Sampai di bawah, kelihatan ramai penghuni resort yang duduk duduk bersantai disetiap kawasan. Zie, Lin dan Yana memilih untuk duduk makan didalam coffe house resort. Mereka makan sambil ketawa ketawa. Sungguh seronok mereka disitu. Tanpa mereka sedar, ada mata yang memerhati. Sekumpulan jejaka yang juga ada didalam coffe house dan duduk disatu sudut paling hujung. Tiba tiba datang seorang lelaki, salah seorang dari mereka kemeja makan Zie yana dan Lin Dan mula menegur.
"Haiii awak! bertiga sahaja ke?".
Tanya lelaki tersebut. Terseyum Yana, Lin dan Zie.
"Ye kami bertiga, kenapa ye cik?".
Tanya Lin.
"Boleh ke kita berkenalan. Kawan kawan saya termasuk saya, ingin sangat berkenalan dengan cik bertiga. Boleh ke?".
Lin, Yana dan Zie memandang group lelaki yang duduk di meja, tidak jauh dari meja mereka.
Kelihatan ada lagi tiga orang lelaki yang sedang duduk memandang mereka sambil terseyum.
"Nak berkenalan boleh je! Tapi kami ni bukan Cik tau. Kami ni Puan".
Kata Zie sambil ketawa. Begitu juge dengan Yana dan Lin juga turut ketawa. Terseyum lelaki yang berdiri di meja mereka.
"Tak mungkin awak bertiga ni Puan. Saya tak percaya lahh".
Kata lelaki tersebut sambil terseyum.
"Sunguh manis muka lelaki tersebut bila terseyum. Tergoda pula hati ini". Bisik hati Zie..
"Nama kamu siapa?". Tanya Zie.
"Sila lah duduk. Tak baik berdiri".
Kata Zie lagi.
"Nama saya Taufiq".
Kata lelaki tersebut sambil duduk dikerusi meja makan Zie, Yana dan Lin.
"Yang baju merah tu Kamal".
Sambil Taufiq menunjuk jari kepada kawan kawannya dimeja hujung.
"Yang baju hitam tu Rafi dan yang lagi sorang tu Arvin. nampak macam melayukan. Tapi dia india".
Kata Taufiq sambil tersenyum.
Lin, Yana dan Zie memberikan senyuman kepada Rafi, Kamal dan Arvin. Sambil melambai tangan...
Mereka membalas lambaian Lin, Yana dan Zie.
"Nama saya Zie",
Tiba tiba Zie bersuara...
"Nama saya pula Lin". sambung Lin.
"Dan saya pula Yana".
Kata Yana sambil terseyum.
"Lepas ni jom jalan jalan tepi laut".
Ajak Taufiq.
"Ok boleh je". Balas Lin.
"Terasa ramailah sikit, bila lepak dengan korang semua. Baru lah best ramai ramai".
Kata Lin lagi.
Taufiq bangun dari tempat duduknya dan kembali kepada group kawan kawanya.
"Ehhh, tak pe ke, kita lepak dengan diaorang?".
Tanya Yana. Sebaik sahaja Taufiq pergi.
"Alahh Yana. Lepak lepak je lahh, Relex lah. Bukan nak bercinta pun. Berkawan tak boleh ke puan Yana oii".
kata Lin tersenyum. Yana juga kembali tersenyum.
Zie memangil staff disitu untuk membawakan bil makanan mereka.
"Boy, bawakan sis bil ye".
panggil Zie lembut.
"Haii cik Zie",
tegur budak yang berkerja disitu.
"Baru sampai sini ke?".
Tanya staff itu lagi.
"Ahaaa sis baru je sampai. Tempat ini masih lagi cantik macam dulu".
Kata Zie kepada staff itu. Zie seakan akan ingat ingat lupa dengan staff itu. Maklumlah dah lama tak datang keresort itu. Kalau ada yang menegur Zie, Maknanya dia staff lama.
"Boy, bawakan sis bil ye?"
kata Zie lagi.
"Dah di bayar Cik Zie. Amir kata jangan ambil bayaran apa apa dari cik Zie".
Sambil staff itu tersenyum.
"Tolong say thanks kepada Amir ye".
Kata Zie sambil bangun dan berjalan keluar dari coffe house di ikuti juga group lelaki tersebut. Mereka berjalan bersama sama menuju ke pantai. Senasa lalu dikolam renang, Zie di tegur oleh Amir.
"Hai Cik Zie".
Tegur Amir.
Berpandangan Taufiq, Rafi, Kamal dan Arvin.
Bila Amir menegur Zie.
"Hai Amir". balas Zie.
"Thanks ye Amir, Awak belanja saya"...
Kata Zie kepada Amir.
"Alahhh itu dah biasalah cik Zie... Setiap kali cik Zie kesini, saya mesti kena uruskan semua untuk Cik Zie. Cik Zie kan tertamu VVip kami. Kalau tak layan, Nanti ada orang marah saya hehhehe".
Amir ketawa dan Zie juge turut terseyum.
"Tak pe lah Cik Zie, Cik enjoilah dengan kawan kawan Cik".
Sambil mata Amir memandang semua kawan kawan baru Zie dan berlalu pergi.
"Wahhhh, rupanya di ni tertamu VVIP dekat sini lah".
Kata Kamal sambil tersenyum.
"Hisss tak adalah. Saya macam yang lain juga".
Balas Zie.
Sampai ditepi pantai, Zie duduk dikerusi yang ada di situ.
"Indahnya kau wahai laut! Kalau bersama Z, mesti lebih indah".
Bisik Zie didalah hati.
"Keindahan malam yang damai. Disaljikan dengan hebusan angin laut. Indahnya".
Lafas Zie.
"Amboiii kemain lagi berpuisi ke apa ni?".
Tanya Taufiq sambil duduk di sebelah Zie.
"Saya suka tempat ni. Tempat yang menyimpan beribu kenangan. Kenangan yang tak akan dapat di lupakan".
kata Zie.
"Wahh, banyak sangat tu".
Kata Taufiq sambil tersenyum. Tergoda Zie dengan senyuman Taufiq.
"Yana jom jalan jalan". Ajak Kamal.
"Ehhh tak apa lah. Kita berkumpul dekat sini je ya".
Kata Yana sambil terseyum memandang Kamal.
"Kenapa, tak sudi ye? tanya Kamal lagi. Ehhh bukan macam tu Kamal. I rasa baiklah kita lepak ramai ramai"...
Yana mula serba salah.
"Lepas ni korang kemana?".
Tanya Arvin yang dari tadi agak pendiam, tapi fasih berbahasa melayu.
"Lepas ni kami ingat nak lepak club. Kawan i yang kita jumpa tadi dikolam tu cakap, malam ni ada live band".
Kata Zie kepada Arvin dan yang lain.
"Ok lah tu, kita boleh pergi sama sama".
Kata Arvin yang sikit pun cara cakap, tak macam orang india. Terseyum Zie Yana dan Lin...
"Ok boleh, nanti kita pergi sama sama ye Arvin"...
Kata Lin.
"Tapi Ini awal lagi, baru pukul 9.30mlm. Kita pergi dalam pukul 10malam lah ye".
kata Lin lagi kepada Arvin. Arvin terseyum memandang Lin. Mereka rancak berborak sampai tak sedar, sudah pukul 10 lebih malam. Mereka berjalan pergi ke Club didalam resort dan masih lagi berborak dan ketawa. Lin, Yana dan Zie, begitu selesa dengan mereka berempat. Masuk sahaja didalam club, mata mereka memandang disekeliling. Sangat cantik dengan susunan teratur didalam club.
"Pandai Khai reka design club ni".
Bisik Zie sambil tersenyum.
"Wahh cantiknya kelab ni Zie".
Yana teruja
"Pandai EX kau designer club ni".
Kata Yana sambil ketawa besar.
"Hisss kau ni Yana. Nasib tak ada Z, kalau tak. Kecik hati dia". Kata Zie sambil ketawa.
"Alahhh, ingat No husband, No kids. Kita boleh buat apa yang kita nak".
Yana menyeringai.
"Amboiii, tapi kena jaga batas juga tau Yana".
kata Lin, sambil membuat muka.
"Baik bos".
Balas Yana dan mereka bertiga ketawa.
"Korang dah kawin ke? Seriously! jangan main main lahh".
Tiba tiba Kamal bersuara.
"Kan i dah cakap. Kami bukan Cik, Kami Puan".
Kata Zie sambil ketawa.
"Cantik macam ni, tak kan lah dah jadi puan.
Tak percayalah. Atau awak tak nak kami berkenalan dengan awak... Sebab itu lah awak cakap awak puan".
Kata Kamal lagi.
"Ehhh, apa pula macam tu. Kata nak berkawan.
Penting ke, kami ni puan ke atau cik. Rasanya tak jadi masalahkan".
kata Zie kepada Kamal dan yang lain. Terseyum kamal.
"Bukan apa, kami takut kena serang dengan husband masing masing".
Terang Taufiq. Sambil terseyum.
"Jangan risau, hari ini kami single".
Kata Zie sambil membalas senyuman Taufiq.
"Ok nak minum apa".
Tanya Zie kepada semua yang sebuk duduk sahaja, sambil berborak borak kosong... Masing masing memesan air coke. Sambil ada yang mengoyangkan badan mengikut rentak muzik.
"Lamanya tak lepak macam ni kan Yana".
Kata Lin.
"Ahaaa betul tu Lin. Rasa seronok sangat".
Sambil Lin merakam dan mengambil gambar untuk kenangan.
"Cik, ini untuk Cik".
Datang seorang Staff di situ, Terus datang kepada Zie. Berpandangan mereka. Zie juge kelihatan agak blurrrr... Staff itu memberikan air tembikai dan sekuntum bunga mawar merah.
"Dik, siapa yang bagi ini semua?".
Tanya Zie.
"Tak pasti lah cik. Saya cuma penghantar sahaja".
Kata budak itu dan berlalu pergi...
"Wahhh, ramainya peminat u".
Kata Arvin, sambil memandang kepada Zie. Zie terseyum memandang Arvin.
"I pun tak tau siapa yang bagi. Siapa ye?. Mana pula dia tau i suka air tembikai. Siapa lah yang bagi ye?".
Zie dalam kebingungan. Sambil mata memandang Arvin.
"Alahhh Zie, kau nak fikir apa? Dah tentulah si Amir tu yang bagi. Dia je tau, kau suka air tembikai. Tentu lah dia"... Terang Yana.
"Ohhh betul lah Yana. Ini mesti Amir yang bagi. Nanti aku nak jumpa Amir lah. Nak say thanks. Dia baik sangat dengan aku".
Kata Zie kepada Yana.
"Haii haii haii.
Kata DJ didalam club.
"Saya tengok ramai juga ye bercouple malam ni. Selamat datang keresort ini. And Welcome to this Resort. Kerana banyak couples, saya bagi layan lagu slow ya. Bolehlah layan layan orang dekat sebelah. Nak menari bersama pun boleh. Malam ni kita enjoy enjoy".
Kata DJ itu dan memainkan lagi slow dance.
"Walau pun kita bukan couple, sudi ke u menari dengan i".
Tiba tiba Arvin mengajak Zie menari lagi slow dance itu. Terseyum Zie. First time lelaki bukan melayu ajak dirinya menari. Zie menyambut tangan Arvin dan mula menari.
"U tau, u sangat istimewa buat i".
Kata Zie kepada Arvin sambil mereka berpelukan menari.
"Kenapa pula i istimewa?".
Tanya Arvin sambil terseyum.
"Kerana u lelaki pertama yang bukan melayu, ajak i menari".
Kata Zie sambil tergelak kecil. Arvin turut terseyum. Kelihatan Yana dan Kamal menari bersama sama, manakala Lin dan Rafi juga menari. Taufiq pula sebuk mengambil gambar kawan kawan. Yang sedang sebok menari.
"Thanks Zie, sudi menari dengan I".
Kata Arvin, bila lagu dihentikan oleh DJ.
"Sama sama Arvin".
Balas Zie, sambil melepaskan pelukkannya. Masing masing duduk semula. Lin pula, sempat meminta semua gambar yang Taufiq tangkap, semasa mereka menari tadi. Terseyum Taufiq melihat telatah Lin.
"Ok kita ada pesanan dari seseorang". Kata DJ itu.
"Siapa di sini nama Zie? Ada tak?".
Tanya dj itu lagi.
"Ada ada".
Jerit Yana. Masing masing ketawa melihat gelagat Yana.
"Ni ada sini"
Jerit Yana lagi... Berdebar hati Zie, bila ada yang menyebut namanya.
"Boleh tolong bangun tak Puan Zie kita... Boleh ye saya panggil puan?".
kata Dj itu.
"Boleh".
Jerit Lin. Sambil ketawa, lebih kuat. Zie pula pelahan lahan bangun dari tempat duduknya. Bertambah berdebar hati Zie.
"Ohh ini lah dia Zie nya ye. Cantik orangnya"
Tersenyum semua yang ada di dalam club itu.
"Tak sangup saya nak panggil awak puan. Cantik sangat".
Kata Dj itu lagi, sambil memuji Zie.
"Ok lah, Puan Zie, ada seseorang nak jumpa awak. Orang itu ada tunggu awak diluar. Di depan Kolam renang. Puan diminta datang ke sana. Itu sahaja".
Kata Dj itu, sambil tersenyum memandang Zie. Berdegup kencang dada Zie.
"Siapa ye yang nak jumpa aku ni!".
Kata Zie kepada Yana dan Lin.
"Entahlah Zie, cuba kau pergi. Mana lah tau Z datang". Kata Yana
"Hisss tak mungkin Z. Z tak tau kita holiday dekat sini".
Balas Zie.
"Atau Z pasang pengintip kot".
kata Lin sambil terseyum.
"Mungkin juga". Balas Zie.
"U nak suruh i teman kan u ke?". Tanya Arvin.
"Ehh tak apa u, i boleh pergi seorang. Mungkin husband i buat prank".
Kata Zie kepada Arvin. Terpancar muka Arvin agak kecewa, bila Zie berkata tentang suaminya datang.
"Ok lah korang i pergi dulu ye. Thanks korang, i enjoy lepak dengan uolls".
Kata Zie kepada Rafi, Kamal, Arvin dan Taufiq.
"Terutam u Arvin. I suka u, and i akan ingat u. Sebab u sunguh istimewa".
Kata Zie. Sambil merenung Arvin dan tersenyum.
Arvin membalas senyuman Zie.
"Yana, Lin kalau korang nak balik bilik, balik dulu ye. Nanti aku terus naik". kata Zie.
"Ok Zie, kami pun memang nak balik bilik dah, jap lagi... Nak rehat pulak". Balas Yana.
"Apa apa watsap aku ye".
Kata Zie dan berlalu pergi dengan debaran setia dihati.
"Hurmmmm siapa lah nak jumpa aku. Entah entah Amir kot. Saja nak ajak aku lepak dekat kolam ni".
Kata Zie di dalam hati... pelbagai pertanyaan didalam kepala Zie. Hingga sampai dihadapan kolam. Zie lihat dari jauh, kelihatan seseorang lelaki berbaju t-shirt putih dan berseluar pendek, berdiri memandang kepantai. Zie memadang disekeliling, mana lah tau ada orang lain disitu.
"Salah orang tegur, malu aku nanti".
Bisik Zie di dalam hati. Zie melangkah kaki untuk menegur lelaki tersebut. Zie berjalan pelahan sehingga sampai dibelakang lelaki yang setia berdiri, merenung kepantai.
Share this novel