pemergian Kid, tingal kenangan

Romance Completed 40494

Berdebar debar hati aku, bila melihat surat ditangan. Aku melabuhkan punggung aku diatas kerusi disitu. Aku membuka buka surat itu pelahan lahan.

............................................        

Assalam sayang ku Zie,

Jangan pernah menangis dengan perpisahan kita ini. Dalam masa yang singkat perkenalan kita. Hati ini mula merindui dirimu. Sehari tak melihat dirimu, hati merasa sungguh gelisah. Kau umpama rama rama yang sangat cantik di pandang, Tapi lari bila di pegang. Cara mu membuatkan aku ingin mengenali dirimu dengan lebih dekat lagi. Kau bukan seorang gadis yang berpura pura. Kau sangat sangat istimewa. Boleh lihat dimatamu ke iklas itu.

Kehadiran dia membuatkan aku lemah. Hancur berkecai hati ini bila melihat dia dan kau. Tapi apa kan daya. Kerana aku tak layak untuk mu. Aku terima semua suratan takdir. Sesungguhnya satu hari nanti. Pasti Allah ketemukan kita. Walaupun diwaktu itu, kau sudah pun di miliki dia.

Selamat tinggal kekasih hati. Moga bahagia itu, sentiasa milik mu. Salam sayang dari kekasih mu yang setia menantikan dirimu.

KID 
...............................................

Aku membaca dengan penuh perasaan. Bercucuram air mata aku turun dan jatuh di pipi. Bila mengenangkan orang yang mula disayang telah pergi. Rasa ingin sanggat meraung dan menjerit sekuat kuat hati, tapi apakan daya aku.

"Selamat tinggal kekasih".

Bisik aku, sambil mengucup surat yang ada ditangan. Aku naik semula ke atas dengan hati yang sangat sedih. Dalam masa yang sama, hati dalam delema. Aku kesini untuk bahagia. Tapi yang aku dapat bercampur campur. Aku melangkah kaki masuk kedalam rumah dengan harapan. Tidak ada lagi memori bersama Kid, selepas ini. Aku harus melupakan Kid dan menyorok perasaan sedih ini dalam dalam. Aku terus masuk kedalam bilik. Z pula sudah berada didalam bilik air. Aku mengambil dairi yang aku bawa bersama dan menyimpan surat yang Kid berikan didalamnya. Aku keluar kembali dari bilik dan duduk semula bersama sama kawan kawan di hadapan television. Masing masing mula sebok bersiap, sorang demi sorang.
Yana dan Lin pun sudah bersiap. Mereka duduk dirunag tamu untuk mengenakan mekup.

"Ingat Zie! jangan dikenang lagi, sesuatu yang telah pergi. Mulakan hidup baru mula saat ni".

kata Lin, dengan nada yang agak berbisik. Agar tidak ada yang dengar.

"Jangan buat Z kecewa dengan kau lagi. Seperti mana kau mengecewakan orang lain. Mulakan jalan yang baru, hidup yang baru. Agar sejarah tak akan berulang kembali".

kata Lin lagi. Aku hanya tersenyum.

"Terima kasih Lin. Korang berdua adalah kawan yang sangat memahami aku. Aku berjanji tak akan melukakan hati sesiapa lagi, terutama hati Z". Kata aku.

Z keluar dari bilik air dan masuk kedalam bilik untuk memakai baju.

"Zie, sini sekejap". Panggil Z.

Terlupa segala masalah aku, bila melihat Z tersenyum dan mendengar suaranya memanggil aku dengan nada lembut.

"Ok sayang!".

Kata aku sambil bangun menuju ke bilik.

"Zie! Tolong gosokkan baju kemeja aku ni, boleh ke? Nak sama macam kau". Kata Z sambil terseyum.

"Tentu lah boleh! Bak sini aku gosokkan dekat luar".

Habis mengosok aku memberikan semula kepada Z. Z mengenakan baju kemeja putih dan seluar pendek atas lutut berwarna hitam. Z betul betul kelihatan handsome, bila memakai pakain berwarna putih. Terserlah kekacakannya.

"Zie, lupa aku nak tanya. Tadi kau pergi kemana? Tak nampak kau pun, masa aku bangun tidur tadi". Tanya Z.

Aku terdiam sejenak.

"Aku kena berterus terang dekat Z. Kalau aku tak suka ditipu dalam cinta. Aku pasti, Z juga tak suka kalau aku menipu". Bisik aku, sambil mata memandang Z.

"Z. Maafkan aku ya". Kata aku kepada Z.

"Eh kenapa nak minta maaf pula ni Zie?" Tanya Z.

"Tadi aku jumpa Kid. Kid dan nak balik KL. Aku berjumpa dia dekat bawah, buat kali terakahir. Maafkan aku Z". Kata aku kepada Z.

"Tak apa sayang, aku faham". Kata Z sambil tersenyum.

"Terima kasih Z" kata aku sambil aku memeluk Z, kegembiraan.

"Sekejap aja sudah hari keenam kita di sini kan Z. Sekejap lagi, yang lain pun nak pusing satu cameron ni. Mereka semua nak pergi tempat yang kita tak pergi lagi. Hari ini  hari terakhir kita dekat sini.Kita jangan lepaskan satu tempat pun". Kata aku sambil terseyum dan Z juga terseyum.

 "Ok tuan puteri ku sayang! Hari ni sampai petang kita jalan jalan. Selagi tak petang jangan balik. Makan semua dekat luar nanti! Hari ni tak payah masak masak ok, kita enjoy sepuas puasnya dekat sini". Kata Z sambil menarik hidung aku.

Selepas semua kawan kawan lelaki selesai bersiap. Mereka turun kebawah apartment, untuk memanaskan enjin kereta masing masing. Mana kala yang peremupun macam biasa. Masih tengah bersiap. Ada yang melilit tudungnya. Ada yang baru hendak mengosok baju. Ada yang mengadap cermin untuk mekup. Hurmmmm nama pun perempuankan

"Korang apa kata hari ini semua girls paki baju putih. kalau adalah?". Tanya aku.

"Lin cuba kau tukar baju kau tu, pakai putih. Yang lain pun pakai putih jugak. Ita dengan Mimi ada bawa baju warna putih ke?" Tanya aku.

"Ada ada sis, saya ada bawa kemeja putih". Kata Mimi.

"Alahhhh aku tak ada baju warna putih Zie".kata Nani dengan moncongnya.

"Nasib aku ada bawa". Sampuk Daya.
"Aku ada bawa dua baju putih beb! Kalau kau pinjam. Tapi ada bunga bunga merah sikit". kata Daya kepada Nani.

"Ok tak apa beb, janji putih". kata Nani, sambil terseyum.

Bila semua sudah bersiap dengan pakain putih masing masing, kami berkumpul di ruang tamu.

"Cantikla semua girls pakai baju putih. Jom tangkap gambar dekat balconi". Ajak Yana.

Kami yang girls semua beratur dibalconi dan menangkap gambar menggunakan Mono pod yang Yana bawak. Pelabagai wajah kami semua buat. Betul betul riang gembira kamu semua. Bila melihat semula gambar gambar itu. Kami semua ketawa terbahak bahak

"Wahhh comelnya semua". kata Yana.

"Nanti aku send gambar gambar ini". Kata Yana lagi.

"Sudah sudahlah tu".

Jerit member lelaki aku dari bawah balconi.

"Oii cemburu lahh tu"... Balas Mimi. Kami semua ketawa diatas.

Bila semua sudah siap. Kami semua turun ke bawah.

"Ehhh kenapa semua paki baju putih ni".

Tanya Sham. Kerana Sham juga memakai tshirt putih. Kecuali Hafiz, Mie, Shah dengan Wan.

"Sapa ada bawak tshirt putih atau kemeja putih baik tukar hehehheheh". kata Sham, sambil ketawa. 

"Hurmmm macam macam lahh kau ni Sham". Kata Hafiz.

Mereka berempat pun naik semula ke atas untuk menukar tshirt putih. 5 minit kemudian mereka turun semula. Hafiz memakai tshirt putih adidas. Begitu juga dengan Mie, turut memakai tshirt. Shah memakai sweter putih berjalur biru. Wan pula memakai jersey putih berlengan merah. Tersenyum aku melihat mereka... Yang lain turut terseyum melihat diri masing masing. Bila semua berpakian putih. Yana mengeluarkan stand handphonenya dan set time untuk menangkap gambar kami semua... Beratur semua kawan kawan bila Yana mula set time dihandphonenya dan kami membuat Freestyle, bila beberapa gambar diambil.

"Ok sudah tu, jomm! Kita pusing satu camaron highland". Kata Mie.

Kami naik kereta masing masing dan memulakan perjalanan. Barulah rasa lega, dapat naik kereta dengan hati yang tenang. Sudah tak ada pengacau lagi. Barulah ada perasaan berbunga bunga, bila berdua duaan dalam kereta dengan Z. Tempat pertama kami pergi Strawberry park. Keluar dari kereta. Z menghulurkan tangannya untuk memimpin tangan aku. Terasa pelik dan lain bila Z berbuat begitu. Kalau sebelum ni pegang pegang tangan pun sebab main main. Selalu aku yang akan mulakan dulu. Baru Z membalas. Tapi kali ni terasa lain pula, bila Z menghulur tangannya, untuk memegang tangan aku. Satu perasaan yang indah, tiba tiba datang dan masuk kedalam hati. Kalau dulu dia hanya lah seorang sahabat. Tapi sekarang dia adalah seseorang yang aku mula cintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience