"Sayang, malam ni lepak rumah aku nak?".
Ajak Z dengan wajah nakalnya.
"Hisss kau ni! Tak nak lah. Lagi pun aku dah janji dengan mak aku, nak balik malam ni. Lagi pun aku letihlah Z. Malam tadi tak cukup tidur. Next time ya?".
"Hurmmm! Ok lahh. Nanti aku terus hantar kau balik rumah".
"Thanks sayang, Faham aku. Mehh sini nak sayang sikit".
Z merelakan sahaja dirinya cium oleh Zie. Sambil tersenyum bahagia. Sampai di depan rumah Zie. Zie mengajak Z berborak borak dulu, sebelum balik kerumahnya. Zie dan Z duduk berdua dibawah pokok mangga dipangkin depan rumah Zie. Lebih sejam berborak, Z meminta diri untuk balik berehat dulu.
"Zie, aku letihlah. Dari sampai sini, terus aku jumpa kau dulu. Belum lagi rehat rehat. Balik just mandi tukar baju and terus jumpa kau. Rindu punya pasal. Janji aku dapat jumpa dengan kau dulu, aku dah cukup cukup gembira. Itu yang aku ajak kau ke rumah aku. Bolehlah kau urut urut aku sikit heheheh".
Z ketawa mengusik Zie.
"Mehhh aku urut kau kat sini nak?".
Tanya Zie yang juga bergurau.
"Sini tak naklah, orang nampak. Kata rumah aku, sorang pun tak nampak". Menyeringai Z ketawa.
"Dah lah tu Z, kalau bergurau macam ni, sampai esok pun kau tak balik. Dah lah, pergi lah balik berehat"..
"Hurmmm ok lah sayang. Aku balik dulu tau. Esok kalau kau free, Kau datang rumah aku ya. Datang je terus. Aku tak kemana mana pun. Selasa, rabu dengan khamis baru aku ada kelas".
kata Z.
"Hurmmm, rindulah aku. Tak dapat jumpa kau minggu depan".
Balas Zie.
"Alahhhhh sayang. Bukannya aku duduk terus kata kolej tu. Aku ada je dekat rumah. Kalau kau rindu, kau datang je. Tak payan nak call call".
Kata Z, sambil tersenyum.
"Tak apalah, Kau belajar je, Aku pun tak nak kacau kau. Aku nak tengok kau lulus. Kalau belajar tu jangan nak main main pulak. Jadi minggu ni aku tak jumpa kau. Minggu depan aku datang lepak rumah kau. Ok ke tak?". Tanya Zie.
"Hurmmmm, ok lahh. Janji kau setiasa ingat aku. Jangan pernah lupakan aku".
kata Z, sambil memeluk Zie. Dan mencium dahi Zie.
"Pommm".
Tiba tiba, buah mangga atas pokok jatuh dipangkin, tempat mereka berdua duduk. Berlepik jatuh dan pecah. Punyalah terperanjat Zie dengan Z. Berdebar jantung masing masing. Berpandangan Zie dengan Z. Ketawa besar mereka sambil memegang dada masing masing.
"Itulah kau ni, ajak lepak bawah pokok mangga. Kalau jatuh atas kepala, boleh pening wowwww".
kata Z sambil ketawa. Masing masing sambung ketawa semula.
..............................................................
"Aduhhhh bosannya, duduk rumah sorang sorang".
Keluhan Khai didepan ruang tamu.
"Kenapa ye, Zie tak nak keluar dengan aku?. Kawan kawan dia ok je, keluar dengan Yun dan Lee... Nampaknya, aku sahaja, masuk angai keluar asap kat rumah ni sorang sorang. Sambil melayan cerita di television ni, yang entah apa apa... Asyik di ulang ulang aja cerita yang sama. Dah tak ada idea agaknya sarikat ni".
Khai merungut seorang diri. Ternampak cahaya kereta masuk ke dalam parking kereta.
"Yes, jorang sudah balik. Adalah aku kawan berborak. Tak lah sunyi sangat duduk dalam rumah ni"
Bisik Khai, sambil menantikan kawan kawannya masuk kedalam rumah. Yun dan Lee masuk ke rumah dengan wajah yang berseri seri.
"Amboiiii! kemain berseri seri muka tu. Seronok berdating ya?".
Tanya Khai.
"Seronok sangat bro, dapat keluar dating. Sejak aku dah putus dengan Nani, mana pernah keluar dengan mana mana perempuan. Terasa lega hati ni, bila dapat menghadap wajah perempuan". kata Lee, sambil ketawa.
"Aku pun sama Khai! Sejak kejadian yang lalu. Aku dah tak main mainkan perempuan lagi. Tapi bila dapat balik awek. Hurmmmm nikmatnya. Dapat pula awek seksi macam jorang. Berdebar debar dada ni". kata Yun menyeringai.
"Hurmmmm, korang ok lah, seronok dating. Aku ni mati kutu duduk rumah sorang sorang. Zie tu bukan kata nak keluar dengan aku. Nak call pun tak pernah. Ada aje alasan dia". Balas Khai.
"Ahhaaaa tadi aku pergi rumah jorang. Zie ada je dekat rumah. Dia kata dia letih".
Kata Lee lagi.
"Kau tau Khai, Patutlah jorang batak naik motor... Jorang dari kelurga yang berada, Tak layan motor motor ni. Lepak pun club club je. Tapi aku suka dia dengan mereka. Mereka jenis tak belagak".
kata Lee lagi.
"Khai, cuba kau ajak Zie keluar hujung minggu ni lepak club. Kau cubalah pujuk pujuk dia. Manelah tau dia nak. Nanti aku ajak Lin.
Kau Lee ajak Yana. Boleh layan layan live band. Boleh lepak atas bukit macam hari tu".
Yun memberikan idea.
"Hurmmmmm Good idea". kata Khai.
"Kalau jumpa berdua dua dia tak nak. Kita jumpa ramai ramai, Mesti dia nak... Atau kau suruh Lin dengan Yana pujuk dia ikut sama. Aku tak payahlah call. Jumpa sana je terus".
Khai memberi Idea.
"Macam best je, ok lah nanti aku call jorang. Suruh ajak Zie, lepak sekali hujung minggu ni". Balas Lee.
..................…….....…….....…...............
"Zie, Yana, Jom pergi makan?".
Ajak Lin di watsap group.
"Hummm, kau nak belaja ke? aku nak makan Kfc".
Zie membalas.
"Ahaaa, kalau kau belanja, aku nak ikut".
Yana pula membalas sambil menbuat emoji senyumm.
"Hurmmmm teruklah korang ni, ok ok lah. Kejap lagi aku datang ambil. Dalam pukul 8malam... Pastikan semua dah ready. Aku honn je, terus keluar". tulis Lin.
"Ok cun... Yana kau siap cepat cepat. Bukan senang minah ni nak belanja".
kata Zie, sambil buat emoji happy.
"Dahhh dahhh, sekarang dah pukul 7.30malam. Aku bagi masa 30 minit untuk bersiap. lambat tinggal". Lin membuat emoji budak nakal.
...............................................................
"Z kau tak keluar dengan Zie ke?".
Tanya Mie.
"Tak adalah Mie, Minggu ni aku banyak tugasan, nak buat dekat kolej. Tambah pula dengan peperiksaan ni. Rasanya aku kena tumpukan dulu pada belajar ni. Lepas aja minggu depan aku free. Dapatlah aku lepas rindu aku dekat Zie". Z menyeringai.
"Kau Mie, Esok kau tak keraja ke? Relax aja, aku tengok". Tanya Z lagi.
"Kerja lah bro. Esokkan baru hari khamis. Minggu ni aku kerja. Minggu depan aku ambil cuti. Aku nak habiskan cuti tahun aku. Letih doh, asik kerja je... Aku nak enjoi lepak lepak je seminggu depan. Kau pun dah habis peperiksaankan. Bolehlah kita enjoi sesame, Nanti aku ajak Shah dengan Sham". kata Mie lagi.
"Wahhh boleh boleh, rindu juga nak lepak dengan diaorang. Lama tak jumpa. Mesti banyak cerita nanti".
"Mie, lagi satu aku nak ingatkan kau. Aku nak kau rahsiakan dekat Zie. Yang aku terjumpa Daya, masa dekat Johor hari tu ya!... Ini rahsia antara aku dengan kau".
kata Z lagi.
"Ohh, ye lah. Aku pun dah lupa pasal Daya. Nak tanya kau hari tu. Tapi aku sebok sangat, sampai terlupa... Kenapa, dia ajak kau keluar hari tu ya?".
Tanya Mie lagi.
"Itu lah. Hari tu kan masa kita sampai di Johor. Kita terserempak dengan dia kan.. Esoknya dia ajak aku keluar. Banyak benda yang di nak cerita katanya. Aku mula mula memang malas nak pergi. Kau tau lah dia tu. Tergedik gedik, malas aku nak layan. Tapi, kesian pula. Dia dah merayu rayu nak jumpa aku". Cerita Z.
"Kau tau Mie, Esoknya aku jumpa dia di mall depan hotel kita. Dia bawa anak dia. Dia dah ada nak lelaki, Comel sangat. Aku terkejut dia bawa anak dia. Dia cakap nak kenalkan aku dengan anak dia. Aku terus tergamam tengok budak tu. Budak tu dalam dua tahun lebih aku rasa... Daya bagitau aku, Bekas bofrend dia tak nak bertanggungjawap. Nasib keluarga dia, boleh terima dia dengan budak tu. Keluarga dia sekarang dah duduk JB. Jadi anak dia, mak dia yang jaga. Sebulan dua kali, dia akan balik JB untuk tengok anak dia. Itu yang dia terserempak dengan kita. Dia pun tak sangka dapat jumpa aku dekat sana. Di tinggal dekat sunway sekarang. Kau tau Mie, dia nak jumpa aku kat KL... Gila apa dia tu, Dia dah tau aku dah ada Zie... Masih lagi sebok nak cari aku. Gedik masih sama macam dulu. Cuma di lebih berisi sikit. Lebih cantik dari dulu".
Sambil Z tersenyum memandang Mie.
"Kalaulah Zie tau, aku jumpa dia, Matilah aku Mie. Jadi ingat Mie. Jangan sesekali terlepas cakap. Ini rahsia aku dengan aku".
Kata Z lagi. Mie menganggukkan kepala tanda faham.
...........................................................................
"Pinnnn pinnnnn".
Lin menekan hon keretanya beberapa kali.
"wowww cepatlah".
"ok ok jap, Ibu pergi dulu".
Jerit Zie sambil berlari masuk ke dalam kereta Lin.
"Hisss kau ni. Tak sempat sempat".
Marah Zie, Lin hanya tersengeh sengeh. Sampai di rumah Yana, Lin buat yang sama juga. Berlari Yana keluar dari gate.
"Hisss kau ni! seksa betul, nak suruh kau belanja".
Marah Yana.
"Next, kalau aku atau Zie belanja. Kita buat dia, Macam mana di buat kita ya Zie".
Kata Yana lagi kepada Zie. Masing masing ketawa didalam kereta.
"Ni nak makan dekat mana?".
Tanya Zie.
"Kfc Bukit Bintang".
jawap Lin.
"Amboii jauhnya".
"Dekat dekat Ampang ni kan ada. Kenapa nak kesana pula".
Tanua Zie lagi, sambil berkerut wajah.
"Saja nak cuci mata, malam malam khamis ni". Balas Lin.
"Amboi, esok kau tak kerja ke?".
Tanya Yana.
"Alahhh, relaxlah. Habis makan kita baliklah terus. Bukan jauh pun".
Jawap Lin.
"HUmmmmm lantaklah dia Yana... Orang nak belanja. Kita duduk diam diam je makan".
kata Zie lagi.
Sampai di sana mereka memesan makan dan lepak ditingkat atas.
"Ambil tempat yang boleh nampak luar ya". kata Lin.
"Hurmmmm ok". jawap Yana.
Tengah borak borak makan.
Tiba tiba Yana terdiam dan mata memandang diluar cermin. Seperti memerhatikan sesuatu diluar.
"Hello".
Sambil Lin memetik jarinya, tersentap Yana.
"Korang, tengok itu. Dekat luar".
Yana menudingkan jari kepada orang diluar cermin kaca, sambil membuat muka sedih. kelihatan Arol, berpimpin tangan sambil gelak ketawa berjalan di luar kfc. Dengan seorang perempuan... Hancur hati Yana. Melihat itu semua, dihadapan matannya sendiri.
"OK Yana, Kau tau ape nak buatkann?".
kata Lin.
Yana mengangguk dan terus bangun dari tempat duduknya, turun ke bawah. Zie dan Lin juga turun mengikut Yana dari belakang... Terkejut bercampir teranjat Arol, bila Yana menghalang jalannya, dan terus melepaskan tangan wanita yang dipegangnya sebentar tadi.
"Yana! Sayaaaa boleh terangkan".
Lantas Yana terus melempang muka Arol. Terpusing badan Arol ketepi.
"Heiiii sial! Kau dengar ni ye. Kau dengan aku dah tak ada apa apa lagi. Kau boleh pergi mampus".
Kata Yana dengan nada yang sangat marah. Berlumba lumba kata kata hinaan yang mahu keluar dari mulut Yana.
"Kalau kau nak rasa penumbuk aku pulak. Kau cubalah datang depan muka aku lepas ni". Kata Yana lagi.
"Heiiiiii perempuan! Baik kau hati hati. Dia ni jantan sial. Duit aku banyak dia pinjam... Nak bagi balik, entah bila aku boleh dapat. Tapi main gila belakang aku".
Kata Yana sambil memandang kepada gadis disebelah Arol yang tertunduk malu dan beralih pandangan kepada Arol semula.
"Hei jantan! Dengar ini lagi sekali ye sial... Kau dengan aku putus, bermula sekarang. Aku nak balik duit yang beribu kau pinjam tu... Tak malu punya jantan. Dah lah miskin, tapi belagak pula macam orang kaya. Aku ingat aku berkawan dengan kau, Kau jaga aku baik baik, Layan aku elok elok. Tapi inilah balasan apa yang aku dapat. Aku takkan halalkan duit yang kau pinjam aku tu.. Dunia sampai akhirat. Kau faham takk! Dunia sampai akhirat". Kata Yana, sambil mengetap giginya.
"Lagi pun aku tau, kau bukan mampu pun, Nak bayar duit aku balik". Kata Yana lagi dengan wajah yang bengang bercampur menyampah.
"Last aku nak cakap dekat kau jantan bodoh! Dalam hidup aku ni! Benda yang aku paling menyesal sekali adalah, kenal dengan kau yang tak tahu langsung menghargai orang! Hidup nak senang je... Tapi mintak mintak dengan perempuan. Muka kau betul betul tak tau malu. Ehh menyesalnya lah aku kenal kau... Dah lah tu geng, Jom lah kita bla dari sini! Naik badi aku tengok muka mamat yang macam mayat hidup, Makan hasil perempuan ni".
Arol hanya diam seribu bahasa. Tidak sedikit pun kata kata yang keluar dari mulutnya. Yana, Zie dan Lin, Berlalu pergi meningalkan mamat yang budjet bagus itu. Menuju ke kereta Lin. Menangis Yana, bila sampai didalam kereta.
"Sayang! Buat apa kau menangis untuk lelaki sial macam tu. Ape yang kau buat tu dah hebat. Elok tadi kau tendang je anu dia. Biar dia tak dapat zuriat hingga ke mati".
Kata Zie, yang juga begitu marah.
"Hurmmmm, aku menangis bukan sebab jantan sial tu korang... Aku menangis sebab aku dah berjaya lempang muka dia tu. Dah lama aku tunggu tunggu saat ini. Ini lah masanya. Malas aku nak fikir pasal mamat tu lagi".
Sambil Yana tergelak riang. Zie dan Lin berpandangan dan turut tergelak sama. Yana menurunkan tingkap kereta dibahagian belakang, tempat duduknya.
"HELLOOOOOOOOO I'M BACK SINGLE".
Jerit Yana sambil mengelurkan kepalanya.
"Wowwwwww, Lega rasanya".
kata Yana.
"Sekarang aku boleh keluar dengan sesiapa yang aku nak".
Kata Yana lagi.
"Dahlah tu, tutuplah tingkap. Nanti orang ingat aku bawa orang gila dalam kereta ni".
Kata Lin lagi sambil masing masing ketawa, bila melihat Yana begitu gembira sekali.
.................................
"Hello sayang, selamat Pagi". Kata Zie, sebaik sahaja Z menjawap pangilan talifonnya.
"Haiii sayang, Rindunya dekat engkau".
Balas Z.
"Samalah, aku pun rindu kau. Dapat dengar suara aja minggu ni... Rindu nak peluk kau". Kata Zie dengan nada yang manja.
"Kau tak pergi kelas ke hari ni?".
"Mana boleh tak pergi kelas. Minggu ni kan aku exam sampai hari selasa depan. Lepas tu Hooreeeeee, Boleh keluar dating dengan kau. Nak peluk kau kuat kuat".
kata Z sambil tergelak.
"Sayang, malam minggu ni aku keluar tau. Lin dengan Yana ajak aku lepak club. Nak layan live band. Boleh tak sayang?".
Tanya Zie dengan nada yang lembut dan memujuk.
"Hurmmm, melepak je kerjanya. Awak tu bila nak cari kerja. Aku tengok, hari tu sekali je pergi cari.
Lepas tu terus tak pergi pergi lagi".
Bebel Z.
"Alahhhh, Aku kan nak jadi suri rumah kau. Buat apa kerja? Kau lah kerja, lepas habis belajar nanti. Aku duduk rumah layan kau je. Cukup bulan kau bagi aku duit, aku pergi shopping".
"Wahhh indahnya angan angan aku kan. Habiskan duit laki dengan bersoping". kata Z, sambil ketawa.
"You're ready to be my husband later sayang". Tanya Zie dengan nada manja.
"Of course i'm willing sayang, Tapi awak tu, Tolonglah. Cukup cukuplah have fun dengan kawan kawan". Kata Z, yang cuba menasihatkan Zie.
"Helloo Z. Bagilah aku have fun dulu. Aku dengan kau kan muda lagikan. Lagi pun, ada ke aku buat benda yang bukan bukan. Paling tak pun minum minum. Bukan dengan sesiapa pun, Lin dengan Yana je. Janganlah jadi mak cik kiah sangat".
Zie mula nak meninggikan suara terhadap Z. Bila Z cuba memberi nasihatinya.
"OK ok sayang, aku tak nak gaduh. Maaf maafkan aku. Aku sayang kau. Itu yang aku nasihatkan kau. Sorry kalau kau marah. Sorry sangat sayang". Z cuba memujuk Zie.
"Hurmmmmm".
Zie menarik nafas panjang.
"Z, aku tau bila aku nak berubah.Kau tak payah cakap macam tu dekat aku. Dari dulu kau kenal aku macam mana? Aku tetap jadi diri aku. Dari dulu sampai sekarang. Aku cuma nak enjoi je. Tapi aku tau batasan aku. Bila betul betul aku akan jadi hak kau. Aku akan berubah, tak perlulah kau nak bagi tau aku. Bila aku nak berubah".
"Heiii Zie, Aku dah say sorrykan. Janganlah buat aku macam ni. Kejap lagi aku nak masuk kolej. Jangan buat aku tak tenang ambil exam nanti. Nanti kertas aku, aku tulis nama kau. Baru jadi gilanya".
Z ketawa membuat lawak.
Zie yang tadi marah, turut ketawa. Zie tak mahu Z kelang kabut menjawap exam. Biar Z tenang semasa menjawap semua soalan nanti.
"Good luck sayang...Jawap elok elok ye?". Balas Zie lembut. Lega hati Z bila Zie mula reda kemarahannya.
"Ok sayang thanks, love u sayang, bye".
"LOve u too sayang. byee".
Balas Zie dan mereka memutuskan talian. Z menarik nafas lega.
Share this novel