Zie bangun dari sofa. Tapi sempat Z memegang tangan Zie.
"Ehhh kenapa ni Zie?".
Tanya Z.
"Kau tanya aku kenapa Z? Ehhhh sudahlah. Aku ni dah muak, kau tau tak. Aku dah muak dengan penipu kau tu. Dah kenapa dia pangil kau Daddy.
Kau dengan dia siap sebenarnya. Kau jangan buat aku nak mengamuk Z".
Kata Zie. Merah padam muka Zie menahan marah. Z pula hanya tunduk, tak tau mahu kata apa lagi dengan Zie.
"Zie, salah ke dia angap aku Daddy dia. Dia tak ada ayah Zie. Aku kesian tengok dia. Aku tak ada niat apa apa pun. Tolong faham aku Zie".
"Kau jangan nak bermuka muka dengan aku Z. Kalau kau nak sangat dekat Daya tu, kau pergi lah berambus! Entah entah, budak tu anak kau. Kau dah mengandungkan Daya, lepas tu kau berpura pura dengan aku".
"Zie, tolong jaga mulut kau tu! Jangan nak menuduh aku macam tu sekali".
Kata Z, yang juge menahan marah dengan kata kata Zie itu.
"Ohh, jadi betullah ye, Adam tu anak luar nikah kau dengan Daya".
"Pangggg".
Z melepaskan telapak tangannya dipipi Zie. Terperanjat Zie, bila Z buat begitu. Mengalir air mata Zie... Begitu juga Z. Z tak sangka dia terlepaskan pukulan kepada Zie. Zie memegang pipinya.
"Sayang maafkan aku sayang, aku tak sengaja".
Kata Z. Lalu memegang Zie. Zie lantas menolak Z.
"Cilaka kau Z, kerana dia kau sangup pukul aku. Aku ni siapa Z? Aku tak sangka Z. Kau yang aku angap kekasih dan suami aku, sangup mengakat tangan ke muka aku, kerana seorang budak. Kalau kau nak sangat budak tu dengan mak dia, kau boleh pergi Z. Aku tak boleh bagi kau apa apa pun dekat sini. Daya boleh bagi kau ramai anak.
Pergilah Z. Tinggalkan aku seorang diri dekat sini. Tolong berambus Z, aku tak nak tengok muka kau lagi dekat sini. Sebelum aku cakap lagi yang bukan bukan, baik kau pergi Z".
Kata Zie sambil menagis.
"Sayang, maafkan aku sayang. Aku betul betul tak sengaja. Tolong maafkan aku sayang. Jangan suruh aku pergi sayang. Tolong Zie. Aku tak akan tinggalkan kau".
"Kalau macam tu, Aku yang akan keluar dari rumah ni, kau carilah Daya. Dia boleh buat kau bahagia. Jangan kau datang cari aku lagi Z. Dari cara kau, aku tau kau sayang mereka dari aku".
Zie masuk ke dalam bilik. Z hanya duduk menahan air mata di sofa. Zie keluar dari bilik membawa, beg pakainya.
"Tolong Zie, jangan pergi... Kau duduk di sini, biar aku sahaja yang keluar Zie".
Lalu Z mencapai kunci kereta dan walletnya. Aku keluar dari rumah ni, tanpa rela aku Zie. Aku tak nak lepaskan kau pergi sayang. Aku tak nak kau merayau rayau diluar sana. Sebab itu lah aku yang keluar dari rumah ni! Tolong maafkan aku sayang.. Tolong fikirkan aku".
Kata Z. Z mengalir air matanya dan melangkah pergi. Zie hanya berdiri tanpa berkata apa apa.
Sakitnya hati tidak terkata. Rasa terhina, bila dapat tau suami sendiri sebuk melayan anak bekas kekasih. Zie menagis sepuas puasnya diruang tamu, setelah Z keluar dari rumah.
"Maafkan aku sayang". Bisik Z didalam hati.
"Aku tak sangka, gurau senda kita tadi bertukar tragedies kerana satu pangilan... Aku betul betul dalam dilema".
Lafas Z, sambil duduk didalam kereta. Dibawah condo rumahnya. Z tak tau nak buat apa lagi dengan Zie. Kali ini Zie begitu marah. Menjelang pagi, Z naik semula ke rumahnya. Z membuka pintu rumah, dia dapati Zie masih lena tidur disofa. Z bersiap untuk keofisnya. Selesai mandi, Z mengejutkan Zie...
"Sayang bangun sayang, Aku nak pergi kerja".
Zie membuka mata memandang Z. Mata Zie kelihatan bengkak, akibat menagis malam tadi.
Z, memegang pipi Zie.
"Maafkan aku sayang".
Zie lantas berpusing pandang ke tempat yang lain. Berkaca mata Z, melangkah pergi ke ofis. Zie pula setia berlenang air mata.
"BIbbb! bibbb".
Watsap group Zie, Yana dan Lin masuk discreen talifon bimbit.
*Hai korang Bz ke?". Tanya Zie.
*Haii awal dah watsap Zie, ini mesti ada apa apa". Tanya Yana.
*Hai Zie". Balas Lin.
*Korang aku nak cerita sesuatu ni".
Tulis Zie.
*Ehhh kenapa Zie?". tanya Yana.
*Ye Zie kenapa ni?". tanya Lin pula.
*Korang tau, malam tadi Z tampar aku".
Tulis Zie sambil membuat emoji sedih.
*Sampai hati dia, tampar aku. Kerana anak si Daya tu sebuk call Z. Aku cemburu sangat, korang tau. Last last ini yang aku dapat".
Tulis Zie lagi.
*OMG sayang. Are u ok ke?".
"Tanya Lin.
*Daya ni tak habis habislah buat taik. Dia hantar pula anaknya, untuk tarik perhatiaan Z. Jahat gila betina sial tu". Lin menahan marah.
*Habis apa kau buat?". Tanya Yana pula.
*Aku suruh Z keluar dari rumah. Atau aku yang keluar. Tapi Z ambil keputusan, dia yang keluar rumah. Pagi ni dia balik bersiap. Aku buat tak tau je, bila dia nak pergi kerja. Aku sedih sangat korang tau... Selalu, setiap kali dia pergi kerja, aku akan peluk dan sayang dia. Tapi hari ini, aku tak buat seperti selalu. Aku betul betul sedih.
Tapi aku kena ajar Z. Senang senang je dia nak tampar aku".
voice Zie...
*Sayang, Aku rasa dia terlepas tu. Tak kanlah dia sengaja nak tampar kau. Dia tu sayang gila dekat kau Zie".
Voice Yana pula.
*Korang, jom jalan jalan. Aku sedihlah tinggal sorang sorang".
ajak Zie.
*Aku tak bolehlah Zie. Aku kena jaga anak anak aku". kata Yana.
"Tak apa Yana aku faham. Next time kita jumpa ye. Bila kau betul betul free". tulis Zie.
*Tak apa, aku teman kau Zie".
voice Lin.
*Anak aku pun, dekat rumah mak aku. Hari ini aku apply cuti. Kita lepak lepak mall ye". voice Lin lagi.
*Ok balas Zie".
Membuat emoji senyum.
*Ok Lin, Nanti kau datang ambil aku ye Lin. Tak ada mood nak bawa kereta".
*Ok sayang, dalam pukul 11 Aku sampai bawah rumah kau". balas Lin.
*Ok Lin Thanks darling. See you".
Zie, bersiap siap untuk keluar bersama Lin. Terasa bersalah, bila keluar rumah, tanpa memberi tahu Z.bZie memegang talifon bimbitnya, Untuk memberi tahu Z. Tapi bila dia ingat semula peristiwa malam tadi, Zie terus tak jadi hubungi Z.
"Ahhhhh lantaklah". Bisik Zie didalam hati.
"Wowww cepatlah, aku dekat bawah ni".
Kata Lin didalam talian.
"Jap jap aku turun".
kata Zie dan terus turun kebawah. Kelihata Lin sedang menunggu.
"Kita nak kemana ni Zie?".
Tanya Lin kepada Zie.
"Jom kita shopping".
Ajak Zie. Lin hanya menurut kehendak Zie.
"Kau dah call Z ke?".
Tanya Lin.
"Hurmmm, aku tak call dia Lin. Sakit hati aku ni belum hilang lagi".
Kata Zie kepada Lin.
"Dari dulu ada sahaja masalah kau dengan Daya kann! Tak habis habis". kata Lin.
"Aku pun tak tau lah Lin. Apa agaknya dia nak dari Z ye?. Aku ingat nak jumpa di lah Lin. Aku nak tanya dia, apa dia nak dekat Z. Sampai dia sanggup guna umpan anak dia, kacau Z... Aku mesti bersemuka dengan dia Lin"...
"Habis tu, kau nak cari dia dekat mana Zie?". Tanya Lin
"Aku tau mana nak cari dia Lin".
Zie terseyum menyeringai memandang Lin.
Share this novel