Part100

Romance Completed 40494

"Bibb! bibb! bibb".

"Hisss siapalah yang call aku ni, sebuk betul malam malam nak call".

Kata Z kepada Yun dan Lee.

"Kau angkat je lah manalah tau kecemasan".

Kata Lee. Z menekan butang menjawap pangilan.

"Hello". Jawap Z.

"Haiii Z, ingat aku tak".

Kata seorang perempuan ditalian.

"Ehhh! Kan aku dah cakap, jangan call aku. Kau ni dah kenapa ya Daya. Tak paham paham bahasa ke?".

Marah Z dan terus bangun dari tempat duduknya dikedai mamak dan pergi ketempat yang agak sunyi.

'Maaf lah kalau kacau kau. Kau dah tidur ke?
Zie mana?". Tanya Daya lagi.

"Yang kau sebok tanya Zie kenapa Daya. Kau nak apa malam malam buta ni. Dah pukul 2 pagi.
Buatnya Zie ada, tak ke dia pikir yang bukan bukan. Kau ni tak guna otak kau ke?".

marah Z.

"Bukan aku yang nak call kau! Adam ni, tadi tidur. Tiba tiba terjaga. Menagis nangis tanyakan kau.
Badannya pun panas. Aku malas nak dengar dia bising bising, itu yang aku call kau. Dia nak dengar suara kau".
Terang Daya.

"Cepatlah panggil Adam".

Arah Z. Daya memberikan talifon kepada anaknya Adam.

"Daddy i miss u daddy".

Tiba tiba terdengar suara ada merintih kesedihan.

"Daddy work lah Adam. Adam jangan nakal nakal ye. Nanti daddy belanja Adam makan, bila Daddy dah habis kerja ye".

Sejuk hati Z bila bercakap dengan Adam. Terseyum Z sendiri.

"Ok Adam, kamu tidur dulu ye Goodnight Adam".

"Goodnight daddy".
Balas Adam manja.

"Nanti Adam call lagi ye. Bye Daddy".

"Bye Adam".
Z memutuskan taliannya. dan datang semula kepada Lee dan Yun.

"Hurmmm siapa call, kemain marah lagi. Lepas tu ni senyumlah pula".
Tanya Lee.

"Tak tau aku nak cerita macam mana dengan korang". kata Z.

"Alahhh cerita je lah". Kata Lee, yang cuba menjadi pakcik bawang.

"EX aku call".

Kata Z kepada Lee dan Yun.

"Cerita lama. Tapi sekarang dia sebok cari aku.
Anak dia rindu aku pula. Masa aku putus dengan dia, dia mengandung".

Cerita Z.

"Anak kau ke Z".

Tiba tiba Yun menyampuk.

"Hisss tak lahh! Anak lelaki lain. Tapi dia nak aku, gantikan lelaki yang tak nak bertanggunjawap tu.
Gila kau! Aku bukan suka dia pun. Dari sekolah aku kejar Zie. Banyak juga dugaan nak dapatkan Zie... Daya sentiasa kacau hubungan aku dengan Zie. Hinggalah sebelum aku koma, dulu. Semua gara gara dia". Cerita Z.

Ternganga Yun dan Lee mendengar cerita Z.

"Hari tu, aku ke Singapore. Dia datang jumpa aku. Dia bawa anaknya. Dia cakap dengan anaknya aku daddy budak tu... Aku tak boleh nak cakap apa apa pun. Bila tengok budak tu, aku jadi kesian... Hisss entah lah! Buatnya dia call tadi, Zie ada dengan aku. Mampus aku gaduh dengan Zie".

Terang Z.

"Susah juga ni Z. Kau kena cerita betul betul dekat Zie. Takut dia fikir lain pula. Kau tau lah perempuan ni. Tak suka di tipu. Lebih lebih lagi, pasal bekas bekas teman wanita. Boleh jadi perang besar kau tau Z".
Kata Yun.

"Hurmmm itu lah. Nantilah aku cakap dengan Zie.
Biarkan dia holiday dulu. Esok petang mereka dah balik. Rindunya aku dekat wife aku".
kata Z sambil terseyum.

"Hurmmm, fikir rindu dia je".
Kata Lee sambil ketawa.

"Tok! tok! tokk!".
Bilik resort Lin Yana dan Zie di ketuk.

"Heiiii Ladies tak bangu lagi ke?". Jerit Khai dari luar pintu bilik.

"Jap! Japp".

Jerit Zie. Sambil membuka pintu bilik.

"Hello dear".

Zie terseyum memandang Khai diluar.

"Saya ingat awak belum banggun lagi!".

Kata Khai, sambil terseyum.

"Saya dah siap, tunggu Lin dengan Yana je bersiap". Tetang Zie.

"Jom kita turun dulu". Ajak Khai.

"Ok boleh. Jap ye, saya bagi tau diaorang".
Kata Zie.

"Beb, aku turun dulu tau".

teriak Zie kepada Yana dan Lin.

"Ok ok, kejap lagi aku dengan Lin turun".

Sahut Yana yang tengah bersiap dan Lin pula didalam bilik air. Zie berjalan bersama Khai. Khai terseyum sepanjang perjalan, melihat aku.

"Hisss janganlah pandang saya macam tu".

Kata Zie malu.

"Saya tak selesa lah". kata Zie lagi.

"Takut saya". Zie tergelak kecil.

"Hurmmm,apa yang nak di takutkan". Tanya Khai.

"Saya ni isteri orang tau. Kalau awak tenung saya macam tu, saya takut saya terjatuh hati dekat awak, macam dulu dulu tu".

Zie terseyum memandang Khai.

"Untung Z dapat awak".

"Ehhh kenapa pula ni. Apa yang untungnya dapat saya. Saya sama je macam semua orang orang lain. Ada mata, ada hidung, ada mulut".

Balas Zie sambil membuat memek muka. Khai turut ketawa... Sampai ditempat sarapan pagi.
Zie duduk bersebelahan Zie. Bahagian depan, mereka biar Yana dan Lin nanti.

"Awak pergi ambil makan dulu".

Kata Khai kepada Zie.bZie bangun dan mengambil nasi lemak dan air tea.

"Haiii wak". Tegur Taufiq.

"Haiii dear. Wahhh jumpa lagi kita. Sorry malam tadi tak dapat lepak lama dengan uollss". Balas Zie.

"Arvin mana?". Tanya Zie lagi.

"Ehhh, kita yang minat awak. Awak boleh tanya Arvin pula ye".

Kata Taufiq sambil tergelak kecil.
Zie juga turut terseyum.

"Ok lah i makan dulu ye".
kata Zie.

"Enjoi your food". Balas Taufiq.

"U too".

Balas Zie dan berlalu pergi duduk semula kepada Khai.

"Ok turn awak pula ambil makan".

Khai bangun dan pergi mengambil makan dan datang semula dengan membawa sejambak bunga.

"This is for you dear".

Terseyum Zie, bila Khai memberinya sejambak bunga.

"Ohhh, malam tadi tu kerja awak lah ye. Bagi saya air tembikai dengan sekuntum bunga. Saya ingat siapalah bagi. Takut saya nak minum... Bunga pun, saya tinggalkan je dekat club".

Ketawa Khai mendengar cerita Zie dan duduk semula disebelah Zie.

"Haaa tu pun jorang".

Kata Lin, terus berjalan dan duduk di depan Zie dan Khai... Mereka makan bersama sama dan rancak berborak.

"Khai! pukul 12 kita orang nak bertolak balik".
Kata Zie.

"Ehhh awalnya dah nak balik?".
Tanya Khai.

"Dah 4 hari kami tinggalkan husband masing masing dan anak anak. Kami kena balik Khai".

Terang Zie.

"Ohhh ok".

Itu sahaja yang keluar dari mulut Khai. Dalam hati Khai. Dia betul betul tidak puas menatap wajah Zie.

"Yana, Lin. Aku pergi jalan jalan dengan Khai sekejap ye? Dalam resort ni je".

Kata Zie kepada Yana dan Lin.

"Ok sayang boleh". Jawap Yana.

"Aku dengan Lin pun nak jalan jalan sekitar resort ni juga! Kau pergi lah dulu. Nanti jumpa dekat bilik je ye". Kata Yana lagi

"Indahnyakan Khai, disini?".
Zie memandang Khai yang berdiri disebelahnya.

"Kejap lagi aku akan balik ke pangkuan Z. Dia mesti rindu aku".
Kata Zie lagi sambil terseyum.

"Aku juge rindukan kau Zie".
Bisik Khai didalam hatinya dan hanya terseyum dihadapan Zie.

"Tak boleh Khai! Kau tak boleh rindu dia. Diakan kan isteri orang".

Bisik Khai lagi.

" Khai! Kalau kau sepi, kalau boleh call aku. Aku pasti Z akan faham".

Khai tidak berkata apa. Dia setia terseyum.

"Banyak sekali perancangan kita yang dulu rosak ye Zie".

Khai mula bersuara. Zie terseyum memandang Khai.

"Segalanya dah tertulis Khai. Kita merancang, tapi Allah yang tentukan jalannya.".

Kata Zie sambil memegang tangan Khai.

"Jom selfie dengan saya Khai. Saya nak simpan".

Sambil Zie mengeluarkan talifon bimbitnya dari dalam poket... Khai juga mengeluarkan talifon bimbitnya dan mengunakan talifon bimbitnya juga untuk untuk mengambil gambar mereka berdua.

"Zie! Kalau Z sakitkan hati awak. Awak datang cari saya ya. Saya setia menunggu awak".

"Khai, jangan cakap macam tu Khai. Awak kena cari peganti aruah Isteri awak... Jangan tunggu saya Khai. Saya bahagia dengan Z. Awak juga kena bahagia. Awak kena cari bahagia awak".

Kata Zie kepada Khai. Khai hanya dia membisu.

"Khai, saya dah nak balik kejap lagi. Awak jaga diri ye. Kalau ada tak ada halangan, saya kan datang kembali di sini. Tapi awak jangan tunggu saya... Awak tetap kena move on. Cari yang terbaik buat awak ye"...

Kata Zie lagi kepada Khai.

"Thanks Zie, Thanks sebab masih mengambil berat tentang saya. Saya tak akan lupakan awak, walaupun saya sudah ada peganti isteri saya nanti".
Kata Khai dan mula terseyum.

"Saya balik bilik dulu ye Khai. Saya nak pek barang barang saya".

Khai mengangguk kepala dan Zie berlalu pergi meningalkan Khai yang masih berdiri merenung kelautan yang luas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience