"Itu syarat syarat aku, Kalau nak aku pergi! Boleh ke Z?".
Tanya aku, sambil terseyum menyeringai.
"Untuk kau, cik adik manis. Apa pun boleh".
Z membalas seyuman menyeringai aku. Z juga turut terseyum.
"Terima kasih cik abang sayang".
Walau pun dia ni hanya sahabat aku. Bila dia merenung dan tersenyum, membuatkan hati aku betul betul berdebar debar.
"Ok lah aku nak gerak dulu... Aku happy sanggat, kau nak pergi dengan aku. Terima kasih Zie.
Jumpe sabtu depan dalam pukul 7.00pagi aku datang. Sebab 7.30 mereka nak gerak... Jangan lupa tau".
Z mengingatkan aku dan terus bangun dari tempat duduknya dan terus masuk ke kereta.
Enjen keretanya yang membingitkan, memecahkan suasana malam.
"His kereta dia ni! Macam nak bagi tau satu kampung, yang dia sorang aja ada kereta".
Aku terseyum sendiri. Keesoknya, seperti yang aku jangka. Hafiz call aku! Dia juga mengajak aku pergi ke Cameron Highland.
"Hai sayang".
Suara Hafiz kedengaran dicorong talifon bimbit aku, bila sahaja aku meletakan ditelinga.
"Hai sayang".
Aku membalas.
"Zie! minggu depan jom ikut saya ke Cameron nak tak? Mesti best, ramai yang join tau... Saya dengar ada 5, 6 biji kereta ikut. Jom lah follow saya".
Ajak Hafis dengan nada yang memujuk.
"Maaf Dear, Zie ada hal minggu depan, Tak dapat nak ikut. Ayah cakap nak balik kampung tengok nenek. Nenek tak berapa sehat".
Aku mula menipu dan bagi alasan... Yang sebenarnya aku nak buat kejutan dekat dia. Pasti Hafiz akan terkejut bila tengok aku datang dengan Z nanti. Tapi kalau dia memujuk dan bersungguh sungguh, aku pasti akan ikut Hafiz. Tapi cara dia mengajak aku, tak macam beria ria pun... Baiklah aku akan teruskan plan aku dengan Z.
"Oh ok lah sayang, kalau tak nak join. Nanti Hafiz pergi tau. Nanti bila sampai sana, saya call awak".
"Ok dear! Take care tau, bila sampai sana nanti. love u".
"Ok love u too dear".
Balas Hafiz dan memutuskan talian. Seminggu berlalu, begitu pantas. Malamnya aku berkemas kemas untuk pergi keesok paginya. Aku tak bawa banyak baju. Hanya satu bag luges sahaja yang aku bawak. Dalam kepala ni, macam macam yang aku nak beli nanti bila sampai sana. Aku memilih memakai, seluar pendek dengan baju singlet berwarna hitam. Semua aku sudah siapkan, agar hari esok tidak buat aku kelang kabut. Yang sebenarnya aku betul betul tak sabar nak jumpa member member aku. Aku kena kelihaan lebih voge dari mereka.
"Kak! Kau tak sejuk ke pakai seluar pendek dengan singlet, pergi Cameron? Tempat sejuk tau!"
Adik aku mengomel, sambil menolong aku mengemas baju.
"Lainlah kalau kau pergi pantai, sesuailah".
Sambung bebel adik aku lagi. Aku hanya terseyum memandang dia.
"Lagi satu kau jangan lupa jacket. Beku kau nanti, kalau tertinggal rumah".
Adik aku mulalah, jadi macam mak nenek.
pot pet pot pet.
"Ye lah, ye lah mak nenek! Aku ingat... Kau tolong carikan aku kemeja putih! lepas tu, tolong gantungkan. Senang aku nak pakai esok. Nanti aku nak terus gantung dekat kereta Z. Tak lah renyum baju aku tu nanti. Aku nak buat cover, manalah tau sejuk macam dekat London nanti hahahhah"
Aku mula buat lawak bodoh dekat adik aku... Keesokkan paginya, dari jauh deruman bunyi kereta Z sudah kedengaran di lubang telinga aku.
"Hummmm! Aku tak nak bagi orang tau, yang aku pergi. Pasal bunyi kereta dia ni. Satu kampung boleh tau, aku ikut sama".
Aku mula mengomel sendiri. Macam yang aku bagi tau Z, kereta harus paking belakang rumah aku. Dia betul betul ikut arahan aku. Dia sampai betul betul depan pintu dapur. Aku pula berdiri tercegat dipintu dapur, menyambut kehadiran Z.
"Masuk dulu Z, sarapan". Pelawa ibu.
"Tak apa lah Aunti, saya dah sarapan tadi. Terima kasih aunti".
Z menolak lembut pelawaan ibu aku dengan seyuman manisnya.
"Eh Cepatlah Zie, masukkan bag dekat bonet belakang". Sergah Z kepada aku, bila melihat aku hanya berdiri tercegat.
"Z, nanti jaga Zie ya? Lama korang bercuti, sampai 10 hari. Tak bosan ke duduk lama lama dekat sana nanti?".
Tanya ibu aku kepada Z lagi.
"Ibu aku ni! banyak soalannya". Bisik aku, sambil memandang ibu.
"Baik Aunti, nanti saya jaga Zie... Kami bukan satu tempat je Aunti. Kalau bosan, kami akan singgah ke Ipoh. Kami cuma sewa aprtment dekat Cameron seminggu je. Kalau rasa ok, baru tambah lagi sewanya. Kalau tak ok, kami akan cari apartment di Ipoh pula".
Terang Z kepada ibu aku, dengan begitu terperinci. Agar ibu aku tidak lah begitu risau.
"Ehhh dah lah tu Z, cepatlah. Tadi sebok sangat nak pergi... Ibu cepat salam! Adik, cepat salam aku! Aku dah nak gerak ni".
Aku memandang adik yang berjalan dengan gediknya.
"Ehhh Zie! Ko masuk dulu, pergi salam ayah dekat dalam bilik tu. Ayah dah bangun. Dia tengah tengok television".
Sergah ibu, bila aku melupakan ayah aku.
"Ehhh ya lahh, lupa dekat ayah. Jap ye Z, aku salam ayah aku jap".
Lantas aku bergegas masuk ke dalam bilik Ayah. Kelihatan ayah sedang menonton television.
"Ayah orang dah nak pergi ni! salam".
Aku mencapai tangan ayah aku dan mengucupnya...
"Baik baik jalan, jangan nak suka sangat. Balik cepat! Jangan dah berjalan 10hari tu, pergi sambung pulak ke tempat yang lain".
Ayah aku mula membebel.
"Baik yah! Orang pergi dulu ya bye".
"hurmmnn".
Balas ayah pendek...Kami bergerak ke tempat berkumpul di depan Balai Raya taman. Sampai di sana, aku menyuruh Z parking kereta jauh dari kawan kawan yang lain. Nasib kereta Z bercermin gelap. Jadi kawan kawan tak boleh nampak aku. Kelihatan semua kawan kawan sudah ada di depan Balai Raya. Mata aku ternampak kereta Waja kelabu Hafiz masuk ke balai raya. Berdebar debar pula hati aku ni. Masing masing tak keluar dari kereta. Hanya tunjuk isyarat tangan sahaja, bermaksud bergerak. Kami semua memulakan perjalan. Perjalanan yang agak jauh. Aku suruh Z pandu paling belakang sekali. Kalau tertinggal pun tidak apa, sebab, mereka akan berhenti makan di Tapah, sebelum naik ke Cameron Highland. Jadi bawa slow slow pun tak jadi masalah. Laju laju nak kemana. Biar lambat asal selamat.
"Z kau berhenti sekejap dekat station minyak. Aku nak ambil selimut dekat belakang. Aku betul betul sejuk. Lepas tu, aku nak beli coklat boleh tak"?
Tanya aku, dengan senyuman gatal.
"Ok boleh! Depan tu ada station minyak,
Nanti aku berhenti".
Jawap Z.
Sampai di stesion minyak, aku keluarkan dari kereta dan terus mengambil selimut yang aku simpan di dalam bag, didalam bonet kereta. Aku letak selimut itu di tempat duduk depan. Aku ambil pula duit untuk beli coklat...Setiap langkah aku, Z setia menjadi pemerhati dengan senyuman manis Z, kadang kadang aku pernah juga tersuka dia. Dia seorang yang sangat baik, handsome pula tu. Untunglah, kalau siapa jadi awek dia.
"Sayang! Aku nak minta tolong boleh ke?"
"Ya! Nak tolong apa Zie"?
Balas Z lembut
"Tolong jangan pandang aku macam tu. Nanti aku tergoda pula dekat kau".
Tegur aku selamber.
"Ngok"
Balas Z sambil menyeringai.
"Kau nak ikut aku ke? Aku nak masuk ke dalam, nak beli coklat... Jom lah sekali".
"Hmmn ok lah, jommm... Ni mesti nak suruh aku belanja coklat kan".
Z mencubit pipi aku. Aku pula terseyum sambil memegang tangan Z. Z membalas dengan megengam erat jari jemari aku. Z memimpin tangan aku masuk ke dalam kedai.
"Ok, pergi ambil coklat kau. Aku tunggu dekat kunter ni".
Kata Z sambil matanya asyik memerhatikan gerak geri aku.
Share this novel