Buka sahaja mata, Zie terasa rindu kepada Z. Zie memandang kawan kawannya yang masih lena tidur, walau pun sudah masuk tenghari. Zie bangun dan terus tingkat bawah. Mak Minah sudah pun menyiapkan makan tenghari untuk mereka.
"Haii dah bangun Cik Zie! Hari ni, mak Minah masak kari, goreng sayur kobes dengan sambal belacan". kata Mak Minah.
"Wah sedapnya Mak Minah.Terasa lapar pula. Zie nak makanlah mak Minah". Balas Zie dengan senyuman.
"Baik cik Zie, Sekejap mak Minah siapkan".
"Mak Minah ada masak lebih, Makan banyak banyak ye cik Zie". Kata mak Minah lagi.
"Mak Minah masak banyak ke? Boleh bagi Zie tapau... Zie nak pergi rumah Z kejap lagi... Boleh Zie bawakan untuk Z". Kata Zie kepada Mak Minah.
"Ehhh, boleh boleh. Nanti mak Minah masukkan dalam bekas. Nak nasi sekali ke cik Zie?"
"Ahaa mak Minah".
Balas Zie, sambil menjamu nasi yang mak Minah hidangkan. Tiba tiba turun Yana dan Lin.
"Wahhh! pagi dah makan".
kata Yana.
"Kepala hotak kau pagi. Tengok jam tu dah pukul 12.30 tenghari".
Kata Zie kepada Yana dan Lin.
"Wahhhh kari! Mak Minah nak makanlah. Patutlah perut ni dah berkeroncong. ingatkan pagi lagi". Kata Yana, sambil meneyingai.
"Wahhh siap tapau lagi, Untuk siapa ni mak Minah?".
Tanya Lin.
"Cik Zie, nak bagi cik Z". Jawap mak Minah.
"Ahaaaa lah. Aku nak pergi rumah Z kejap lagi, Aku tiba tiba rindu dia".
"Alahhhh, rindu nak ahemmm ahemm lah tuu".
Balas Lin.
"Mulut kau macam cilaka kan".
Kata Zie, sambil ketawa besar masing masing didapur.
"Zie, Kesian aku tengok Khai semalam".
Kata Yana.
"Kenapa?"
"Yelah, cintanya tak berbalas".
Jawap Yana lagi.
"Korang, macam mana aku nak balas cinta dia... Aku suka dia, tapi aku takut. Aku takut, aku yang akan jatuh cinta dengan dia nanti. Kalau boleh, aku tak nak selalu jumpa dia. Kalau selalu berjumpa. Aku takut, aku berubah arah. Korang taukan. Aku dah ada Z. Tolong jangan bagi aku curang dengan Z". Kata Zie lagi.
Masing masing menarik nafas panjang.
"Mana yang kau rasa ok dan bagus untuk diri kau, kau buatlah yang terbaik ye Zie".
Balas Yana lagi.
"Thanks korang. Dah lahh, aku nak siap siap ni. Aku nak pergi rumah Z".
Kata Zie dan berlalu pergi ke atas untuk bersiap.
.......................................................
"Tok tok tok!".
Zie mengetuk pintu rumah Z. Z membuka pintu rumahnya dengan senyuman manis. Kerana Z tahu, Zie yang berada didepan pintunya.
"Hai Sayang".
Zie tersenyum didepan pintu rumah Z, bila melihat Z membalas senyumannya. Kerana terlalu rindu, Zie terus memeluk Z.
"Aku rindu dekat kau".
Kata Zie lagi. Z memeluk kembali Zie.
"Aku pun rindu kau sayang. Rindu sangat". Kata Z.
Sambil mengucup pipi Zie.
"Hemmmm hemmm".
Mie buat buat batuk dari ruang tamu.
"Hai Mie".
Tegur Zie, Sambil melepaskan pelukan Z.
"Sorry, tak perasan".
Zie ketawa dan terus ke dapur.
"Dahhh jom makan". Ajak Zie.
Mie dan Z duduk didapur dan menjamu makanan yang dibawa oleh Zie. Zie pula terus keruang depan lalu memasang television.
"Zie, kenapa tak makan sekali". jerit Mie.
"Makan makan, aku dah makan tadi! Sebelum datang sini. Tak boleh tahan tengok mak Minah masak".
Kata Zie, sambil matanya memandang kepada television.Selesai makan, Mie dan Z datang kedepan dan memasang rokok masing masing. Z sekarang sudah kerap merokok. Kalau dulu, boleh dikatakan jarang sangat merokok. satu kotak, boleh tahan seminggu. tapi kini. satu kotak, dua hari dah habis.
"Zie, selasa aku dah last exam. Hooray". kata Z dengan nada yang gembira.
"Bolehlah lepak lepak. Dapatlah jumpa kau selalu".
Kata Z, sambil memeluk Zie.
"Ahemmm"
Mie membuat bunyi. Tersenyum Zie dan Z.
"Mie pun dapat cuti seminggu tau. Mie ajak aku lepak lepak dengan Sham, Shah dengan Wan.
Malam minggu ni. Boleh aku pergi Zie?. Perjumpaan Boy only. Nak jadi makcik bawang sekejap". kata Z lagi sambil memandang Mie.
"HUrmmmm Ok. Aku pun nak keluar dengan Yana dan Lin. Boleh kann?".
Tanya Zie pula.
"Ok". Balas Z.
"Z dah seminggu aku tak jumpa kau. Dapat watsap dengan call aja... Aku betul betul rindu kau".
Sambil Zie memandang manja kepada Z. Z juga turut tersenyum. Z terasa serba salah untuk bermanja dengan Zie. Kerana Mie ada didepan mata.
"Aduhhh Mie ni kacau lah.Tak boleh nak sayang sayang awek aku ni".
Bisik Z.
"Zie, jom lepak bilik aku". Ajak Z.
"Aku ada belikan kau sesuatu. Masa dekat JB hari tu. Lupa nak bagi". kata Z lagi.
"OK".
Balas Zie. Zie dan Z banggu dari kerusi sofa.
"Mie, aku lepak bilik dulu ya?".
Kata Z sambil menggankat keningnya kepada Mie. Mie hanya tersenyum. Zie masuk kedalam bilik Z dan terus baring di atas katil.
"Fist time aku masuk bilik kau ni, Selalu lepak luar je. Cantik dan kemas bilik, Boleh tahan. Mengalahkan bilik perempuan". Kata Zie lagi.
Z hanya tersenyum melihat Zie dan terus pergi ke bag kolejnya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil... Zie terus duduk, bila melihat barang itu.
"Untuk kau Zie. Untuk gadis yang aku sangat sangat sayangi". Kata Z.
Z menghulurkan kotak kecil itu kepada Zie, Zie mengambil dan membuka kotak kecil itu.
"Wahhhh sayang". Zie terus berdiri dari duduk.
"Cantiknya".
Kata Zie, bila melihat ada sebentuk cincin gelung silver. Di belakang cincin tertulis Z love Zie. Zie memberi cincin itu kepada Z, untuk di sarungkan kejarinya. Z terseyum dam menyarungkan cincin itu ke jari Zie dan terus memeluk Zie. Zie juga menyambut pelukan Z itu.
"Aku sayang kau Zie, Sampai ke hujung nyawa aku".
kata Z lagi.
"Aku juga sayang kau Sayang".
Sambil Zie memegang pipi Z dan mengucup bibir Z. Z menyambut cium itu dengan penuh nafsu. Sambil jarinya mula membuka butang baju Zie. Tersentak Zie, bila Z buat begitu. Zie terus menolak Z.
"Sorry sayang... Aku belum bersedia untuk itu".
Kata Zie, Sambil memasang semula butang baju yang Z buka separuh tadi.
"Mungkin aku nampak macam perempuan jahat. Merokok, mabuk, pakai pakaian seksi macam ni! Tapi aku tak pernah buat perkara mengarut ni Z". Kata Zie kepada Z.
Z menarik nafas panjang dan terus duduk di katil.
"Maafkan aku Zie. Aku terlalu ikutkan nafsu".
kata Z lagi. Zie tersenyum dan menghampiri Z.
"Tak pe sayang, aku faham. Lelaki mana yang tak bernafsu, bila tengok girlnya seksikan".
"Mungkin satu hari, masanya akan sampai juga. Tapi bukan sekarang. Cukuplah sekadar kau belai aku, peluk aku dan cium aku sahaja".
Kata Zie lagi. Sambil memeluk Z Semula. Z menyambut pelukan Zie.
"Maafkan aku sayang".
Z betul betul rasa bersalah terhadap Zie.
Share this novel