Terperanjat Zie bila melihat Arvin ada di situ seorang diri.
"Heiii u! U buat apa dekat sini?".
Tanya Zie.
"Ehh u ni... I yang sepatutnya Tanya u. Apa u buat dekat sini?"
Balas Arvin kepada Zie. Tersenyum Zie.
"I baru sampai sini". Terang Zie.
"U seorang je ke? Mana yang lain?".
Tanya Arvin, sambil mara tercari cari disekeliling.
"I sorang sahaja u. I tak bawa sesiapa pun". Jawap Zie.
"I saja nak cari ketengan disini. Tak sangka i dapat jumpa u lagi".
Berkerut kebingungan Arvun, bila Zie mengatakan yang dia datang sendirian.
"U pula, buat apa di sini?". Tanya Zie.
"This is my hometown. We all live here.
Welcome here Zie".
Kata Arvin sambil tersenyum.
"Wahhh! Bermaksud semua yang i jumpa masa dia Port Dickson hari tu ada di sini?"
Tanya Zie.
"Yes Zie. Kami semua ada di sini. Rafi, Kamal dan Taufik".
Terang Arvin.
"Wahh, tak sangkakan kita bertemu disini. Tak lah i bosan disini seorang diri".
Wajah keceriaan muka terpancar diwajah Zie.
"Kami ada buka restoren di sini tau! Kita sahre 4 orang... Tempat lepak dengan suasaan Barli. Seronok tau Zie". Terang Arvin.
Tersenyum Zie, bila mendengar kata kata Arvin yang tidak megambarkan yang dia orang India.
"Ehhh kenapa senyum ni!".
Tanya Arvin, kepada Zie.
"I like to see you. You are very different from my other Indian friends".
Balas Zie.
"Kenapa pelik tengok orang India yang tak pandai cakap India ke hehehhe".
Arvin menyeringai.
"I dibesarkan disini. Kawan kawan i semua orang melayu. Sampai i sendiri pun tak pandai sangat berbahasa India. Tapi i masih faham bila orang bercakap bahasa india kepada i".
Terang Arvin lagi.
"Ehhh asik berborak je kita ni, jom kita ke tempat i. Hari pun dah nak malam. I belanja u makan". Ajak Arvin.
"Mesti yang lain terperanjat, bila lihat u ada di sini".
Kata Arvin lagi.
"Jom".
Balas Zie sambil terseyum.
"U look beautiful Zie. Tambah lagi, bila u senyum". kata Arvin memuji Zie.
"Thanks dear, puji puji i. Nanti i pulak belanja u makan".
Kata Zie dan Arvin tersengeh macam kerang busuk.
"Jauh ke, dari sini?".
Tanya Zie lagi.
"Ehhh tak jauhlah! Jalan kaki dari resort u tinggal, dalam 5 minit jalan kaki". Balas Arvin.
"Kalau penat, nanti I dokong u".
Kata arvin sambil tergelak kecil.
"Hisss nakal lah u ni".
Kata Zie dan berjalan beriringan ketempat makan yang Arvin katakan.
"Ok itu lah tempat kami".
Kata Arvin, sambil menunding jarinya ke sebuah kedai makan yang sunguh cantik. Di tambah dengan cahaya lampu lampu dan meja makan yang beratapkan daun nipah serta meja dan kerusinya dia perbuat dari buluh. memang santai tempat makannya.
"Wahhh sungguh cantik tempat u. I suka sangat. Pandai uolls design tempat makan macam ni".
Zie betul betul teruja.
"Hurmmm sudah 4 tahun Zie, kami buka tempat makan ni. Thanks kepada tuhan. Tempat kami buka ni, sangat maju. Pengunjung yang datang, suka masakan kami".
Kata Arvin lagi.
"Kami buka pukul 6ptg sampai 2pagi. Kalau malam minggu sampai 3, 4 pagi baru tutup. Bergantung kepada pegunjung yang datang ke Langkawi ni".
Kata Arvin dengan lebih terperinci. Terseyum Zie, bila mendengar Arvin bercerita.
"U ni Zie, janganlah senyum senyum. Nanti i tergoda lah".
Kata Arvin sambil ketawa kecil.
"Geng! Tengok siapa yang aku bawa ni".
Teriak Arvin kepada Rafi dan Taufik yang tengah duduk disatu pangkin ditepi kedai makan mereka. Sambil bermain gitar.
"Ehh Zie".
Lafas Taufik dan terus bangun dari tempat duduknya begitu juga Rafi. Mereka betul betul terkejut dengan kehadiran Zie disitu.
"Ni macam mana boleh tersesat dekat sini?".
Tanya Taufiq lagi. Terseyum Zie, bila melihat meraka yang begitu teruja dengan kehadirannya disitu.
"I saja holiday dekat sini! Tak sangka dapat jumpa uolls lagi".
Terang Zie.
"Kamal mana?".
Tanya Zie, bila melihat Kamal tidak ada disitu.
"Kamal ada dekat dapur, tengah masak makanan untuk pelangan". Balas Rafi.
"Mal meh sini! Tengok siapa yang datang".
Jerit Rafi kepada Kamal. Kamal mengeluarkan kepalanya dari jendela dapur untuk melihat kedepan.
"Ehhh awak".
Jerit Kamal dari jendela dapur.
"Bro! Tolong tengokkan masakan aku".
Arah Kamal kepada pembantunya dan terus meluru ke ruang depan.
"Heii u, bila sampai? Dapat juga kita bersua muka lagi kan".
Kata Kamal. Zie hanya terseyum melihat mereka semua.
"Ehhh mah sini duduk".
Jemput Kamal.
"Apalah korang ni! Kenapa tak ajak Zie duduk".
Marah Kamal... Mereke duduk bersama sama dan berborak borak. Sambil menikmati keindahan laut diwaktu malam. Dengan cahaya cahaya dari kedai makan yang juga wujud disekitar pantai. Deruan ombak, yang membuatkan Zie lebih tenang, bersama kawan kawan barunya itu.
"Berapa lama disini Zie?".
Tanya Taufiq.
"Tak pasti lagi Fiq".
Balas Zie sambil terseyum.
"Kenapa tak ajak husband u datang kesini bersama u?". Tanya Kamal.
Zie hanya terseyum. Tidak tahu untuk berkata apa dengan mereka semua.
"Dia ada! Tapi i rasa nak bersendirian buat masa ni". Balas Zie ringkas.
"Esok i bawa u jalan jalan nak tak?".
Tanya Arvin kepada Zie.
"Boleh boleh i pun nak tau juga, apa yang best Langkawi ni".
Kata Zie yang keriangan. Bila ada teman yang sudi membawanya berjalan jalan disekitar Langkawi. Kerana dia bukannya tau sangat jalan jalan disitu.
.....…...…..................….........…....….
"Daya, kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau nak hancurkan rumahtangga Z dengan Zie".
Tanya Mie kepada Daya... Mie telah menghubungi Daya dan ingin berjumpa Daya disebuah restoran.
"Kenapa nak salahkan aku Mie. Aku cuma nak bagi Z bahagia. Dia tak ada anak kan?. Aku cuma nak dia rasa mempunyai anak. Itu salah ke Mie?".
"Memang salah sangat Daya. Kenapa kau kejar sangat cinta orang yang tak mahukan kau. Kau tau tak! Z sekarang lebih sensara... Zie dah lari entah kemana? Hubungan mereka jadi berantakan kerana kau. Sudah sudahlah tu Daya. Tolong jangan gangu hubungan jorang yang sedia bahagia itu".
Mie mendengus memandang Daya.
"Aku kesepian Mie. Aku tak tau hala tuju aku... Aku masih mencari cari. Aku hanya nampak Z didepan mata. Aku bukanlah orang yang baik Mie. Siapa yang mahukan aku? Seorang yang banyak membuat dosa dari zaman remaja aku".
Lalu Daya tunduk memandang kebawah. Lantas Mie menarik tangan Daya yang berada diatas meja, lalu memegangnya.
"Kenapa bodoh sangat ni! Kalau orang dah tak nak, cari sahaja orang lain yang boleh menjaga dan mencintai kau".
Kata Mie kepada Daya. Daya mengangkat mukanya dan memandang kepada Mie.
"Siap lelaki bodoh yang mahukan aku Mie? Aku bukan perempuan baik".
"Kenapa harus buta Daya! Aku kan ada".
Kata Mie sambil terseyum. Daya juga terseyum memandang Mie, sambil berkerut dahinya.
"Kenapa aku Mie?". Tanya Daya.
"Sebab aku nak kau berubah. Aku nak jaga kau. Aku tau kau boleh berubah. Kau juga cantik, tapi tidak ada sesiapa yang menghargai kau... Mereka buta. Tapi aku tak buta".
Kata Mie, sambil terseyum. Daya juga turut tersenyum mendengar kata kata Mie.
"Bukan kerana kau mahu kan aku, agar aku tidak menganggu hubungan Z lagi ke Mie?".
"Jangan cakap macam tu Daya. Aku betul betul suka kan kau".
"Terima kasih Mie! Kata kata kau buat aku mula rasa, diri aku dihargai oleh seseorang".
Mie terseyum memandang Daya, yang seakan akan faham apa yang dia mahu disampaikan.
"Sudi kah kau menjadi sebahagian dari hati aku?".
Tanya Mie kepada Daya. Daya tergamam dan lantas memandang kepada Mie... Seperti tak percaya Mie akan bertanya soalan begitu. Daya terseyum dan hanya menggangukkan kepalanya. Mie begitu lega, bila Daya menyambut baik lamarannya. Dia berharap dapat mengubah Daya nanti.
..........…......................................................
"Khai! kau dekat mana?".
Tanya Z ditalian.
"Aku dah nak gerak balik Melaka. Kenapa Z?".
"Boleh aku jumpa kau sekejap ke Khai?".
"Boleh Z. Kau jumpa aku dekat kedai mamak, dekat dengan rumah kau tu ya Z. Kejap lagi aku sampai.
"Ok Khai, lagi 10 minit, aku sampai sana.
Dan mereka memutuskan talian... Bila Z sampai disana Khai masih lagi belum tiba. Z memesan minuman dan menunggu ketibaan Khai.
"Hai Z".
Khai muncul dibelakang Z dan terus duduk didepan Z.
"Kenapa kau nak jumpa aku ni?". Tanya Khai.
"Order minum dulu Khai".
Kata Z dan Khai memesan minumannya.
"Khai, aku nak minta tolong kau sesuatu".
Kata Z kepada Khai dengan wajah Z yang begitu serius. Berkerut wajah Khai, bila memandang Z.
"Khai, kali ni aku betul betul tak dapat cari Zie. Puas aku cuba. Sudah dua hari dia pergi. Aku betul betul putus asa. Akuuuuu".
Z terhenti dari bebicara.
"Kau nak aku tolong apa Z?". Tanya Khai.
"Tolong sampaikan surat ini kepada Zie ya Khai. Kalau kau terjumpa dia... Tak kiralah, bila bila sahaja... Walaupun mengambil masa yang lama. Aku pasti dia akan cari kau juga... Untuk luahkan rasa hati dia, yang telah aku lukakan".
Kata Z sambil menyerahkan sepucuk surat buat Zie. Khai mengambil surat itu dengan pelbagi tanda tanya yang bermain difikiran Khai.
"Kenapa Z kelihaan pelik ni? Dia nak pergi ke mana, sampai dia tidak dapat beri sendiri kepada Zie" Bisik Khai.
"Aku gerak dulu ya Khai. Moga kita akan bertemu lagi. Tapi bukan disini. Mungkin ditempat yang lain".
Z terseyum kusut dan terus bangun dari tempat duduknya. Z berlalu pergi meninggalkan Khai yang masih lagi dalam kebingungan dengan perangai Z.
..….........................................
Menjelang malam Zie berehat didepan television sambil baring. Tiba tiba, hati Zie berdebar debar. Zie memegang dadanya.
"Kenapa tiba tiba berdebar ya".
Kata Zie sendiri sambil terfikirkan Z. Lantas Zie mengambil talifon bimbitnya yang ada terbiar disebelah lampu meja. Zie memandang talifon bimbitnya ditangan.
"Nak on ke tak nak? Nak on ke tak nak?".
Hati Zie berbelah bagi untuk membuka atau tidak. Zie meletakkan talifon bimbitnya ketepi semula. Dan mata setia memerhatikan talifon bimbitnya itu. Lalu Zie mengcapai kembali talifon bimbitnya itu dan terus menekan button on.
"bib! bib! bib! bib! bib".
Bertalu talu watsap dan Massanger call masuk. Lebih pelik bila nombor phone Lin dan Yana lebih banyak masuk dari biasa . Zie berkerut bercampur debaran.
"Kenapa meraka banyak kali call aku ya?".
Kata Zie sendiri. Pangilan akhir pada Pukul 8.15malam. Zie melihat jam ditalifon bimbitnya. Sudah pukul 8.40malam. Ini bererti, baru sahaja mereka cuba hubungi Zie. Lantas Zie menghubungi semula Lin dengan dada yang berdegup kencang.
"Ring! ring! ring!".
Bila lihat nama Zie ditalian, Lin cepat cepat mengambil dan menekan pangilan masuk.
"Zie kau dekat mana Zie?"
Terjah Lin dengan nada yang tinggi.
"Aku dekat Langkawi beb. Kenapa kau dengan Yana call aku Lin?. Mama dengan iby pun call aku jugak... Kan aku dah bagi tau korang! Aku nak tenangkan fikiran aku ni".
Jawab Zie.
"Zie balik sekarang Zie! Tolong balik sekarang Zie". Rayu Lin dengan tangisan.
"Kenapa Lin? korang buat aku risau".
"Zieeeeeee.... Z Zieeeee".
"Kenapa dengan Z Lin? Tolong jangan buat aku takut Lin?".
Marah Zie bercampir takut.
"Z kemalangan Zie! Sambil Lin mula meraung. Z meninggal ditempat kejadian".
Tersentak hati Zie, bila mendengar apa yang Lin katakan itu. Zie terduduk ditepi bucu katil dan tergamam sejenak.
"Kau tak main mainkan aku kan Lin".
Nada Zie mula layu.
"Tidak Zie! Aku tak main main. Z kemalangan sebelum magrib tadi. Dia meninggal dunia ditempat kejadian".
Lin kembali meraung selepas bercerita kepada Zie. Berdebar jantung Zie, bagikan mahu tercabut. Air mata mula turun mencurah cuah dipipi. Zie tergamam dengan kata kata Lin.
"Hello Zie! Hello Ziee.... Zieee zieee".
Teriak Lin. Zie memutuskan talian, tanpa berkara apa apa. Zie berkemas dan bergegas ke airport Langkawi. Zie bernasib baik, kerana ada penerbangan pada pukul 10 malam. Sampai di KLIA Zie meluru keparking kereta. Tempat dia meletakkan keretanya, 2 hari lepas... Zie memandu laju kerumah. Dia berharap semua ini hanya guraan dari kawan kawanya. Dia berharapa juga. Bila dia sampai dirumah, Z ada dirumah dan menyambutnya didepan pintu dan memeluknya.
Sampai dirumah Zie membuka pintu dan masuk kedalam sambil berteriak nama Z.
"Sayang oh Sayang! Aku balik ni".
Jerit Zie sambil menangis.
"Sayangggggggg aku balik sayang! Tolong jangan bergurau dengan aku Z".
Teriak Zie lagi. Lantas duduk disofa dan menagis.
Tiba tiba talifon Zie berbunyi. Tertera nama Mak mertuaku. Bermaksud Mama Z yang menalifonnya. Lantas Zie menjawap pangilan itu.
"Hello! kamu dekat mana Zie?".
"Saya baru sampai sini mama. Saya baru balik dari Langkawi. Ada kerja sikit disana".
Zie cuba menipu mama Z. Kerana dia tak mahu Mama Z, fikir yang bukan bukan.
"Mama harap Zie dah tahu tentang Z".
Kata Mama Z, sambil menangis.
"Ya Mama! Saya sudah tahu. Jenazah Z dimana sekarang ya Mama?".
"Mama dah bawa balik rumah Mama. Mama nak Z dikebumikan malam ni juga. Zie datang sini secepat yang mungkin ya Zie".
Kata Mama Z, yang bersuara serak serak, akibat menangis.
"Ya ma! lagi 10minit Zie sampai sana".
Kata Zie dan memutuskan talian. Zie menukar baju dan terus bergegas kerumah Mama Z. Bila masuk sahaja kedalam rumah. Kelihatan sebujur tubuh, terbaring diruang tamu. Zie meluru ketubuh yang kaku terbaring diruang tamu itu dan membuka kain penutup wajah.
"YaAllahh! Kenapa jadi macam ni sayang. Ini semua salah aku Z". Lantas Zie meraung ditepi jenazah.
"Sayang, kenapa macam ni. Kenapa aku balik sini, kau tak sambut aku dengan senyuman manja kau Z. Maafkan aku sayang! Tolonglah bangun Z. aku rindukan kau".
Zie mula memeluk tubuh yang tidak lagi bernyawa disisinya itu. Ibu Zie dan kawan kawan yang lain turut menitiskan air matanya.
"Sudah tu sayang! Yang pergi tak akan kembali. Tolong beristifar banyak banyak Zie. Jangan buat macam tu! Terseksa Z nanti sayang".
Pujuk Ibu dan Mama Z.
Zie meratap wajah Z yang sudah pun siap dikafankan... Zie merenung wajah Z yang terkaku didepan matanya. Zie, tak tertahan sebak dihati? bila meratap wajah terakhir Z. Lalu Zie mencium pipi Z, kiri dan kanan buat kali terakhir.
"Lepas ini, kau tak akan ada lagi didepan mata aku sayang. Tiada ada lagi yang membelainya setiap pagi. Aku akan kesorangan Z".
Lafas Zie dengan nada yang pelahan.
"Asalam".
Tiba tiab, ada seseorang didepan pintu rumah Mama Zie. Kelihatan Mie dan Daya yang tiba didepan pintu. Zie lantas bangun dan menolak bahu Daya.
"Kau pergi dari sini. Mie tolong bawak dia pergi dari sini Mie".
Arah Zie kepada Mie. Sambil menangis. Daya turut menangis melihat Z yang berbujur kaku didepan matanya.
"Zie, maafkan aku Zie. Ampunkan aku Zie".
Daya merayu kepada Zie.
"Tolong pergi Daya! Kerana kau aku hilang kekasih hati aku! Aku hilang cinta aku, kerana kau Daya... Kau tolong pergi Daya, sebelum aku bertindak gila".
Yana dan Lin cuba menenangkan Zie. Lin menarik Daya ketepi.
"Maafkan aku! Aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk kau minta maaf. Tolong beransur dulu Daya. Tunggu Zie betul betul tenang dulu".
Kata Lin sambil memandang Daya. Daya mengganguk tanda faham dan duduk didalam kereta Mie. Mana kala Mie membantu untuk menguruskan jenazah sahabat baiknya hingga ke liang lahat.
Share this novel