"Yana, Lin. Malam ni korang pergi dulu ye? Nanti aku sampai. Aku kena hantar adik aku pergi rumah kawan dia".
Tulis Zie di watsap group.
"Ok beb, Tapi kau jangan tak datang pula. Kalau kau tak datang, putus kawan". Tulis Lin, Sambil buat emoji senyum.
"Hisss koarang ni. Aku datanglah, tapi lambat sikit. Adik aku Kiki ni sebok nak suruh aku hantar dia dulu".
Tulis Zie lagi.
"Hurmmm ok ok jumpa malam nanti. pukul 10 ye?. Lin nanti ambil aku ye? Aku malas nak bawa kereta".
"Ok beb. pukul 9.15 aku datang ambil kau". Tulis Lin kepada Yana.
Malamnya Lin dan Yana sudah sampai terlebih dulu dihadapan club. Mereka berjalan masuk terus kedalam club. Kelihatan didalam, sudah ada Khai, Lee dan Yun yang sedang duduk berborak sesama mereka, sambil merokok.
"Ehh, awalnya uollss datang?".
Tanya Lin, bila sampai sahaja dimeja tempat mereka duduk.
"Awek punya pasal mestilah kena datang awal".
Kata Lee sambil mata memandang kepada Yana. Tersenyum malu Yana. Bila Lee kata begitu. Yana terus mengambil tempat duduk disebelah Lee. Manakala Lin duduk disebelah Yun.
"Lin, Zie mana?"
Tanya Khai, bila melihat Zie tidak ada bersama mereka.
"Alahhh Khai, Sorry sangat. Zie tak dapat datang lah. Dia ada hal hari ni".
Lin cuba menipu Khai. Berubah muka Khai serta merta, bila Lin kata begitu. Terpancar diwajah Khai, wajah orang yang betul betul kecewa.
"Ohhh ye ke?".
Balas Khai, kecewa.
"Alaahhhh relaxlah Khai. Aku tipu sikit kau dah mengelabah".
Kata Lin, bila melihat wajah Khai begitu.
"Zie ada nanti. Dia datang lambat sikit. Nak hantar adik dia pergi rumah kawannya".
Terang Lin sambil tersenyum. Khai, membalas senyuman Lin, bila mendengar Zie juga akan datang sebentar lagi. Khai duduk sorang di kerusi sofa. Menantikan Zie sambil melayan lagu. Mata Khai tak habis habis memcuri pandang kepada pintu masuk club. Dari jauh Khai ternampak, seorang gadis memakai skirt kelabu dan bersinglet hitam melangkah masuk kedalam club, sambil matanya tercari cari sesuatu. Rambutnya di ikat tinggi, menjadikan dia lebih manis. Terpandang sahaja Khai yang duduk disitu, Zie terus terseyum dan terus datang kepadanya.
"Sungguh cantik gadis itu, bila tersenyumm". Bisik Khai.
"Heiiii korang pun ada ke?".
Tanya Zie yang sedikit terperanjat, bila melihat Khai, Yun dan Lee ada bersama.
"Kau tak bagi tau aku pun Lin, yang mereka datang juga".
Sambil tersenyum dan terus duduk ditempat kosong disebelah Khai.
"Alahhhhh Zie, tak ada beza pun, kau tau atau tak tau. Bukan ke jorang juga, biasa lepak sini ke?".
Kata Lin yang cuba berdalih, sambil tersengeh macam kerang busuk
"Hurmmm ya lahh".
Balas Zie sambil mengerutkan mukanya memandang Lin.
"Haii Khai, Handsome awak hari ni".
Kata Zie kepada Khai, sambil menolehkan lehernya memandang Khai yang berada disebelahnya.
"Nak jumpa awek ye, Lepas ni?".
Tanya Zie lagi.
"Hisss awak ni. Saya manalah ada awek. Lagi pun, siapa lah yang nak dekat saya ni?".
Kata Khai lagi.
"Tapi, saya suka awak". Kata Khai selamber. Membuatkan Zie terseyum sambil berkerut dahinya.
"Awak pandai bergurau. Untung siapa yang dapat awak. Mesti selalu ketawa, bila duduk dengan awak".
kata Khai lagi.
"Ye ke? Saya orang yang macam tu ke? Setahu saya, saya orangnya garang. Kalau mengamuk, the rock pun kalah heheheh".
Zie melawak lagi. Khai tersenyum senyum melihat Zie.
Terhibur Khai bila melihat Zie yang setia ketawa dan membuat lawak dengannya.
"Nasiblah aku sudah ada Z, Kalau aku masih solo, Aku pasti terpaut hati, dekat kau Khai".
Bisik hati Zie... Sempat Zie mencuri pandang, bila Khai berpaling ketempat yang lain.
"Zie, Awak cantik". Kata Khai, sambil memandang kepada Zie.
"Alahhh, yang tu saya tau. Semua orang cakap saya cantik. Dah jemu dengar".
Kata Zie, sambil ketawa sendiri.
"Alahaii, perasannya minah ni". Sampuk Lin.
"Kau ingat kau cantik ke? Senget je aku tengok". Kata Lin lagi sambil ketawa besar memandang Zie.
"Bongoklah kau ni Lin".
Zie bangun dari tempat duduk dan memusing musingkan badannya.
"Cantik apa? Apa yang sengetnya? Bengong betul kau Lin".
"Yunk, i cantik tak?".
Tanya Zie kepada Khai.
"Sudah tentulah u cantik. Mana boleh lawan dengan orang lain".
Kata khai sambil tersenyum.
"U see, dia pun cakap aku cantik. Apa yang sengetnya?".
Tanya Zie sambil tergelak.
"Bukan badan yang senget.Tapi otak yang senget".
Kata Yana, sambil ketawa terbahak bahak.
"Bodohlahh korang, Aku baliklah macam ni. Malas aku nak kawan korang".
Zie membuat muka serius dan berpura pura mahu berlalu pergi. Bila diusik oleh Lin dan Yana. Khai sempat menarik tangan Zie, Terduduk Zie diatas peha Khai.
"Janganlah macam tu, Lin melawak je. Buruklah merajuk rajuk ni".
Pujuk Khai, sambil memeluk erat Zie.
"Alahhhhhh Zie, sejak bila pula dah pandai merajuk merajuk ni".
Tanya Lin, sambil tersenyum memandang Zie. Yang duduk di atas Khai.
"Hahaha aku melawak je, Tau korang takut.. Baru akau acah acah nak balik tadi".
Kata Zie, sambil bangun dari pangkuan Khai dan terus duduk di sebelah khai.
"Sorry dear. Terover duduk atau u pula".
Kata Zie, sambil tersenyum. Masing masing ketawa melihat gelagat Zie. Yang acah acah merajuk dan membuat memek muka kelakar... Zie mengeluarkan kotak rokoknya didalam bagnya, lalu mengambil sebatang rokok dan memasangnya. Sambil merokok Zie, mengoyang goyangkan badannya mengikut rentak lagu... Khai hanya memerhatikan segala perbuatan Zie, yang begitu comel baginya.
"Heiii awak, Kenapa pandang saya macam tu. Janganlah pandang saya, sampai macam tu sekali. Risau saya".
Kata Zie, sambil mengerutkan dahinnya.
"Ehh nak takut apa? Bukan saya makan orang pun. Saya cuma suka tengok awak".
Kata Khai, Sambil tersenyum manis.
"Saya bukan apa Khai! Saya ni lekas tergoda. Lagi lagi lelaki handsome macam awak. Itu yang paling saya takut... Saya takut tergoda dengan renungan awak. Takut terus ikut awak balik rumah pulak".
Zie membuat lawak. Sambil tergelak kecil memandang Khai, sambil mata Zie memandang kepada band yang sedang disetting dan memandang semula kepada Khai.
"Ok semua, sekarang kita jemput seorang lagi penghibur kita... Di persilakan Kid and the geng". Kata Dj di situ.
Zie pantas memandang semula kedepan pentas band. Terlihat susuk tubuh jejaka, yang dia pernah kenalinya dulu.
"Ehh aku rasa aku kenal kau. Ya betul aku memang kenal dia. Kid yang berada di atas pentas sana".
Bisik Zie. Zie setia memerhatikan Kid Sambil Kid juga memandang tepat kepada Zie.
"Entah, sejak bila Kid ada di situ".
Bisik Zie lagi. Zie betul betul tak perasan dengan kehadiran Kid disitu. Hati Zie mula berdebar debar.
"Hello uollss. Harap semua dalam keadaan sehat selalu. Lagu yang akan saya nyanyikan ini, buat insan yang sangat sangat istimewa buat diri saya. Dia pernah singgah didalam hati ini, walau pun hanya seketika. Saya tak pernah lupakan awak, sampai bila bila. Bunga yang saya bagi, dan terselit ditelinga awak terjatuh, masa awak meninggalkan saya. Saya ambil bunga itu dan saya simpan didalam dairi hati saya". Kata Kid dengan senyuman.
"Itu sahajalah kenangan indah bila bersama awak dulu".
Zie memandang Yana dan Lin. Yang dan Lin juga tergamam melihat Kid dan kawan kawannya di atas pentas itu. Zie mula berubah wajah, Air mata mula bertakung di kelopak mata. Zie cuba menahan air matanya dari jatuh ke pipi. Tapi setia, tidak boleh ditahan. Air mata tetap mengalir dengan tiba tiba, apabila melihat Kid didepan mata. Zie mengimbau kembali bunga yang hilang dari tepi telinganya.
"Rupanya, bunga yang hilang itu, telah di jumpai oleh tuan yang memberi". Bisik Zie.
"Terimalah lagu dari saya. Bertajuk BUNGA".
Kata Kid dan Kid mula menyanyi.
...........................................................
Merana Kini Aku Merana
Kekasih Tercinta Hilang Entah Ke Mana.
Sendiri Kini Ku Dibalut Sepi
Tiada Tempat untuk Bercurah Lagi.
Di Mana Kini Entah Di Mana
Bunga Impian Yang Indah Di Mata
Ku Rindu Tutur Sapamu Yang Manja
Saat Kau Berada Di Sisiku...
Kini Tinggallah Ku Sendiri
Hanya Berteman Dengan Sepi
Menanti Dirimu Kembali
Di Sini Ku Terus Menanti
Akan Ku Coba Untuk
Menanti
Dirimu Kekasih
Oh Bunga...
Di Mana Kini Kau Berada
Jangan Biarkan Diriku
Dalam Kesorangan
Oh Bunga...
Jangan Kau Gores Luka Di Dada.
Sungguh Diriku Tak BerKuasa
Campakkan Kenangan.
.............................................................
Zie hayati lagu itu hingga ke lirik yang terakhir. Sambil air mata, dengan sendirinya jatuh dipipi.
"Heiii, awak kenapa ni Zie?".
Tanya khai, memandang kepada Zie. Khai mula risau. Bila Zie menangis. Masing masing berpandangan antara satu sama lain. Yana dan Lin bangun dan pergi ke tempat duduk Zie.
"Sabar ye sayang."
Kata Lin dan memeluk Zie.
Mereka bertiga memandang kepada Kid. Yang mula mengakhiri nyayiannya.
"Kaulah bunga ku Zie".
Kata Kid, sambil menunjukkan jari telunjuk kepada Zie. Semua tertamu memandang kearah Zie.Tergama Khai melihat penyanyi tu. Menyebut nama Zie. Zie memandang kepada Khai dan memandang kepada Kid pula. Zie bangun dan terus menuju kepintu Keluar. Kid bangun dari kerusi diatas pentas dan berlari mengejar Zie. Khai juga mengejar Zie.
"Zie, tunggu Zie".
Teriak Kid.
Zie terhenti dihadapan pintu club. Kid dan Khai juga terhenti.
"Zie sayang, lagu itu untuk awak. Saya rindu sangat dekat awak".
kata Kid.
"Saya tak sangka dapat jumpa awak di sini. Tolong jangan pergi Zie". Kata Kid lagi.
Zie memandang Kid dan memandang Khai yang juga berada dibelakang Kid. Zie berjalan ke kerusi bar dan duduk bertengek. Perkerja disitu memeberikan Zie segelas beer, tanpa diminta oleh Zie. Sepertinya budak itu faham, apa yang dimahukan oleh orang yang duduk bertengek disitu.
"Kid, saya juga rindu awak".
Zie bangun sambil memeluk erat Kid.
"Maafkan saya. Kerana sempat sayang awak hanya tiga hari sahaja.Tiga hari itu, sudah cukup buat saya gembira... Bila membaca surat terakhir dari awak, saya mula geliasah". Kata Zie dan setia memeluk Kid.
"Maafkan saya Zie. Dia lebih layak untuk awak. Walaupun hati saya terluka masa tu. Tapi saya faham".
Zie melepaskan pelukan Kid dan duduk semula. Lalu memandang Khai yang masih setia berdiri disitu.
"Khai, awak duduk dulu ye. Nanti saya datang".
Kata Zie, sambil melemparkan senyuman kepada Khai... Dengan wajah yang berkerut, Khai berlalu pergi ke tempat duduknya semula.
"Zie, dia jaga awak dengan baik ke? Mana dia Zie? Kenapa dia tak ada dengan awak?".
Pelbagai soalan yang Kid ajukan kepada Zie. Sambil sebelah tangannya memegang sebelah pipi Zie.
"Kid, dia masih ada dengan saya. Dia jaga saya baik sangat. Hari ni dia tak ada di sini. Saya datang dengan Yana dan Lin".
Zie menerangkan kepada Kid, tentang kenapa Z tidak ada bersamanya.
Share this novel