. Jauh disudut hati, terasa geram.
"Ok faham faham".
Balas Nani sambil mata memandang ke kereta Z.
"Adalah aku kawan. Minah tu pun dah ikut boyfend dia. So kita berdua aja lah solo".
kata Nani lagi dengan senyuman.
Aku masuk kedalam kereta Nani dan kami memulakan perjalanan.Tempat pertama yang kami tuju ialah taman kaktus. Keindahan tempatnya menbuatkan aku terpegun. Banyak bunga bunga kaktus yang aku belum pernah lihat sebelum ni. Kami keluar dan memulakan aktiviti bersiar siar didalam taman kaktus. Nani pula, sebok memilih bunga kaktus. Nak belikan untuk ibunya... Banyak dia membeli di situ. Aku tak berminat sangat bunga bunga berduri ni. Kalau bunga ros tu aku sukalah. Selepas semua selesai shopping di taman bunga kaktus. Tempat ke dua pula, di pasar pagi di Berincang. Boleh makan apa sahaja di sana. Aku lah orang yang paling suka dengan tempat itu. Ayah selalu bawa kami ke sini sebelum ni. Ada bermacam macam makanan, sayur sayuran, buah buahan, bunga bunga yang cantik cantik di jual di sana. Semua dijamin murah murah. Aku keluar dari kereta Nani, bila Nani meletakkan keretanya dibahu jalan. Aku meluru pergi kepada Mie. Mie terseyum, bila aku datang kepadanya. Mie tahu apa yang aku mahukan kepadanya. Aku berjalan bersama Mie dan Shah. Wan pula berjalan bersama Nani. Aku rasa Nani ada apa apa dengan Wan angaknya... Aku terseyum sambil memerhati gelagat kawan kawan yang bercouple... So sweeet.
Share this novel