Aku keluar dari bilik dan menjenguk keruang tamu. Semua kawan kawan lelaki, tak ada didalam rumah. Hanya kawan kawan perempuan sahaja yang sebuk bersolek dan membetulkan rambut, agar nampak lebih cantik.
"Eh kenapa sunyi sangat ni. Mana pergi semua kawan kawan lelaki aku? Tak kanlah semua duduk dalam bilik bersiap".
Fikir aku dan aku masuk semula kedalam bilik.
"Lin, lelaki semua pergi mana? Sorang pun tak ada?". Tanya aku kepada Lin.
"Ohhhh! jorang dah turun. Masing masing semua dah siap.Tu lah, siapa suruh makan Meggie terus tidur balik". Kata Lin, sambil terseyum.
Aku keluar dari bilik dan duduk diruang tamu, sambil memerhatikan Yana yang sedang mekup dicermin ruang tamu.
"Apa agaknye Z pakai hari ni? Tak sabar aku nak turun bawa, nak jumpa Z". Bisik aku sendiri.
Tiba tiba pintu bilik empat orang gadis terbuka. Tersedak asap rokok aku, bila melihat mereka berempat. Sungguh cantik semuanya. Mimi dan Ita, manis bertudung hitam dan memakai dress panjang berwarna kelabu dan Ita memakai dress jeans. Ayu sungguh mereka berdua. Mekup Ita dan Mimi, mesti Daya dan Nani yang solekkan. Tapi ok cantik... Manakala Daya dengan Nani, mana boleh nak kalah dengan aku. Dua dua paki skirt pendek bersinglet. Mekup mereka tetap tebal, lipstik tetap merahh. Dua dua lepaskan rambut. Nampak cun mereka malam ini... Kami turun kebawah bersama sama. Teman teman lelaki, sudah lama menunggu dibawah. Sambil mengisap rokok dan berborak borak sesama mereka. Bincang tempat karaok yang akan kami pergi malam ini. Dari jauh aku nampak Z. Z tersenyum sambil memandang aku yang berjalan kepadanya. Handsome Z malam ni. Tshirt berkoler jenama polo dengan seluar pendek jeans Koler baju di naikkan sedikit dibahagian belakang... Macam bohjan pun ada jugak... Bila koler baju dibuat begitu... Tapi, memang kelihatan handsome di mata aku.
"Haiii"
Tegur Z, bila aku hampir sampai kepadanya. Aku tersenyum malu. Bila Z merenung aku, dengan renungan yang tajam.
"Cantik puteri aku malam ni! Kenapa tak lepaskan rambut, mesti lagi ayu". kata Z.
"Hurmmmm tak nak lah".
Kata aku sambil berkerut dahi dan aku berpaling kepada Daya dan Nani yang melepaskan rambut mereka. Terus mood aku berubah. Rasa macam nak mengamuk dekat situ juga, bila Z suruh aku melepaskan ikatan rambut aku.
"Naik pula hantu aku ni karang. Pergilah berembus dekat EX kau yang lepaskan rambut tu. Macam jembalang aku tengok. Jembalang pun cantik lagi". Bisik aku di dalam hati, sambil mengetutkan dahi.
"Ohhhh! Suka awek yang lepaskan rambut ya". Kata aku dan ketawa sambil menyindir.
"Itu ha! Awek lepaskan rambut ada, kau pergi lah dekat mereka".
Aku ketawa lagi. Berubah muka Z, bila aku cakap begitu. Baru padan muka kau.
"Awak lagi cantik Z, berbanding mereka. Mana boleh lawan dengan awak"... Kata Z cuba berputar beli cerita.
"HUrmmm dah lahhh Z! Tak payah nak berawak awak sangat". Kata aku kepada Z dan terseyum sinis.
"Sekali kau cakap macam tu, sampai mati aku ingat. Jadi hari ni aku memang tak cantik. Sudahlah, malas aku nak layan. Aku dah lapar ni. Tadi dok bedal meggi aja"... Bisik aku.
"Z, kau suruh jorang cepat sikit, aku dah lapar ni. Kebulur dah perut ni".
Aku terseyum. Tapi hati masih terasa sakit. Z hanya menganggukkan kepalanya dan membalas seyuman aku. Aku terus masuk ke dalam kereta. Kami bergerak kekedai makan. Di sebuah restoran seafood. Kerana aku betul betul dah kebulur, sepinggan aku makan habis. Lantaklah orang nak cakap apa. Janji perut kau kenyang... Lepas makan, jam memunjukan sudah pukul 9.30 malam. Kami meneruskan perjalanan terus ke pusat bandar Ipoh. Kami mencari tempat untuk berhibur. Memandangkan esok tahun baru. Malam ni mesti ada bunga api. Sham membawa kami kesebuah pusat hiburan karaok di pusat bandar. Tempatnya sangat cantik. Sham sempat google tempat ini tengahari tadi. Dan terus buat booking online.
"Hello! Saya ada booking online tengahari tadi. Nama saya Sham. Boleh tolong checkkan".
Tanya Sham, kepada budak di kuanter itu.
"Jap ye bang saya cari kan".
Kata seorang lagi budak lelaki penjaga depan kuanter karaok tu.
"Ohhh ye ada... Bilik no32 ya cik".
Kata lelaki itu dan menyuruh kawannya menunjukkan bilik kami... Budak kuanter itu sempat memandang aku dan memberikan aku senyuman dan mengelipkan matanya kepada aku. Aku membalas senyuman budak itu... Z yang berdiri bersama Mie dan Shah, ternampak budak tu tersenyum senyum memandang aku. Z terus datang kepada aku dan memelok pinggang aku.
"Hello Bro, awek gua ni!".
Kata Z, denan nada agak marah. Terperanjat aku, bila Z tiba tiba ada disebelah aku.
"Aduhh senyum pun tak boleh ke?" Bisik aku, sambil memandang Z.
"Maaf bro! Saya ingat dia solo tadi".Balas lelaki itu, dengan wajah yang hanpa.
"Ok tak apa".
Jawap Z dan terus memimpin tangan aku. Masuk ke dalam bersama sama yang lain.
"Cemburu betul si Z ni. Kesian mamat tadi". Bisik aku.
Dalam bilik yang samar samar lampunya. Kelihatan bilik yang paling besar di situ. Sham mengambil vvip room, agar kamu semua selesa disitu.
"Wahh besrnya bilik".
Jerit Daya, sambil berjalan laju masuk kedalam bilik karaok itu.
"Hari terakhir enjoi". Kata Sham.
"Kenalah cari tempat yang best best". Kata Sham lagi.
"Esok kita stay dekat rumah sahaja. Lusa pagi pagi kita gerak balik". kata Sham lagi.
Masing masing menganguk tanda paham. Aku mengambil tempat duduk yang tengah, senang nak menyanyi nanti. Tempat duduk hujung kalau tutup lampu, macam rumah hantu. Takut aku nak duduk bahagian hujung tu.
"Kita akan berada dekat sini selama 3jam. Aku akan tambah lagi kalau nak buat penambahan masa". Kata Sham
Aku sempat menyanyikan dua buah lagu. Kerana suara aku tak lah sesedap mana pun. Bolehlah, taklah teruk sangat. Tapi suara Nani dengan Daya sungguh merdu bila menyanyi. Z datang kepada aku, setelah melihat screen, untuk mencari lagu. Lalu Z memeluk aku yang tengah duduk di kerusi.
"Jom menyanyi sama sama. Kita duet nak tak?" Ajak Z.
"Ah malu lah! Suara aku tak sedap sangat". Kata aku, sambil menyerungai.
"Alah tak apa".
Z cuba memakasa aku... Tiba tiba Daya memanggil Z menyanyi bersamanya.
"Z, I dah pilihkan u lagu. Cepat cepat jom duet dengan i. U ingat lagikan lagi kita ni".
Kata Daya kepada Z. Rupanya Daya terlebih dahulu telah mencari lagu untuk dia dan Z. Z bangun mencapai mic, sambil tersenyum memandang Daya. Bengkaknya hati aku, tak seorang pun tau. Kecuali Lin yang memandang aku dan seperti faham perasaan aku.
"BODOH! Rupanya kau ada lagu dengan si gedik tu!"
Marah aku, bila lagu gurauan berkasih Siti Nordiana dengan Acik. berkumandang dicorong spiker... Bilik yang berhawa dinggin, tiba tiba terasa hangat.Â
"Memang setanlah perangai kau Daya. Aku ada dekat sini lah! Kau sengaja buat aku terbakar".
Bisik aku sambil mengatap gigi, menahan marah. Di tambah dengan cara pandangan Daya kepada Z setiap kali menyanyikan lagu itu. Sungguh menyakitkan hati aku. Bertambah sakit lagi bila Z membalas senyuman Daya. Buat aku lagi tak senang duduk. Baiklah aku keluar dari sini. Sebelum aku terbakar... Aku bangun dari tempat duduk dan berjalan keluar. Z betul betul tidak perasan bila aku keluar dari bilik itu. Aku melangkah pergi ke Mini bar dan duduk bertengek di hadapan bartender.
"Yes sis nak minum apa?".
Tanya budak itu.
"Bagi beer satu. Tak nak ais ya. Just bagi sis gelas sahaja". Kata aku.
"Baik sis".
Kata budak itu sambil dia berpusing dan mengambilkan aku beer dan terus meletakannya dihadapan aku. Aku membuat bayaran terlebih dulu sebelum minum. Senang nanti, sebab aku tak tau apa yang akan berlaku lepas ni. Mana lah tahu Z datang mencari. Itu yang aku harap harapkan sangat... Aku memasang sebatang rokok dan terus minum air yang ada di atas meja. Masih terbayang bayang muka Daya mengajak Z menyanyi lagu kenangan mereka. Rasa aku nak hempas sahaja gelas yang ada di hadapan aku ni. Tiba tiba aku nampak Lin datang dan terus duduk di sebelah aku.
"Heii kenapa jadi macam ni! Apa yang kau marah sangat ni?"
Tanya Lin dan datang bartender.
"Sis nak minum apa?".
Tanya budak itu.
"Oh tak apa, thanks ya!".
Jawap Lin dan berpusing kepada aku semula.
"Zie, dia baru menyanyi aja. Kau jangan lah macam ni. Cuba kau fikir benda yang elok elok aja. Apa yang kau nak takut sangat. Kau lagi cantiklah dari dia apa". Kata Lin.
"Boy sini sekejap".
Lin memangil budak lelaki yang menjaga mini bar itu.
"Sis nak tanya ni! Sis ni cantik tak?"
Kata Lin sambil menunjuk kepada aku. Berkerut dahi budak tu. Bila soalan bodoh itu ditanya.
"Cantik sis".
Jawap budak tu, sambil tersenyumm.
"You see! Dia pun cakap kau cantik". Kata Lin.
Aku tersenyum memandang Lin yang begitu beria ria.
"Terima kasih Lin. Aku cuma sakit hati aja. Dari pagi tadi aku meluat tengok dia dengan Z. Z tak rasa bersalah ke Lin? Dia buat aku macam tak ada dengan dia. Kenapa aku tak cukup bagus ke? sampai dia kena dengar cakap Daya". Tanya aku.
"Ahhhhh, Kau jangan fikirlah benda yang mengarut ni. Z sayang kau. itu aku pasti". Jawap Lin lagi.
"INi last ya kau minum, Aku tak nak tengok kau minum minum lagi. Tak baik untuk kesihatan Zie".
Lin cuba menasihatkan aku. Lin mengambil sebatang rokok dari aku, lalu memasangnya. Aku juga memasang lagi sebatang rokok. Kami merokok bersama sama. Aku masih lagi meneguk air yang terhidang di atas meja. Lin mengeleng gelengkan kepala setiap kali aku minum. Aku hanya tersenyum memandang Lin.
"Lepas ni kita masuk ye Zie. Kau minumlah dulu, aku temankan kau".
"Tak apa Lin, kau nak masuklah dulu.Tak payah tunggu aku. Aku tak apa apa. Kesian Ali tertunggu tunggu kau".
"Macam aku ni, siapalah yang nak tunggu. Diakan sebuk mengenang memori lama dia. Biarkan lah dia Lin. Aku nak tengok sampai bila dia boleh buat aku macam ni... Aku tau lah Lin. Daya tu, nak balas dendam dengan aku. Sebab Z pilih aku, bukan dia. Cuma akuuuuuu". Aku memberhentikan ayat.
"Hurmm,tak apalah Linn. Jap aku minum habiskan, lepas ni kita masuk sesame". Kata aku.
Aku menghabiskan saki baki air didalam cawan dan aku berjalan bersama Lin, menuju ke bilik karaok semula.
Share this novel