Part 103

Romance Completed 40494

"Jom aku belanja kau makan".

Ajak Zie kepada Lin.

"Part ni yang aku suka".

Kata Lin sambil terseyum. Zie dan Lin melangkah masuk kesebuah kedai masakam Western didalam mall, tempat mereka pergi. Mereka memesan makan dan berborak borak sambil makan, tiba tiba seseorang menegur.

"Hai Zie".
Tegur Fitri.

"Heiii u, buat apa dekat sini".
Tanya Zie, yang agak terkejut dengan kehadiran Fitri disitu. Sambil mempelawa Fitri duduk disebelahnya.

"U dengan siapa ni?".
Tanya Zie lagi.

"I dengan Sahrul. Di pergi beli barang sekejap. Nanti dia datang jumpa i dekat sini".

Kata Fitri, sambil terseyum.

"Ehhh kenalkan kawan i, nama dia Lin"

"Hai Lin".

Tegur Fitri. Lin hanya terseyum.

"Lin, ni Fitri. Aku kenal dia dekat Club Dee. Dia pandai menyayi tau Lin, suara dia sedap didengar".

Kata Zie lagi memuji muji suara Fitri.

"Hisss u ni, mana ada sedap Sangat. Biasa biasa jelah". Kata Fitri terseyum malu, bila dipuji.

"Husband u tak ikut sekali ke?".
Tanya Fitri.

"Ehh dah lama tak jumpa u lah".
Kata Zie, memukar topik pebualan. Dan membiarkan sahaja soalan Fitri itu tergantung.

"I ada je, u tu je yang hilang, Nasib i tak buat siasatan".

Kata Fitri, sambil ketawa.

"Hisss ada ada je lah u ni. Jom join kami makan". Ajak Zie.

"Ehhh tak apa, i lepak meja sana je. Kejap lagi Sahrul datang".

Kata Fitri, sambil bangun dari tempat duduknya.

"Ada jodoh, kita jumpa lagi ye Zie".

Kata Fitri dan berlalu pergi duduk ditempat yang lain.

"Oiii, siapa mamat tu beb. Handsomenya". Gedik Lin.

"Peminat kau, semua hensem hensemlah Zie".
Kata Lin lagi.

"Dah dah makcik oii. Laki kau ada dekat rumah tu". Kata Zie sambil ketawa.

"Hisss, aku main main lah... Laki aku lagi cute". Kata Lin. Ketawa mereka berdua sambil makan.

"Lepas makan ni, kita balik ye Zie. Nanti Yun balik kerja, aku tak ada pula. Dia tau aku cuti hati ni, temankan kau".

"Ok". Balas Zie.

Lepas makan Lin menghantar Zie dibawah rumahnya. Zie masuk kedalam rumahnya, kelihatan Z sudah ada dirumah, duduk di depan television.

"Kau kemana sayang?".

Tanya Z.

"Zie hanya berdiam dan terus masuk ke dalam bilik".

"Bib! bib! bib!".
WhatsApp Zie masuk. Zie membuka masage pesanan itu.

*Sayang maafkan aku. Aku tak ada niat nak tampar kau semalam. Tolong maafkan aku. Aku janji tak akan buat lagi. Maafkan aku ye sayang. Aku rindukan kau".
Sambil membuat emoji sedih dan maaf.

Zie tidak membalas watsapp Z. Tapi Z tau, Zie sudah membacanya. Z menghantar lagi Whatsapp massage kepada Zie.

*Sayang, aku laparlah! Kau tak kesiankan aku ke?. Dari tenghari aku tak makan. Aku asyik fikirkan kau je! Kau tak sayang aku ke?. Perut aku sakit ni". Tulis Z lagi.

Z mula rasa kasihan kepada Z. Zie membuka pintu bilik pelahan lahan.

"Kau nak makan apa? Aku masakkan".
Kata Zie... Terseyum Z, lalu bangun dari sofa.

"Apa apa sahaja, janji kau yang masak untuk aku". Kata Z sambil memegang tangan Zie.

"Maafkan aku ye sayang. Aku sayang kau Zie.
Aku tak suka kau bersedih".
Sambil Z memegang pipi Zie.

"Maafkan aku kerana menampar pipi ini. Lalu Z mengucup pipi Zie. Maafkan aku ye?".
Zie lantas memeluk Z dan berderaian air mata membasahi pipi.

"Janji dengan aku, perkara macam ni tak akan terjadi lagi".

"Aku berjanji sayang".

Balas Z dan mengesat air mata Zie.

"Jap, aku masakkan kau. Kau pergilah depan".

"Tak nak lah, aku nak teman kau masak".

Mereka berdua duduk didapur dan mula berborak borak sambil Zie memasak. Rasa bersalah Z, setia ada didalam dirinya.

"Sayang, aku minta maaf ye. Aku berjanji tak akan buat lagi. Aku menyesali dengan perbuatan aku...
Aku betul betul terperanjat Zie. Aku sanggup buat kau macam tu".

Kata Z sambil memeluk Zie dari belakang.

"Ok sayang, aku maafkan kau. Kalau kau buat lagi, aku tak akan maafkan kau".

Kata Zie, sambil mengucup pipi Z.

"Thanks sayang".

.................................................

"Sayang! sayang".

Teriak Z. Z tergesa gesa masuk kedalam rumah.

"Ye kejap, aku dalam bilik air ni".
Jerit Zie.

Zie keluar bertuala, mendapatkan Z.

"What sayang. Bukan main bising lagi".

Tanya Zie, sambil mengerutkan dahinya.

"Sayang, aku kena ke Singapore! Jom ikut aku, aku pergi 2 hari je".

Ajak Z kepada Zie.

"Hisss kau ni, aku ingat apa lah tadi... Tak naklah sayang.bKau kan tau, aku tak suka ikut kau pergi kerja".

Z menolak ajakan Z.

"Bila kau nak pergi sayang?".

"Aku nak pergi sekarang, kerana esok pagi pagi aku ada meeting dengan bos besar diSingapore".

Tetang Z.

"Hurmmm kau pergi lah sayang! Aku tunggu kau dirumah je lah".

Balas Zie kepada Z.

"Alahh betul ke ni. Kau pasti tak nak ikut aku".

Kata Z sambil merapatkan badannya kepada Zie yang hanya bertuala. Zie lantas memeluk Z.

"Pasti sayang! Pasti sangat".

Kata Zie sambil mengucup bibir Z. Terseyum nakal Z.

"Dah dah tak payah nak nakal sangat. Meh aku kemaskan barang kau".

Zie mengemaskan barang barang dan baju baju yang akan dibawa oleh Z.

"Sayang, hati hati memandu. jangan bawa laju laju. Jangan tergopoh gapah". Pesan Zie.

"Ok sayang, dok rumah jangan nakal nakal".
Balas Z, sambil memeluk lagi isterinya.

"Love u sayang".

"Love u too sayang". Balas Zie.

"Kau duduk hotel mana di sana nanti".
Tanya Zie.

"Aku duduk Oakwood primer hotel. Dekat sikit dengan bagunan ofis". Kata Z.

"Kenapa, nak ikut ke?"

Tanya Z lagi, sambil tersenyum.

"Ehhh, tak nak lah sayang. Kau tu jangan nakal nakal ye".

Kata Z sambil terseyum memandang Z. Z melangkah pergi meningalkan Zie keseorangan dirumah. Tanpa Z ketahui, Zie merancang sesuatu. Sudah lama Zie menantikan Z pergi keSingapor lagi... Zie membuat keputusan untuk mengikut Z, Tapi bukan malam itu. Zie akan pergi keesokan harinya. Zie tak tau nak ajak siapa ke sana... Yana atau Lin mesti tak boleh. Zie membuat keputusan untuk membawa Dee atau Su.

Zie menalifon Dee.

*Hello Dee".

*Haii sis". balas Dee.

*Apa cerita ni, u call i".
Tanya Dee lagi

*Dee, esok dengan lusa u free tak?". Tanya Zie.

*Haii kenapa ni?". Tanya Dee.

*Dee i nak ajak u ke Singapore, u nak ikut tak Dee".
Ajak Zie.

*Wahh jauh tu u, kenapa sampai ke sana?".
Tanya Dee.

"Nanti i cerita... U free ke? Jom temankan i".
Ajak Zie.

"Ok boleh".
Balas Dee

"Kejap lagi i jumpa bos besar, minta cuti. I pun dah lama tak cuti". kata Dee.

"Su boleh cover i nanti". kata Dee lagi.

"Yehoooo best lah Dee, Thanks darling, sudi temankan i. Ok u, esok dalam pukul 7pagi i ambil u".

"Oh Sis, see u tomorrow".
Balas Dee.

Zie duduk didepan ruang tamu sambil menonton television. Fikiran Zie, betul betul tak tenang. Asyik teringgatkan Z dan asyik teinggatkan peristiwa, malam yang Z dapat pangilan dari anak Daya sahaja. Memberontak hatinya nak sangat jumpa Daya. Zie dapat rasakan yang Z akan berjumpa Daya dan anaknya diSingapore tu nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience