Rayuan Z

Romance Completed 40494

Debaran terasa bila Z sampai dipintu masuk. Aku yang berada disitu, berpusing ke arah yang lain. Z mengambil makanan dan terus duduk di hadapan aku. Bersama air fresh orange dan makananya, diletakan semuanya diatas meja aku.

"Hurmm air fresh orange juga yang menjadi pilihan hati dia. Bencinya aku tengok air fresh orange tu. Macam kena badi pun ada jugak. Ini semua gara gara minah gedik tu yang suka sangat air ini". Bisik aku, sambil menjeling kepada air fresh Orange itu.

Z tersenyum melihat aku. Aku tidak membalas senyuman itu. Hanya duduk sambil makan roti bakar.

"Hai makan roti bakar dengan air susu aja ke Zie?".

Tanya Z, bila melihat makan itu sahaja yang berada diatas meja.

"Hurmmmmmmm. Aku tak ada selara nak makan". Balas aku.

Z mengerutkan dahinya, bila aku kata begitu.

"Hahahhahha" Aku tergelak didalam hati.

"Poyo betul aku ni. Tak ada selera lah sangat! Sebelum semua datang, aku dah bedal macam macam tadi. Rugilah duit aku, kalau datang sini hanya makan roti aja. Nasib aku terlebih dahulu pantas turun kebawah dan budak pelayan itu dah angkat, semua pinggan dengan cawan yang aku sudah habis makan tadi. Tak lah nampak aku makan banyak. Marah marah juga, makan paling penting oooo".

Aku ketawa di dalam hati dan sedikit terbatuk, menahankan gelak... Z setia menjamu makannya. Aku mencuri curi memandang Z, bila dia leka menjamu makanannya. Bila terpandang di dahi Z, Ternampak luka yang baru dijahit. Pembalutnya sudah pun di buka. Hanya kesan Jahitan luka itu sahaja yang kelihatan. Terasa sayu tiba tiba. Aku pandang pula jari Z. Bekas luka semasa diCameron bertambah teruk. Apa agaknya yang dia dah buat dekat jarinya semalam. Sampai lukanya menjadi lebih teruk. 

"Zie, boleh ambilkan aku air?"

Tanya Z dengan nada manjanya. Aku hanya diam dan bangun dari tempat duduk. Aku melangkah mengambilkan Z air. Aku tahu Z juga suka air Fresh orange. Tapi aku mengambikannya air susu. Aku meletakkan air susu ditepi pinggan makan Z. Terseyum Z bila aku membawakannya air susu, kepadanya... Aku duduk semula didepan Z.

"Kau marah aku lagi?".

Tanya Z, selepas minum air susu yang aku bawa tadi. Aku setia berdiam diri. Aku bangun menuju keluar. Bila aku lihat Z sudah habis makan. Perjalanan hendak keluar, ternampak Lin dan yang lain baru sampai ke bawah. Untuk bersarapan pagi. Z mengikut aku dari belakang.

"Kau nak pergi mana Zie?" Tanya Yana.

"Aku nak pergi ke taman. Sebelum tu, aku nak naik atas dulu. Nak ambil rokok aku. Tertinggal pulak dekat atas".Jawap aku.

Tiba tiba Daya bersuara.

"Z bila u balik sayang! U macam mana ok ke? Sorry tak dapat ikut Sham ambil u tadi. I terlambat bangun".

Kata Daya dengan nada manja. Z hanya diam membisu.

"Hurmmmmm menyampahnya. Macam tak ada apa apa yang berlaku aja". Bisik aku di dalam hati.

Aku melangkah naik ke atas. Malas aku nak dengar sandiwara mereka ni... Aku berjalan laju, Z masih mengikut aku dari belakang.

"Zie tunggu aku Zie.

Aku masih meluru berjalan pergi ke lif. Z masih setia mengikut aku dari belakang. Pintu lif terbuka, kami masuk bersama sama.

"Maafkan aku Zie!" Kata Z lagi.

Aku masih diam. Tanpa berkata apa apa... Z menarik nafas panjang. Apabila aku masihengan berdiam diri. Sampai didalam rumah, Z menarik aku ke ruang tamu.

"Zie duduk sini sekejap! Aku tak bolehlah kalau kau buat aku macam ni". Kata Z dengan nada sedikit keras.

"Kau hanya berdiam dari tadi. Pedihnya hati aku, bila kau buat aku macam ni". Kata Z, sambil duduk di atas sofa.

Aku masih mendiamkam diri, sambil berdiri tegak di ruang tamu. Aku berjalan ke bilik, mengambil kotak rokok yang masih banyak isinya. Terpandang bunga ros yang Z bagi, masa kami di Cameron hari tu. Aku memasang sebatang rokok dan keluar dari bilik. Aku menghulurkan jambangan bunga kepada Z.

"Heiiii kenapa ni Zie! kenapa?"

Tanya Z sambil mengerutkan dahinya.

"Tolonglah Zie! Tolong jangan buat aku derita, sampai macam ni. Kejadian semalammmm... Hurmmmm, aku yang bersalah Zie. Aku minta maaf. Maafkan aku Zie. Jangan pernah pulangkan balik bunga ni. Ini lah lambang bermulanya kau menerima kau dalam hati kau. Tolong, jangan terus berdiam diri begini. Aku tak boleh hidup, kalau kau buat aku macam ni!".

Aku masih tegak berdiri, memegang bunga di tangan.

"Ambil bunga ni Z. Aku pulangkan balik, cinta yang kau pernah bagi dekat aku. Aku tak layak untuk bunga ni. Kau kena bagi Daya bunga ini. Bukannya aku. Aku tak mahu jadi penghalang cinta kau. Malam tadi kau dah buktikan dekat aku. Siapa aku di hati engkau! Dan siapa dia di hati engkau. Aku mula faham. Aku akan habiskan percutian ni sampai esok dan aku akan balik ke Teluk intan, rumah mak cik aku. Engkau baliklah dengan dia. Kerana aku tak layak duduk bersama kau. Kerana antara kita sudah ada jurang. Kalau dulu, aku bahagia bersama kau. Walaupun kita bukan pasangan kekasih. Tapi sekarang tidak ada lagi sahabat mau pun kekasih". 

Z bangun dari tempat duduknya dan memeluk aku yang masih berdiri memegang bunga di tangan, manakala rokok di tangan yang lainnya. Tak sempat aku sedut rokok itu.

"Tolong Zie! Sudah beribu kali aku memint maaf dari kau. Sudah beribu kali juga, aku meminta kau tolong memaafkan aku. Aku sayang kau Zie. Tolong bagi aku satu lagi peluang untuk aku buktikan cinta aku kepada kau adalah tulus dari hati ini". Kata Z sambil setia memeluk aku dan menerkupkan mukanya dibahu aku.

"Kenapalah aku masih ada di sini! Kenapa aku terselamat? Kenapa kau panjangkan umur aku".

Kata Z sambil air matanya jatuh dibahu aku. Aku juga turut menitiskan airmata. Bila lihat Z begitu. Tapi, kerana ego aku yang tebal. Aku tetap berkeras untuk tidak memaafkan Z. Mana kala Z tidak putus asa menujuk dan merayu.

"Zie, maafkan aku sayang".

Z melepaskan dakapannya dan memandang ke dalam mata aku.

"Maafkan aku ya sayang... Aku bersumpah! Dalam hati aku ni, hanya ada engkau sahaja. Setiap saat! Setiap detik....Setelah aku mengenali kau, dari zaman kita kanak kanak, dalam hati ini mula ada kau. Aku hanya mampu memikirkan engkau sahaja di dalam fikiran aku. Tak sangup aku nak melupakan engkau. Walau sesaat pun. Tolong sayang aku, seperti dulu Zie. Tolong peluk aku, tolong tersenyum untuk aku. Tolong cium aku selalu, tolong sayang dan tolong ingat saat saat indah kita bersama".

Kata Z sambil merayu. Air mata Z yang sedari tadi berlinang, tetap setia mengalir sambil memandang tepat ke mata aku. Terasa kasihan terhadap Z, mula datang di hati ini. Sayu hati bila melihat Z mengalirkan air mata.

"Ingin sangat aku memeluk kau Z. Tapi, aku tak boleh. Setiap kali aku cuba memeluk kau. Aku terbayang cara kau memeluk Daya malam tadi. Hati aku jadi sakit semula. Penghalang cinta yang aku mahu tempuhi sangat tinggi. Sampai tak terdaya untuk aku harungi".

Bisik aku sambil menatap wajah Z.

"Z".

Aku memegang kedua dua pipi Z.

"Kau kena terima semua ni. Aku kena pergi. Aku tak sanggup di tipu lagi. Tolong faham aku. Aku sudah tidak terdaya, menahan hati yang retak ni... Kau jangan ingat, kau sahaja yang terseksa dalam hal ini. Aku juga terseksa Z. Terseksa dengan perbuatan kau malam tadi. Maafkan aku Z. Aku tak boleh terima kau. Kerana, bagi aku Daya adalah yang terbaik buat kau. Kerana Daya juga lebih memerlukan kau. Aku dapat rasakan Daya berharap sangat kau dapat terima dia semula. Aku tak tau apa sebabnya. Tapi aku dapat rasakan yang dia betul betul perlukan kau disaat ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience