"Hello! Awak ke yang nak jumpa saya?".
Zie menegur lelaki tersebut, yang setia memandang kelaut.
"Kenapa awak nak jumpa saya ye encik?".
Tanya Zie lagi.
Lelaki itu berpusing memandang Zie. Zie sunguh terperanjat dan lantas memeluk erat lelaki tersebut.
"Khai! Dah lama kita tak bersua muka".
Kata Zie dan masih setia memeluk lelaki tersebut.
"Khai, awak sehat ke?".
Tanya Zie dan melepaskan pelukannya.
"Alhamdulillah, saya sehat Zie. Awak macam mana, Sehat ke? berapa orang anak dah?".
Tanya Khai.
"Alhamdulillah, saya juge sehat Khai. Macam yang awak tengok. Masih macam dulu dulu. Cantik, comel dan seksi".
Kata Zie sambil ketawa...
"Awak tak berubah Zie. Sama macam dulu dulu saya kenal awak. Apa mimpi awak kemari?". Tanya Khai.
"Kenapa? saya tak boleh datang ke sini ke?".
Tanya Zie.
"Ehhh tentu boleh. Kan saya dah cakap dekat awak. Bila bila masa, awak boleh datang ke sini. Tidak ada sesiapa pun yang boleh halang awak".
Kata Khai, sambil memegang tangan Zie.
"Zie, Z mana? kenapa saya tak nampak Z".
Tanya Khai.
"Saya datang bertiga sahaja Khai. Tanpa husband and tanpa kids. Kami datang untuk enjoy sambil holidays. Ini tempat terakhir kami".
Kata Zie sambil tersenyum.
"Kelihatan awak sangat gembira sayang".
Tanya Khai.
"Yes dear, saya sangat gembira bersama Z. Dia seorang yang sangat baik. Dia baik macam awak sayang. Saya sangat gembira hidup dengan Z". Terang Zie.
"Awak pula sayang! Macam mana dengan awak?
Mana wife awak?".
Tanya Zie..
Khai memimpin tangan Zie dan membawa Zie berjalan jalan di tepi pantai... Walau pun sudah pukul 12malam, tapi masih ramai orang yang berkhemah dan membuat BBQ di tepian pantai.
Zie mengikutkan sahaja Khai.
"Zie, awak ingat tak kenangan kita di sini ke?".
Tanya Khai.
"Khai! mestilah saya ingat. Saya tak akan lupa kan tempat ini dan tak akan pernah dapat melupakan tempat ini. Banyak kenangan kita di sini".
Jawap Zie.
"Khai, awak belum jawap soalan saya yang tadi. Awak macam mana? Mana wife awak, dia di atas ke? Berapa orang anak awak?".
Tanya Zie, sambil tersenyum. Khai hanya diam bila Zie, bertanyakan soalan kepadanya...
"Heiiii".
Zie terhenti dan melepaskan gengaman tangan Khai. Zie memusingkan badan Khai dan mengadap kepadanya.
"Heii kenapa ni Khai". Tanya Zie lagi.
"Zie, jodoh kami tak panjang Zie. Dia telah pergi. Dia telah pergi meninggalkan saya Zie. Setahun sudah, dia pergi meninggalkan saya. Dia meninggal semasa melahirkan anak kami. Kedua duanya meninggal Zie, kerana pendarahan yang banyak. Setahun sudah pun berlalu. Saya kesepian Zie. Sepi mengenangkan nasib saya".
Cerita Khai.
"Maafkan saya Khai, saya tak tahu".
Zie menarik tangan Khai dan memeluk Khai.
"Awak pasti akan bahagia sayang. Awak boleh cari pegantai si dia. Awak kena kuat".
Kata Zie memberikan kata kata semangat kepada Khai.
"Sudah tu, tak nak sedih sedih. Jom belanja saya makan dekat luar dari resort ni boleh ke?".
Zie, cuba menukar topik perbualan mereka.
Tersenyum Khai bila Zie menukar topik.
"Awak ni, macam dulu juga. Dah jom ikut saya, Saya bawa awak makan sea food".
Kata Khai, sambil mengeluarkan kunci keretanya dari poket seluar. Khai setia memegang tangan Zie. Sehingga keparking kereta. Mereka berdua terus pergi makan ditempat yang Khai katakan.
Bila sampai, mereka memesan makan dan makan sambil sambung berbual bual...
"Zie, awak dah ada berapa orang anak?".
Soalan yang tadi tergantung, ditanya semula oleh Khai. Zie hanya terseyum memandang Khai.
"Awak tau Khai... Yana dan Lee sudah ada dua orang anak. Power gila Lee hehheh". Zie ketawa.
"Lin dengan Yun dah ada seorang je anak... Lin susah nak mengandung. Ok lah kannn dapat seorang pun" Kata Zie.
"Wahhh hebat hebatlah diaorang. Saya dah lama tak jumpa dia orang. Nanti bagi saya nombor handphone mereka ye Zie".
Kata Khai, yang agak gembira, bila Zie bercerita tentang kawan kawan lamanya.
"Hurmmm awak tu pula, berapa orang anak dengan Z?". Tanya Khai lagi.
"Hurmmm belum ada rezeki lagi Khai. Tapi saya nak bagi tau awak. Saya ok je! Kalau Allah belum nak bagi lagi. Saya terima ketentuanya. Kalau dia bagi, saya lah yang paling bersyukur. Tak ada i, tetap ok jee".
Kata Zie sambil ketawa. Khai mengengam tangan Zie.
"Pasti ada suatu hari nanti".
Kata khai, sambil terseyum. Kahi tau, disebalik senyuma Zie. Pasti ada terselit kedukaan. Bila bercerita tentang anak.
"Haaaaa lupa nak tanya! Mana awak tau, saya ada di resort awak?".
Tanya Zie.
"Amir yang bagi tau saya tadi, tengahari. Bergegas saya datang. Rindunya nak jumpa awak. Amir kata awak bertiga sahaja denagn Lin dan Yana... Bertambah gembiralah saya nak jumpa awak".
Kata Khai bergurau. Tersenyum Zie.
"Jom lahh Khai, saya dah letih lah. Jom kita balik resort". Ajak Zie.
Khai menurut sahaja kehendak Zie. Sampai diresort, Khai menghantar Zie sampai kebilik.
"Khai, saya pinjam bilik awak ye? Bilik semua dah penuh tadi".
Kata Zie.
"Ehhh tak apa? Awak boleh duduk bilik ni. Nak duduk terus pun boleh". Khai terseyum menyeringai.
"Boleh saya masuk sekejap. Saya nak ambil baju saya untuk esok".
Kata Khai kepada Zie.
"Boleh boleh, tunggu kejap ye. Saya nak pastikan Yana dengan Lin pakai baju. Mereka ni, kadang kadang gila juga". Kata Zie sambil ketawa.
"Hurmmm sama lah macam kau dulu Zie. Bukan kau suka pakai baju pun, bila kau tinggal sorang sorang. Nasib aku tak terjebak dengan kau. Kalau tak, kau lah bini aku. Rugi gila aku".
Bisik Khai sambil tersenyum seorang diri.
"Ok dah boleh masuk".
Kata Zie kepada Khai. Khai masuk kedalam biliknya dan terus ke almari baju.
"Korang tengok siapa datang".
Kata Zie kepada Yana dan Lin yang masih belum tidur. Sebok mereka berborak dan melihat gambar gambar yang di send oleh Taufiq tadi.
"Hai Khai".
Tegur Lin.
"Tak sangka, dapat jumpa lagi kann. Bertambah hendsome kau Khai".
kata Lin lagi. Sambil ketawa kecil.
"Hisss ada ada je lah kau ni Linnn"...
Khai terseyumm.
"Betullah Lin, dah lama tak jumpa korang".
Balas Khai.
"Korang sehat ke?".
Tanya Khai pula.
"Alahamdulill, sehat sangat". Balas Yana.
"Wife kau tak datang sekali ke Khai?".
Tanya Yana.
Berpanadangan Khai dan Zie.
"Ohh tak de Yana. Aku sorang je!"
Kata Khai dan mencapai bajunya.
"Ok kita jumpa esok ye. Kita sarapan sama sama nanti".
Kata Khai kepada Zie.
"Bye Lin, bye Yana".
Yana dan Lin melambai tangan. Khai berjalan kepintu utama. Zie setia mengikut Khai hingga ke depan pintu.
"Jumpa awak esok ye Zie".
Kata Khai sambil mengelipkan sebelah matanya. Sambil terseyum. Zie sempat mencubit perut Khai...
"Hisss gatal". Kata Zie dan terseyum juga.
"Aduhh sakitlah, awak ni tak ubah ubah, macam dulu juga. Tangan macam ketam".
Marah Khai sambil mencubit pipi Zie. Terseyum Zie.
"Bye Khai, jumpa esok masa sarapan dekat bawah pukul 9.30 pagi ye".
"Ok". Balas Khai dan berlalu pergi...
"Amboii Cik khai, senyum lain macam je hari ini".
Tiba tiba Amir menegur Khai, yang berjalan turun ke lobi.
"Ehhh Amir! Tak perasan aku".
Kata Khai.
"Dah dok terseyum senyum sorang sorang mana nak perasanya".
Amir menyindir.
"Ni mesti sebab cik Zie ada sini kan!"
Kata Amir lagi.
"Hurmmm betul apa yang kau teka tu Amir. Aku gembira tengok Zie datang sini. Tapi aku kena sedar, dia ada Z. Dia bukan macam dulu Amir.
Dia sudah di miliki orang".
Kata khai, kepada Amir dengan nada kecewa.
"Tapi, berkawan tak salahkan. Kalau itu buat cik Khai gembira".
Kata Amir.
"Hurmmm entah lah Amir, saya pergi berehat dulu lah ye".
Kata Khai dan berlalu pergi meningalkan Amir.
"Zie, Khai tu bertambah handsomekann? Pandai bini dia jaga dia".
Tanya Yana, sambil terseyum.
"Hurmmm kau ni, Z lagi hensome".
Kata Zie sambil ketawa...
"Wife dia tak ikut ke, dia ke sini?".
Tanya Yana lagi.
"Korang tau, wife dia dah tak ada. Wife dia dah meninggal dunia. Pendarahan masa nak bersalin.
Anaknya juge turut mengadap Ilahi. Sedah wei, aku mendengar cerita Khai tadi".
"Lahhh ye ke Zie. Kesiannya dia Zie". Balas Lin.
"Moga isteri dan anaknya ditempatkan dikalangan orang yang beriman".
Kata Lin lagi.
"Amin". Balas Zie dan Yana.
"Ehhh dah lah, meh sini. Tengok gambar gambar dan vedio vedio kita dari Cameron, Melaka hinggalah dekat sini. Aku rasa dekat sini paling best. Sebab ada budak budak tu tadi. seronok aku, dapat lepak dengan diorang. Dah lah pangkat adik adik, ada hati nak mengorat kita hahahha".
Kata Lin sambil ketawa. Yana dan Zie juge turut ketawa. Zie turun dari atas katil dan terus keluar ke balconi. Melihat suasana diluar. Angin bertiup kencang. Teringat pula dekat Z.
"Hurmmm, apa agaknya dia buat ye?".
Bisik Zie didalam hati..
Share this novel