Tempat kenangan

Romance Completed 40494

Sampai ke petang kami berjalan. Keseronkan betul betul terasa hari ini. Kalau sebelum ini segala benci sakit hati datang. Tapi kini segalanya semuanya berubah. Setelah aku terima cinta Z. Pada mulanya memang agak kekok. Kerana dia yang aku angap hanya sahabat, dari zaman kanak kanak aku, kini bertukar kepada menjadi cinta... Tempat terakhir hari ni. Taman bunga.
"Aku rasa, aku sudah datang ditempat ni semalam dengan Kid"

Aku berkata sendiri didalam hati, sambil berkerut wajah. Sampai ditempat meletakkan kereta, Z berpusing memandang aku.

"Bukan semalam tempat niiii?".
Ayat Z terputus putus.

"Ahaaaaaa tempat kau nampak aku duduk dengan Kid, semalam. Kenapa! Ada masalah ya dengan tempat ni?".

Tanya aku kepada Z.

"Ohhh tak ada lah! Jom keluar".
Ajak Z.

Aku keluar dari kereta dan memandang Nani dan Daya. Masing masing tersenyumm. Tempat ini ada kesan kesan kenangan yang tinggal. Antara aku dan Kid. Lebih lebih lagi, terpandang tempat aku dan Kid bergurau senda semalam. Terpandang pasu bunga disebelah kerusi yang Kid dan aku duduk semalam. Ternampak kesan petikan bunga yang Kid petik semalam dan Kid berikan kepada aku... Bunga itu aku selitkan ditepi telinga aku... Automatik, tangan aku memegang telinga.

"Hurmmmm hanya kenangan sahaja yang tinggal. Itu cerita semalam. Tapi hari ini aku datang kembali dengan orang yang berbeza... Entah ke mana agaknya, bunga di telinga aku tu ya. Akibat situasi yang kelang kabut semalam. Ia jatuh agaknya". Bisik aku sendiri.

"Jom kita duduk di coffe house".

Ajak Z sambil menarik lembut tangan aku.

"Ok jomm".

Kata aku dan melangkah pergi mengikut Z. Kawan kawan yang lain semua hilang entah ke mana. Berjalan jalan agaknya.

"Kau nak makan apa? Kek atau roti?". Tanya Z.

"Atau kau nak ambil sendiri". Tanya Z lagi.

"Kau lah ambilkan aku ya? Aku nak Kek atas mesti ada strawberry". Kata aku sambil tersenyum.

"Ok! Baik dear".

Balas Z dan berlalu pergi meninggalkan aku sendiri. Lebih kurang 5minit, Z sampai semula dimeja kami. Z membawakan aku kek butter diatasnya ada seketul strowberry madu yang ditabur dengan coklat chip, bersama air teh o panas. Mana kala Z membeli roti bakar. 

"Hurmmm nampak sedap  Z". Kata aku, bila melihat kek berserta strowbery itu.

"Nampak saja sedap, rasanya tak tau lagi". kata Z. Kami berdua ketawa.

"Hurmmm Memang sedaplah keknya Z, lembut aja. Pandai orang kedai ni buat".

Kata aku kepada Z dan aku menyuapkan kek itu ke mulut Z untuk Z merasa kesedapan kek itu... Lebih 30minit kami di situ dan akhirnya Sham call Z, Sham mengarahkan kami semua berkumpul diparking kereta, untuk pulang. Sampai diapartment, masing masing diarahkan berkumpul diruang tamu. Untuk mendengar apa aktiviti seterusnya esok.

"Ok".Kata Sham, sambil berdiri dihadalam kami.

"Esok pukul 11 kita akan bertolak keluar dari sini. Kita akan terus pergi ke Ipoh. Disana kita akan tinggal 4 hari 3 malam. Kita akan sambut tahun baru di sana. Aktiviti nanti aku susun balik. Apa apa aku akan bagi tahu di sana nanti". Kata Sham.

"Mesti bestkan". kata Nani.

"Duduk sini pun dah bosan. Terasa lama sangat. Pergi tempat yang lain, barulah best. Kena pula yang ada mall, baru lah dapat shopping dengan tengok wayang".
kata Nani lagi.

"Ahaaa betul lah apa yang kau cakap Nani. Dekat sini best. Tapi tak ada mall mall besar. Kalau ada karaok ke? boling ke? wayang ke? Baru lah terasa enjoi". Sampuk Lin pula.

"Tak sabarnya aku nak tunggu esok. Nak cuci mata tempat lain pula".

Bila malam menjelma, aku duduk di balconi. Mana kala yang lain menonton movie. Cerita apa, aku pun tak tau. Aku memasang sebatang rokok sambil memandang ditempat duduk di bawah apartment. Terbayang bayang Kid bemain gitar dengan alunan yang sangat mendayu dayu buat aku.

"Bila lah nak esok ye?. Aku nak hapuskan segala memori di sini bersama Kid". Bisik aku.

"Aku tak mahu nampak lagi apa yang berlaku di sini. Aku mahu simpan sahaja semua memori tu dalam hati ini. Tak mahu rasanya simpan dalam bayangan mata aku". Bisik aku lagi.

Keesokan harinya. Hari ketujuh kami masih lagi di Cameron highland.

"Yehhhh aku dah nak keluar dari tempat ni, bestnya. Nak pergi shopping, nak tengok wayang, nak pergi karaok, Nak makan tempat yang best best yang ada di Ipoh nanti".

Kata aku sendiri bila bangun duduk diatas katil.

"Zie! Kau dah bangun ke?".
Tanya Lin sambil mengetuk pintu bilik aku.

"Ahaaa sudah beb, jap aku buka pintu".

Kata aku sambil bangun dari katil dan membuka pintu bilik.

"Beb, jom makan. Yana ada masak mee goreng". Ajak Lin.

"Wahhh, rajinnya Yana. Bukan sebelum ni, dia lah paling pemalas nak masak ke? macam badak air. Tau nak makan aja". Bisik aku, kepada Lin sambil ketawa kecil.

"Dia mimpi apa, nak masak beb?"

Aku berbisik lagi kepada Lin.

"Hurmmm entah lah. Tetiba sahaja nak memasak. Entah mimpi apa pun aku tak tau".

Balas Lin, sambil terseyum.

"Aku rasa dia nak tunjukkan skil dia memasak dekat pakwe dia kot. Manalah tau, pakwe dia tambah sayang hehehehh".

Aku ketawa bersama sama Lin.

"Haaaa apa yang gelak gelak tu. Kau mengutuk aku ye?".

Tanya Yana yang tiba tiba muncul didepan pintu bilik aku.

"Meh meh makan, aku dah masak ni. Bukan senang aku nak masak".

Kata Yana lagi. Kami bertiga melangkah kaki didapur dan duduk di meja makan. Yana telah menyedikan semunya diatas meja makan. Kami bertiga makan sambil berborak borak.

"Korang tau! Benda pertama yang aku nak buat dekat ipoh nanti?".

Tanya aku, kepada Lin dan Yana.

"Aku nak pergi makan tempat yang best best dekat situ. Lama aku tak makan western food. Rindunya". Kata aku.

"Kalau aku, aku nak gi shopping. Itu benda pertama aku nak buat".

Kata Yana. Kami bertiga bercerita tentang tempat yang best best di Ipoh. Tak sabar rasanya nak pergi ke Ipoh, sambut tahun baru... Lepas makan, aku terus ke bilik untuk mandi. Aku menoleh memandang ketempat tidur Z di sofa. Z masih lagi tidur berselubung. 

"Letih sangat darling aku ni".

Bisik aku, aku mengambil tuala dan terus masuk kedalam bilik air, untuk mandi. Selesai mandi aku masuk semula kebilik untuk bersiap.

"Comel pula rasanya paki warna pink". Bisik aku, bila aku mengenakan baju singlet pink dan berskirt hitam. Aku menghadap kecermin untuk mengenakan bedak dimuka dan memakai lens berwarna gary. Aku keluar dari bilik dan terus datang kepada Lin dan Yana yang masih lagi duduk dikerusi meja makan, sambil melihat talifon bimbit masing masing.

"Cantik tak Lin, aku pakai warna soft pink ni? Atau nak tukar baju lain?. Warna Pink ni, aku jarang paki. Ini pun kebetulan, adik aku yang belikan aku baju ni. Dia kan perminat pink. Sampai belanja aku pun warna pink". Kata aku kepada Lin.

"Ehhh cantik sangat Zie, ok dah, tak payah tukar. Nanti aku nak paki skirt jugalah".

Kata Yana yang tiba tiba menyampuk.

"Pakai pakai jangan tak pakai". Kata aku sambil kami bertiga ketawa.

Aku pergi kedepan ruang tamu untuk mengejutkan Z. Sepanjang aku dekat sini, First time aku kejutkan Z. Selalu Z sahaja yang mengejutkan aku dari tidur. Aku duduk dihujung kaki Z, sambil terseyum memandang Z yang begitu lena tidur.

"Beb beb bangun".

Aku menepuk nepuk pehanya. Z membuka matanya dan memandang aku, sambil mengeliat.

"Huwwaaaaa dah pukul berapa ni Zie?".Tanya Z.

"Dah pukul 10 lebih. Lamanya kau tidur Z. Aku ingat tidur teruss hehehhe".

Kata aku sambil ketawa.

"Hisss kau ni! Nak sangat aku mati ke? kau dah tak suka aku ek? doakan yang bukan bukan". Kata Z sambil menarik aku ke atas badannya.

"Eh, aku gurau aja lah. Tak boleh gurau duduk surau".

Aku ketawa. Z pula tersenyum. Aku bangun dari dakapan Z.

"Haaaa ni dah cantik cantik ni, awalnya siap?". Tanya Z, dan terus bangun dari baringnya.

"Alaaahhhh aku dah tak sabar nak ke Ipoh. Nak jalan jalan dekat sana. Nanti kita pergi tengok wayang ya Z. Kalau ada cerita yang best best dekat wayang nanti". Kata aku kepada Z.

"Ok sayang, Boleh".

Kata Z, sambil megengam jari aku.

"Cepatlah bangun Z. Yana ada buat sarapan. Yana masak mee goreng tau. Sedap Yana masak".

Kata aku lagi. Z bangun dari tempat tidur dan terus masuk bilik aku.

"Korang pergilah siap siap. Kata nak gerak pukul 12. Please be on time. Tak mahu lah lambat lambat".

Kata aku kepada Yana dan Lin yang masih lagi belum mandi dan sebuk bermain dengan talifon bimbit masing masing.

"Baiklah beb! Bising aja tahunya. Mentang mentanglah dia dah mandi". kata Lin terseyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience