Si gedik

Romance Completed 40494

Kid Masuk kedalam rumah untuk mengambil gitarnya. Tiba tiba ternampak Sigedik turun dengan best friendnya Nani.

"Hai u, amboii lepak tak ajak sama pun".

Kata Daya kepada aku. Aku hanya tersenyum memandang mereka.

"Korang nak pergi mana ni?"

Aku pula bertanyakan kepada Nani dan Daya.

"Pergi ke kedai. Nak belikan Z roti". Balas Daya.

"Tau lah, cik abang i tu. Mengada ngada. Ada aja teringinya". Kata Daya lagi dengan nada gedik.

"Hurmmmm ok lah tu".

Balas aku kepada Daya dengan perasaan yang menyampah dan aku membuat memek muka.

"Ok Zie bye".

Kata Nani. Mereka tergedik gedik menuju ke kedai, sambil tersengih sengih memandang jantan jantan yang ada disitu... Bila aku beralih pandang kebalconi rumah, terpandang Z ada berdiri disitu. Sambil memegang sebatang rokok. Aku betul betul terperanjat dengan apa yang aku lihat.

"Ehhh bila Z merokok ni".

Bisik aku sambil mengerutkan dahi.

"Siapa tu Zie?" Tanya Zul.

"Ohhh kawan kawan sekolah saya. Tapi tak rapat pun. Sebok muncul depan pintu".

Terang aku sambil ketawa dan Zul mengeleng gelengkan kepalanya. Kid datang dengan memegang gitar ditangan, lalu Kid duduk disebelah kiri aku, sambil badannya berpusing memandang kepada aku. Manakala kanan aku Azhar. Zul dan Nuar berdiri dihadapan aku. Masing masing semua membakar rokok kecuali Kid. Kerana Kid mahu memetik gitarnya.

"Ok cik adik ku sayang. Cik adik nak lagu apa? Biar abang Kid nyanyikan cik adik lagu".

Kata Kid sambil tersegeh.

"Apa apa sahaja, Zie tak kesah". Jawap aku.

"Lagu apa ape aja, tak ada". kata Kid sambil ketawa melawak.

Ok ok lagu Dilemah rindu untuk gadis di depan mata". kata Kid.

Aku hanya senyum dan Kid mula memetik gitarnya.

***Disepi ini aku mencari sinar mata mu..........................

Kid menyanyikan lagu itu hingga kerangkap yang terakhir. Dengan penuh perasaan dan mengusik hati ini. Sesekali dia melirikan anak matanya memandang kepada aku dan sesekali dia memejamkan matanya sambil menyanyi... Kami yang berada disitu mendengar dengan penuh syahdu.

"Kid nak tanya boleh?"

Tanya aku. Kid hanya menganggukan kepalanya.

"Berapa ramai girlfrend girlfriend yang Kid dah dendangkan lagu lagu macam ni?".

Tanya aku selamber, sambil terseyum.

"Dah ramai dahh". Sampuk Zul.

"Dia ni Mat cintan". Kata zul lagi.

Kami semua ketawa, bila Zul melawak... Tiba tiba lalu semula minah gedik depan aku dan yang lain.

"Haiii tak naik lagi?"

Tanya Nani.

"Belum". Jawap aku.

"Minah berdua ni bodok ke apa! Dah nampak aku dekat situ. Bererti aku belum lagi lah nak naik". Bisik aku didalam hati.

"Rasa nak lepak sini sampai pagi".

Aku membuat lawak. Nani tersenyum senyum memandang jejaka jejaka yang ada didepan dia.

"Wahhh ada gitarlah. Bila nak dendangkan kami pula lagu. Asyik untuk Zie je".Tanya Daya selamber.

"Boleh boleh" kata Zul.

"Tak jadi masalah, meh duduk sini. Kau bangun Kid". Kata Azhar dan menyuruh Nani dan Daya duduk. bersebelah kiri dan kanan aku.

"Biar aku pula yang dendangkan lagu untuk tiga cik adik ni".

Kata Zul sambil menyeringai... Daya dan Nani dengan gediknya duduk di sebelah kiri dan kanan aku. Aku membuat dahi berkerut. Bila duduk seiringan dengan mereka berdua. Kid dapat rasakan yang aku tidak selesa dengan kehadiran Daya dan Nani, bila Daya dan Nani duduk bersama aku... Kid menghulurkan tangannya kepada aku.

"Jom duduk dekat tangga".

Ajak Kid. Aku menyambut tangan Kid dan berjalan bersama, pergi keanak tangga. Jarak anak tangga dengan kerusi itu, tak lah berapa jauh. Hanya lima enam tapak sahaja. Aku bangun dan menggikut Kid. Kami berdua duduk dianak tangga. Nuar hanya menjeling bila Kid menarik aku. Nampak muka Nuar agak cemburu bila Kid bersama aku. Mana kala Zul dengan Azhar pula. Sebok mendendangkan lagi senario kepada Daya dan Nani.

"Zapin usik mengusik".

Terseyum aku dan Kid di anak tangga. Melihat telatah mereka.

"Adoiii kelakar lah".

Kid memandang aku bila aku sebuk ketawa.

"Amboiii apa yang lucu sangat?"

Tanya Kid.

"ITu tengoklah. Zul dengan Azhar siap berjoget joget. Tu lah yang lawak sangat".

Kata aku, sambil masih setia tertawa.

"Zie, jom selfie".

Ajak Kid. Sambil mengeluarkan talifon bimbit yang berjenama samsung dan menalakan cemeranya diwajah aku dan dia. Aku membuat muka paling comel dan mendekatkan pipi aku dengan pipi Kid.

"Snap!"

Gambar ditangkap dan kami melihat hasilnya.

"Comelnya awak". Puji Kid.

"Awak pun handsome".

Aku juga memuji Kid, sambil terseyum. Dalam diam, ada mata yang memerhatikan kami dari balconi. Rupanya Z dengan Sham sedang berbual di atas. Sambil mata Z memerhatikan aku dan Kid. Aku berpura pura tak nampak mereka diatas dan sambung berborak dengan Kid.

"Zie, kalau saya cakap awak marah tak?"

Kid bertanya dengan nada yang sangat lembut.

"Nak tanya apa Kid?"

Balas aku.

"Zie, Kid suka dekat Zie. Zie sangat comel dimata Kid". Kata Kid, sambil merenung aku.

"Maaf Kid, saya ni dah melukakan hati ramai lelaki. Sebelum hati Kid pula terluka, baik jangan Kid. Saya ni buka orang yang baik sangat. Kid tengok pakaian dan cara Zie pun Kid tau. Zie suka bersosial. Zie tak suka di kongkong. Sebab itu ramai yang tak pernah berpanjangan bila bercinta dengan Zie. Tapi kita boleh berkawankan Kid".

Kata aku sambil memegang tangan Kid. Kid membalas dengan memegang tangan aku juga.

"Kita kawan ok?".
Aku bertanya Kid, sekali lagi.

"Ok kita kawan. Kawan tapi mesra". kata Kid sambil ketawa.

"Ye kawan tapi mesra".

Aku mengulang ayat kid. Kami ketawa bersama sama..

"Minah! Dah tak reti nak masuk ke? Dah jomm masuk ruamh, dah nak pukul 12malam".

Aku memangil Daya dgn Nina untuk masuk kedalam rumah.

"Alahhhh baru nak lepak". Kata Daya.

"Oiiii! Bukan boyfend kau tunggu dekat atas ke? Dia nak roti".

Tanya aku kepada Daya.

"Aku mana ada boyfrend? Kau saja kan, nak buat lawak dekat sini". kata Daya terseyum.

"Ehhhh, aku yang silap ke atau aku salah dengar ni?" Bisik aku, sambil aku membuat muka blur...

"Depan jantan! Boyfrend kau pun kau boleh lupa. Apalah minah ni... Sekarang baru aku faham kenapa Z marah sangat dengan kau. Memang layak kau dibenci oleh Z". Bisik aku lagi sambil mengerutkan dahi.

"Opssss boyfrend pula! Abang kau menunggu roti lah ngok. Aku silap pula".

Aku menyindir Daya dan Daya ketawa memandang aku.

"Ok lah ok lah! Jommm". kata Daya.

"Esok nyanyikan saya lagi ya Zul?".

Kata Daya kepada Zul, sambil terseyum gedik.

"Boleh boleh".

Balas Zul sambil terseyum menyeringai.

"Esok malam lepaklah sini lagi tau". kata Zul lagi.

"Gilaaaaaaaaaaaaa! Aku betul terperanjat dengan perangai Daya. Tergedik gedik depan jantan... Patutlah masa dekat ladang teh, Z cakap dia dah tak ada couple. Sebab couple dia tergedik gedik. Sebab inilah agaknya, Z minta putus dengan Daya. Bodoh punya Daya ni. Z dahlah handsome. Berbadan sasa, hitam manis, yang penting kemas dan sweet. Yang sebenarnya tahi lalat dibawah bibir Z, yang membuatkan Z bertambah manis. Kau boleh mengedik dengan orang lain. Patutlah kalau Z marah kau".

Aku setia berbisik didalam hati. Sambil mata memerhatikan Daya dan Nani.

"Aku mula faham sekarang! Kenapa dia tidak kesah aku bersama Z duduk didalam bilik berdua duaan... Kerana perangai dia pun begitu. Dia buat Z macam tak ada perasaan aja. Mata keranjang rupanya. Kalau cantik, tak apa lah juga. Ini dah lah muka cukup cukup makan".

Aku mengomel sendiri.

"Ehhh cepatlahhh masuk rumah. Tak payah nak gedik sangatlah".

Kata aku, kepada Daya dan Nani, yang tak habis habis melentuk riukkan badannya di hadapan Kawan kawan Kid... Aku yang sebenarnya, berharap sangat. Kid tak samakan aku dengan dua minah yang gedik ni. Aku, Daya dan Nani masuk kedalam rumah. Didalam rumah semua sudah tidur. Kecuali Z, Sham dengan Mie.

"Korang ni ke mana sahaja lah?"

Tanya Sham, nada Sham sedikit tinggi. Terdiam kami bertiga.

"Aku duduk bawah aja tadi. Tak pergi mana pun" Jawap aku.

"Dah dah masuk tidur. Dah pukul 12 lebih". Arah Sham.

"Baik bos!" 

Kata aku sambil terseyum. Daya melatakkan roti diatas meja dan terus masuk kedalam biliknya bersama Nani. Aku pula terus ke dapur untuk minum air. Tiba tiba Z datang ke dapur.

"Kau ni kenapa Zie?"

Z memarahi aku di dapur. Dengan nada yang agak kasar. Sambil memegang lengan aku.

"Kau baru kenalkan mereka kan? Dah berani ikut orang pergi makan. Kalau dia letak apa apa dalam makanan kau macam mana?". Marah Z.

"Kau tau aku tak suka kau buat macam tu! Tapi tu juga yang kau buat".

Marah Z lagi kepada aku. Aku mengerut dahi bila Z kata begitu.

"Heiii Z".

Nada suara aku juga sedikit meninggi.

"Kenapa kau nak marah aku pula? Kenapa kau tak marah aja girlfrend kau tau. Aku ni siapa dengan kau. Minah gedik tu pula siapa dengan kau. Aku tak ada boyfrend kat sini... Engkau kan tau, Hafiz bodoh tu dah tinggalkan aku. Dia tinggalkan aku untuk perempuan bertudung tu. Kau tak boleh nampak ke Z. Bertapa sakitnya hati aku ni. Bertapa sedihnya aku. Di tambah pula dengan kau yang menipu aku. Dah putus konon! Yang dia datang hari tu, berpeluk cium kau, tu tak apa ya?... Kau tau aku sunyi. Salah ke aku cari teman lain untuk aku menghiburkan hati aku ni?"

Kata aku kepada Z dengan nada yang betul betul marah. Aku mengetap gigi selepas berbicara kepada Z.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience