????

Romance Completed 40494

"Wowww sengal, Kau pergi mana?"

Tanya Lin, bila Zie sampai ke rumah Yana, Keesokan harinya.

"Sengallllll?... Kurang ajar korang, pangil aku sengal. Otak kau tu yang sengal".

Kata Zie, sambil ketawa.

"Hurmmmmm, Tak boleh nak cerita lah korang. Ini rahsia aku. Biarlah aku simpan rahsia ini".

Kata Zie lagi. Sambil memandang Yana dan Lin.

"Ohhh! Kau dengan kami pun nak main rahsia rahsia ye? Kita orangkan bestfrend forever kau. Mana boleh main rahsia rahsia macam ni".

Kata Yana, sambil berkerut dahinya.

"Ada satu satu perkara, kita kena berahsia juga Yana. Takpe lah, biar aku simpan rahsia tu".

Kata Zie dan tersenyum. Yana dan Lin membuat muka kelat, bila Zie mula main rahsia rahsia.

..................................................................

"Khai, semalam kau pergi mana? Sampai ambil separuh hari, Call pun tak dapat?".

Tanya Yun.

"Ohh, aku pergi resort pakcik aku. Rasa nak tenangkan fikiran pulak, Itu yang aku ke sana. Kau macam tak tau aku. Mana lagi lah aku nak pergi, kalau bukan resort tu. Selain dari rumah ni".

Jawap Khai.

"Amboi, sampai off phone. Dah kenapa?"

Tanya Lee.

"Kau pergi dengan siapa?".

Tanya Lee lagi.

"Fon aku low, Aku pergi sorang je lah korang. Aku nak pergi dengan siapa lagi".

Khai memandang kawan kawannya, sambil tersenyum.

"Lain macamlah kau ni, Sejak balik dari resort. Kau jumpa awek dekat resort ye?"

Tanya Lee, sepertinya tidak berpuas hati dengan jawapan Khai, lebih lebih lagi bila Khai terseyum.

"Hissss, kau ni. Awek apa bendanya... Aku senyum pun tak boleh ke? Macam macamlah korang ni. Dah lah, jom lepak mamak. Aku dah lapar ni".

Sambil Khai memandang jam yang tergantung didingding.

"Haaa, tengok tu, dah pukul 8malam. Patutlah perut aku dah bunyi keroncong".

Kata Khai lagi, sambik terseyum menyeringai.

................................................................

"Bibbbb bibbbb".

Watsap group berbunyi Yana, Lin dan Zie.

-"Korang! Malam ni kita keluar pukul 9 ya?" Tulis Yana.

-"Hoiii, awalnya. Malam minggu ni. Keluarlah lewat lewat sikit". Balas Lin.

-"Alahhhh, aku nak pergi makan. Jomlah keluar awal... Bosan makan dekat rumah je".

Kata Yana, sambil membuat emoji lapar.

-"Hurmmmm, ada ada je lahh. Ok lahh". Tulis Zie.

-"Malam ni, nak bawa kereta siapa?"
Tanya Zie lagi.

-"Bawak kereta kau ye Yana? Aku malas nak memandu".
Tulis Lin, sambil membuat emoji letih.

-"Hurmmmm, sama... Aku pun malas nak memandu".

Tulis Zie, sambil membuat emoji senyum.

-"Alahhhhhh, korang asik buli aku jekan. Ok lah ok lahhh. Aku ambil korang". Tulis Yana.

-"Siapa lambat tinggal".
Tulis Yana lagi. Sambil menghatar emoji syaitan.

-"OK" balas Lin

-"Ok" balas Zie.

...................................................….

"Mie, mana jorang ni, Kata nak lepak sini".

Tanya Z, sambil meninjau ninjau kawan kawan yang masih belum datang lagi.

"Alahhh, kejap lagi sampai lah tu".

Jawap Mie, Z pula mengangguk.

"Lamakan betulkan tak lepak sini".

"Ahaaaa, lah bro. Seinggat aku lima, enam bulan yang lepas, Kali terakhir kita enjoi di dekat sini".

Kata Mie, sambil menggoyang goyang badannya mengikut rentak muzik remix yang di pasang oleh Dj disco.

"Haaaa tu jorang".

Kata Mie, Sambil melambai lambaikan tangannya kepada Sham dan Shah.

"Helllo brooo. Lama tak jumpa".

Jerit Sham, Sambil memeluk semua kawan kawannya yang ada di situ. Shah juga datang bersama Sham dan berpelukan sesame mereka.

"Haiii, tak kan layan coke je?"

Tanya Sham, yang sudah banyak berubah. Sham lebih bergaya, berbanding dahulu.

"Kata nak enjoi malam ni. Paling tak pun beer". Kata Sham tersenyum nakal.

"Tak pe! tak pe! Kau oder je dulu".
Balas Z.

"Kalau aku terasa nak fening fening, nanti aku order".

Kata Z lagi, sambil tersenyum!m dan cuba mengelak dari minum minuman keras. Mereka berempat minum minum sambil melayan lagu yang di pasang oleh DJ... Mata masing masing melilau kepada anak anak muda yang menari dengan pelbagai jenis tarian.

"Z, Zie mana?".

Tanya Sham.

"Ada lepak dengan Lin dengan Yana. Tak tau lah mana jorang pergi lepak. Aku rasa mesti dekat Club yang jorang selalu lepak. Kau tau lah ladies. Suka layan live band. Mana suka disco macam ni".

Kata Z sambil terseyum.

..............................................................

"Zie, kau tak boring ke asyik lepak tempat yang sama je?. Jom lah call Yun, Lee dengan Khai. Kita layan rempit malam ni. Aku macam dah sukalah. Naik motor".

Kata Lin dengan lentok gediknya.

"Ye lah Zie, jom lah lepak naik motor. Ronde ronde KL. Suruhlah diorang datang sini ambil kita. Kereta aku paking sini, macam hari tu".

Sampuk Yana pula dan sedikit memujuk.

"Hurmmmm, suka hati korang lahh, aku ikut je. Z pun sebok merayap entah ke mana dengan kawan kawan dia".

"Cayaaaa lah Zie, aku call sekarang. Suruh diorang bawa motor".

Lantas Yana menghubungi Lee.

..............................................................

"Oiii, korang. Awek call ajak keluarlah. Jalan jalan naik motor... Nak ke?".
kata Lee.

"Aku dah kata dah. Mesti jorang akan gian naik motor".

Kata Lee sambil tersenyum riang.

"Bestlah korang, Lin dengan Yana nak jumpa?" Kata Khai, sambil membuat muka sedih.

"Nak harapkan Zie call aku! Hurmmn janganlah nak berharap sangat".

Kata Khai lagi, dengan nada kecewa.

"Heii heii, Zie pun ada. Lin suruh aku ajak kau sekali". Kata Yun lagi.

Terseyum Khai, Bila Yun berkata begitu.

"Aku dah sukalah dengan Yana tu".

Tiba tiba Lee meluahkan isi hatinya kepada Kahi dan Yun.

"Dia pun nampaknya sukakan aku juga".

Kata Lee lagi.

"Betul lah tu Lee, aku pun suka dekat Lin tu. Jangan marah, Kita orang dah couple. Kalau suka jangan terhegeh hegeh, takut orang lain kebas".

Kata Yun lagi. Sambil membuat muka banga, Bila cintanya di terima oleh Lin.

"Wahhh! hebat hebat" Balas Lee.

"Dah lah, jom siap. Jorang dah tunggu tu".

Kata Lee lagi.

"Zie, pasti ke ada kan Lee?".

Tanya Khai lagi, Sepertinya tidak berpuas hati, dengan kawan kawannya. Khai takut kawan kawannya menipu.

"Kenapa Zie tak call aku dan ajak aku sendiri?".

Bisik Khai.

"Ye ada". Balas Lee.

"Lin suruh kau datang sekali". Kata Lee lagi.

Tersenyum Khai, bila Lee kata begitu. Khai bangun dari tempat duduknya dan terus bersiap, untuk berjumpa Zie. Gembira hatinya, dapat berjumpa Zie lagi.

...............................................

"Jom menari dekat sana".

Ajak Sham, sambil menarik tangan semua kawan kawannya.

"Goyang badan dekat sini apa barang. Jomlah goyang dekat lantai tengah tengah tu. Baru lah enjoi".

Kata Sham lagi.

Masing masing bangun dan menari ditengan tengah gelangang. Mereka berempat betul betul bahagia malam itu, sambil mengacau awek awek yang menari di situ. Tersenyum malu mereka, bila dikacau dengan mereka berempat. Tiba tiba datang dua orang perempuan menyelit ditengah tengah mereka. Terperanjat Z dengan yang lain, bila melihat Daya dan Nani datang menyelit. Terberhenti Z bila melihat Daya.

"Haiii korang! Rindunya".

Kata Nani, sambil cakap terjerit jerit. Kerana suasana sangat bising dengan muzik.

"Lama tak jumpa. Last jumpa, masa kata Ipoh hari tu" Kata Nani lagi.

"Jom, join kami".

Ajak Sham sambil menari semula mengikut rentak lagu. Nani menari sambil memegang Sham. Sham hanya melayankan sahaja Nani. Daya pula cuba memegang Z. Z menolak pelahan tangan Daya. Yang cuba menari sambil memegang dada Z.

"Cuba menari tu, tak payah nak pegan pegan boleh ke?".

Marah Z, Daya hanya tersenyum. Seperti tidak punya perasaan, bila dimarah oleh Z.

..............................................................

"Heiiii ladies, Dah lama tunggu?".

Tanya Lee, sambil tersenyum memandang Yana. Yana membalas senyuman Lee.

"Haii, Khai".

Zie tersipu sipu malu memandang Khai.

"Haiii Zie".

Sambil membalas senyuman Zie. Zie mula merapatkan dirinya kepada Khai.

"Wak, jangan bagi tau mereka yang kita hilang hari tu ya".
Zie, berbisik bisik kepada Khai.

"Ok". Balas Khai.

"Oiii, apa bisik bisik ni?".

Tanya Lin, sambil memeluk pinggang Yun.

"Ehhhh, tak ada apa apalah. Sebok nak tau hal orang".

Wajah Zie berkerut.

"Ok girls jom, kita berpesta".

Lee sedikit menjerit. Masing masing menaiki motor pasangan masing masing dan berlalu pergi meronda dikota raya Kuala Lumpur, tanpa hala tuju.

"Kemana kita ni?".

Tanya Lee kepada Yun dan Khai. Sambil menyusun sebaris motor dan memandu pelahan.

"Jomm, ikut aku"

Jerit Yun diatas motor. Lalu Yun jalan terlebih dulu kehadapan. Di ikuti Lee dan Khai. Yun, memberhentikan motornya di tempat parking motor disebuah disco.

"Layan sini sekejap nak tak?".
Tanya Yun.

Zie memandang sekeliling, sebelum turun dari motor. Berderau darah Zie, bila ternampak kereta Z ditempat meletak kereta disebelah disco itu... Dengan jantung yang dup dap dup dap, Zie memerhatikan sekeliling dengan anak matanya. Takut pula Z duduk melepak diluar disco.

"Ehh korang, jom pergi tempat lain lah".

Kata Zie, sambil matanya memandang Yana dan Lin. Sambil, anak mata Zie menunjukkan kepada Yana dan Lin tempat parking kereta. Yana dan Lin mengikut gerak anak mata Zie. Mereka juga ternampak kerata Z disitu. Terbeliak mata mereka berdua dan turut meninjau ninjau dengan anak mata masing masing. Takut Z ada diluar disco.

"Ahaaa lahh korang. Tak nak lah dekat sini. Jomlah pergi disco lain. Disco ni tak best lahh".
Kata Lin.

"Heiii, ni tempat yang terbaik dekat sini tau. Apa yang tak bestnya".
kata Yun.

"Tolong korang. Jom pergi dari sini".

Kata Zie dengan nada yang merayu. Takut lebih lama dia disitu. Z akan keluar.

"Mati lah aku kalau Z nampak aku dekat sini. Dah lah keluar dengan jantan. Naik motor pulak tu".

Bisik Zie sendiri. Sambil anak mata tetap melilau.

"Jomm".

Ajak Zie lagi.

"Kenapa ni Zie?".

Tanya Khai, bila melihat Zie tidak menentu. Bila berada disitu.

"Tak ada apa apalah".

Sambil Zie tersenyum. Zie cuba menyorokkan perasaan risaunya.

"Dah jom lahh"

Ajak Yana pula. Yang cuba membela Zie.

"Ok ok lahh, jomm".

Kata Khai, sambil berlalu dari tempat tu. Leganya hati Zie, bila beredar meningalkan disco itu.

"Ok lah, kita pergi disco lain lah. Aku ada lagi satu tempat".

Kata Yun dan terus Yun membawa kawan kawannya ke tempat lain pula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience