Percutian yang tidak dirancang

Romance Completed 40494

Yun dan Lee, keluar dari kereta sambil menghidupkan rokoknya. Aku dan Mus juga keluar dari kereta dan pergi berkumpul bersama sama Yun dan Lee. Mana kala yang perempuan, hanya duduk didalam kereta, berborak sesama mereka. Habis sebatang rokok. Kami meneruskan perjalan naik ke atas. Perjalanan yang sungguh sunyi. Kiri, kanan hutan dan gaung yang kelihatan. Agak bahaya jalannya.

"Kenapalah dia pilih tempat macam ni. Carilah pantai ke? Bolehlah mandi manda. Ni semua hutan. Nak romantik romantik agaknya! Apalah dia ni. Sunyi sunyi macam ni, sedaplah kan?". Bisik aku dalam hati.

Hahhaha sedap tidur lahhh! Otak korang memang tak boleh pakaikan, Ok sambung balik baca.

"Sayang, Kepala saya peninglah".
kata Siti kepada aku. Aku memicit micit kepalanya.

"Hurmmmm tu lah. Kau yang pilih tempat ni.Kau pula yang pening".
Bisik aku di dalam hati.

Sampai di atas. Kami mengikut gps, untuk kelokasi rumah yang Siti telah sewakan. Lokasinya agak sikit kedalam. Tapi boleh rasa ketenangan, kesunyian dan ke indahan tempat itu. Rumah berdisign english, yang sangat cantik dipandang. Rumah itu dijaga oleh seorang lelaki tua, dalam lingkungan 60 tahun bernama pak Halim. Kehadiran kami di sambut oleh Pak Halim. Pak Halim agak pendiam. Hanya tersenyum dan menganguk sahaja. Agaknya bisu. Tapi tak apalah.Janji ada penjaga. Tak lah seram sangat.
Lagi pun pesekitarannya sunguh mendamaikan. Di penuhi bunga bunga yang hudup dan dijaga oleh penjaga tempat ni... Nak ke pekan pun, tak lah berapa jauh sangat. Kalau jalan kaki dalam 10 minit. Bolehlah melihat keindahan sekeliling, sambil berjalan jalan di pekan kecik itu nanti... Kami mengakat semua beg beg masuk kedalam. Bilik sudah disediakan seorang satu bilik untuk perempuan. Didalam rumah ada lima buah bilik. Yang lelaki, ada satu bilik besar yang disediakan. Ada dua katil king dalam satu bilik yang sangat besar. Selasa untuk kami berempat.
Manakala bilik wanita, hanya katil bujang dan bilik Siti sahaja berkatil queen... Ruang tamu juga ada ruang memanaskan badan. Dah macam cerita orang putih pula. Duduk duduk depan unggun api dalam rumah. Cerita cerita seram. Wowwww terasa seram lah pulak. Di sebabkan masing masing keletihan, aku dengan yang lain, membuat keputusan untuk tidur di bilik.
Lee siap peluk aku lagi. Bila aku tersedar dari tidur... Lee tidur satu katil dengan aku. Mus dengan Yun satu katil.

"Bodoh punya Lee, Kalau ingat aku betina apa".

Aku menampar dahi Lee dan berpura pura tidur semula. Terkejut dia dari tidur. Dan memandang kiri dan kanan, lalu dia terus sambung tidur semula. Aku hanya ketawa sendiri, bila melihat gelagat Lee yang tidur di sebelah aku. Aku bangun dan terus pergi ke dapur. Terasa haus sangat tekak ni. Aku membuka peti ais di dapur. Semua sudah tersedia didalam peti ais itu. Air meneral, air jus, buah buahan. Elok lah tu. Bolehlah makan buah.

"Hai sayang! lapar ke?".

Siti menegur aku. Terperanjat aku, bila Siti ada dibelakang.

"Hisss awak ni! Terperanjat saya.Tiba tiba je awak muncul. Bagi lah salam dulu ke apa ke?
hehehhehe". kami ketawa.

Bila malam menjelma, kami semua keluar makan di luar. Kami semua keluar dengan menaik kereta. Semua sudah betul betul keletih untuk berjalan kaki... Tapi esok pagi, kami sudah berjanji mahu berjalan kaki ke pekan, sambil melihat keindahan kawasan ni. Selesai makan malam, kami terus balik ke homestay. Kami berlapan memilih berehat diruang pemanas badan. Kayu api di pasang oleh Siti. Barulah rasa segar badan ni. Kami yang lelaki, duduk di kerusi sofa yang tersedia di depan ungun api. Yang perempuan duduk dibawah kaki, pasangan masing masing. Ada yang bermain dengan rambut girlfrend mereka. Ada yang menongkat dagu, sambil bercerita sesama mereka. Sungguh romantik suasana dalam rumah ni.Tiba tiba Siti datang dan terus duduk di atas peha aku. Sambil berpaut tangannya dileher aku. Aku lantas memeluk pinggannya. Sambil kepala aku, aku letakkan di dadanya. Masing masing bercerita dengan pasangan masing masing. Sambil gelak tawa.
Sedar tak sedar, satu satu kawan aku bangun dari tempat duduk masing masing.

"Aku lepak dekat bilik Nani dulu ya korang?"...

Kata Lee, sambil mengelipkan mata kepada aku dan yang lain.

"Wahhhh makan besarlah malam ni". Kata aku kepada Lee.

"Otak kau lah Khai". Kata Lee. Tersenyum malu Nani yang berdiri di sebelah.

"Lepak je lahhh".
Balas Lee lagi.

Tiba tiba Yun, menarik girlfrendnya bangun.

"Jom". Ajak Yun.

Girlfriendnya yang entah siap Nama, aku dah lupa, pun bangu dari tempat duduk dan mengikut Yun masuk ke dalam bilik girlfriendnya. Kalau Yun yang buat macam itu. Aku betul betul tak heran. Dah biasa nampak. Dia ni kaki sapu. Kira benda macam ni, sudah biasa bagi kami. Semua orang tak akan pelik dengan kelakuan Yun.

"Jom Nina, tak baik kacau orang berdating dekat sini".
Kata Mus kepada Nina.

"Ehhh, mana ada kacaunya? Kau ni, saje je kan. Nak cari port baik punya. Nama aku pula di petik petik. Gila lahh".

Kata aku dan aku ketawa melihat Mus. Mus bangun sambil memeluk Nina. Sambil lidahnya di jelirkan keluar, mengejek aku.

"Aku potong lidah tu, baru tau".

Aku membuat memek muka kepada Mus. Habislah, semua dah masuk bilik. Entah apa mereka buat. Aku pun tak tau? Siti masih lagi duduk diatas aku, sambil membaca majalah.

"Hurmmm! Bila nak habis baca ni. Tak sabarlah pula aku ni. Nak lepak bilik dia".
Aku ketawa Nakal didalam hati.

"Sayang, awak seronok tak datang dekat sini". Tanya Siti, sambil mata setia memandang majalahnya.

"Ye, best sangat. pemandangannya yang indah. Ketenangan itu yang paling penting". Balas aku.

"Kalau macam tu, kita jangan balik KL lagi lah. Kita berdua duduk di sini je terus". Kata Siti sambil tersenyum.

"Ehh boleh jugak, Boleh saya layan awak hari hari. Awak masakkan saya. Kita jalan jalan berdua di taman".

Aku bergurau dengan Siti. Tengah berborak borak, tangan aku ditarik oleh Siti dan diletakkan diatas pehanya yang hanya berseluar pendek.

"Awak tak sejuk ke?".
Tanya aku.

"Sejuk". Balas Siti.

"Tapi, awakkan ada, boleh awak peluk saya. Pasti rasa sejuk itu hilang".

Siti tersenyum nakal.

"Di sini sangat tenang. Sebab itulah saya pilih tempat ni untuk kita bercuti. Saya suka tempat ni. Tapi saya harapkan hanya kita berdua sahaja disini. Tapi tak apalah!... Saya berharap, kenangan kita di sini, awak tidak akan lupakan sampai bila bila".

Kata Siti lagi, sambil jarinya sudah mula meraya rayap didalam baju aku. Berdegup kencang dada aku. Lebih membuat aku meremang bulu roma, bila jarinya bermain main diputing dada aku. Naik nafsu jantan aku, bila Siti buat begitu.

"Hiss minah ni. Takkan lah nak buat kerja dekat luar ni. Kalau jorang keluar macam mana?".

Bisik aku sendiri. Aku menarik nafas panjang, sebelum berbicara.

"Awak, jom masuk dalam bilik awak". Ajak aku.

Siti bangun dari peha aku dan terus menarik tangan aku. Kami terus masuk kedalam bilik... Ini lah saat paling indah dalam hidup aku, yang tidak akan dapat aku lupakan... Keesokan harinya.

"Hurmmmmm! Malasnya nak bangun".

Bisik aku di dalam hati. Sambil memandang Siti yang lena tidur disebalah. Rosak otak aku duduk dekat sini. Siti memang terbaik dan sungguh hebat. Aku bangun dari tidur dengan kesegaran. Mana tak segarnya, malam tadi aja, sudah buat aku terlalu segar... Sakit sakit dibadan semua hilang. Korang jangan fikir yang buka buka ok hehehhe Malam tadi, Siti urut akulah. Itu yang terasa segar. Aku mengetuk pintu bilik sorang demi sorang. Sambil menjerit.

"Hari dah siang oii! Tak nak bangun ke? Bila nak sarapan, kalau semua tak bangun lagi. Perut aku dah berbunyi".

Jerit aku sambil mengetuk satu satu pintu bilik.

"Woiii korang, bangunlah. Cukup cukup lah tu. Sambung malam nanti pula".

Aku ketawa sendiri.

Satu satu pintu bilik dibuka, Dengan wajah muka masing masing yang kelat, berdiri dihadapan pintu bilik.

"Lahh dah pagi ke? Ingatkan malam lagi. Selesanya tidur, rasa tak nak bangun pulak".
kata Lee.

"Hurmmm melampau tauu. Bangun cepat. Aku dah lapar ni. Perut aku dari tadi dah berbunyi". Kata aku.

Siti keluar dari bilik, bila terdengar aku membuat bising di hadapan pintu bilik kawan kawan. Siti memandang aku dengan senyuman dan berjalan pergi ke dapur. Sepanjang perjalanan ke dapur, dia hanya tersenyum. Aku juga membalas senyuman manis Siti sambil mengikutnya kedapur.

"Macam mana! Ok tak malam tadi?".
Tanya Siti sambil tersenyum.

"Ok".

Balas aku pendek, sambil tersengih macam kerang busuk. Dia datang dekat kepada aku dan memberikan ciuman pagi di bibir.

"Moga selepas ni. Awak tidak akan melepaskan saya dan saya tak akan melepaskan awak".

Kata Siti dengan senyuman yang sinis. Seram pulak aku tengok dia pagi ni. Sambil aku mengerutkan dahi.

"Ehhhh tak ada lah, saya bergurau sahaja. Janganlah buat muka macam tu. Saya tak makan orang. Saya makan nasi je". Kata Siti.

"Awak saya dah lapar lah. Jom ajak semua keluar makan". Kata Siti.

"Boleh jalan jalan dekat pekan. Segarkan badan. Segarkan minda". Kata Siti lagi.

Aku hanya tersenyum dan memeluk Siti kembali.

"Ok lah sayang! Saya mandi dulu ye". Kata aku, Kepada Siti.

"Mandi wangi wangi ya awak, nanti saya nak cium".

Kata Siti sambil tergelak manja. Tersenyum aku mendengar ayat yang keluar dari mulut Siti.Ini yang dikatakan perpatah melayu "Pucuk di cita, ulam mendatang".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience