Zie, Lin, Yana

Romance Completed 40494

Tengah Zie terseyum sorang sorang, turun Lin dengan Yana... Dari anak tanggan sudah kedengaran tapak kaki mereka menuju ke bawah.

"Woiii, tadi suruh aku turun. Ni apahal semua turun ni?.Pergilah tidur".
Marah Zie.

"Dah talifon kau memekak, Mana boleh sambung tidur lagi".
Balas Yana.

Semua terbaring di atas sofa.

"Zie, siapa call kau?.
Tanya Lin.

"Mula mula Khai call, Ajak keluar. Aku cakap malas nak keluar. Lepas tu Z call, tenghari dia sampai sini. Petang dia ajak keluar. Yesssss lah jawapanya. Mana boleh tahan tak jumpa Z".
kata Zie lagi.

"Korang aku dapat watsap. Yun ajak aku keluar. Aku cakap Yesssss". kata Lin kegembiraan.

"Dalam pukul 1 dia datang ambil aku dekat sini, Aku dah share location".
Kata Lin lagi.

"Samalah aku pun. Aku dapat watsap dari Lee ajak keluar, makan tenghari, dia nak belanja aku... Sekarang dah pukul 11.00pagi. Aku tak balas lagi watsap dia. Aku nak tulis ape ye?".

Tanya Yana. Meminta pendapat kawan kawannya.

"Terpulanglah dekat kau Yana? Kalau kau rasa nak pergi, kau pergi je lah. Kalau kau rasa tak nak, kau tak payahlah pergi!".
kata Zie.

"Aku bukan ape Zie, Aku sukalah tengok muka Lee tu. Muka mix gitu. Tak boleh tahan aku tengok. Aku rasa macam dah suka dekat dia lah. Tapi tu lah, Arol nak campak mana?". Tanya Yana.

"Yana, jangan marah kalau aku cakap ya... Sebagai kawan baik kau, Aku rasa Arol tak layak untuk kau. Kau tengoklah cara dia layan kau. Tapi bila dia nak pakai duit, bukan main mesra lagi dia dengan kau... He's not a good man to you sayang".

Kata Zie lagi.

Yana hanya diam membisu.

"Betul sayang. Aku pun rasa, Arol bukan baik orangnya...Kau tak perasan ke! Tiap kali keluar, Kau sahaja yang belanja dia. Dia tak pernah sekali pun belanja kau".
Sampuk Lin pula.

"Di bukan lelaki yang bagus, kalau macam tu Yana".
Sambung Lin lagi.

"Betullah ape yang korang cakap tu. Kali ni, aku nak tengok permainan Arol. So hari ni, aku ingat aku nak ikut Lee lah. Dia nak belanja aku makan dengan jalan jalan".

Kata Yana lagi.

"Terpulang dekat kau. Kalau kau nak keluar, kau balas aja watasp dia".
Kata Zie.

"Ok korang, thanks untuk kata kata semangat tu. Koranglah adik beradik aku. Sampai bila bila... Aku ni dah tak ada keluarga. Sejak mereka tak ada. Koranglah tempat aku meluahkan kasih sayang. Koranglah tempat aku cerita masalah aku.bAku sayang korang".

Kata Yana dengan nada yang sedih. Hati Lin dan Zie bertukar sayu, bila Yana kata begitu.

"Nak harapkan Arol, bukan dia layan aku sangat! Tak pernah pun tanya aku, apa yang aku mahukan. Sakit jiwa aku melayan dia". Kata Yana lagi.

Lin, Yana dan Zie berpelukan sesama mereka. Menandakan mereka saling sayang menyanyangi. Antara satu sama lain. Berlinang air mata kami bertiga. Termasuk mak Minah yang menghantar air kedepan... Mak Minah turut menahan sebak. Bila terdengar kata kata Yana... Menjelang tengahari, Yun sampai dulu dirumah Yana dengan kereta myvi kelabunya. Untuk mengambil Lin. Selang beberapa saat, Lee juga kelihatan. Lee memakai kereta viva hitam dan terus meletkan kereta dibelakang kereta Yun... Zie mempelawa mereka masuk. Mereka agak terpegun dengan kecantikan rumah Yana. Walau pun hanya rumah teres 2 tingkat. Tapi rumahnya corner lot, yang sudah siap di ubah suai dengan cantik oleh ibu dan ayah Yana, sebelum ibu dan ayah Yana meninggal.

"Jom masuk, tak payah nak malu malu".
Zie mempelawa mereka berdua.

"Dah macam emak emaklah pula aku ni".
Bisik Zie di dalam hati.

Mereka berdua melangkah masuk kedalan rumah Yana. Sambil mata setia memerhatikan dari setia sudut. Susunan rumah yang cukup cantik.

"Silakan duduk!"

Kata Zie lagi. Mereka pun menurut kata Zie.

"Mak Minah, tolong buatkan air. Kita ada tertamu".

Pekik Zie.

"Korang tunggu sekejap ye! Tuan puteri tengah bersiap".

Kata Zie, sambil tergelak.

"Zie, Keluarga Yana mana? Tak nampak pun? Kami nak salam mereka".

Tanya Lee, dengan nada sesikit berbisik. Zie tunduk ke lantai. Tak tau untuk berkata apa dengan mereka.

"Lee, depan Yana jangan tanya pasal keluarga dia ya! Kalau dia cerita sendiri tak apa".

Berkerut muka Lee, bila Zie kata begitu.

"Kenapa Zie?". Tanya Lee lagi.

"Ibu dan ayah Yana dah tak ada Lee, mereka dah meninggal dunia, kemalangan jalan raya. Yana anak tunggal. Tak ada adik beradik yang lain. Keluarga saya dan keluarga Lin sahaja tempat dia mengadu kasih. Selain mak Minah, orang gajinya. Yang dianggapnya ahli keluarga sendiri... Itu yang kami bertiga rapat sanggat. Sebab kami dah berkawan sejak kecil lagi. Rumah kami adalah rumah dia dan rumah dia adalah rumah kami juga. Jangan hairan kenapa kami jarang balik rumah sendiri. Kadang kadang ibu Zie, akan datang sini menolong Mak Minah masak untuk kami bertiga, kalau kami tak balik rumah sendiri. Begitulah rapatnya hubungan kami. Jadi jangan sesekali lukakan hati dia ya Lee".

Kata Zie lagi. Sambil memandang Lee.

"Walau pun dia berharta. Tapi itu tak penting bagi dia. Dia hanya perlukan kasih sayang dari seseoarang. Yang betul betul sayang kan dia". Kata Zie lagi.

Tercengang Lee dengan Yun bila mendengar cerita dari Zie, tentan Yana.

"Ingat! Jangan tanya Yana apa apa pun. Janji tau korang".

kata Zie lagi.

"Janji".

Kata Yun di sambung dengan Lee.

"Terima kasih korang". Zie terseyum.

"Haaa! tu pun puteri korang dah turun".

Yana mengenakan dress pendek, berwarna hitam. Lin pula, memakai jeans dan bersinglet.

Lee dan Yun bangun dari kerusi, sambil terseyum.

"Zie, kenapa tak nak keluar sekali?".
Tanya Yun.

"Saya letih lah Yun".

"Tak pe, korang enjoi ye. Jangan tak balik sudah. Esok nak kerja. Jangan lewat balik". Kata Zie lagi.

Zie menarik Lin dan Yana ke tepi, Sebelum mereka masuk ke kereta pasangan masing masing.

"Korang, jangan cakap apa apa pasal aku dengan mereka ye. Jangan cakap yang aku nak keluar dengan Z. Korang cakap aja, aku nak berehat dekat rumah. Malas nak keluar... Ingat tau?". kata Zie lagi.

"Hurmmmm kau ni Zie, ada ada je lah! Ya lah, aku ingat". jawap Lin.

"Ye sama, aku pun ingat". jawap Yana pula.

"Thanks girls. love u korang". Kata Zie.

Masing masing naik ke kereta pasangan masing masing dan berlalu pergi meninggalkan Zie yang berdiri didepan pintu pagar...

"Sayang, Aku dah sampai dekat luar".
Dapat watsap dari Z, Bila menjelang petang.

"Jap jap tengah siap".
Zie membalas watsap Z.

Walau pun ni rumah Yana, tapi baju baju Zie dengan Lin banyak dirumah Yana. Pilih sahaja nak pakai apa.

"Baju apa ye aku nak pakai ni?". Tanya Zie di dalam hati.

"Skirt ke? dress ke? atau seluar?
Hurmmmmm!" Zie mencapai dress berwarna kelabu. Lalu memakainya.

"Comel juga pakai macam ni".
kata Zie di dalam hati.

"Nak ikat rambut ke lepaskan, Hurmmmmm. Lepaskan dululah. Nanti kalau panas, barulah siput tinggi tinggi".

Kata Zie sendiri, sambil tersenyum didepan cermin. Zie bergegas turun dan terus kedapur. Untuk memberi tahu, mak Minah.

"Mak Minah, Saya keluar dulu ye? Z dah tunggu dekat luar tu".
Kata Zie, kepada mak Minah.

"Hati hati ye cik Zie, Cepat balik".
Sahut mak Minah lagi.

"Ye mak Minah, saya pergi dulu ye".
Lalu Zie bergegas, keluar mengambil selipanya dan terus menuju ke kereta Z.

"Sayang sorry lambat".

Z memandang Zie dengan senyuman.

"Heiii sayang, apasal tenung aku macam tu. Kenapa? Baju aku tak ok ke? Ada yang koyak ke? Mekup aku teruk ke? Rasanya aku tak pakai mekup, just pakai bedak je".

Tanya Zie. Z pula hanya diam dan terseyum.

"Janganlah tenung aku macam tu. Aku takutlah".

Berkerut muka Zie.

"Aku tenung kau sebab kau cantik sangat hari ni... Bukan tak suka lepaskan rambut ke? Katanya rimas".
kata Z lagi.

"Kenapa Z, tak cantik ya".
Tanya Zie lagi.

"Ehhhh ehhhh tak lahh. Kau cantik macam ni. Aku suka sangat. Kau sentiasa cantik di mata aku".
Balas Z.

"Terima kasih Z sayang, Kau selalu puji aku. Aku sayang engkau. Aku akan pastikan, tak akan ada orang lain di dalam hati aku ni, kecuali kau. Kau jangan takut Z. Cinta aku hanya untuk kau seorang sahaja, Tak mungkin ada orang lain. Doakan aku tetap setia kepada engkau".

Kata Zie. Sambil memegang tangan Z dan Z mencium dahi Zie.

"Dah lah, sayang. Jomlah, kata nak pergi makan. Aku nak makan dekat mall tau. Aku nak cari baju.
Dah lama aku tak shopping".
Kata Zie lagi.

"Ok sayang. Untuk kau, kemana sahaja aku boleh bawa".

Kata Z sambil merenung manja kepada Zie.

"Kali ni aku belanja kau shopping ye sayang. Aku dapat duit sikit. Buat part time dengan Mie kemarin. Duduk hotel, layan kerja dia. Aku tolong sikit dapat lah rm500. Keja senang, siapa yang tak nak kan. Itu yang aku suka ikut Mie"...
Z ketawa.

"Wahhh, bestnya. Kalau ada part time lagi, bagi tau. Aku pun nak buat juga. Penatlah jadi pengangur terhormat ni".
kata Zie.

"Hurmmm ada ada jelah kau ni Zie, nanti aku tanyakan dekat Mie, kalau ada kerja kosong dekat ofis dia".

"Mekasih sayang, i love u".
Balas Zie dengan gedik manjanya. Membuatkan Z terseyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience