END PART

Romance Completed 40494

"Zie".

Khai memangil Zie dengan nada lembut.

"Boleh saya tanya awak sesuatu?"

Zie memandang Khai dan menganggukkan kepalanya.

"Selepas pemergian Z hampir 4 bulan lepas, apa yang awak fikirkan selain awak fikirkan Z?".

Tanya Khai dengan wajah yang serius. Zie terdiam dan memandang kelaut semula. Sambil menarik nafas panjang.

"Khai, Z bukanlah orang yang pertama dalam hati saya. Tapi, saya sentiasa berharap dia adalah orang yang terakhir duduk didalam hati saya. Tapi menjadi sebaliknya, selepas saya berkenalan dengan awak dahulu. Awak mula duduk didalam hati saya. Saya pernah keliru, satu masa dahulu. Z adalah pilihan pertama dihati ni. Tapi dia masih tetap lagi disini".

Zie memegang dadanya dan setia memandang kelaut.

"Setelah 4 bulan pemergian Z. Saya bertambah sunyi Khai".

Zie memusingkan badanya, memandang kepada Khai.

"Tiba tiba, saya teringgatkan Awak. Saya tak tau kenapa awak sentiasa bermain main didalam fikiran saya. Saya terus membuat keputusan untuk mengenangkan kembali memori memori indah kita. Dan saya terus datang kesini. Tapi dalam masa yang sama. Saya tak mahu jumpa awak. Kerana saya takut hendak berhadapan dengan awak. Tapi saya tak boleh lari. Awak seperti bayang bayang saya, selain daripada Z".

Terang Zie.

"Itu yang saya cakap tadi. Kalau dah jodoh tak akan lari kemana. Sejauh mana kita berlari. Hentiannya tetap disini".

Kata Khai sambil mencubit pipi Zie. Membuatkan Zie terseyum malu.

"Ni pipi tembam ni, Kenapa dah tak tembam lagi?. Dah berapa lama tak makan western food ya?".

Usik Khai, sambil tergelak.

"Jom makan? Saya ada suruh Amir siapkan western food untuk awak".

Khai lantas bangun dan menghulurkan tanganya kepada Zie. Zie terseyum dan menyambut tangan Khai. Khai menggengam erat tangan Zie dan terus ke coffee house. Tersenyum Amir, bila melihat Khai dan Zie berpegangan tangan. Mereka berdua menjamu selera dan kembali berehat dibilik.

"Malam ni, boleh saya temankan awak ke?".

Tanya Khai kepada Zie.

"Maaf Khai! Saya rasa tak bagus awak tidur bersama saya".

Kata Zie kepada Khai. Terseyum Khai, bila Zie jawap begitu. Zie betul betul sudah berubah. Dia tidak lagi sosial seperti dahulu. Tapi Khai menghormati kehendai Zie.

"Boleh saya pakai bilik awak ke Khai? Atau awak nak saya berpindah ke bilik yang lain".

"Ehh tak apa! Saya boleh tidur dibilik saya yang lagi satu". Kata Khai, sambil terseyum.

"Tapi, saya nak ambil barang saya sekejap ya Zie. Dekat bilik tu".

Zie hanya menggangukkan kepalanya. Mereka berjalan bersama sama, terus kebilik Zie. Khai masuk kedalam dan terus kelaci didalam almari bajunya. Khai memerhatikan Zie. Agar Zie tidak perasan, barang apa yang dia mahu ambil itu. Zie pula berjalan terus kebalconi, meninggalkan Khai.
Khai lantas mencapai surat didalam laci dan terus memasukkan surat Z didalam poket seluarnya dan lantas kebalconi juga.

"Barang apa yang awak ambil?".

Zie, bila melihat tidak ada apa apa pun, barang yang berada ditangan Khai.

"Tak ada pula. Saya ingat ada dekat sini. Nanti saya cari dekat lobi. Tertinggal sana agaknya".

Jawap Khai.

"Barang apa? Manalah tau, saya ada nampak?".

Tanya Zie lagi.

"Oh kunci pendua kereta saya. Saya tak tau mana saya simpan. Rasa dekat sini. Tapi tak ada pulak. Kalau tak ada dekat sini, ada dekat counter agaknya".

Balas Khai yang cuba menipu Zie.

"Saya balik kebilik saya dulu ya Zie".

Berkerut dahi Zie, bila Khai begitu lekas mahu pergi.

"Kenapa cepat sangat Khai. Awak ada hal ya".

Tanya Zie kepada Khai. Terseyum Khai.

"Tak nak berpiasah dengan saya ya?".

Khai membuat lawak dan tersengeh sengeh memandang Zie.

"Hiss nakal tau! Saya ingat awak nak teman saya dulu disini. Tapi tak apalah kalau awak nak balik bilik awak".

"Maafkan saya. Tapi saya ada hal sikit. Awak berehatlah dulu. Saya settlekan kerja saya dulu. Ada saki baki kerja yang belum saya selesaikan".

Kata Khai sambil memandang Zie.

"Ok lah kalau macam tu. Awak settelkan dulu kerja awak. Esok esok kita boleh jumpa lagi".

Balas Zie.

"Ok thanks Zie, Selamat malam".

Khai melangkah untuk berlalu pergi meninggalkan Zie keseoarangan. Zie pula menghantar Khai didepan pintu. Yang sebenarnya, memang dia tidak mahu meninggalkan Zie. Tapi dia harus menyelesaikan surat yang masih ada kepadanya. Selagi surat itu masih ada bersamanya. Selagi itu lah jiwa Khai tidak tenteram. Khai turn kebawah dan memandu keluar dari pekarangan resort, bersama surat yang setia ada didalam poketnya. Sampai disatu tempat ditepi pantai dikawasan yang lain. Khai turun dari keretanya dan duduk disebuh kerusi menghadap kelaut. Khai mengeluarkan surat dari Z, yang berada didalam poketnya.

"Z ini amanah yang kau bagi dekat aku".

Lafas Khai dan Khai teringat semula perbualan akhir Khai dan Z, semasa dimamak dahulu.

"Khai ini surat aku amanahkan untuk kau Khai. Andai aku tidak ada lagi disini ini, tolong simpan surat ini baik baik. Aku nak minta tolong kau... Tolong jangan pernah kau jumpa Zie atau pun datang ke K.L. Aku nak kau hilangkan diri kau. Dalam masa 6 bulan. Selepas permegian aku nanti... SEkiranyanya Zie tidak datang mencari kau, barulah aku nak, kau datang berjumpa Zie disini, untuk memberikan surat ini sendiri kepada Zie... Tapi andai Zie datang berjumpa engkau dalam masa 6 bulan pemergian aku, aku mahu kau bakar surat ini. Jangan pernah bagi surat ini kepada Zie. Aku hanya mengizinkan engkau sahaja yang membaca surat ini". kata Z kepada Khai.

Pada mulannya Khai tidak faham maksud Z. Z hanya mengatakan pemergiannya nanti. Khai berangapan Z mahu pergi menghilangkan diri, sepertimana yang Zie buat. Tapi rupanya Z pergi meninggalkan dunia ini... Khai memandang surat ditangannya. Surat itu pernah dibacanya dahulu dan sentiasa tersemat didalam hatinya. Ayat ayat yang ada didalam surat itu. Benar benar membuatkan hatinya tersentuh. Kekuatan cinta Z kepada Zie, semuanya tertulis didalam surat itu.

"Biarlah aku sahaja yang tahu isi kandungan surat ini Z. Aku jaga amanah kau".

Kata Khai dan mengeluarkan laiternya didalam poket seluarnya dan lantas membakar surat yang berada ditangan sehingga menjadi abu.

"Z aku dah tunaikan janji aku kepada kau, hati aku betul betul lega sekarang. Selagi surat itu tersimpan dalam simpanan aku, aku jadi tidak tenang". Lafas Khai.

"Z, nanti aku akan bawa Zie melawat pusara kau. Aku juga rindukan kau Z. Maafkan aku... Aku bukanlah kawan yang baik. Tapi aku akan pastikan Zie bahagia bila bersama aku. Aku akan jaga dan sayang dia, seperti mana kau menjaga Zie".

"TERIMA KASIH Z"...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience